Thursday, 6 August 2020

BOOK REVIEW : AKU DIJANGKITI KEHIDUPAN (kisah pengalaman perawat & pesakit psikiatri/mental)


Assalammualaikum semua. Apa khabar? Aku harap semua dalam keadaan yang baik. Aku baru lepas bancuh kopi ni hehe. Sambil menaip dan edit balik entri kali ni, sambil tu hirup sekali. Panas-panas pulak tu fuhhh nikmat! Alhamdulillah.. Anyway, aku kembali dengan sebuah lagi ulasan buku baru untuk dikongsikan bersama. Kalini ini ia berkonsepkan psikiatri. 

Psikiatri
Definisi : cabang perubatan yg berkaitan dgn kajian dan rawatan gangguan mental. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Semua sini aware kan mengenai mental disorder dan mental illness? Atau dalam bahasa melayunya, penyakit mental. Kerana kalini, semua yang tertulis di dalam buku ni merupakan kisah benar daripada pesakit serta perawat psikiatri sendiri. Antara jenis mental disorder yang terdapat dalam buku ni ialah,

  • Depression (Depresi)
  • Schizophrenia (Skizofrenia)
  • Bipolar Disorder
  • Obsessive-Compulsive Disorder (OCD)
  • Major Depression Disorder (MDD)
  • dan lain-lain
Aku dijangkiti kehidupan
Harga : RM26
Para penulis :
Pesakit: Dura Ain, Khairul Khairudin, Faris Nazrin, Hidayu
Perawat: Dr Zul Azlin Razali, Dr Hazreen Abd Rashid, Dr Hidayah Jaris
Penerbit : Kata-Pilar
ISBN : 9789672014669
Genre : bukan fiksyen, psikiatri,  psikologi, kaunseling
Bilangan muka surat : 194
Jenis cover buku : paperback
Sinopsis :
Tidak semua orang benar-benar 'hidup'- menjalaninya seperti majoriti masyarakat. Belajar, bekerja, berkeluarga, bersosial, dan tiba di akhir usia dengan happily ever after.

Kehidupan kadangkala satu tumor— tumbuh dan mencengkam pada batang tubuh, menyedut segala yang manis dan indah lalu menukarnya menjadi racun dan mimpi ngeri. Kehidupan kadngkala satu sumpahan, membuatkan ia menjadi begitu hodoh dan menyakitkan.

Aku Dijangkiti Kehidupan adalah himpunan catatan oleh mereka yang menjalani hidup dengan rasa dan derita- yang berbeza daripada manusia lainnya. Fizikalnya kelihatan sempurna tetapi di dalam penuh liang luka. Ia catatan para penderita masalah kesihatan mental dan psikiatri serta perkongsian para perawatnya.

Ya. Buku tentang pesakit dan doktor psikiatri- tentang hidup, dan mungkin tentang kematian.

Juga tentang pertempuran sengit yang kelihatan senyap dari luar- tetapi bising, kalut, dan huru-hara di dalamnya.



  • Kisah pengalaman daripada diri sendiri
Aku sejujurnya mula mengambil tahu serta berminat dengan topik mental disorder ketika waktu di UiTM Kedah dulu. Terdapat satu program yang dianjurkan oleh sebuah kolej di universiti kami bertajuk,

'Depression is Real'
A special talk by Aiman Amri (kini lebih dikenali sebagai @AimanPsikologi di Twitter).

Alhamdulillah, banyak benda yang aku dapat belajar dan faham. Serta telah mengubah persepsi dan gambaran aku terhadap pesakit.

Sewaktu aku di sekolah menengah lagi aku dah berjumpa dengan beberapa kenalan yang mempunyai masalah yang sama dan mereka telah menyakiti diri mereka. Tapi aku buntu.. Taktahu nak buat apa. Aku tahu mereka sedang meminta tolong. Tapi aku taktahu nak kata & beri reaksi apa. Yang aku mampu buat hanya mengatakan 'sabar' (antara yang tidak patut dilakukan *baru tahu sekarang*)  Sampai ke hari program itu baru aku mendapat penjelasan yang amat baik dalam perkara apa yang perlu dilakukan jika mempunyai kenalan yang sedang menghadapi masalah ni.

Terdapat seorang lagi kenalan aku (yang boleh aku kata akrab) yang mengalami kemurungan dan panick attack dahulu. Aku pun ikut sedih waktu call beliau. Bila bertanya khabar dan mendengar setiap balasan. Seperti;

"Aku taktahu nak buat apa..."
"Aku nampak masa depan aku gelap..."
"Segala benda yang aku suka buat dulu rasa tak minat sekarang ni."
"Banyak ubat nak kena makan... Aku taktahan..."
"Penat weh...."
"Waktu pergi terapi nak jumpa doktor, semua tengok aku macam orang gila"
(Serta ayat nak pergi dari dunia ni)

Allahu.. Waktu dengar tu sekali dengan aku berair mata. Kasihan sangat sebab jauh dalam hati aku , aku sayang dia sebagai seorang sahabat.

Jadi, selepas aku dapat maklumat dengan lebih mendalam daripada program tersebut, terus aku call dan bercerita dengan beliau.

"Wahh.. baguslah mereka adakan program macam ni."
Balasnya (dalam nada terkejut dan sedikit teruja)

Aku selalu doakan terbaik buat sahabat serta kenalan aku semua. Aku tahu mereka kuat. Aku berharap kepada sesiapa yang sedang membaca ni,

Tolong tahu yang korang amat penting bagi aku dan kenalan korang semua. Even nampak macam mereka tak kisah dengan korang, jauh di sudut hati mereka sangat kisah dan sayang akan diri korang. Aku tahu korang kuat. Tolong jangan pendam sorang-sorang apa masalah yang korang sedang hadapi ni. Korang boleh berkongsi dengan orang yang korang percaya. Macam kawan, ahli keluarga atau kenalan yang lain. Kot-kot ada kawan internet ke kann. Ataupun boleh terus call Befrienders. (60376272929 - for emotional support) (atau 0379568145 Befrienders KL phone hotline) Mereka sentiasa ada untuk korang 24 jam. Aku sayang korang. Sahabat lain dan kenalan lain turut sayang korang. Korang amat bermakna bagi kami. *hantar pelukan erat secara alam maya*
  • Review :
Buku ini ditulis dengan baik sekali oleh para pesakit dan doktor Psikiatri. Tak sangka aku boleh baca dalam kadar yang laju kerana ingin membaca lagi kisah pengalaman yang lain. Langsung tak boring guys. Serius. Yang kisah panjang pun tak terasa lama bila baca.

Aku boleh kata yang aku dapat mendalami apa yang para pesakit rasakan dengan membaca kisah mereka. Segala kesedihan, segala tekanan serta segala kesakitan yang dirasai semuanya ditulis dengan begitu ikhlas sekali. Bermula dengan pengalaman mereka yang mula mendapat simptom, susah nak lawan apa yang mereka sedang alami setiap hari, perlu kerap berjumpa doktor, dan lain-lain. Stigma sememangnya antara cabaran paling utama yang mereka alami dengan masyarakat sekeliling. Antara moment daripada kisah Hidayu mengenai Stigma.

Manakala kisah daripada Perawat pula banyak membuatkan aku berasa senang hati kerana adanya mereka untuk para pesakit. Memberikan yang terbaik dalam berusaha menolong mereka dan berada di samping mereka. Siap ada team terdiri daripada doktor, jururawat dan lain-lain yang akan datang ke rumah bagi pesakit yang mengalami masalah untuk ke hospital lagi. Fuhh. Yang itu aku tabik. Sebelum ni taktahu pula ada perkhidmatan ni.

  • Antara sebab lain yang korang kena tahu untuk dapatkan buku ini:
Dalaman buku ini mempunyai tiga warna iaitu warna asal (warna kertas helaian novel biasa) , hijau dan kelabu. Jadi tak nampak plain serta boring untuk korang hadap.
Terdapat bahagian klinik mini, yang akan menerangkan secara umum apa itu jenis mental disorder seperti kemurungan, OCD, Bipolar dan lain-lain. Simptom, jenis-jenis, cara rawatan dan lain-lain turut diberitahu. Ini tersangatlah berguna bagi mereka yang tidak ada pengetahuan mengenainya.
Kamus doktor mini, menerangkan perkataan yang tidak biasa kita kenal (seperti terma dalam dunia doktor & perubatan) turut diselitkan ketika kisah pengalaman seseorang itu sedang disampaikan.

Kandungan Pamplet psikiatri turut dimasukkan ke dalam novel ini.


Nasihat & perkongsian daripada pesakit.

Trivia dan fakta menarik yang berkaitan dengan jenis mental disorder.
Lukisan yang (pendapat aku) menunjukkan gambaran apa yang dilalui oleh seseorang sebelum kisah pengalaman pesakit bermula.

Jadi memang korang takkan boring dengan buku ni. Sangat bagus dan penuh dengan maklumat berguna. Apatah lagi ia memberikan banyak sudut pandangan daripada pesakit psikiatri dan doktor psikiatri itu sendiri. Jadi.. selepas ni.. dah tak boleh judge para pesakit. Kerana korang sudah faham segala keperitan yang mereka telah dan sedang lalui.

Aku berharap dengan adanya entri blog ini, aku dapat ikhtiarkan cara agar para pembaca membeli buku  ini lalu sedar akan penyakit yang pesakit sedang hadapi dan segala stigma mereka dapat dihapuskan. Aku doakan semua pesakit dan doktor yang berkongsi pengalaman mereka berada di dalam keadaan yang baik-baik selalu. Termasuklah para pembaca dan yang sedang mengalami penyakit ini di luar sana. Aku sayang korang.

Itu sahaja untuk kalini.

Yang ikhlas,
Nisha.

p.s. Terima kasih kepada Encik Akif Basri kerana sudi tolong semakkan draft entri  blog HBJ kali ini. ^^

3 comments:

Atie Zieya said...

i really love anything about bipolar disorder..
movies/novels..

Syaz Rahim said...

Kena beli ni

Shikin Razali said...

Yea betul.. depression is real.. tapi masyarakat kita x aware benda² camni dan selalu salah anggap tentang depression.. bagus betul buku nie..masyarakat sepatutnya baca buku² seperti ini..