Selamat datang!
Hadiah Bintang Jatuh, blog yang diwujudkan oleh seorang gadis manis (ecehhh manis lah sangat hahaha) yang mempunyai hobi mengarang serta seorang alumni library student. Insya-Allah, saya akan menceritakan pengalaman, tips, nasihat, giveaway entry dan lain-lain. So, enjoy your visit here! Jangan lupa tinggalkan jejak dalam CBOX. Nanti bolehlah saya blogwalking semula (;
NAK TAHU LEBIH LANJUT?
Klik sini
  • 1
    BELAJAR
    Pengalaman belajar diploma & degree saya dalam bidang pengurusan perpustakaan ♡
    Klik sini
  • 2
    ULASAN
    Antara review buku yang saya dah baca ♡
    Klik sini
  • 3
    PERKONGSIAN
    Pengalaman saya pergi ke tempat-tempat menarik seperti ke pesta buku ♡
    Klik sini

Pengalaman ambil kos Pengurusan Perpustakaan / Library Management (Dip sem 1)



Assalammualaikum, hello, annyeong! Alright, kembali semula dalam entry kali ni. <BACA ENTRY NI DULU YA> Malam ni aku nak kongsi pengalaman aku selama ambil diploma library management (kitorang punya kod dulu IM120) dekat UiTM Merbok Kedah. Aku memang tahu, soalan pertama yang mesti duk asyik bermain dalam minda mesti,

“Best ke?”

tak pon,

“Amik ni mesti jadi librarian. Ermm… takde kerje lain ke......... taknak duk kat perpustakaan je...”

          Eh-Eh boleh pulak dia kata macam tu. Hang ingat amik program ni fokus dekat perpustakaan ja ka? Banyak lagi kursus-kursus korang akan jumpa. Bahasa Inggeris pun ada. Pendidikan Islam pun ada. Business pun ada. Banyak lagi yang korang boleh terokai. Satu kursus je pun yang fokus dekat library iaitu Introduction to Book Industry. (Lupa pula, ada satu lagi kursus yang related dalam managing buku kat library but still, benda tu best bila belajar nanti!) Kursus-kursus lain majoriti fokus dekat information management. Macam ni. Memang nama program utama korang ialah Library management tapi, kat bawah program korang tu ada kursus-kursus lain yang korang kena belajar sekali. Dan semua tu sangat membantu.


          Adik-adik sekalian, first sekali… program ni tak macam apa yang adik fikirkan. Banyak korang akan belajar tau. Bukan pasal library ja. Pasal macam mana nak cari maklumat, mana satu maklumat nak amik, guna OPAC, belajar buat classification (perasan tak nombor2 yang lekat kat tepi buku tu) lepastu buat Cataloging bagi setiap buku, apa itu information profession, information professional association dll. Macam-macam dikkk. And semua akak boleh kata best! Selain tu benda paling best sekali ialah belajar buat reference/rujukan (both APA & MLA style) . Sangat-sangat best sebab semua ni adik-adik akan guna nak buat assignment. Depends dekat lecturer. Ada yang prefer MLA, ada yang APA. Tapi selalunya APA sebab MLA payah sikit. Haha. Lepastu program ni ada kursus MGT, kursus ala-ala belajar macam mana nak jadi manager. Introduction to Management .Theori tu semua. Then ada ala-ala macam ICT sekali. Korang jangan risau, ICT dia senang ja. Kepada yang pernah amik ICT or Sains Komputer time SPM dulu boleh gunakan ilmu-ilmu sebelum ni dalam kursus ni. Kepada yang tak suka, jangan risau jugak sebab kebanyakannya dalam sem 1 dia just bagi topik2 pasal asas komputer. Tak rugi dik amik ni. Macam-macam yang korang boleh belajar. Trust me Okey? Boleh survive punyaaa hahaha


          Haaa bab pekerjaan jangan risau.. Tak semestinya ambil program ni akan jadi librarian. (Mungkin ada setengah dari korang bakal jadi librarian sebab dah memang cita-cita nak duduk dalam perpustakaan dari kecik hehehe) Sebab apa? Sebab banyak lagi pekerjaan yang boleh korang deal dengan maklumat. Baca sampai habis. Mungkin korang akan lebih faham lepas ni. Haaaa But for those yang memang kalau boleh taknak hadap buku, tak suka menghafal, kena duduk dalam perpustakaan... Listen to me. Okey yang ini aku tuju dekat adik2 TERdapat program ni. Ambil ja peluang ni nak belajar ilmu baru. Bukan semua orang ada ilmu ni tau. Serius, mula-mula memang tak nampak apa benda yang korang belajar ni. Tapi lama-lama tu memang akan rasa berguna semua ilmu tu. Sebagai pengetahuan tambahan dalam diri ni. Bab menghafal tu memang kena sabar ja lah. Akak nasihatkan adik tanam niat awal-awal nak belajar program ni dengan hati yang ikhlas. Insya-Allah, semuanya akan dipermudahkan.

          Lagi satu, kepada yang duk asyik kata kerja perpustakawan (librarian) tu tak best... Okey. aku tahu majoriti masyarakat Malaysia ni ingat kerja dekat perpustakaan tu nampak macam boring, tak best. But you know whattt kat luar negara sana, semua orang hormat tau librarian. Librarian tu memang mat salleh semua tak pandang rendah. Masyarakat kita ni je hah. Tengoklah amalan membaca  macam mana eh-eh terlebih pulak haha. Amalan membaca tu penting sangat-sangat tauu sebab nak bagi otak ni sentiasa ada knowledge baru, perkataan baru. Okey ni dah lari topik pulak huhu


“Dahtu apa beza IM120 (Library management) dengan IM110 (Information management)???”

          Okey. Actually kedua-dua program ni adik beradik. Information Management yang lahir dulu lepastu baru Library management. Library management ni sangat baru. Dua-dua program ni under the same faculty iaitu fakulti pegurusan maklumat (FPM) atau juga dikenali sebagai FIM (Faculty Information Management). Antara beza ketara ialah IM120 lebih fokus dekat library sebab ada satu kursus ni yang adik-adik kena ambil yang budak-budak IM110 (IM) tak ambil. Nama dia IML105. Introduction to Book Industry kalau tak silap. Dia lebih kepada library. Nanti korang belajar pasal sejarah library tu semua. And pihak-pihak yang terlibat dalam nak terbitkan buku. Haaa sapa yang berangan nak jadi penulis novel ke, boleh lah ambil. Ada satu chapter tu best tau nanti belajar sapa yang handle buku-buku tu semua.


“Selain tu? Apa lagi yang kena tahu??”

          Kepada yang ambil IM110 dan IM120, ada berita baik dan buruk. Okey… Kita start berita buruk dulu haha. Berita buruk dia ialah… program ni actually lebih banyak menghafal so yeah.. Memang bila exam soalan dia keluar sebijik dalam slide tak pon apa yang lecturer pernah mention dalam kuliah. Okey berbalik kepada good news.. ada dua good news actually kah-kah. Kedua-dua program ni both takda math. Yes, takda matematik so tak payah nak pecah kepala tekan-tekan kalkulator tu hah. Pesan siap-siap ni. Kalau dapat program ni tak payah bawak kalkulator. Lagi satu, program ni hanya mengambil selama empat semester sahaja / dua tahun nak tamat. Satu tahun ada dua semester. Ni untuk diploma ja tauu jangan tersilap pulak. Nanti dah masuk bilik, jumpa roommate, bangga lah sikit kata korang yang akan keluar awal dari dorang hagagaga tapi make sure tak repeat okey hahaha. Haaaa lagi satu. Ada satu semester (tak ingat pula yang ni. Rasanya habis sem 3 atau 4. Nanti aku pastikan balik) tu korang kena buat praktikal. Kerja dekat perpustakaan, ambil pengalaman. Then boleh pilih perpustakaan mana yang kita nak. Haaa lagi satu. ada satu pertandingan yang student IM120 digalakkan untuk join tau iaitu InDelib. Ni international. Korang akan bertanding dan boleh dapat sijil. Sijil tu pulak boleh digunakan di masa hadapan sebab ada lambang PNM (Perpustakaan Negara Malaysia). Sijil ni sangat -sangat berharga tauu. So nanti tanya lecturer pasal InDelib.


          Oh ya. Antara benda asas korang kena tahu, bila ambil program ni memang semua dalam bahasa inggeris tau. Semua program actually lol And memang ada kursus english pun iaitu ELC. Macam kitorang, kena role play dalam bahasa inggeris. Selain tu ada pendidikan Islam jugak iaitu CTU. Satu kursus ni ja hampa boleh guna bahasa melayu haha. Jangan risau, boleh survive~. Mula-mula memang susah nak adapt dengan suasana baru sebab lecturer speaking english, ada yang cakap hamek kau UK, ada yang english sempoi2, lepastu kena jawab soalan dalam english, essay pun bukan macam essay SPM dah. 20 markah tau. Kena ada introduction and conclusion. (ikut kursus jugak --- jadi kena tanya lecturer korang kena ada introduction atau tak time nak jawab) Point-point utama (bagi rangka karangan) semua berdasarkan apa benda yang korang hafal dalam nota/slide yang lecturer bagi. So make sure kena hafal jadi senang nak buat huraian. Isi-isi penting tu ada markah dia. Explaination pun markah lain. Example pun markah lain. Hamek kau ni memang kena buat entry lain cara nak jawab essay waduhhh Banyak pulak nasihat aku nak bagi. XD


Nasihat lain

          Selain daritu, kat UiTM pun ada yang macam unit beruniform. macam aku, dulu amik kesatria negara. Kena kawad. Best! Since lama tak kawad kann haha haaa lupa nak pesan, beli dan bawa payung mini, dan sunscreen. Nanti nak kawad kena tempek banyak-banyak sunscreen kat muka kalau taknak sunburn. Payung mini tu pulak nak kena guna time on the way nak ke padang/stadium mini/tempat yang korang kena pi untuk kawad. Macam kitorang, kena ada dekat padang sebelum pukul 3. imagine, pukul 3. panas terik wehhhhhhhh haa soo jangan lupa payunggg! Adik-adik yang bakal siswi takpun dah jadi siswi, please jaga muka okeyy. Sunburn susah hilang woooo. Pergi kelas pun kena pakai payung. Payung penting tau bukan untuk panas ja tapi time hujan sekali.


*TAMBAHAN* *UPDATE* Pasal pekerjaan. 
Haaa lupa pula nak share kat sini. Banyak yang tanya,
 Lepas habis amik program ni memang jadi pustakawan je ke?

Okey, dia macam ni. Insya-Allah banyak je peluang pekerjaan boleh dapat nanti. Rezeki ada di mana2. Ha gituww. Sebab kursus kita ni merangkumi :

  • Library (perpustakaan)
  • Management (pengurusan)
  • Information (maklumat)
  • IT

Bukan setakat boleh kerja dekat perpustakaan je, tapi tempat yang ada pengurusan atau pusat maklumat tu pun kita boleh masuk.

Contoh macam dekat setiap syarikat di luar sana, dorang akan ada pusat pengurusan / pusat maklumat dorang sendiri.

Tambahan kalau untuk diploma, ni dari pandangan peribadi :

Nanti selama diploma akan belajar pasal :

  • Buat e-book (guna indesign)
  • Guna photoshop & guna illustrator (boleh masuk design studio)
  • Cara nak buat multimedia
  • Belajar coding buat website
  • Pasal komputer pun ada
  • dan lain-lain lagi.

Ini semua yang basic apa yang akan diajar nanti.

Katakanlah adik-adik belajar semua ni nanti & berminat serta boleh buat design, edit, coding tu semua, boleh je nak gunakan kelebihan ni nanti untuk di masa akan datang.

Jadi kalau korang risau nanti nak kerja dekat library (misalnya memang taknak kerja dekat sana), tak perlu risau. Tak semestinya akan masuk library. Pusat maklumat (information center) pun awak boleh masuk.

Dan kalau macam nak kerja setiausaha kat balai polis pun boleh tapi tu kena masuk kawad lah hahaha.

Oh ya. Kursus ni pun ada ajar pasal basic untuk organisasi & berniaga. Kalau nak teruskan berniaga pun boleh je hehe.

Last sekali, for me bidang ni tak banyak orang tahu & tak popular sangat tau. Jadi insya-Allah mudah nak dapat kerja nanti. Hehe. Ni dari sudut pandangan peribadi ya <3


Baiklah. Itu sahaja. Jangan risau ya adik-adik. Program ni memang best dan tak rugi pun ambil. Banyak pengalaman korang akan dapat nanti so yeah. ada apa-apa soalan boleh tanya nahhh. Nanti aku reply. Sekali lagi, ni semua berdasarkan pengalaman yang sedang menaip ni. Lain orang, lain pengalaman. Akak doakan korang semua baik-baik selalu.

N.

-UPDATE-
Brochure Faculty of Information Management >SINI<
Atau boleh ke website Faculty of Information Management >SINI<

SAMBUNGAN : >SEM 2<

Ulasan

  1. Hye sis nak tanya skrng sis dah sem berapa?

    BalasPadam
  2. hi! thankyou for sharing! thanks tau untuk nasihat macam essay tu eheh btw i wish you the best!

    BalasPadam
  3. Hi sis, selain librarian apa lagi peluang kerjaya utkereka yg ambil kos ni...?

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Sem 3 paling mencabar tpi best sebab nk hadap mcm2 :')

    BalasPadam
  6. @Unknown Hi awak! Saya dah update brochure FIM. Awak boleh download dan tengok sendiri ya ^^ Maaf lambat reply.

    BalasPadam
  7. @Unknown Hi awak! Saya sekarang semester 3 hehe~

    BalasPadam
  8. @Anonymous Hi there! You are most welcome hehe ^^ Insya-Allah, aamiin. terima kasih ya! ^_^

    BalasPadam
  9. @Fatin Asyikin Itulahh haha takpa geng, Insya-Allah kita boleh!! ;D

    BalasPadam
  10. @Daya Murad ehehehe hello classmate~~!! *lambai tangan*

    BalasPadam
  11. Sis , saya dapat 3 kredit je spm . Layak ke nak mohon kos ni ?

    BalasPadam
  12. Sis, saya dapat semua kredit kecuali English. Layak ke nak mohon kos ni

    BalasPadam
  13. Selepas kos diploma ada peluang sambung degree ke

    BalasPadam
  14. Salam Akak ,saya nk lbih tahu psal kos pengurusan perpustakaan ni ..apa email akk ya?

    BalasPadam
  15. Hai..Saya nak tanya Pengurusan Perpustakaan kat UITM mana ye saya nak pindah dari Pengurusan Seni :`<

    BalasPadam
  16. Hello sis, saya sekarang sem 5 dalam degree library management ni, di uitm puncak perdana

    BalasPadam
  17. @Unknown hiii! Maaf lambat. Ada di Merbok, Kedah lepastu di Rembau Negeri Sembilan & di Puncak Perdana.

    BalasPadam
  18. @Cua Hi awakk !! Goodluck ya! Nisha pun tengah tunggu result nak ke degree ni hehe <3

    BalasPadam

  19. UPDATE

    Salam semua ^^ Maaf tak dapat nak jawab semua soalan. Apa-apa korang boleh refer je terus brochure & web Faculty of Information Management ya. Apa-apa boleh terus contact pihak UiTM untuk butiran lebih lanjut <3

    BalasPadam
  20. Hi sis klu tak keberatan nak tanya course ni negeri melaka ada?

    BalasPadam
  21. hi course ni salunya ada dekat uitm mana ye?

    BalasPadam
  22. Hye akak , ada ke budak laki yang ambik course ni?

    BalasPadam
  23. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Halu orang di situ~ Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di entri blog ni ^^ nah mini love kita bagi *letak emoji mini love*