Pengalaman ambil degree Pengurusan Perpustakaan (Bachelor Library Management IM244)

*sila abaikan buku nota IML503 takda kat cover >.<*

Assalammualaikum semua!

Hello hehe.*lambai tangan* Semua sihat? Make sure jaga diri baik2 okeyy. :>


Ahamdulillah, al kisah semalam aku selamat terima keputusan final exams pertama aku untuk degree :


 IM244 (Bachelor of Information Science (Hons.) Library Management)

atau dalam Bahasa Melayunya,

Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Perpustakaan


... di UiTM Kampus Puncak Perdana.  Alhamdulillah, aku boleh kata ia permulaan yang baik bagi aku. Aku akan cuba sedaya upaya berjuang untuk semester seterusnya *Chaiyokk*. Anyway kepada yang berminat nak baca pengalaman diploma aku dalam program yang sama iaitu Diploma Pengurusan Perpustakaan (IM120) di Uitm Merbok, boleh baca di sini >SEMESTER 1< okeyy <3


Peringatan : Segala yang baik itu datangnya daripada Allah manakala yang buruk itu datangnya daripada diri ini. Saya mohon maaf jika terdapat apa-apa perkara yang mengguris hati. Kemungkinan saya salah pilih terma yang sesuai. Tujuan entri ini ditulis hanyalah untuk berkongsi pengalaman.


Okay, ingat lagi kan sebelum ni waktu diploma IM120 kita ada ALiM? Haaa waktu degree ni pun ada juga persatuan akademik untuk program yang kita ambil ni. Kat sini kita panggil Gen-LIS (Generation Library Information Society) . Haa jom follow instagram dan like Facebook Gen-LIS!

     

>Instagram<      >Facebook<


Ha, kat sinilah nanti korang akan bertemu dengan senior IM244. Akan ada buat sesi ice breaking lah, buat meeting lah dan macam-macam lagi. So, jangan lupa follow social media Gen-LIS okeyy ^^


Lupa nak ingatkan, segala yang tertulis ni daripada sudut pandangan aku ya. Lain orang lain pengalaman. Some of my coursemates yang sekarang pun dah ada jawatan untuk persatuan takpun kolej. Haaa so depa punya pengalaman tu lagi gempak-gempak belaka ehe. Ini pengalaman biasa-biasa ja tauu XD Aku share yang basic punya huehue. Dan semester aku kalini masih lagi ODL (Online Distance Learning). Ya, still takda peluang nak jenguk kampus. Waktu pendaftaran pun batch kami kena pos dokumen dekat UiTM huhu.


Lagi satu, disebabkan aku daripada diploma program yang sama, jadi dapat buat pengecualian kredit. Daripada 7 semester (3 tahun setengah) jadi 5 semester je (2 tahun setengah). Kepada yang belum tahu lagi, 1 tahun = 2 semester. Nak dekat 2 semester aku dapat skip dan terus lompat ke semester 3. Yang semester last sekali tu pula Latihan Industri ha nanti kena masuk perpustakaan buat praktikal macam biasa. ^^


Jadi entri kalini aku terus ke semester TIGA ya guys =D


Aku tahu sometimes bila dah habis diploma ni perasaan nak sambung degree agak 50/50. Lagi-lagi bila dah start kerja. Macam kenalan aku, ada yang terus kerja sebab dah dapat gaji yang ideal. Ada pula family tak bagi sambung sebab dah dapat kerja elok. Suruh kumpul pengalaman dulu. “Belajar ni bila-bila pun boleh,” gituww. Takpun yang masih belum ada rezeki lagi dan perlu kerja dulu. Dan berbagai-bagai lagi lah. So, ikut dekat koranglah nak pilih sama ada nak sambung atau tak. Macam aku, memang target nak masuk degree sebab nak belajar dengan lebih mendalam. *ecehh haha ayat cliche naw* Manalah tahu alang-alang tu dapat jumpa jodoh sekali eh tiberrr XP 

 

Baiklah jom kita mulakan! Untuk first sekali aku nak cerita dari segi perbezaan diploma dengan degree *yang aku perasan*. 


  • Pertama sekali degree ni bagi aku pelajaran tu lebih mendalam. Contoh macam CTU, belajar pasal falsafah. Takpun yang ambil IML503, belajar pasal cabang sosial sains.
  • Kedua, pensyarah lebih strict. Bukan nak kata diploma dulu tak strict tau, tapi memang dapat rasa lecturer diploma dengan degree ni lain macam beza dia X). 
  • Ketiga, cara penyediaan assignment pun berbeza. Contoh macam kalau markah tu 10 je, still report tu boleh nampak tebal. First-first macam ‘eh betul ke ni aku buat’. Lepas refer dengan senior terus jadi ‘Oh gituwww. Patutlah’. So kena buat betul-betul ikut apa yang pensyarah nak. Lagipun depa yang nak bagi markah kann hehe.
  • Keempat, belajar bahasa baharu. Kalau aku, aku ambil Bahasa Arab. Taktahu kenapa tapi bila fikir je nak ambil bahasa apa, terus dapat aura bahasa arab XD Tanya member pun masing-masing pakat nak amik bahasa arab. Kami pun apa lagi, terus jadi antara yang terawal daftar bahasa tu kah3.
  • Kelima, kewujudan kursus elektif/minor. Haaa yang ni dari mula lagi sebelum start minggu orientasi aku dah blurr. Okey macam ni aku terangkan.


Coppp! Yang ini aku share dari sudut pandangan IM244 di UiTM Puncak Perdana ya guys. Kampus lain aku tak pasti macam mana. IM244 ada di 3 kampus iaitu Puncak Perdana, Rembau dan Merbok.


Ha, waktu kami mula-mula nak daftar kursus dulu, kami dapat satu plan pengajian untuk lepasan IM110 & IM120. Untuk kursus minor dan elektif memang dah disenaraikan dekat situ mengikut plan tersebut. Jadi kami ikut ja apa pilihan yang ada dekat situ.


Ini aku share bahagian depan kod kursus ala-ala matapelajaran gituww.


  • IML - Library (untuk yang ambil kursus pengurusan perpustakaan)

Contoh = IML507

  • IMR - Record (untuk yang ambil kursus pengurusan rekod - Arkib)

Contoh = IMR455

  • IMS - Systems (untuk yang ambil kursus pengurusan sistem)

Contoh = IMS456

Apa itu minor dan elektif?

Minor = Akan ambil semua kursus daripada salah satu program/cabang lain. (2 kursus setiap semester) Antaranya IMR atau IMS. Kalau berminat belajar pasal komputer/sistem, ha ambil je terus yang IMS. Maksudnya dari awal sem sampai hujung sem, kursus tambahan tu based on IMS. Takkan bercampur dengan IMR dah.

Elektif = Ini pula bebas boleh campur. Contoh semester ni nak 1 kursus IMS & 1 kursus IMR. Semester seterusnya nak 2 kursus IMR. Then lepas sem tu nak amik 2 kursus IMS pulak. Ha yang ini kiranya macam ikut mana yang korang minat nak belajar untuk semester tu.


Jadi kemungkinan dalam pemilihan kursuss elektif/minor ni korang akan kehilangan member korang (ni kalau dapat geng diploma dekat sini la). Kecuali korang stick dengan member korang. Cuma ada juga masalah bila kursus yang kita nak tu kelas dah full so make sure cepat-cepat register. Ha, cara nak register pun korang kena ambil note tau.


First kena make sure yang kursus core (asas) ni tak clash (bertindih) dengan kursus pilihan korang tu. Contoh macam IM244 semester 3 kami yang core adalah ENT530, CTU552, IML507 & IML503. Yang empat ni ha memang wajib ambil waktu batch kami. So, kena cepat-cepat catit timing kelas 4 kursus ni bila, dan make sure korang punya kursus pilihan tu tak kacau timing yang core.


Macam pengalaman aku, satu kursus elektif yang aku nak tu tiba-tiba clash dengan yang core. Kalau tak clash pun, kelas kursus elektif tu dah full. Ha memang jenuh lah mencari mana nak join sebab nak cukupkan credit hour. Time ni jugaklah kemungkinan korang akan berpisah dengan member korang sebab konsep kekosongan iaitu siapa cepat dia dapat. Ingat tau, tak cukup credit hour nanti akan bawa ke semester depan. So make sure ikut jumlah credit hour yang telah ditetapkan.


Ini pula senarai kursus yang aku ambil untuk semester ni.


WAJIB AMBIL (Kursus Keperluan Universiti)

  • CTU552 (Philosophy and Current Issues)
  • ENT530 (Principles of Entrepreneurship) 
  • ELC501 (English for Critical Academic Reading)

WAJIB AMBIL (Kursus Teras Fakulti)

  • IML503 (Information Sources and Services in Social Sciences) *ada pilihan lain: IML504 atau IML505*
  • IML507 (Organization of Information: Descriptive Cataloging)

ELECTIVE

  • IMR455 (Administration of Archives) *ada pilihan lain*
  • IMS456 (Basic Web Design and Content Management) *ada pilihan lain*

THIRD LANGUAGE (WAJIB AMBIL!)

  • TAC401 (Introductory Arabic (level 1)) *ada pilihan lain: Bahasa Jepun / Mandarin / Rusia / Perancis untuk IM244 kampus Puncak Perdana*


Wokay, kalini punya penjelasan setiap kursus aku hanya cerita part yang penting atau surface sahaja ya guys. Moh kita mula!

  • CTU552

Fuhh aku boleh kata CTU degree dengan diploma lain wooo. Kalini belajar pasal falsafah. Kemain mendalam lagi XD Kalau assignment, nanti kena buat tinjauan tau macam guna google form pastu suruh orang jawab. Then dah siap, buat report based on that. Lepastu ada ulasan artikel. Then untuk group presentation pula kena cari satu topik yang ada kena mengena dalam salah satu bab. Bab-bab pun semua memang kena dengan zaman sekarang. Pasal pemikiran yang sekarang asyik viral contoh liberalism lah, secularism , pasal colonization la, macam-macam lagi. Topik best-best. Lepas dah dapat approve, buat report dan video. Jangan lupa untuk study tengok nota tau! Banyak terma for me agak confusing. But still, nota-nota CTU ni semua cantik-cantik. Sedap je mata memandang lagi-lagi yang topik 1 warna purple-purple gituww hehe.

Ini antara siri webinar ACIS yang paling aku suka. Jemput tonton juga guys. Kat sini korang akan tahu bahawa ILMU dan PENGETAHUAN itu berbeza. ((=

BUDAYA ILMU DAN CABARAN SEMASA



  • ENT530

Aku pasti korang ingat lagi ENT300 waktu diploma dulu and good news guys! Kena buat benda sama ja hehe. BMC, Business Plan, Interview usahawan, yup all the same! Cuma berbeza kalini korang kena buat bisnes sendiri. Actually kalau tak silap bisnes ni kena buat betul-betul macam menjual dekat kampus. Ini kalau COVID-19 takdalah sebab aku sempat tengok senior degree dulu gigih duk menjual macam-macam dekat kampus dulu. But since sekarang ni pandemik, pensyarah kami just suruh buat olok-olok. Aku ada tanya member dekat kampus lain and pensyarah dorang suruh jual betul-betul so yeah. Ikut pensyarah jugak lah kot yang ni. Basically kena pilih satu bisnes yang nak jual then setup Facebook untuk promote. Kena guna copywriting tau! Buat soft sell, hard sell dan teaser. Kena maintain post untuk semester ni. Dah hujung sem, compile then buat social media portfolio hehe. Bagi aku ni best sangat! Aku pilih bisnes jual novel preloved. Have fun menjual guys!

 

  • ELC501

ELC ni pula bagi aku sama ja macam diploma dulu. Pasal supporting details lah, type of support, type of reasoning, dan macam-macam lagi. Then kena buat group discussion. Yup, kena speaking! Cara nak speaking, buat ayat conversation tu semua main peranan tau! So take note apa yang lecturer ajar dekat kuliah nanti! Hehe


  • IML503

Haa yang ini belajar pasal bibliography serta apa itu sosial sains. Yup, korang akan belajar lebih mendalam pasal sosial sains. Daripada topik besar sampailah cabang-cabang halus topik tersebut. Best! Assignment pun kena buat bibliography (yang group). Then ada juga buat virtual visit. So yeah ^.^



  • IML507

Disebabkan kita ni student library, kitab ajaib kita, AACR2 masih diperlukan XD. Haaa jangan kata korang dah jual pulak haha. Yang dari diploma tu korang simpan je sebab time ni lah nak guna! Untuk yang ni, still the same macam IML202 dulu. Cuma sini kami just macam ingat balik apa yang dah belajar dulu waktu diploma. Banyak buat latihan. Ada juga perkara yang pensyarah tambah yang sebelum ni tak pernah tahu pun. So pay attention okey! (= assignment pun ada iras-iras ((;


  • IMR455

Ini dia, kursus pertama aku untuk rekod. Dah nama pun administration kan so complicated sikit untuk kita yang dah biasa dengan terma library ni hehe. Kursus elektif ni lebih  fokus dekat Archive (Arkib). Bila belajar pasal ni memang macam-macam aku dapat tahu pasal Arkib. Siap join program Arkib lagi haha. Best! Pensyarah kami pun sempoi dan best sangat bila bagi lecture & mudah nak faham. 

Cuma aku nak remind, tolong fokus apa yang pensyarah ajar, masuk kuliah (join live) lebih awal, dan jangan masuk lambat google meet. Kalau masuk lambat bagitahu sebab apa & tulis minta maaf. Selama aku belajar kursus ni banyak aku perhati students join  kuliah lambat. Mentang-mentanglah kuliah 8 pagi. Then lecturer pulak yang cakap sorry sebab tak respond request student yang lambat masuk. Waduhh. Patutnya student yang kena minta maaf. *geleng kepala*. Kalau korang antara golongan tu tolong berhenti buat macam tu dekat pensyarah korang okey? That’s not nice. Jangan ambil kesempatan.

Oh yeah lagi satu kat sini nanti korang akan belajar buat Finding Aids. Since sekarang masih pandemik, memang buat secara alam maya menggunakan FlipBook. Kalau tak, elok je boleh pergi naik bas ramai-ramai ke Arkib negara. Malangnya takda rezeki kami nak buat macam tu huhu. Anyway aku nasihatkan korang buat awal-awal tau yang ni. Boleh refer >Website OFA< (Online Finding Aids by National Archives of Malaysia) okayy. Register under researcher and letak tujuan sebagai student. 


  • IMS456

Yayy yang ni paling aku excited nak masuk kelas tauu haha. And you guess it right! Baca nama kursus je iras dengan IMD311 kan? Ha betul lah tu! Belajar benda sama & assignment pun sama ja haha. Cuma hujung-hujung tu pensyarah kami tukar topik but itsokayy (: Nanti akan belajar HTML dan CSS, like usual. Alhamdulillah masuk degree kalini untuk website aku dapat belajar lebih mendalam. Aku rasa pensyarah elektif kami yang ni antara pensyarah yang terbaik mengajar. Siap buat tutorial dekat youtube. Kalau tak faham apa-apa (macam biasa) boleh refer website >W3schools< hehe. Dan aku suggest korang install >VSCODE< sebab sumpah membantu gila! Takpayah nak struggle guna notepad dah macam waktu diploma dulu hehe. And don’t forget >Github< untuk website hosting! <3



  • TAC401

Last sekali, Bahasa Arab! Alhamdulillah, memang best sangat kelas bahasa arab. Walaupun kelas 8 pagi tapi selalu rasa segar untuk join kelas. Bermula dengan belajar basic, of course. Then siap ada buku teks sendiri. Haa nanti korang beli buku teks yang ustazah/ustaz sediakan ni tau! Sebab dalam tu banyak latihan dan nota so boleh guna untuk buat rujukan, latihan atau homework hehe. Yang ini nanti kena buat video roleplay cakap dalam arab. Jangan risau, siap je skrip tu bagi pensyarah korang cek untuk betulkan. Okeyyy :3


And we are done! Alhamdulillah, siap entri satu ni untuk semester degree pertama aku. Semoga dapat membantu kepada yang masih terfikir-fikir sama ada nak sambung degree IM244 ni ke tak. Insya-Allah aku akan usahakan untuk berkongsi pengalaman sampai habis semester  untuk IM244 (selagi mendapat izin daripadaNya ^^). Doakan aku ya guys! Aku tengok next semester pun tough juga *letak emoji tangan sado*. Semoga kita semua dipermudahkan urusan. Aamiin. Jangan lupa untuk jaga S.O.P. okeyy! *mini love*


Kalau nak tanya apa-apa pasal program ni ha boleh tanya dekat bawah. Tak kisah pasal diploma ke degree ke nanti insya-Allah aku tanya lecturer atau senior. ((= Cuma aku nak minta maaf awal-awal kalau aku lambat jawab soalan korang nanti T.T

Take care guys!


Yang ikhlas,

Nisha

  • Brochure Faculty of Information Management >SINI<
  • Atau boleh ke website Faculty of Information Management >SINI<




P.s. Aku nak share satu aplikasi yang foundernya merupakan alumni UiTM iaitu >PLUSVIBES< . Ni aku share sebab bagi aku aplikasi ni sangat bagus. Korang boleh share masalah atau apa-apa ja dengan someone. Ada video, post, and others yang menarik related to motivation. If korang nak cakap dengan someone, boleh je chat dekat aplikasi tu. Semoga ini dapat membantu korang ♡ >PLAYSTORE | APPSTORE <


[ Pengalaman ambil degree IM244 Pengurusan Perpustakaan (Bachelor Library Management) | Semester 3 ketiga ]

Ulasan

  1. Ur life journey as a librarian student was awesome!! Keep it up girl!! U are such an inspiring person����

    BalasPadam
  2. Cmne boleh jwp test or quiz iml202? Sbb mse kmi.. kne jwp quiz dlm ufuture.. 3o minit je mse mnjwb . Mcm xsempat . 6 soklan .. 3 je yg dpt.. adakah student yg hari typing laju blei jwp smua. ? #budaklibrarysukaaacr2

    BalasPadam
  3. Hello 😊 saya nak tanya kalau degree IML guna laptop biasa or graphic? It's my first time 😊

    BalasPadam
  4. Bleh saya tanya pasal peluang pekerjaan?

    BalasPadam
  5. Hii.. Saya nak tanya sem 3 ni akan ada subjek minor/elektif kan? Macam mana nak bezakan dua subjek tu? Btw, saya pon amik course library jugak :).. Dan saya akan maduk sem 3 bulan 10 ni...Jadi, agak nervous dan confuse dalam pemilihan subjek minor/elektif ni :(

    BalasPadam
  6. Hi. Nak tanya. Course ims456, wajib guna laptop ke? Kalau guna tablet boleh buat ke sis? 😭Saya nk daftar course ni tapi takut tak boleh guna tablet.

    BalasPadam
  7. Kak nisha, maaf nak tanya antara rekod dengan sistem yang mana lebih mudah untuk faham dan belajar.

    BalasPadam
  8. CTU552 until muslim jer ke?

    BalasPadam
  9. Hi.. saya nak tanya sem 3 nanti kan ada subjek elektif record dan system..pada pendapat awak,boleh ke amik kedua2 subjek elektif tu.. ke kalau amik dua2 sekali akan macam membebankan? Saya still dalam dilema samada nak amik salah satu subjek atau dua2 sekali😭😭

    BalasPadam

Catat Ulasan

Halu orang di situ~ Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di entri blog ni ^^ nah mini love kita bagi *letak emoji mini love*