Rabu, 27 September 2023

Pengalaman ambil degree Pengurusan Perpustakaan (Tips Nasihat untuk special project latihan industri dan viva)

 

Assalammualaikum semua! Ada yang rindu ke nak baca entri aku ni? hehehe. Al kisah dah nak dekat 2 bulan aku habis praktikal. Alhamdulillah, result semester akhir pun dah keluar. Terima kasih kepada yang mendoakan aku hehe.

*nak jugak letak Luffy dekat sini sebab sistur korang tgh demam one piece lagi2 yg live action ehehe*

    Kepada yang baru datang menjenguk blog aku, haluuu nama diberi ialah Nisha. Seorang pelajar degree yang mengambil program IM244 Bachelor of Information Science (Hons.) Library Management / Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Perpustakaan di UiTM Puncak Perdana. Alhamdulillah aku baru je habis degree. Tinggal nak konvo je hehehe. Dari diploma lagi aku share pengalaman belajar aku. Kalini aku nak share pengalaman intern LI (Latihan Industri) sebagai seorang pelajar degree pulak. So, continue reading kalau nak tahu perkongsian aku (lebih kepada nasihat) untuk Latihan Industri, Special Project dan VIVA.


SEM 3 | SEM 4 | SEM 5 | SEM 6 + THROWBACK | SEM 7 LATIHAN INDUSTRI (DEGREE)

SEM 1  SEM 2  SEM 3 |  SEM 4 + THROWBACK (DIPLOMA)


    Yang tertunggu-tunggu entri aku, mesti akan perasan trend aku update pengalaman aku ni bila. Betul-betul lepas dapat result, kan? Asalnya aku ingat taknak share pengalaman aku intern (semester 7) sebab macam agak confidential tapi disebabkan ada beberapa orang tanya benda sama dan minta nasihat, jadi aku decide untuk kongsikan nasihat kepada yang tengah praktikal atau on the way nak praktikal tu. Ni semua aku dapat daripada pengalaman aku juga. Also aku ada tambah sikit yang basic/common dan part mana yang aku rasa aku boleh buat lagi better waktu LI  haritu.


    Aku punya entri ni akan lebih fokus pada bidang library ya tapi nasihat tu boleh je guna pakai dekat bidang mana-mana pun hehe. Also ni terjadi ketika aku praktikal. Boleh jadi certain part aku share tu dah berubah ikut keadaan semasa. Wokayy? Anda pahamm? Ha bagus2. Ayuh kita mulakan ~~


Bismillahirrahmanirrahim... 


Peringatan / Disclaimer : Segala yang baik itu datangnya daripada Allah manakala yang buruk itu datangnya daripada diri ini. Saya mohon maaf jika terdapat apa-apa yang mengguris hati. Kemungkinan saya salah pilih terma yang sesuai. Tujuan entri ini ditulis hanya untuk berkongsi pengalaman. Juga, jangan terlalu 100% rely dengan pengalaman saya ni. Tujuan saya kongsi ni hanyalah nak bagi gambaran sahaja dan bukannya panduan yang patut diikut 100%. Saya tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh entri blog saya. Juga, tak bermakna saya tulis ni nak tunjuk saya pandai ke apa. Memang niat saya nak bantu bagi gambaran dan berharap yang sedang/bakal pergi LI nanti dapat elakkan daripada buat kesilapan. Kalau ada terkurang di mana2, mohon la tegur baik2 atau nak tambah nasihat atau tips ke, amat dialu-alukan komen dekat bawah okiee. Terima kasih. *letak emoji peace*


    Okey, peringatan mesra pasal IMC690 (Industrial Training), aku copy paste balik daripada entri >sebelum< ni. Korang juga boleh baca pengalaman intern diploma aku dekat >sini< yang IML290, kat sini aku ada mention pentingnya bawa buku nota untuk catat dan lain-lain.


Antara syarat basic nak pergi praktikal / LI, make sure:

  • Organisasi tu ada librarian gred S41 ke atas.
  • 3 kokurikulum dah ambil, 3 level third language dah settle dan 8 elektif dah ambil. 


Orite, next kita cerita pasal markah pulak.


Pengiraan markah untuk IMC690

40% (fakulti) + 60% (industri) = 100%


    Bukan takat buat report je tau, nanti korang akan ada VIVA ala2 presentation, korang kena bentangkan dekat supervisor fakulti (SV) a.k.a. lecturer, apa yang korang dah belajar & apa korang dapat selama korang LI tu. Lepastu korang akan ada special project yang korang kena buat waktu LI tu berlangsung haa ayokkkk AHAHHAHAHA ok2 aku sharekan sekali tips nak tackle special project tu nanti XP


*feeling sat macam Giyu huehue*

    Apa2 pun, pertama sekali, nasihat aku untuk korang ialah.... korang kena betulkan niat hati korang dulu. Kita nak LI ni untuk tambah pengetahuan dan pengalaman baru. Yang pasal markah tu jatuh kepada no 2. Ha gituwww. Sebab dah last sem ni mesti nak kejar pointer jugak kan? Lagi2 yang duk aim selempang pink dan kelas pertama.


    Okie, kita mulakan daripada awal. Basically sebelum LI nanti korang akan dapat penyelaras tau. Then korang akan dapat SV fakulti (a.k.a. lecturer korang) di mana apa2 yang terjadi dekat korang atau nak tanya something, boleh refer terus kepada SV fakulti ni. Bila dah masuk ke organisasi, ha yang person in charge / pegawai / boss / pemberi markah itulah yang akan jadi SV industri korang. 


Bagi aku, perkara2 yang patut di-highlightkan untuk IMC690 ialah:

  • Buku Log
  • Bukti kedatangan
  • Special Project
  • Report
  • VIVA (presentation)


Copp! Pasal buku log nak print ke tak, nak bawa borang kehadiran ke tak dan yang berkaitan dengan tu, tu semua tanya SV fakulti dan industri korang sebab depa yang nak bagi markah. Okie??


Orite kita sambung balik. Cuba tengok balik markah dekat atas tu. Mana lagi banyak? Markah daripada industri kan? Which means memang korang kena bagi kaw2, bagi yang betul2 terboek ah waktu LI ni berlangsung.  So, apa yang korang boleh lakukan untuk dapat markah tinggi ni? 


Jadi... Ni antara nasihat aku untuk yang sedang atau bakal pergi praktikal / Latihan Industri (LI).


1) Jadi aktif, jangan jadi pasif

 Korang kena banyakkan bertanya. Waktu awal2 tu biasala akan shy2 cat gituww. Tapi jangan sampai dah nak habis pun duk malu nak bertanya. Tu memang meminta untuk dikelepuk XD. Memang bagi aku akan rugi la sebab banyak benda korang terlepas nak tanya. Dahlah peluang macam ni jarang datang nak bergolek. Sebab lepasni kalau korang salah buat kerja, kena marah teruk2 tau. Time ni la nak buat salah dan belajar dari kesilapan. Nanti bila dah bekerja betul2 boleh elakkan diri daripada buat kesilapan yang sama ha camtuu.

    Then korang sendiri kena banyakkan cari kerja. Mungkin akan ada masa korang macam ada banyak masa terluang atau kerja dah settle awal. Jadi pergi la tanya staff2 situ ada kerja ke nak bagi. Kalau semua takda kerja nak bagi, korang sendiri cari kerja. Misalan pusing2 dekat library tu, tengokla kalau ada buku terjatuh ke ha susun elok2. Ke ada buku atas meja student tak letak dekat troli, ha amik pi letak dekat troli atau susun terus. Kerusi meja tak tersusun? Ha pi susun bagi nampak cantik. Hang ingat dekat kedai makan ja kena susun elok2? Library pun sama daaa. Baru nampak aura kekemasan tu sampai buatkan kita rasa nak lepak kat situ. Dekorasi pameran library ada yang terjatuh atau senget benget? Ha pi betulkan jadi nampak cun mata memandang. Ha gituww. At least ada la benda korang nak tulis dalam buku log tu nanti. Idokler nganga je dalam library tu, menunggu lalat masuk mulut ekekeke.


2) Jaga adab / be courtesy

Ni lebih kepada dari segi perbuatan / body language. Nada kita bercakap, bila kita bercakap dengan staff make sure hadap dorang and mata kita pun kena pandang dorang. Lepastu auto berhenti dari buat segala kerja as soon as staff cakap dengan kita, literally pay attention to them kalau tak, akan nampak rude. Sentiasa senyum also anggukkan kepala tu. Kalau rasa something wrong, act cool je jangan nak cepat melatah sangat. Ni idokk, kena tegur sikit dah muncung mulut pastu update status wasap nohhh rokiahhh *tepuk dahi*. Ingat, kita kena jadi professional. Semua benda yang korang buat tu akan kena balik dekat fakulti. So, please please jaga adab and jaga air muka fakulti okie?


    Bukan setakat itu je, nanti you guys need to always give full commitment in doing something. Kena buat betul2, sehabis baik, berikan sepenuh tenaga dan perhatian dalam sesuatu yang korang kerjakan. Contoh, bila buat sesuatu make sure korang buat sampai habis. Jangan separuh jalan. Gituuu. Kalau kes aku, aku kena sacrifice hari minggu aku untuk buat special project aku. Memang tiap minggu aku balik rumah ya tapi disebabkan student situ free weekend je jadi terpaksalah ubah plan huhuhu.


    Juga, bila dah level degree ni memang staff akan letak high expectation dekat kita. Ada masa korang kena buat fast decision making. Jadi korang kena tough hadap segala cabaran nanti. Misalan excel korang tak pro, jangan pi cakap korang tak reti terus. Cakap yang korang tak reti, tapi korang akan cuba buat dulu. Tengok YouTube, belambak tutorial. Kalau dah stuck sangat2 baru cakap korang stuck dekat mana. Gituww. Bagi nampak ada effort. Idokler bila suruh buat satu kerja korang terus tolak kata taktahu/ takpernah buat. Also kat sini korang boleh slowly sharpkan skill excel korang sebelum masuk LI nanti sebab excel ni sangat basic dalam dunia bekerja.


     Seterusnya.. ni pula lebih kepada segi lisan / penggunaan perkataan. Jangan korang pi cakap dengan staff sana macam cakap dengan member korang pulak. Ada certain words sesuai digunakan dan ada yang tidak.  Jadi tengok pada situasi. Part ni je kalau korang tersilap memang boleh mengundang benda yang tidak diingini yaa sebab kalau tengok sekeliling kita pun setengah orang depa punya sensitive ni lain maciamm. So jaga pertuturan korang tu elok2 nanti.


     Ha also jangan main fon waktu bekerja. Waktu rehat tu takpa. Ni pun benda yang selalu penyelaras kami ingatkan. Waktu bekerja fokus je buat kerja. Dah balik kerja tu hampa nak scroll tiktok sampai pukul 2 pagi pun boleh pastu pi sambung buat solat hajat sana XP


3) Cara komunikasi korang kena kasi strong

Mesti dah dapat agak kan, point komunikasi ni akan ada? Cliche, yes I know sebab komunikasi ni sangat penting. Misalan bila nak tanya staff, korang kena tanya betul2. Lepastu, ulang balik apa yang korang faham. Betul2 kasi clear. Ni penting ya anak-anak sekalian. Lagi2 bila korang nak kena buat satu tugasan. Sekali korang salah faham, memang korang buat kerja dengan ajaran sesat la nanti. Pastu kena ulang buat balik. Ni pun sama kes bila belajar benda baru. Biasakan diri untuk ulang apa yang korang faham. Kot nanti staff akan tambah lagi point2 penting. Ha gituwww.


4) Sila tanam “Open minded” dalam kepala korang siap2

Tanamkan sedalam2nya dua perkataan ni dalam otak korang sebab nanti korang akan expose kepada dunia bekerja yang sebenar. Jadi kita kena adapt dengan working culture / budaya tempat kerja dorang. Macam mana nak adapt? Dengan jadi open-minded. Korang open-minded, insya-Allah korang boleh survive. Gituwww.


Okiee bagi aku, itu antara nasihat aku boleh bagi untuk yang nak pi LI. Jom kita pi kepada special project pulak.


Copp! Alang2 tu aku selit awal2 kat sini. Pasal berapa jumlah special project korang nak kena buat tu better tanya SV fakulti korang. Sebab depa yang nak bagi markah, bukan aku XP


Okie sambung baliksss.


TIPS LAKSANAKAN SPECIAL PROJECT INTERN / PRAKTIKAL / LI LATIHAN INDUSTRI


1) Boleh identify masalah untuk korang cari solution.

Tengok ada apa2 issue tak dekat library tu yang korang boleh tolong improve / settlekan.  Kot ada bilik/ruang yang dah lama tak digunakan ke. Atau library dah lama tak buat program dekat kolej student ke. Gituww. Bagi aku, bila korang jumpa problem, akan auto mudahkan korang buat proposal nanti sebab korang nak bantu settlekan sesuatu masalah tu. 


2) Buka kalendar dan tengok international month/day.

Setiap bulan / hari ada national day so boleh agak nak buat program apa. Contoh program treasure hunt aku haritu, berkait dengan international blood donor day. Jadi aku buat student tu cari kepala abu yang takut nak amik darah.

Jeng3 ni la poster special project aku hehe.




Ni pula komik yang aku lukis sendiri.


3) Boleh direct tanya SV industri korang juga.

Kot2 la beliau nak bagi idea lain atau dah ada idea special project untuk korang buat nanti.



"NAK KENA BUAT PROPOSAL KE? KALAU SLIDE JE TAK BOLEH?"

Jawapan aku: Yes, buat dua2. Proposal buat, slide pun buat.

Nampak macam payah nak buat proposal tu tapi korang boleh je refer balik proposal program yang korang dah buat waktu sem2 lepas. Ubah dan update balik ikut pada special project korang. Kita dah degree diknonnn. Macam apa aku cakap tadi, memang mereka akan letak high expectation dekat kita. Mereka tak minta, kita bagi. Jangan duk stress lama2. Dekat google pun belambak contoh proposal program hahaha. Kena tough kayyy. Aku percaya lah korang boleh buat punyaaa. Kita Gen Z mehhh. Hahaha.

    Kalau yang slide pun sama penting sebab lagi nampak mudah nak faham bila korang nak bentangkan idea tu. Proposal pula nanti boleh letak dalam appendix report. Juga, bila korang dah ada proposal ni, kalau tetiba program korang kena buat collab dengan department lain, ha takdela terkejut nak buat proposal sebab nanti SV / person incharge kena sahkan dulu. Contoh lain tetiba nak kena buat dekat kolej ke ha nanti kena bagi staff kolej tengok jugak. Boleh tanya SV korang balik whether SV korang nak slide dulu ke atau nak bincang dulu. See…. *nada suara Usop Wilcha* itulah pentingnya clear communication~


REMINDER!

Eh also jangan korang duk discuss dengan SV industri je sampai terlupa nak update dengan SV fakulti. Kesian lecturer korang taktahu apa2. Make sure korang tanya & update SV fakulti sekali wokay?



PLAN AWAL-AWAL!

Ni khusus kepada yang duk terfikir nak buat program macam main game or pertandingan. Benda ni korang kena buat preparation awal2 like design poster, wording promote, brochure etc sebab korang nak kena cari peserta. Nak kena tengok jadual dorang jugak kot dorang exam ke time tu. Lepastu nak kena buat PR lagi, contact MPP untuk promote dekat social media dorang, cari student untuk join and minta tolong dorang promotekan sekali. At least 2 atau 3 minggu sebelum program berlangsung korang dah boleh cari peserta. (Kalau yang nak buat program dekat kolej, korang boleh try masuk dalam group whatsapp/channel telegram kolej dorang, cakap la ni untuk promote program library). Kalau seminggu sebelum program tu korang dah dapat lock student/peserta memang cun sangat la. >>Boleh refer SINI untuk nasihat IML553 aku tang tips conduct programme. Ni lebih kepada program online tapi boleh je guna pakai mana2 yang berguna tu okiee<<



JANGAN TERLEPAS BENDA NI BILA BUAT SPECIAL PROJECT KORANG!

Make sure korang dapatkan feedback lepas habis program tu. Buat dalam google form. Pastu suruh peserta isi. Benda ni yang korang boleh tunjukkan dalam report / bentangkan waktu viva samada program korang ni berjaya ke tak. Apa kita panggil tu.. KPI (Key Performance Indicator). Gituww.


Orite tu je kot aku nak sentuh pasal Special Project. Jom kita gerak ke topik VIVA pulak. Aku akan share sekali pengalaman aku waktu VIVA. Ni semua daripada pandangan aku okiee. Also kes aku ada masa 20 min je nak bentang.



"MACAM MANA NAK PRACTICE UNTUK VIVA?"

Jawapan aku: Masing-masing ada style practice tersendiri .


Tapi kalau style aku practice, aku buat gini:

1. Aku buat slide sampai siap, bagi betul2 puas hati.

2. Aku rehearse secara spontan sambil tengok slide. Akan ada aku tokok tambah so aku akan edit balik slide tu (tambah/buang point or huraian).

3. Rehearse lagi sekali sampai rasa cukup point2 dan huraian2 tu.

4. Then aku rehearse sambil record suara aku sebab nak cukupkan 20 minit. Rehearse la sampai nak dekat2 masa yang korang targetkan tu. Time ni korang akan perasan cara korang bernafas sambil bercakap. Practice makes better so lama2 tu korang akan realize sendiri cara nak control pernafasan korang tu.

5. Bila dah rasa puas hati, record for the last time kalini bagi yang paling terbaik sekali.

6. Selama menunggu hari viva, korang dengar benda ni 24 jam. Bagi melekat dekat kepala otak korang tu. Insya-Allah nanti kepala korang akan terbiasa dengan ayat2 yang korang gunakan, therefore dapat elakkan korang daripada terlupa.


Again, ni cara aku. Setengah orang practice tengok cermin or record video sekali so boleh try juga yang tu okiee.


"NAK PAKAI APA WAKTU VIVA?"

Jawapan aku: Ikutkan kes kami, kami pakai baju formal attire. Untuk girls either baju kurung atau blouse+blaze macam biasa. Janji nampak sopan lerr. Tanya balik SV fakulti korang pasal ni.


*Zenko, Sumiko & Inoko nak join enterframe jugakk huehue. Tengok scene ni je teringat part Boboiboy dgn Fang kena makeup dengan Bagogo XD*

Bab pakaian aku paling pentingkan ialah:

  • Jenis fabrik - Ada yang jenis kain tebal so akan buatkan kita berpeluh. Pastu tudung pula ada yang jenis bila kita pakai pendengaran kita jadi tak dengar sangat so korang kena amik kira semua tu.
  • Warna - Kalau tengok google, setiap warna tu akan gives you the aura/vibes waktu present. So, it depends on you. Kes aku, aku pakai warna purple-pink sebab nak sama tema dengan slide. Tapi banyak warna purple la, memang nampak sangatla tagline “UiTM di hatiku” dekat atas kepala aku waktu aku present tu HAHAHAHA.
  • Makeup - Untuk gegirl, please pleaseeee pakai makeup. Paling simple sekali la.. tempek2 sikit bedak tepung tu dekat muka pastu pakai lipstick warna terang. Idokler nampak pucat macam mayat hidup waktu present tu nanti.

"MACAM MANA NAK BUAT PRESENTATION VIVA?"

Jawapan aku: Masing-masing ada pandangan tersendiri bab ni.


Tapi untuk bab pembentangan, nasihat daripada aku:

  • Elakkan bawa nota. Nota/info yang patut korang tengok hanyalah pada slide. Therefore always make sure slide korang buat tu memang membantu korang incase korang terlupa. Again, ni ikut style masing2 dalam hias slide. Style aku, aku elakkan daripada buat terlalu padat.
  • Focus more dekat para panel, bagi eye contact dekat mereka sebab mereka yang bagi markah.
  • Kalau ada audience lain ke, buat teknik pandang tiga arah. Kiri, tengah, kanan.
  • Posisi badan kasi tegak untuk bagi kita nampak yakin, muka jangan asyik pandang bawah.
  • Posisi tangan sentiasa open. Jangan silangkan tangan atau masukkan tangan dalam poket atau sembunyikan tangan dekat belakang. Gerakkan tangan tu ala2 tengah berpidato. Tunding2 tangan tu sikit dekat slide (screen projector/ tv display)
  • Kemungkinan korang akan terlalu nervous sampai terlupa atau terlalu excited bercakap sampai tak cukup nafas. Kes aku ialah aku excited dan tercakap laju. Apa aku buat, aku pura2 berfikir sambil tengok slide untuk kawal balik pernafasan. Taking the deep breath.. then baru pandang panel and sambung balik. Untuk kes yang terlalu nervous sampai lupa, again aku cakap tadi.. slide tu ialah nota korang. Gunakan ‘dia’ sebaik mungkin. Bila terlupa, tengok slide balik, lihat point yang boleh bantu korang tu. Okie?
  • Satu lagi, kalau korang nak elakkan rasa terlalu nervous, boleh set dekat kepala. Korang berdiri dekat depan tu ialah untuk bercerita pengalaman korang. Ini apa yang aku buat. Bila kita bercerita, contohnya bercerita dengan member kita kann. Ada yang kita macam buat lawak sikit. Pastu ada part jadi dramatik sikit lol (tapi nak berdrama tu kena tengok situasi dan reaction audience. Jangan sampai kau nak pura2 pengsan pulak diknon kata waktu LI haritu stress. Mahu kena baling file dengan panel tu nanti HAHAHAHA). At least dapatla attention daripada audience tu sebab kita campurkan expression muka & gaya tangan kita bergerak tu. Takdela kaku macam robot waktu bercakap depan tu. Aku harap kome semua faham la apa aku cuba sampaikan ni. Kalau still tak jalan, anggap je buat presentation depan kelas. Susah sangat, ingat je la mereka pun manusia biasa dan hamba Allah juga… ekekeke.


"SLIDE VIVA NAK LETAK APA JE?"

Jawapan aku: Aku tak pasti la membantu ke tak apa yang aku bakal kongsikan ni sebab aku decide ni pun based on point besar dalam report kami serta contoh senior yang aku jumpa dekat youtube dengan google. Again, ni based on pengalaman aku. Pengalaman kita lain so nak selamat sila double confirm dengan lecturer korang.


Okie bila kita cakap pasal point2 dan huraian dalam slide, ni ikut pada orang tu jugak sebenarnya. Tapi kalau ikut situasi aku, aku ada masa 20 minit je nak bentang, jadi aku buat macam ni:

-Introduction

Macam biasa, buat intro pasal organisasi. Aku buat pendek je.

-Training activities

Ini ikut pada orang juga sebab ada yang memang listkan betul2 apa yang dorang buat. Tapi disebabkan kes aku ada timer 20 min untuk bentang, aku mention aktiviti yang paling aku rasa enjoy/memorable yang aku buat for each unit.

-Special project

Ni aku share pasal butiran, objectives, poster, gambar behind the scene selama aku buat SP aku dan juga feedback program aku. Part ni memang banyak gambar la sebab program aku ialah treasure hunt. Segala bukti kita kasi tempek dekat situ ha gituww. 

-Skills gained

Ni aku kaitkan dengan kursus2 core/elective aku dah amik dengan pengalaman training aku. Contoh IML507, IML555 & IML655. Aku mention yang knowledge dari courses ni aku apply waktu dekat unit cataloging.

-Experiences gained

Ni pula aku mention pengalaman aku. Contoh buat public speaking ke, jadi mc ke, buat book review depan student and staff ke etc. Ni khusus kepada yang ada time limit, kalau banyak sangat experience, pilih mana yang paling berharga untuk di-mention dalam viva. Sebab report korang akan buat se-detail habis. Pahe?

-Personal thoughts & opinion

Yang ni korang boleh cakap apa2 je sebab personal thoughts kan. Selalunya kita cakap kita gain more knowledge dalam bidang ni. Kes aku, aku cakap yang waktu buat SP, aku dapat realize hidden talent aku iaitu melukis komik. Gituwww.

-Lesson learnt

Again, benda ni subjective. Kalau aku, aku fokus mention pada soft skills yang aku dah dapat waktu LI.

-Limitation & recommendation

Ada yang buat fokus pada organisasi & ada yang buat fokus pada diri sendiri. Kalau style aku, aku fokus pada organisasi.

-Conclusion

Macam biasa buat conclusion. Style aku, pendek but padat sebab time tu aku percaya masa dah nak dekat 20 minit XD


    Baiklah, itu sahaja untuk entri kalini. *lap peluh dekat dahi sat XD*  Semoga ada manfaat kepada yang membaca entri ni. So.. I wish you guys all the best okay untuk yang nak pi praktikal tuu. Semoga semua urusan korang dipermudahkan nanti aamiin. Aku percaya korang boleh! *letak emoji lengan sado*


    Kalau ada yang wondering aku tengah buat apa sekarang, aku tengah bekerja dekat kedai perabot ayah aku hehe. So siapa2 tengah cari and nak beli chesterfield, wingchair, sofa moden or L-shape, kerusi & meja makan marble, katil divan chesterfield ATAU nak repair sofa pun ha boleh tengok >FB acc< / >Instagram< / >Tiktok< NURNISHA ISMAIL PERABOT "menjual perabot direct dari kilang" hehe. Kedai and kilang ada dekat Sungai Buloh. Nak datang or tanya apa2 boleh contact no tel ni okayy 017-8871321. Lahh menyempat promote huehuehue. Sambil2 tu aku tengah aim nak siapkan cerita fiksyen aku dan nak terbitkan buku aku sendiri either fizikal atau online. Doakan aku berjaya ya guyss hehe.


    Okie sambung balik topik asal kita XD. Mana yang baik tu korang amik wokiee. Mana yang terkurang tu, doakan la aku improve di masa akan datang. Kemungkinan ni entri last aku pasal program library ni. Tapi taktahu la kot lepas ni aku sambung master ke eh tiberr haha (dalam hati: macam lambert lagi jurr hahaha) Insya-Allah aku sambung menaip dekat sini dan kongsikan pengalaman aku. Kalau korang nak request entri apa2 ke boleh je komen dekat bawah nun. Aku pun takda idea dah nak update apa dekat blog ni. Maybe tulis book review je la hahaha. Terima kasih sekali lagi kepada yang setia menunggu entri aku. Juga kepada yang baca pengalaman aku dari awal aku masuk diploma sampaila aku dah habis degree, korang memang legend la haha sebab nampak my growth dalam perjalanan akademik aku ni hahaha. Sentiasa doakan aku ya guyss.

    Di kesempatan ini juga aku nak berterima kasih kepada my family, SV industri aku, SV fakulti aku, semua staff di organisasi waktu aku buat LI haritu, penyelaras kami, kawan2 seperjuanganku waktu LI, coursemates dan kepada yang membantu aku secara langsung atau tidak langsung. You know who you are. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa semua. *mini love*


Sekali lagi, syukran~ ^^


Wokie guyss kita jumpa dekat entri lain pulak nanti. Tataaaa jaga diri okiee.


Yang ikhlas,

Nisha

-TAMAT-

Khamis, 9 Mac 2023

Pengalaman ambil degree Pengurusan Perpustakaan (Sem 6) + Nasihat

Assalammualaikum dan halu semua! Semua apa khabar? Dah makan ke tuu? Hehehe. Alhamdulillah, kembali lagi aku dengan entri baru. *kelip mata* Kali ni aku nak kongsikan pengalaman semester akhir (semester 6) aku bagi program IM244 Bachelor of Information Science (Hons.) Library Management / Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Perpustakaan di UiTM Puncak Perdana.  Cuma semester kali ni macam janggal sikit sebab fakulti kami tukar nama daripada Faculty of information management kepada School of Information Science, College of Computing, Informatics & Media sebab dah bergabung dengan fakulti lain. 

SEM 3 | SEM 4 | SEM 5 (DEGREE)

SEM 1  SEM 2  SEM 3 SEM 4 + THROWBACK (DIPLOMA)

[Kemungkinan aku dah mula start praktikal / Latihan Industri (LI) ketika aku publish entri ni. Jadi, doakan aku ya guys semoga LI aku berjalan lancar untuk selama 5 bulan ni <3] 

Apa-apa pun mesti korang curious kan kami belajar apa semester ni? Hehehe. Jom kita mulakan! ^0^ 

Bismillahirrahmanirrahim... 

Peringatan : Segala yang baik itu datangnya daripada Allah manakala yang buruk itu datangnya daripada diri ini. Saya mohon maaf jika terdapat apa-apa yang mengguris hati. Kemungkinan saya salah pilih terma yang sesuai. Tujuan entri ini ditulis hanya untuk berkongsi pengalaman. 

    Alhamdulillah semester kalini kami berpeluang pergi kuliah secara fizikal. Dan ada rezeki aku untuk merasai pengalaman duduk kolej. Aku dapat duduk Jasmine 4. Satu rumah tu patutnya ada 6 orang tapi untuk kami, 5 orang ja hehe. (Perbezaan ketara ketika aku diploma di UiTM Merbok dulu dengan degree di Pundana, sini takda mesin air macam dekat sana dan kena buang sendiri dekat rumah sampah).

    Gigihla aku angkat barang ke tingkat 3. Dulu waktu diploma aku duduk level bawah tak terasa sangat. Kalini memang fuhh penat bethol. Lagi-lagi hujung minggu week 1 tu aku positif covid. Lepas habis kuarantin dekat rumah, memang rasa berbeza sebab simptom post-covid tu huhuhu. Aku nak ingatkan dekat junior-junior yang akan masuk ke kolej tak lama lagi, supaya sentiasa pakai mask dekat luar dan bawa sanitizer bersama. Jangan jadi macam aku, confident kebal, terus tak pakai mask & bawa sanitizer pergi jalan sampai ke kandang (ala-ala foodcourt). Sekali hamek kauus positif. Huhu.

    Satu lagi, malam-malam or pagi-pagi tu jangan dekat dengan pokok tau sebab ada nyamuk. Ni terjadi dekat aku sendiri bila pagi-pagi pergi jalan beli nasi lemak dekat acik luar pagar court (berdiri dekat dalam kawasan UiTM cuma bayar dan ambil tu hulur tangan keluar pagar). Tengah leka menunggu tu aku terperasan ada nyamuk besar hinggap. Terbeliak mata aku bila perasan badannya berbelang hitam putih. Aku sempat tampar & alhamdulillah semuanya baik-baik lepastu. Jangan lupa bawa sekali sembur nyamuk sebab kerap kali aku perasan dorang sembur asap dekat kolej sini. Lipas pun ada tauu so kerap buang sampah. 

Ha jom kita gerak ke topik akademik pula. Antara nasihat yang aku dapat dari senior bila dah masuk semester akhir ni: 

  • Better ambil course elektif yang takda final exam (ni paling penting sebab kita nak focus dekat final exam yang core)
  • Ambil course yang ringan dan tak berat sebab nak naikkan pointer (boleh refer senior yang pernah ambil)
  • Cuba tengok dulu pensyarah yang mengajar tu siapa and cara dia mengajar macam mana (untuk elektif - boleh tanya senior) 

Ini pula kursus-kursus yang aku ambil untuk semester ni. 

KURSUS KEPERLUAN UNIVERSITI *WAJIB*

  • EET699 - English Exit Test

KURSUS TERAS FAKULTI (CORE) *WAJIB*

  • IMC651 - Evaluation of Information Services
  • IML651 - Digital Libraries
  • IML655 - Organization of Information: Computerized Cataloging
  • IML656 - Planning and Design of Libraries and Information Centers

KURSUS ELEKTIF  (ELECTIVE )*WAJIB & IKUT PILIHAN PELAJAR*

  • IMS657 - Legal and Ethical Aspects of Information Systems
  • IMR659 - Management of Manuscripts and Personal Papers 

  • EET699

Untuk course ni dia macam MUET tapi lebih kepada working environment. Korang boleh beli buku EET dekat Shopee UiTM (sini) siap-siap. Bagi aku memang berguna sangat buku ni untuk korang dapatkan. EET ni takda kelas tau. Ibarat study sendiri. Ada 2 test iaitu Listening Test dan Writing Test. Pelajar boleh cek sendiri jadual untuk tahu bila EET ni berlangsung. Kalau kami, test berlangsung pada hujung² semester macam tu. Jadi, awal semester tu memang aku tak teringat langsung pasal EET. Untuk EET Listening Test kami, berlangsung waktu study week. Memang terkejut gila bila dapat tahu. Selalunya aku study seminggu sebelum tapi kes listening test ni, malam sebelum test baru aku study XD. Listening test ni nanti kena bercakap dengan computer. Untuk writing test pula, korang kena tulis essay. Ada la format yang buku EET tu bagi nanti korang follow ja dalam tu hehe. Boleh tengok video sini yang listening test: 

Yang aku paling tak boleh move on sekali, boleh pulak waktu listening test aku terlepas cakap "apa" dua kali... adudu sabo je la XD yang member aku pulak duk "ermmm ermmm" je memanjang hahaha. Sila banyakkan tengok movie/series dan baca buku english sebagai persediaan okiee X). 

Apa-apa pun, nasihat aku, korang kena datang ke makmal komputer (listening test) atau dewan (writing test) satu jam atau setengah jam awal sebab nak tahu tempat duduk korang dekat mana. Jangan datang lambat!! Nanti korang akan duduk ikut kelas. Kesian pensyarah kena susun korang. 

Jangan lupa bawa:

  • kad IC
  • salinan slip peperiksaan
  • kad matrik/salinan kad matrik 


  • IMC651

Untuk course ni, korang kena buat research proposal macam EWC dulu tu. Cuma kes kami, kami buat sampai chapter 3 ja so tak perlu collect data tu semua. Tapi pensyarah kami ada la cerita kemungkinan akan datang para pelajar kena buat semua chapter sebab senior kami dulu ada problem waktu buat research. Bagi aku course ni paling berat sebab terma-terma dia tu fuhh. Jenis-jenis la itu la ini la. Memang mendalam apa yang akan dipelajari nanti. 

Tapiii aku paling enjoy sekali bila kelas IMC ni dilakukan dalam kelas Smart classroom (ada pensyarah jemputan dari universiti lain) sebab kelas tu ada banyak TV yang buatkan kita tak perlu tertoleh-toleh nak tengok depan. Also kelas tu sejuk gila heee. 


(Bersama team aku hehe)

  • IML651

Ini pun antara course yang susah bagi aku. Senang cerita segala 651 susahlah bagi aku lol. Assignment ni kami kena buat prototaip gunakan Greenstone software. Kena buat: 

  • Prototaip
  • Proposal
  • Interim report
  • Users manual
  • Developer manual
  • Presentation
  • Minute meeting 

Nanti pelajar kena buat group dalam 8 orang dan akan ada:

  • Project manager
  • Project manager assistant
  • Administration department
  • Digital department
  • System department 

Setiap minggu kena update progress group dekat pensyarah. Minggu 14 kena submit prototaip ni. 


  • IML656

Aku paling suka sekali course ni sebab dapat belajar cara-cara nak design library (bak kata aku waktu diploma >dulu<, pantang larang nak design library hahaha). Selalunya pelajar bebas untuk pilih jenis perpustakaan untuk group assignment. Tapi kes kami, pensyarah tetapkan kepada perpustakaan masjid. Jadi kami kena study sikit la jenis bahan-bahan yang akan dimasukkan. Oh ya, ada satu assignment yang 10% tu, kami kena buat essay. Tapi pensyarah ada kata yang sebelum PKP, 10% tu actually markah untuk pelajar yang pergi rombongan melawat library dekat luar. Takda rezeki kami nak jalan-jalan lagi. So nanti pelajar yang akan datang la akan dapat merasa keluar pergi library tu~ 

(Ketika kelas sedang berlangsung)

  • IML655

Haa yang ni course paling penting untuk kami since kami pelajar library. Kalini belajar pasal MARC (MAchine-Readable Cataloging) & RDA (Resource Description and Access). RDA tu belajar last sekali sebab taknak confuse dengan MARC. Kena hafal tagging, indicator dan subfields. Pensyarah kami juga ada ajar basic cara gunakan KOHA. Kami semua bawa laptop masing-masing dan ikut steps yang ditunjukkan oleh pensyarah dekat depan. 


  • IMS657

Ni elektif kedua aku pilih sebab taknak clash dengan yang core. Alhamdulillah, kelas elektif ni paling aku enjoy gila sebab pensyarah best mengajar. Ni nanti akan belajar pasal law. Assignment pun mudah. Individual buat essay dan group buat campaign. 


(Tengah buat transliterasi manuskrip hehe)

  • IMR659

Elektif ni yang paling aku look forward sebab nak belajar pasal manuskrip. Pensyarah pun best sangat, suka berkongsi pengalaman dan bercerita. Aku paling suka sekali bila pensyarah cerita pasal sejarah dan trivia cerita rakyat. Lepastu ada buat transliterasi manuskrip lama. Ni pun mencabar. Huge shout out kepada housemates aku sebab banyak tolong aku waktu aku struggle nak siapkan tugasan ni XD. Apa-apa pun, untuk group assignment, kami kena pergi muzium untuk buat report lawatan. Untuk group aku, kami pergi ke Islamic Arts Museum Malaysia dekat KL. Memang best sangat. Besar dan macam-macam ada, baju perang la, kiswah kaabah la. Waktu kami sampai tu ada pameran keris. Oh ya, aku nak ingatkan makanan dalam muzium ni mahal huhu memang not student friendly lah. Tapi korang boleh jalan ke luar dan ke bawah sikit, untuk makan dekat cafe di tepi masjid negara. Alhamdulillah makanan situ murah.  Cuma aku agak terkejutlah bila kami dapat tahu yang kami batch last untuk IMR659 ni. Lepasni dah takda IMR659 sebab digantikan dengan kursus baru (yang seakan sama tapi lebih kepada Islamik kalau tak silap) sobbs. 


Lain-lain yang semester akhir IM244 wajib sertai:

  • Scival Lab (Scival Certification Programme measuring research performance - level 1) di PTAR UiTM Puncak Alam.

Program ni berlangsung selama 3 hari. Jadi kami ulang alik naik van dan bas setiap hari. Kami belajar dengan Mr. Alex yang sangat supporting orangnya. Hari ketiga tu kami kena buat presentation. Dahlah first time present secara fizikal. Kena speaking betul-betul pulak tu haa memang nerves habess! Hahaha. Nasiblah kalau jadi macam dalam Oh My English tu ekekeke. Alhamdulillah, banyak yang kami dah belajar melalui program ni. 


  • Talk 1, Talk 2 & Sharing/Taklimat daripada pensyarah di dewan seminar untuk Latihan Industri (LI).

Pelajar akan pergi praktikal pada semester hadapan, semester 7, selama 5 bulan. Kes kami, talk 1 & talk 2 buat online. Talk 1 lebih kepada introduction LI dan proses nak hantar dokumen (yang kita dah buat dulu ketika Finishing School >sini< kepada organisasi. 

Antara syarat basic nak pergi praktikal / LI, make sure:

  • organisasi tu ada librarian gred S41 ke atas.
  • 3 kokurikulum dah ambil, 3 level third language dah settle dan 8 elektif dah ambil. 

Talk 2 lebih kepada briefing pasal perkara apa yang perlu dilakukan ketika intern, format report dan lain-lain.  Yang sharing tu pula pensyarah kongsi perkara asas yang pelajar kena tahu contoh pasal cuti, kalau ada kes kematian, pinjaman / tabung pelajar, bencana alam or accident etc. Ada juga nasihat yang berguna pensyarah akan share.

Nasihat lain:

  1. Jangan ingat semester akhir ni tak banyak kursus berbanding semester lepas, korang boleh rilek!  Kena banyakkan prepare mental sebab akan ada banyak perkara last minute berlaku lol.
  2. Pensyarah juga akan ada high expectation dekat kita since kita dah semester terakhir so kena buat sehabis baik.
  3. Kalau ada apa-apa masalah berlaku, jangan cepat melatah atau nak marah. Just keep calm. Lagipun kita nak end our chapter dengan baik. Ala-ala happy ending dalam fairytale tu... hehe So please ingat tauu! Just hang in there! Pejam celik dah habis dah sem tu nanti ^_-

Kesimpulan / overview untuk program IM244 pada pandangan aku: 

    Bagi aku, degree kalini lebih mendalam bila nak dibandingkan dengan diploma IM120 dulu (tapi kini dikenali sebagai IM144). Lagi-lagi untuk kursus cataloging. Tugasan assignment pun semakin mencabar seperti kena buat prototaip, event, dan research. Ditambah dengan kewujudan elektif lagi ha lagi bertambah cabaran tu hahaha. Tapi setakat ni elektif yang aku ambil semua best belaka dan membantu alhamdulillah. Juga bila masuk degree ni aku timba banyak ilmu daripada perkongsian pengalaman daripada pensyarah disamping belajar mengikut silibus. Pensyarah kami banyak berkongsi nasihat buat kami, lagi-lagi dalam bidang perpustakaan dan pengurusan maklumat.

    Ada yang paling aku ingat sekali, satu perkongsian daripada pensyarah kami bila doktor tengah nak buat surgery, call pustakawan rujukan untuk confirmkan pasal something since pustakawan tu familiar dan pro dengan terma serta subjek medik. 

    Apa-apa pun, yang paling penting sekali, ambil program IM244 bukan bermaksud habis belajar akan kerja sebagai pustakawan. Tapi boleh kerja di bidang lain yang ada kaitan dengan pengurusan maklumat itu sendiri.

    Ini pun ada dibincangkan dalam beberapa kelas aku sebelum ni serta ketika Miss Emily (Presiden ALA American Librarian Association) datang. Bak kata presiden PPM, Dr. Ghazali, "widen your horizon" apabila kami bicara mengenai kerisauan dalam mendapatkan pekerjaan sebagai pustakawan kelak. Aku pun agak terkejut bila dapat tahu presiden ALA nak mai turun UiTM kami. Memang cepat-cepat aku daftar sebab aku tahu peluang macam ni takkan datang bergolek lagi. Terima kasih kepada PPM juga kerana turut hadir ke kampus kami ♡♡ Asyik ketawa ja dengar apa yang presiden PPM sampaikan haritu :">

    Also aku ingat lagi apa yang Miss Emily jawab bila kami tanya soalan pasal library dah tak relevant. Ayatnya seakan berbunyi seperti ni, "Betul ke library fizikal dah tak relevan? Dekat mana kamu nak dapatkan tempat yang ada free aircond dengan cuaca yang panas dan ke mana kamu akan pergi untuk dapatkan bilik air yang selesa?" Ada lagi yang kami borakkan cuma aku paling ingat moment yang ini la hehe.

    Dan..... itu sahaja untuk kalini hehe. Kalau korang perasan, nada tulisan aku agak lain sedikit berbanding sebelum ni sebab aku taip ni betul-betul selepas beberapa hari kematian kucing aku. Harap nanti waktu LI aku kembali bersemangatlah, aamiin. Doakan aku ya guys. :"> 

    Ini pula aku kongsikan video tiktok dari classmate aku kepada yang nak tahu kursus apa paling susah bagi kami dalam bidang sains perpustakaan ni hehe.

(credit video: classmate aku, wa ♡)

Dah sampai hujung sem ni haa meh aku throwback selama semester akhir ni ^^. 

Bersama housemates tercinta. *mini love*

Bersama roommate, dia datang jauh dari Sarawak tauu hehe ^0^

Momen di Islamic Arts Museum Malaysia dengan berbaju kurung sebab kami pi waktu hari Isnin XD

Bersama pensyarah IML651 yang belanja makan domino pizza siap dengan dessert sekali hehe. Thank you sir belanja kamii! T^T

 Bersama pensyarah IML655 :> Sila abaikan awning tudung yang senget tu djskklsjkj

Bersama pensyarah IML656 yang paling supporting <3

Senior Night. Ni khas untuk pelajar semester terakhir. Akan ada tema. Macam kami, batik jawa dan raja sehari. Ada jamuan makan-makan dan penyampaian anugerah kecemerlangan. Mereka akan sebut TOP 3 students dari setiap program dan setiap semester. Cuma seorang sahaja yang akan naik pentas (pointer paling tinggi) bagi setiap sem tu. Ikutkan kami akan naik bas sebab event buat luar. Tapi disebabkan tak ramai join, kami buat dalam kawasan kolej je sobbs. 

IM2446A bergambar di hadapan "faculty of information" dan banggunan UiTM Puncak Perdana. Juga dekat bawah sekali tu ialah group kecil sahabat-sahabat degree aku. Segala kesukaran kami hadapi bersama selama 6 semester ni hehe. Love you guys ketat-ketat mwahh <3

IM2446A farewell event di Restoran Aroma Ikan Bakar, Pantai Jeram.
 

  Kami makan seafood bersama, buat exchange gift (secret santa) dan tulis first impression. Tengok la first impression mereka dekat aku apa dalam list tu hehe. 

 'Welcoming American Library Association (ALA) Delegation & Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM)' di smart classroom UiTM Puncak Perdana. Untuk ice breaking, Miss Emily tanya macam mana kami boleh join program library. Antara kami ada yang jawab "library yang pilih kami" XD Tapi aku memang setia dengan library ecehh haha. Siap wakil PPM kata aku ni "rare species" ekekeke XD 

.

(Kalau ada gambar lagi nanti aku up kat sini heeee)

.


    Apa-apa pun, alhamdulillah sebab semester kalini semuanya berjalan lancar.

    Aku nak berterima kasih kepada para pensyarah yang telah mengajar kami, coursemates, classmates, groupmates, housemates, dan kepada yang telah membantu aku secara langsung atau tidak langsung. Banyak aku dah pelajari selama aku sertai program IM244. Dari kuliah atas talian sampailah ke fizikal. Aku juga nak ambil peluang untuk meminta maaf jika aku ada buat apa-apa kesalahan tanpa aku sedar selama ni. 

    Juga, terima kasih kepada yang sentiasa tertunggu entri baru daripada aku. Insya-Allah nanti aku akan post apa-apa update terbaru. Wish me luck untuk LI nanti! Okie, tata semua! Insya-Allah kita jumpa di entri akan datang <3 

 

Yang ikhlas,

Nisha

-TAMAT-