Khamis, 22 September 2022

Pengalaman ambil degree Pengurusan Perpustakaan (Sem 5) + Nasihat


 Assalammualaikum semua! ^^ 

Yay aku kembali dengan entri baru! Hehe kemain lama betul aku nak update blog huhu. Maaflah guys. Cuti semester kalini memang aku betul2 gunakan untuk bercuti sebab insya-Allah next cuti semester dah start praktikal dekat perpustakaan hehehe. Takpa, bila-bila free nanti aku akan cuba usahakan untuk update blog.


Sebelum tu, korang ada perasan tak design blog aku dah berubah? Hehe siap ada gambar aku berkonvo lagi hihi alhamdulillah, 18/9 haritu aku sudah selamat digelar sebagai alumni UiTM. Sebak woo waktu pengumuman ni. Waktu nyanyi lagi UiTM Di Hatiku tu aku memang feeling habis nyanyi sambil dongak atas sebab taknak air mata mengalir jatuh.  Makeup kena jaga lagi sebab nak ambil gambar dengan classmate & dekat studio XP. Yang nak tengok aku tu, pandai-pandailah skip dekat diploma pengurusan perpustakaan kat sini hehe:

So, macam biasa, dah nak masuk semester baru ni, aku akan berkongsi pengalaman semester semasa aku (dalam mengambil program IM244 (Bachelor of Information Science (Hons) Library Management) atau dalam Bahasa Melayunya, Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Perpustakaan di UiTM cawangan Puncak Perdana) iaitu kalini semester 5. Haaa yang tak faham apa aku duk celoteh ni boleh baca pengalaman aku mula2 nak ambil degree di >sini< okiee ♡  Kalau nak baca pengalaman diploma pengurusan perpustakaan aku pula boleh ke >sini<.

SEM 3 | SEM 4 | SEM 5 | SEM 6 (DEGREE)

SEM 1  SEM 2  SEM 3 |  SEM 4 (DIPLOMA)

Bismillahirrahmanirrahim...


Peringatan : Segala yang baik itu datangnya daripada Allah manakala yang buruk itu datangnya daripada diri ini. Saya mohon maaf jika terdapat apa-apa yang mengguris hati. Kemungkinan saya salah pilih terma yang sesuai. Tujuan entri ini ditulis hanya untuk berkongsi pengalaman.


Semester kalini kami masih lagi ODL. Ni akan datang semester 6 baru kami akan duduk dekat kolej. Nervous juga nak masuk kampus setelah lama ada di rumah. Harap semuanya berjalan lancarlah nanti ketika pendaftaran kolej aamiin. (Minta tolong doakan classmate aku semua juga guys agar dapat kolej atau rumah sewa ♡). Teringat pula zaman diploma dulu dekat Merbok. Untuk degree ni aku sempat pergi UiTM Puncak Perdana kejap aje haritu sebab ada urusan presentation untuk group assignment IML606. 


Baiklah, ini senarai kursus yang aku ambil untuk semester lima.


KURSUS KEPERLUAN UNIVERSITI *WAJIB*

  • EWC663 - ENGLISH FOR MEETINGS AND DISCUSSIONS
  • TAC501 - INTRODUCTORY ARABIC (LEVEL III)


KURSUS TERAS FAKULTI *WAJIB*

  • IML601 - PUBLICATION AND PRODUCTION OF INFORMATION MATERIALS
  • IML605 - ORGANIZATION OF INFORMATION: ABSTRACTING AND INDEXING
  • IML606 - CHILDREN'S LIBRARIANSHIP


KURSUS ELEKTIF *WAJIB & IKUT PILIHAN PELAJAR*

  • IMR454 - MANAGEMENT OF RECORDS REPOSITORY
  • IMS457 - MULTIMEDIA FOR INFORMATION PROFESSIONALS


LAIN-LAIN

  • FST - FINISHING SCHOOL TALK (Wajib untuk semua pelajar semester 5)



Jom kita mulakan ! <3

  • EWC63

Kalini punya ewc memang korang akan fokus pada cara berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Jadi korang kena banyakkan berlatih sebutan dan basic grammar kena study semula, kot korang dah lupa. Macam kami dulu, madam bagi soalan untuk kami jawab apa nama tense itu dan ini. Hihi. Oh ya, ada juga buku teks yang pensyarah akan suruh beli tapi tak wajib beli.


Korang akan belajar 2 cara meeting. Pertama ialah informal meeting dan kedua ialah formal meeting. 


Pertama sekali, korang kena create satu group & kena pilih satu company untuk berlakon jadi staff kat situ. Sorang akan jadi boss, lagi sorang jadi setiausaha & yang lain akan mewakili setiap department. Macam group aku dulu, kami pilih POPULAR. Yeshh kedai buku tu hehe. Fe-feeling ada kedai buku sendiri, apa salahnya huehue.

Untuk informal meeting, korang tak perlu risau sangat. Yang ini agak mudahlah sebab korang kena saling bertanya & jawab. Janji jangan senyap. Yang ketua / boss pula akan lead conversation tu & bagi idea sikit2. Setiausaha pun jangan senyap, kena bagi idea juga. Nak berlawak ke ha saat ni boleh. Cuma pastikan ada agenda etc. Nanti korang kena practice dengan record video dalam 2 kali dan upload kat youtube video2 tu (ini kes kami la). Waktu kuliah nanti haaa pensyarah akan pilih satu video untuk tengok depan kelas. Classmate lain akan disuruh bagi feedback tang mana tak okey & pensyarah akan bagitahu apa yang perlu improve.

Bila dah siap practice, korang kena buat informal meeting ni secara betul2 pula (yang ada markah) dalam google meet dengan pensyarah. Nanti akan dapat scenario secara spontan & ada masa 10 minit je nak discuss sebelum start meeting.

Yang formal meeting pun sama cuma kena serius. Ala2 korang nak bermeeting di syarikat Megah Holding dalam drama TV3 tuu XD. Korang kena buat practice 2 kali then google meet dengan pensyarah. Cuma formal meeting agak payah sikit sebab ada prosedur yang kita kena ikut. Jadi korang kena fokus dan ingat ayat wajib untuk dipakai dan flow formal meeting tu macam mana. Oh dan korang juga akan belajar tulis minute meeting tau! Pastikan hafal format dan ayat-ayat asas sebab ni semua korang akan gunakan untuk final test. Nanti dekat paper akan dapat soalan & arahan serta nama² staff. Ibarat kita akan jadi setiausaha yang menulis minit meeting gituu. Jadi kena tengok nama setiausaha dalam soalan tu. Jangan korang letak nama sendiri sudah ekekeke.

Nasihat lain untuk ewc663, korang kena buka camera setiap kali kuliah sebab pensyarah akan ambil markah dari segi reaksi muka & bila pensyarah tanya, korang jawab ke tak. Eye contact la, grammar korang waktu speaking la haa itu semua diambil kira. Yang hebat & suka sangat speaking tu, time ni la korang boleh dapat markah free & kalau nak grab the spotlight hehe.


Okey jom kita ke kursus kegemaran aku pulak.

  • IML601

Yang ulat buku dan nak jadi penulis atau kerja dekat kedai buku ke haa confirm akan jatuh cinta dengan kursus ni sebab korang akan belajar pasal dunia penerbitan buku. Korang juga akan belajar pasal penerbitan bahan akademik. Haa ingat sama ke proses nak terbit buku akademik ni? Lain tauu! Make sure fokus nanti dalam kelas okiee. Untuk assignment, korang kena tulis cerita, jadi editor & hasilkan sebuah buku (yang group assignment). Amacam? Best kan? :> Waktu kami dulu, kami satu kelas kena buat pengalaman hari raya. Yang pandai melukis ke ha memang bonus la untuk part menulis tu nanti. Boleh lukis doodle atau mini komik ke. Ala2 diary of wimpy kid gituu. Tapi kena tengok juga pensyarah nak korang tulis pasal apa & style buku macam mana. Macam kami, kena buat dalam style coffee table book.


Nasihat lain:

1. Minta rubric sesiap daripada pensyarah waktu nak hasilkan cerita sendiri atau edit cerita kawan atau nak compile/create buku .

2. Waktu nak buat buku tu nanti, alert dengan muka surat buku kita. Refer pada buku sebenar macam aku, refer pada novel Bookiut (sebab takda coffee table book). First page tu selalunya belah kanan, then second page yang belah kiri tu akan kosong. Next page ialah title page. Then next verso page pula. Kena refer ayat verso dalam buku/novel. Dan lain2. Ni nanti tanya pensyarah korang macam mana nak buat kalau tak faham.

3. Boleh refer ke AMAZON KDP >sini< untuk measurement cover buku (untuk buat design cover buku yang termasuk spine dekat tengah tu). 


Okey next!

  • IML605 

Macam diploma IM120 dulu, korang kena buat index. Bezanya kalini korang kena buat abstrak sekali. Ada 3 jenis abstrak yang kita akan fokus iaitu indicative, informative & critical. Korang kena fokus pada cara menulis abstrak (BM & BI) dan kena tahu keyword dalam teks abstract untuk tahu teks itu jenis abstrak apa. (Boleh rujuk EQPS tengok paper macam mana kot confuse dengan apa aku cuba sampaikan). Assignment ni nanti korang kena cari artikel dan ada juga kena buat infografik. Group assignment pula kena cari satu bahan (contoh: e-book nonfiction yang takda index lagi) yang bersesuaian dan selepas itu, buat index macam biasa iaitu BOBI (Back of the book index).



  • IML606

Dan seterusnya ialah IML606. Kursus ni antara yang paling aku look forward semester ni sebab dapat belajar pasal kanak-kanak dan bahan bacaan kanak-kanak. Al maklumlah, aku suka baca novel cerita kanak² & siap pasang angan2 lagi nak jadi penulis middle grade fiction. Ala2 Hanna Alkaf dan Tunku Halim gituu takpun yang paling femes tu J.K. Rowling. Hihi. Jadi segala perkara yang kami belajar tu aku hadam betul2. Iyela manalah tahu, boleh diguna pakai untuk menulis nanti hehe. (Doakan aku ya guys! ^_^) Okeyy untuk assignment pula, yang individual kami kena tulis informative article. Yang group assignment, kami kena buat bahan bacaan untuk kanak-kanak takpun bina mini model perpustakaan kanak-kanak kalau tak silap. Nanti adalah pensyarah bagi list untuk korang pilih. Group aku pilih yang option kena sediakan bahan-bahan untuk buat Book Tasting.


Bukan itu ja tauu, nanti korang kena buat program/event kelas sekali. Yang ini satu kelas terlibat. Ala2 iml553 dulu tuu. Disebabkan sem ni kelas kami ada yang dah balik kampus, kami decide untuk bahagi 2 kumpulan. Kumpulan 1 terdiri dari yang ada di rumah, jadi kami kena buat program online. Kumpulan 2 pula terdiri daripada yang ada di kampus, jadi mereka akan menjalankan program secara fizikal bersama kanak2. Untuk kes kelas aku, mereka pergi ke tadika & pensyarah pun ikut sekali lihat aktiviti yang mereka lakukan di sana. Sambil2 pantau, sambil2 bagi markah hehe. Waktu online program aku tu pun pensyarah join dan stay tengok sampai habis google meet kami. Nak tengok, menjadi ke tak program kami tu.


Alhamdulillah, semester ni aku diberi peluang untuk menjadi ketua program untuk kumpulan 1 kelas aku. Dan aku boleh kata yang agak mencabar nak buat event dengan kanak2 secara atas talian. Tapi alhamdulillah, kami dapat capai target jumlah audience kami. Tips aku ialah korang kena promote dekat group2 FB atau tag penerbit atau orang2 dalam bidang buku macam penulis takpun bookstagrammer. Insya-Allah sekali dorang dah share atau retweet/like, nanti ada la kenalan dorang yang lain akan share pasal ni juga. Sebab program kami ni ada kaitan dengan amalan membaca & menulis buku. Macam dalam entri aku sebelum ni, aku applykan elemen cabutan bertuah untuk tarik crowd dengan menghadiahkan buku penulis.

Dan alhamdulillah, memang kebetulan sangat penceramah kami, Puan Sabrina ada datang ke Pesta Buku PBAKL untuk sesi ramah mesra di booth PTS. Aku pun apa lagi, grab la buku (diskaun kaw2 okehh!!) untuk para pemenang & minta tandatangan. Sambil2 tu aku rakam video waktu Puan Sabrina tengah sign buku. Video ni boleh promote dekat FB page. Boleh tengok postingnya di sini:

Jadi di kesempatan ini aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Puan Sabrina Ismail (penulis Bookiut Boba Girl, Elite Bunian, Beyblaze Girl, Miss Baker dan macam-macam lagilah karya beliau XD) kerana sudi menjadi penceramah jemputan kami. ^^ Memang Puan Sabrina sangat professional orangnya dan banyak membantu aku. Untuk pengetahuan semua, nama program kami tu, Puan Sabrina la yang suggestkan. Hehe. Terima kasih lagi sekali Puan Sabrina ♡♡♡ Jangan lupa beli buku beliau okiee! Aku recommend Boba Girl & kalau nak ada feeling dekat dengan hati, boleh cuba Miss Baker sebab latar masa ceritanya ketika pandemik berlaku di negara kita. ^^

Wokey, tambahan maklumat mengenai honorarium dari entri sebelum >ini<, kalau korang nak jemput penceramah freelancer atau penceramah tu orang luar UiTM untuk event online, korang kena dapatkan semua ni untuk claim honorarium (dana) tau. Make sure juga korang dah collab dengan persatuan akademik kalau nak claim. Okiee. Jangan lupa untuk tanya staff HEP/HEA atau kawan persatuan pasal ni untuk double check. Tau2.


Before program:

  • Proposal (dalam word)
  • Slide proposal (dalam pdf - untuk present & explain dekat pensyarah korang)
  • CV/resume penceramah (dalam pdf)
  • Borang C dalam word


After program

  • Laporan program
  • CV/resume penceramah
  • Borang C
  • Surat kelulusan program
  • Surat jemputan program
  • Borang honorarium
  • Borang senarai semak honorarium
  • Salinan IC penceramah
  • Salinan penyata akaun muka depan penceramah


Nasihat lain:

1. Kalau korang still boleh/kena buat online event, make sure ketua program atau penolong ketua program atau setiausaha ada yang boleh turun datang ke fakulti untuk present idea program korang tu nanti. Also untuk hantar hardcopy. Macam kes aku, aku kena turun sebab aku ketua program dan alhamdulillah aku dapat pergi ke fakulti masa tu. Kalau tak boleh, kena hantar wakil.

2. Since korang kena buat program kanak-kanak, ayat dalam tentatif tu nanti korang kena buat dengan cara friendly tau and jangan terlalu formal macam iml553 dulu. Ni contoh kami buat sebelum ni. Korang boleh tengok perbezaan tentatif untuk audience umum vs audience kanak2. Lagi satu, nanti korang gunakan terma "aturcara" tau. Idokler formal sangat.

3. Nanti yang incharge untuk OBS (FB Live), memang kena ada internet kuat. Kalau takda siapa yang internetnya kuat, better korang fokus buat dekat google meet atau zoom ja sebab kes kami timing dekat FB live dengan Google Meet terlalu jauh gap. End up yang dekat FB pun masuk Google Meet sekali huhu.


Manakala ni  bahan promosi untuk program online kami. A huge shout out to our Biro Teknikal ^^.


  • Countdown poster

*waktu kami dah blast poster ni lah baru perasan sepatutnya 5 DAYS TO GO
kena tukar ke 5 HARI LAGI. Nampak tak konsisten dari penggunaan bahasa XD.
So make sure nanti korang tak buat kesilapan yang sama tau!*


  • Poster


  • Aturcara

>FB PAGE<


Chaiyok okeyh!! ^^


Okey, jom kita ke arabic language pula.

  • TAC501

Okey untuk third language / bahasa ketiga, bagi aku bahasa arab kalini agak mencabar dan best sebab kita akan belajar lagi mendalam. Macam2 lah kami belajar. Siap kena bina ayat lagi (yup, ni antara jenis soalan yang terbaru mereka masukkan dalam writing test. Sebelum ni takda pun kena bina ayat). Like usual, kena beli buku teks. Harga still maintain macam semester lepas. Waktu kami dulu, pensyarah kami suruh guna Microsoft Teams. Agak jakun juga la nak install & pakai. Lama2 best pula guna MT ni hahaha siap boleh turn in. So boleh lah kot korang install siap2 microsoft teams ni. Takpun boleh juga tunggu pensyarah korang dulu. * Lupa nak mention assignment. Macam biasa, korang kena buat video roleplay partner & secara group :>


Moh kita ke elektif pulak. Elektif kalini aku pilih IMR454 & IMS457

  • IMR454

Macam aku pernah share di entri sebelum ni, untuk kursus elektif rekod, flownya sepatutnya IMR451 (record management) > IMR454 (record center) > IMR455 (archive). Jadi kalini lebih fokus pada record center. Bagi aku IMR454 ni boleh tahan juga payah sebab banyak perkara baru yang kami belajar. Apa yang aku ingat macam measurement untuk shelve, kotak, jenis kotak, jenis-jenis staff dll. Tapi! Semua tu akan membantu untuk korang faham konsep sebuah record center. Mula2 tu macam pening lalat sikit nak faham tapi lama2 tu insya-Allah boleh catch up sebab pensyarah kami banyak tanya kami dalam kelas apa yang tak faham. Lepastu ada quiz lagi ha memang kena fahamkan lah sebelum nak jawab tu. Individual assignment nanti korang kena buat article review (macam biasa) cuma nanti tolong cari secepat yang mungkin sebab artikel pasal record center ni agak terhad berbanding record management & archive. Tau tau!! Cepat-cepat cop 2 artikel tu nanti. Also group assignment korang akan kena cipta commercial records center & buat proposal. Kena buat promotion materials sekali. [ Jangan lupa untuk jawab weekly questions dekat I-Discuss tau! Setiap dari tu ada markah! ]

  • IMS457 

Last sekali ialah elektif system. Untuk kursus ni, korang akan belajar banyak pasal multimedia lagi-lagi yang pasal linear & non-linear multimedia. Group assignment korang kena buat multimedia project. Kalau individu, kena buat article review dan jufa buat e-resume guna power point. [ Jangan lupa untuk jawab weekly questions dekat I-Discuss tau! Setiap dari tu ada markah! ]

FINISHING SCHOOL TALK

Selain dari tu, untuk semester 5 ni kami ada Finishing School Talk. Mesti pelik apa benda la FST ni kan? Ini memang khas untuk semua student sem 5. Nanti akan ada tetamu yang datang bagi talk macam kami dulu, Ketua Pustakawan Perpustakaan Kuala Lumpur. Ini hari pertama. Nanti hari kedua yang FINISHING SCHOOL LDK, korang akan dengar talk daripada pensyarah kita pula mengenai persediaan untuk ke alam pekerjaan mengikut group masing-masing. Macam cara berpakaian dll. Kalau ada apa2 nak tanya nanti, korang tanya ja pensyarah korang tu. Lepastu,  korang kena sediakan resume, cover letter & video e-resume sebelum hari FST ni. Nanti waktu hari FST LDK tu, lepas habis talk, pensyarah akan cari mana2 video, resume atau cover letter dan share dengan group korang. Bukan tu ja, semua bahan2 ni juga korang boleh gunakan waktu nak apply latihan industri cuti sem 6 nanti. So, boleh buat cantik2 hehe.

Wokeyy itu sahaja entri untuk kalini! Maaf lambat update. Sebab selalunya lepas dapat result final exams aku akan terus update blog. Kalini tak jadi sebab aku duk prepare nak berkonvo. Nervous woo! Hahaha nak practice jalan pakai heels lagi kekeke. Harap entri kalini bergunalah ya untuk yang bakal memasuki semester 5. Yang baik itu semua datangnya daripada Allah. Dan yang buruk itu datangnya daripada yang sedang menaip ini.


Sekian.


Yang ikhlas,

Nisha


p.s. insya-Allah aku akan cuba tulis entri pengalaman berkonvo pula di masa akan datang. Harap membantu la sedikit bagi yang nak berkonvo bulan 12 nanti hehe.

Jumaat, 18 Mac 2022

Pengalaman ambil degree Pengurusan Perpustakaan (Sem 4) + Nasihat

 

Assalammualaikum dan Salam Jumaat semua! ^_^

Wah, tak sangka cepat betul masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah dapat keputusan semester keempat ni. Alhamdulillah..  Tak lama lagi nak masuk semester baru. Nervous pulak. XD Anyway apa khabar semua? ^^ Jangan lupa untuk jaga diri tauu. Risau tengok keadaan sekarang ni. Make sure jaga S.O.P betul-betul okeyyy!


Jadi macam biasa, kalini punya entri khas untuk aku share pengalaman semester 4 aku bagi program IM244 (Bachelor of Information Science (Hons) Library Management) atau dalam Bahasa Melayunya, Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Perpustakaan di UiTM cawangan Puncak Perdana.

SEM 3 | SEM 4 | SEM 5 | SEM 6  (DEGREE)

SEM 1  SEM 2  SEM 3 |  SEM 4 (DIPLOMA)

>>Pengalaman mula masuk degree IM244<<

*Aku sarankan korang baca terlebih dulu entri ni agar lebih faham. Manakala entri pengalaman Diploma Pengurusan Perpustakaan boleh ke >SINI<*


Bismillahirrahmanirrahim...


Peringatan : Segala yang baik itu datangnya daripada Allah manakala yang buruk itu datangnya daripada diri ini. Saya mohon maaf jika terdapat apa-apa yang mengguris hati. Kemungkinan saya salah pilih terma yang sesuai. Tujuan entri ini ditulis hanya untuk berkongsi pengalaman.


Nak dijadikan cerita, semester empat kami masih lagi ODL (Online Distance Learning). Cuma bezanya ada pensyarah kami yang buat hybrid class sebab setengah kursus perlu ada face to face untuk mudah faham. Antaranya IML555.


Ini dia kursus yang aku ambil untuk semester ni.


KURSUS KEPERLUAN UNIVERSITI *WAJIB*

  • CTU554 (VALUES AND CIVILIZATION II)
  • EWC661 (ENGLISH FOR WRITING REPORT)


KURSUS TERAS FAKULTI *WAJIB*

  • IML553 (PUBLIC RELATIONS IN INFORMATION WORK)
  • IML554 (COMPUTERIZED TEXTUAL INFORMATION MANAGEMENT)
  • IML555 (ORGANIZATION OF INFORMATION SEBJECT CATALOGING AND CLASSIFICATION)


KURSUS ELEKTIF *WAJIB & IKUT PILIHAN PELAJAR*

  • IMR451 (MANAGEMENT OF RECORDS IN ORGANIZATIONS)
  • IMS455 (SUPPORT SERVICE AND MAINTENANCE FOR INFORMATION SYSTEMS)


KURSUS BAHASA KETIGA *WAJIB*

  • TAC451 (INTRODUCTORY ARABIC (LEVEL II))


Jom kita mulakan!


  • CTU554

Wokay, kita start dengan CTU dulu. Bagi aku best sangat untuk CTU kalini sebab banyak belajar pasal etika. Haa tahu tak etika tu apa? Beza tau etika dengan adab ni. Kat sini korang akan belajar macam mana nak bezakan perkara dua ni. Ya, aku tahu walaupun topik etika tu macam benda asas dan semua orang tahu kena jaga etika, tapi ia sangat membantu dalam remind-kan pelajar. Banyak lagi korang akan belajar perkara yang berkaitan dengan etika. Manakala untuk assignment nanti korang kena buat kajian dan pembentangan yang berkaitan dengan topik dalam silibus CTU554 ni. (Ya, sama macam semester sebelum ni. Cuma bezanya tak perlu buat ulasan artikel. Yang kajian tu pun tak perlu cari responden.) Kalau kes kami, ustazah yang bagi topik dan kami yang pilih.

Cuma kat sini, aku nak bagi nasihat untuk korang stick dengan classmate waktu nak daftar group CTU nanti. Al kisah aku dan beberapa orang kawan yang lain dah daftar awal kursus CTU ikut group yang available. Tiba-tiba dapat tahu yang kami salah masuk group pelajar ST. Iyela, kita pun taktahu sebab semester lepas prosedur macam tu. Yang group sepatutnya kami masuk tu memang ada satu ja khas untuk kami pelajar IM244 Semester 4 yang kebetulan masih tak dibuka. Jadi kat sini aku nak tekankan korang stay dengan group kelas korang waktu daftar CTU. Cek juga UFuture sebab ustazah/ustaz akan bagi announcement untuk join group telegram/whatsapp. Yang class rep pun make sure semua ada nanti. Satgi ada yang tercicir macam kes aku haritu. Nasib belum buat validasi kursus lagi. XD

 

  • EWC661

Haa untuk kursus Bahasa Inggeris semester ni lebih kepada penulisan. Bukan penulisan fiksyen ye anak-anak. Tapi penulisan fakta. Ada caranya tau. Kursus ni mengingatkan aku dengan MUET waktu buat ayat graf/carta pie tu. Sebab kat sini korang akan kena buat research (yup, macam research article yang korang selama ni hadap duk buat article review tuu). Topik/Isu research pun kena dapatkan green light daripada pensyarah. Kena buat abstract la, introduction la, research objectives, literature review, dan macam-macam lagi. Tapi jangan risau, insya-Allah, boleh buat sebab korang akan buat yang basic ja. Cuma itula kena hati-hati sebab tak boleh main letak opinion since semua fakta. Dan korang kena rajin cari article untuk jadikan point dan huraian korang untuk kuatkan sebab korang nak buat kajian ni. Lepastu nanti korang kena buat questionare, soalan2 yang akan ditanya kepada responden. Ada cara dia nak setup questionare ni semua. Then baru boleh transfer ke google form. Dah dapat result, ha time ni la ayat penulisan main peranan macam MUET tu. Nanti pensyarah akan ajar macam mana. Oh ya, awal2 tu korang akan buat proposal dulu tau. Lepas dah siap proposal, akan buat presentation. Make sure presentation tu korang buat sehabis baik sebab tinggi jugak tak silap markah ni. Body language, eye contact, pemakaian semua diambil kira. Dah settle semua, baru buat portfolio. So, goodluck tau!


  • TAC451

Untuk bahasa ketiga (third language) ni, aku baru perasan yang basically idok ler kami belajar full language. Tapi lebih kepada belajar bahasa ketiga untuk berkomunikasi. Bahasa Arab kalini still akan dapat buku yang korang kena beli dan rujuk. Korang akan belajar 5 bab antaranya pasal kampung, bandar, hobi dan lain-lain. Macam biasa, kena buat roleplay dua kali. Pertama dengan partner untuk bab 1-2. Akhir sekali dengan kumpulan dari bab 1-5. Final test pun ada nanti iaitu listening test dan writing test di Ufuture. Chaiyok guys!


  • IML554

Untuk IML554 pula, korang akan belajar pasal library system dan apa itu database. Kenapa penting sangat kena pakai system, apa dia cabaran dan jenis-jenis library system/database. Kalau group assignment, macam kami, pensyarah bagi 2 senario untuk kami pilih 1. Persamaannya ialah kena buat proposal dan suggest library system apa yang paling bagus untuk sebuah library/ library sendiri. Lepastu buat pembentangan. Nanti ada la requirement apa yang pensyarah mahukan. Jangan lupa yang IML554 ada final test tau!


  • IML555

Wokay macam biasa, ni kursus paling penting untuk program kita jadi aku nasihatkan tumpukan perhatian sebanyak-banyaknya untuk kursus ni sebab fuhh detail betul apa yang korang bakal belajar! Mula2 sekali korang akan belajar pasal Subject Cataloging.  Dari macam mana nak buat subject analysis dan seterusnya ke LCSH (Library of Congress Subject Heading) dan SLSH (Sears List Subject Heading). Kat sini korang akan belajar juga pasal subdivision. Memang detail habis.

Dah settle Subject Cataloging, korang akan belajar Classification pula. Mula dengan DDC (Dewey Decimal Classification) yang bervolume2 tu dan seterusnya LCC (Library of Congress Classification). Oh ya, korang akan belajar juga pasal cutter number kat sini nanti. Make sure fokus tau! Banyak benda penting korang kena ingat.

IML555 takda assignment jadi memang pensyarah akan bagi banyak latihan, quiz dan akhirnya graded exercise. Jangan lupa save segala semua jawapan korang! Penting sebab pensyarah nak cek semula markah nanti dekat hujung2 tu. Dan of course, kursus ni ada final test. Korang kena jawab soalan definition, short essay, subject heading dan classification. Yang last tu korang kena buat 2 full catalog. Macam mana tu? Haa ingat lagi apa yang korang buat dulu dengan AACR? Ha, kena buat tu semula cuma kalini tambah Subject Heading dan Call number (Classification + Cutter number + Date of Publication). So… chaiyok!

Link berguna yang boleh korang refer nanti:


  • IMR451

Jom kita masuk elektif pula. Untuk elektif pertama, aku decide ambil elektif rekod. Dan alhamdulillah, IMR451 ni bagi aku okey sebab semester lepas aku dah ambil IMR455. Ikutkan IMR455 lagi detail. Kat situ ja dah ada intro untuk IMR451 ni jadi alhamdulillah, mudah faham untuk IMR451. Cuma ada jugalah moment yang macam pening lalat sikit sebab term record management field dengan library science lain juga huhu. Apa-apa pun, assignment kena buat article review, pembentangan article review tadi tu, dan yang group assignment tu perlu buat proposal untuk record management programme. Kat sini kena pilih real company/business untuk korang setup programme ni. Nanti pensyarah akan bagi requirement-nya. Dan yang group assignment ni kalau kes kami takda pembentangan so all the best!



  • IMS455

Elektif kedua yang aku ambil ialah elektif sistem. Kursus ni ingatkan aku kepada subjek sekolah ICT sebab kena belajar pasal komponen komputer, cara nak setup komputer, detect masalah yang komputer selalu hadapi dan buat troubleshoot. Kursus ni korang kena beli 2 buku tau. Satu buku teks ditulis oleh pensyarah dan satu lagi buku teks untuk rujukan korang. Boleh tahan tebal juga. Kejap aku share gambar:

Untuk assignment IMS455 ni ada 2 group assignment, 5 kali perlu buat troubleshoot, dan ada beberapa task korang kena jawab di UFuture dan di buku.


Sejujurnya aku rasa kursus ni sangat sesuai untuk yang minat komputer dan buat troubleshoot. Dan aku rasa lagi best kalau kursus ni dijalankan secara face to face berbanding ODL. Pelajar akan lagi enjoy sebab boleh tengok komponen komputer depan mata. Ini dekat skrin memang rasa semua komponen kecil tu nampak sama XD So ikutlah korang nak ambil ke tak elektif ni. Kalau minat pasal komputer, tahu pasal komponen komputer itu semua just go for it. hehe


  • IML553

[ Ini dari pengalaman / sudut pandangan IML553 di UiTM cawangan Puncak Perdana ya]


Aku simpan IML553 yang terakhir sebab bak kata pepatah BI, “save the best for last”. Untuk IML553 ni ia lebih kepada Public Relations (PR) ala2 promote company's image gitu. So korang akan kena buat 1 program yang dalamnya ada 3 small event. Since kami masih ODL, jadi perlu buat 3 small event secara online. Macam kami, kami buat online forum, online webinar dan contest secara online. (Ini terserah kepada korang sama ada nak buat event apa. Nak buat 3 webinar sekaligus ke ha pun boleh. Tanya pandangan pensyarah korang juga tauu) Pastikan program korang ada satu tema & event2 kat bawah tu saling berkait rapat. Contoh macam kami dulu pasal online communication. Jom layan video throwback program kami hehe,



Pemarkahan IML553

  • Program kelas = 50%
  • Group assignment = 20%
  • Final test = 30%


Untuk IML553 ni aku akan banyak sentuh cara nak handle program agar kesalahan2 yang sama dapat dielakkan. Kira macam panduan gituu hehe. Ini maybe surface ja kot aku bagi. Yang lain nanti korang pandai2 handle okey hehe. Kalau nak skip pun boleh sebab serius panjang. Apa2 kalau ada yang aku perlu betulkan macam informasi salah ke, boleh tinggalkan di komen okeyy nanti aku betulkan ^^


PANDUAN / CARA MEMBUAT PROGRAM DAN ACARA SECARA ATAS TALIAN | HOW TO / GUIDELINE IN DOING ONLINE PROGRAM AND EVENT 

1) Komunikasi & flow penyampaian maklumat

Bagi pandangan aku, flow komunikasi waktu nak handle program IML553 korang nanti boleh buat macam ni. Tapi ikut juga pada situasi : 


Decision AJK/Biro > Decision KP/TKP  > Decision Group Kelas > Decision pensyarah korang.


Kalau boleh segala update tu korang update ja dalam group whatsapp / channel telegram kelas korang. Apa2 kalau nampak perkara yang tak gerak2, classmate bolehlah tegur "itu dah settle ke?" Risau kalau buat group lain dengan ketua2 sahaja informasi tak sampai. Ini sekadar cadangan. Sebab online2 ni communication kena ada. Kalau korang ada flow lain, ikutla mana sesuai.


*Satu lagi, WAJIB INFORM PENSYARAH setiap kali selesai satu proses/perkara. Jangan dibiarkan pensyarah korang tertunggu2 & tanya korang dulu. Korang yang kena inform pensyarah sebab pensyarah penasihat korang. Okeyy. Ingat ni! Apa2 hal sebelum nak blast poster, wording, bagi pensyarah tengok. Kedudukan layout poster & ayat pun kena ikut format uni kita tauu.*


Beberapa nasihat lain untuk part ni, jangan kita rasa orang yang berpengalaman akan uruskan segala benda. Sebab ni kelas punya projek so sama2 tolong. Yang kawan2 sekelas mahupun yang berpengalaman pun kalau nampak kawan2 yang KP, TKP, semua terkapai2, mohon bantu mereka. Yang KP, TKP, any problem just bagitahu classmate. Jangan pikul sorang2. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Risau online2 ni taknak kes yang tak diingini berlaku. Apa2 pun kita kena stick together sebab akan hadap sem2 depan sama2 sampai habis belajar nanti. Okeyy? :"D ♡


2) Pembahagian tugasan

Sama macam dalam persatuan atau kelab akademik, korang akan kena sediakan satu carta. Ni satu kelas terlibat jadi semua main peranan. Bermula dengan ketua program (KP), timbalan ketua program (TKP), bendahari, biro teknikal dll.


Nasihat aku, kepada yang dah ada jawatan kelab/persatuan lain, dan berminat sangat nak jadi KP program IML553 ni, make sure betul-betul dah power time/energy management. Dan betul2 commitment macam Tun M kita tu. Sebab nanti korang akan hadap program luar dengan program kelas serentak. Dengan nak buat meeting kelas, nak decide macam-macam lagi. Fikir betul-betul okay. Jadi penasihat bertauliah untuk guide kelas pun dah kira okey sangat sebab boleh bantu kawan-kawan lain. Ingat nii. You guys pujuk ja classmate lain untuk jadi KP/TKP.


Yang kawan2 sekelas pun jangan expect mereka boleh handle jadi KP/TKP.  Kalau korang rasa diri mampu nak lead, just go (ini pun aku remind dekat diri aku juga). Apa2 nanti boleh ja tanya pandangan classmate. Kita chill2 ja buat program ni okey. Jangan stress2. Janji komunikasi satu kelas kena power. Insya-Allah semuanya akan berjalan lancar. Takpa, mungkin mula2 akan ada rasa shy2 cat nak share idea/suggestion dekat classmate since masih baru kenal (lagi2 ODL ni) jadi take your time. Ingat kita buat ni sebab nak timba pengalaman sama2, belajar dari kesilapan sama2 & jalankan amanah sebagai pelajar sama2. Wokeyyy?


3) Modal/Bajet:

Ingat sebolehnya yang bajet/modal pelajar yang keluar sendiri. Pihak Uni takkan keluarkan dana since tu program under kelas. (Even kalau korang buat kolaborasi dengan 10 persatuan/kelab pun) Jadi ikut pada korang nak kumpul duit atau cari sponsor.


Copp!! Tapi untuk kes kami ni macam pelik sikit. Sebab kami dah collab dengan persatuan uni. Nak dekat last minute baru dapat tahu yang kami dapat dana. Cuma duit hadiah contest ja guna duit sendiri. Jadi make sure untuk sentiasa amik tahu latest update mengenai kelulusan program dengan pihak HEP.


4) Tetamu/jemputan

Make sure kalau nak panggil selebriti (untuk daya tarikan) contact awal-awal sebab mereka takkan layan kalau nak keputusan cepat. Ada masa mereka akan tak layan juga so make sure ada backup selebriti lain okey. Kalau nak jemput pensyarah pula, ada jumlah bayaran yang telah ditetapkan daripada UiTM. Bayaran tu ikut gred. Makin tinggi gred pensyarah tu, haa makin mahal bayaran. Tapi selalunya la pensyarah tak terima bayaran bila kita mention kita program under kelas.


5) Perkara-perkara penting


SEBELUM PROGRAM

Proposal (WAJIB)

• Tanya pensyarah sama ada nak proposal dalam BM atau BI atau dwibahasa.

• Proposal ikut format HEP UiTM cawangan kita. Jangan pi ikut format proposal luar pulak nanti kena reject. Ha, dah makan masa nak edit copy paste balik.

• Gunakan terma 'KURSUS' ya, haram guna terma 'subjek'. Ingat ni ya adik-adik/kakak abang sekalian.

• Keep reminding pensyarah kalau dah settle buat apa2 perubahan dalam proposal. Kes kami, kami guna google doc so pensyarah boleh cek kat situ sekali.

• Make sure proposal dapat settle SEBULAN SEBELUM program korang bermula. Hantar ke HEP okey. Percayalah, jangan tangguh kerja. Nanti merana yang kena buat kerja awal ni. Kalau lambat, ha nasiblah korang. 50% tau markah buat program IML553 ni. Minta dijauhkan lah perkara2 yang tak elok.. aamiin.. huhu semoga urusan korang dipermudahkan.. aamiin..

CV tetamu (WAJIB)

Borang Honorarium (WAJIB)

• Tetamu akan isi sendiri & bendahari akan isi sekali)

• Diingatkan kalau program kelas korang standalone tak libatkan mana2 persatuan atau kelab, takpayah pening2 untuk ni. **Untuk kepastian, sila refer pada pensyarah, kawan2 persatuan atau direct ke HEP.**

Borang C (WAJIB)

• Bendahari akan handle ni


SELEPAS PROGRAM

Report lepas habis program

• Kena siapkan 2 MINGGU SELEPAS PROGRAM TAMAT

• Make sure ikut guideline IML553 & apa yang pensyarah nak.

• Confirm semula dengan pensyarah nak report dalam bahasa melayu atau dwibahasa. Kes kami, proposal BM, report kena dalam dwibahasa.

Borang Pelarasan (WAJIB kalau Uni bagi dana)

• Ini bendahari akan handle.

• Ini hanya untuk bayar tetamu sahaja. Hadiah2 pemenang contest guna duit pelajar.

** Perhatian untuk segala template proposal, report, borang, dokumen Uni ni kalau nak tahu lebih lanjut kegunaannya boleh direct dengan pensyarah, kawan2 berpersatuan dan HEP ya. Mungkin kes kami lain. Ha apa2 refer pada pensyarah penasihat IML553 korang okey. Ini hanyalah sekadar panduan/guideline.



6) Pengalaman menjadi ahli biro perhubungan luar (PL)

Ha waktu program IML553 ni, aku jadi ahli under biro perhubungan luar. Aku boleh kata yang biro perhubungan luar yang akan banyak buat kerja dekat permulaan. Jadi bila dah dapat arahan dari KP siapa nak contact tu semua, cepat-cepat contact. Settlekan sekali borang honorarium bila dah dapat lock dorang.

Borang Honorarium ni berguna sebab akan ada butiran tetamu & no bank tetamu untuk korang transfer duit nanti.

Satu lagi, masuk biro ni kena sabar & muka tebal okey. Sebab nak kerap berurusan dengan tetamu jemputan. Ada masa bila perkara last minute, memang buat muka tebal pagi-pagi tu contact tetamu. Serius kena pandai cover kalau masuk biro ni. Tapi takpa, kalau dah dipaksa masuk tu redha je la haha. Aku pun terkejut bila dapat masuk biro ni. Lepas dah lalui, mak aiiii memang kena muka tebal lah jadinya.


1. Nasihat aku untuk biro/ajk Perhubungan Luar :

  • PL banyak in charge buat wording. Misalnya ayat nak contact tetamu, untuk promote di media social & count down event. Jadi masukkan ayat yang mengatakan program ini program under kursus IML553.
  • Pastikan eja nama UiTM betul2. Bukan UITM tapi UiTM. PL take note okeyy
  • Untuk PL apa-apa nama persatuan ke, nama orang ke cek betul2 abrreviation tu stands for what. Nanti tertinggal satu perkataan dah payah nak edit semula.
  • Settlekan borang honorarium lepas dah dapat lock tetamu (jika tetamu mahu bayaran). Nasihat aku buat ja honorarium ni just incase kalau tetiba honorarium diperlukan. Dah tak kelam kabut. 
  • Minta CV pensyarah/tetamu siap2.
  • Minta gambar tetamu untuk digunakan pada poster siap2. Mudah untuk biro multech nak guna nanti.
  • Minta slide tetamu jika ada. Kalau ada, bagi kepada Biro Teknikal untuk disiarkan kelak.
  • Cakap terima kasih dekat selebriti atau manager mereka walaupun mereka tak balas.
  • PL turut akan in charge penghantaran e-sijil/surat penghargaan kepada tetamu.
  • PL juga in charge promote/blast program kita. Kalau rasa macam poster banyak ke, ha boleh buat jadual nak blast poster+wording tu bila.
  • Pengumuman pemenang pun PL yang akan blast juga tau.
  • Make sure kalau event korang tu untuk student fakulti IM sahaja, korang ada kawan2 yang boleh tolong blast di group2 whatsapp program IM cawangan yang lain okeyy. Kalau macam nak blast di social media, di FB misalnya, aku sarankan baca terlebih dahulu syarat2 group FB. Ada setengah yang aku blast di sana, mereka remove & setengah lagi biarkan. Jadi sila alert untuk tak blast bila post kita sebelum ni kena remove. Kalau macam dekat Twitter, boleh try selit dekat Thread Pasar Malam dengan ayat "Jemput join program kelas kami ya semua". Okeyy. Ayat tu bagi cun sikit hehe.

*PERHATIAN*

Untuk contest online, korang kena blast lebih awal macam 2 minggu awal sebelum hari event sebab nak cari peserta untuk join. Lagi awal lagi bagus.


2. KP/TKP

  • In charge pantau setiausaha menyiapkan proposal. (Actually satu kelas perlu buat tapi mungkin yang perkara2 asas tu mereka yang akan sediakan (ayat) terlebih dahulu. Yang lain akan tambah ayat dan check typo/tatabahasa/kesesuaian ayat)
  • Kalau boleh KP/TKP (serta ketua2 ajk/biro) jenis yang cepat reply whatsapp ya. Sebab ada masa kita urgent nak decide sesuatu.
  • Pastikan semua classmate tahu program & event kita pasal apa. Bagi depa nampak gambaran yang jelas.
  • Kena lead macam biasa : pastikan semua biro tahu apa yang perlu dibuat. Harap dengan ada entri kali ni korang nampaklah apa yang perlu diselesaikan.
  • Selalu tanya kalau ada apa2 masalah. Kalau depa reply takda masalah, tanya depa sampai proses  mana sekarang ni.
  • Pastikan semua perkara bergerak dan tak stay kat situ terlalu lama. Kecuali ada sebab munasabah.
  • Akan in charge dalam buat decision making. Pastikan tanya pendapat rakan sekelas yang lain juga. Kena fikir pros & cons. Kalau dah pening sangat, classmate pun takda komen, tanya ja pandangan pensyarah korang sekali.
  • Kalau nak contact HEP ke, ha KP atau TKP yang akan handle. Ingat, sorang ja yang contact. Kes kami, KP & bendahari ja yang contact HEP waktu dulu.
  • KP/TKP yang selalunya akan jawab persoalan pensyarah bila pensyarah tanya di Google Meet. Tapi nasihat aku, bila nak cerita pasal progress tu, macam part poster ke, ha itu Ketua Multech pun boleh inform pensyarah. Kalau macam wording ke, ha Ketua PL pula inform pensyarah. Bagi nampak ramai yang main peranan dalam inform pensyarah since ni projek kelas kan. Tapi kalau pensyarah korang style yang nak sorang ja inform, KP/TKP lah yang akan sampaikan latest progress.
  • Kalau macam di group whasapp tu, compile sahaja list perkara2 yang telah selesai ikut biro. KP/TKP sila buat senarai ni okey. Takpun minta tolong kawan2 persatuan korang dalam penyediaan list ni.


3. Bendahari

  • Handle duit.
  • Handle Borang C, Honorarium & Borang pelarasan.
  • Handle pemberian hadiah (duit) kepada pemenang & tetamu jemputan.


4. Setiausaha

Kena catit minit meeting, dan yang akan banyak menulis macam di proposal dan laporan. Ini aku takkan sentuh sangat sebab ni boleh tanya kawan2 persatuan korang okeyy hehe.


5. Biro Program

  • Buat tentatif dan flow program
  • Buat skrip
  • Akan jadi MC & moderator
  • Decide siapa jadi pembaca doa
  • Perlu buat backup plan siap2 kalau tetiba line tetamu hilang nak cakap/buat apa.
  • Sediakan at least 3-5 soalan untuk tanya kepada tetamu. Nanti macam kekok bila sampai ke sesi soal jawab jika tiada siapa2 tanya. Penganjur pun alert juga point2 yang disampaikan oleh tetamu. Kot ada yang boleh dijadikan sebagai soalan. Hokeyy. Hehe.
  • Kalau boleh, nanti mention ada 2 link iaitu entrance & exit survey. Dan E-sijil akan diberikan hanya kepada yang jawab 2 survey ini sahaja.

*PERHATIAN*

Entrance dan exit survey ni penting sebagai ukuran berjaya atau tidak program kita ni. Kat sini kita boleh tengok sama ada peserta setia ke tak dari awal program sampai tamat. Okeyy? Kat report pun nanti mudah nak olah ayat dan tunjuk berapa percent yang join program kita.


6. Biro Multech

  • Perlu decide tema & warna yang sesuai ikut pada program atau untuk setiap event
  • Perlu buat poster, countdown poster/video, teaser video (kalau nak), backdrop, poster tentatif & poster entrance/exit survey (yang  QR code tuu)
  • Pastikan layout poster ikut format/layout uni kita. Minta siap2 dengan kawan persatuan korang okey.
  • Decide mana yang terbaik, bagi kepada kelas untuk masing2 undi. Kalau semua dah okey, bagi kepada pensyarah & tanya pendapat pensyarah pula.


7. Biro Pendaftaran

  • Buat QR code
  • Buat Google form entrace/exit survey & sediakan link form tadi tu di kotak chat box gmeet/zoom/webex ketika siaran langsung.
  • Kalau dalam proposal mention open to public kena ada kategori untuk orang awam sekali dkt Google form tu nanti okeyy.
  • In charge dalam e-sijil tetamu, peserta dan penganjur (kalau target audience yang ramai, boleh buat yang auto send e-sijil tutorial di >SINI< )
  • Kalau tak silap, turut in charge dalam buat surat penghargaan untuk para tetamu. Ini boleh bagi bila tetamu tak terima apa2 bayaran.

*PERHATIAN*

Make sure di FB live nanti ada yang incharge untuk sediakan link entrance/exit survey di sana juga ya.


8. Biro Teknikal

  • In charge untuk create link gmeet/zoom/webex program & korang akan rehearsal guna link ni
  • Untuk gmeet, make sure create link gmeet tu guna email student okay, yang belakang ada @student.uitm.edu.my
  • Antara benefitnya ialah host boleh lantik co-host & boleh record gmeet tu nanti. Kena ada backup ya anak2.
  • Kalau ada FB page program kelas, mereka akan in charge siarkan live gmeet ke FB page tu. Jadi perlu belajar pasal OBS.
  • In charge sharecreen untuk paparkan poster backdrop tentatif, any video, poster QR code etc.
  • Turut in charge admit peserta masuk dalam Gmeet. Make sure kalau kat Gmeet, jangan admit nama pelik2. Host & co-host alert siapa yang tak mute. Lagi2 kalau event open to public, lagi la risau. Bukan setakat audio, visual video2 peserta pun kena alert.
  • Akan paparkan slide jika tetamu ada masalah dalam siarkan slide mereka.
  • Cadangan aku, make sure untuk pin panelist yang sedang bercakap bagi paparan skrin panelist tu berubah saiz yang lebih besar.
  • Make sure waktu sesi bergambar tekan option view grid bagi nampak semua peserta ^^
  • Juga in charge untuk handle posting di FB page/Instagram page.


*PERHATIAN*

Masa (timing) di Gmeet & di FB live BERBEZA!

Selepas selesai sahaja satu event di Gmeet (contoh forum online) mohon korang tunggu sampai dapat signal daripada yang incharge di FB page sebab bila buat OBS / siarkan live gmeet di sana, kat FB tu akan lambat sikit dalam beberapa minit. JANGAN TERUS END GMEET TAU!

Pastikan paparan terakhir ialah poster QR code exit survey sebab nanti lepas sahaja event tamat, peserta akan cari link pendaftaran terakhir. Paparan QR code exit survey tu biar di paparan skrin sampai semua peserta habis keluar. Jenuh kalau letak sekejap ja nanti ada yang tak sempat nak scan/tekan link. Dah biro pendaftaran pening nak kena bagi satu2 link tu nanti.


9. Biro Tugas-tugas Khas

Tugas mereka untuk backup mana2 biro/ajk. Contoh ahli biro teknikal semua tak boleh nak siarkan live di FB (OBS),  haaa bolehlah tolong siarkan. Ataupun mereka boleh handle yang competition, buat syarat2, group whasapp/google classroom untuk para peserta, kat mana perlu send penyertaan, kriteria pilihan pemenang & siapa akan jadi juri. Tetapkan tarikh berapa lama masa akan diambil untuk kira markah & bila akan umumkan pemenang.


10. Nasihat lain

  • Selalu ingat courtesy sentiasa kena ada.
  • Take note bila mesej pensyarah ke, staff HEP ke, mesej secara formal. Jangan mesej macam kawan sendiri. Okiee
  • Satu tips yang kami dapat daripada pensyarah, kalau nak peserta setia sampai habis, mention yang ada hadiah untuk siapa yang setia bersama kita. Takpun mention siapa yang paling aktif respon dalam chat box ke haa. So, gigihlah depa nanti nak tengok sebab dapat hadiah. Tapi ikut juga sebab hadiah2 ni pun kena keluar duit korang nanti.
  • Decide warna pakaian agar nampak sedondon bila program berlangsung macam warna tudung dan baju hehe
  • Semua WAJIB on camera bila program  berlangsung. Sentiasa senyum kepada tetamu dan peserta. Lagi2 MC/Moderator. Muka jangan masam/serius sangat tau nanti hahaha.
  • Bila nampak selebriti/pensyarah masuk awal di Gmeet (sebelum program bermula), terus on mic sapa mereka. Jangan buat2 tak nampak pula. Cakap, "Eh, Puan! Assalammualaikum Puan. Puan apa khabar?"
  • Kat FB live nanti make sure ada yang in charge untuk tekan smiley2 tu dan komen bagi nampak meriah sikit.
  • Jangan lupa pinned link pendaftaran di bahagian komen FB live.
  • Lakukan postmortem /evaluation untuk detect mana-mana kesilapan yang boleh dibaiki di masa akan datang.


Jadi aku harap membantu lah ya entri kali ni. Aku harap kesalahan sama dapat dielakkan oleh junior2 nanti. Insya-Allah. Doakan kami guys sem akan datang ni. Dengar cerita kami perlu buat program lagi. Kalau tak silap lebih tertumpu kepada children library. Online2 pun mencabar juga. huhuhu. Harap kalini akan lebih bersedia since dah nampak flow program sem ni. Doakan kami guys. *hwaitingg* Baiklah, itu sahaja apa yang aku nak share untuk entri sem kalini. Niat aku sekadar untuk berkongsikan pengalaman agar kita semua dapat belajar bersama2.


Satu lagi, tak bermakna aku tulis pengalaman ni nak tunjuk aku pandai ke apa. (Aku pun sedar, bila2 masa boleh buat kesilapan sebab kat dunia ni kita semua tak perfect.) Ni pun kebanyakannya dapat dari meeting postmortem kami haritu. Cuma aku ada tambah sikit2 kot akan membantu nanti.


Tujuan aku share ni memang takmau junior2 atau sesama kita lakukan kesilapan yang sama lagi di masa akan datang (insya-Allah). Itu aku wujudkan panduannya di sini. Harap2 membantu kita semua nanti. Kalau ada pandangan lain atau nak selit tambah kat bawah, dipersilakan & sangat dialu2kan. Kot ada tips untuk handle program online lagi hehe.

Aku minta maaf jika ada tersilap kata. Kemungkinan ada salah penggunaan terma atau ayat dalam penyampaian kalini. Sekali lagi diingatkan, yang baik itu semuanya datang daripada Allah dan yang buruk itu datangnya daripada diri sendiri yang sedang menaip ini. Take care everyone and stay safe!


Sekian untuk kali ini.

Yang ikhlas,

Nisha


Saja nak letak sebab movie ni best huehue