Pengalaman ambil kos Pengurusan Perpustakaan / Library Management (Dip sem 4) + Nasihat + Kesimpulan + Throwback
Assalammualaikum semua. Aku harap semua dalam keadaan yang baik selalu. Akhirnyaaa. Yeayy dah sampai entri terakhir untuk pengalaman aku dalam mengambil program IM120 - Diploma pengurusan perpustakaan atau nama lainnya, Diploma in library management! (di UiTM Kedah) Fuhh. Tak sangka aku berjaya juga berkongsi kesemua pengalaman aku dengan para pembaca serta adik-adik yang bakal mewarisi kakak serta abang senior ni. Eehee. Comel pulak bila teringat kami ada group Whatsapp IM120 Big Family.
Macam biasa sebelum aku mulakan entri kali ni, sekadar peringatan:
Semua yang tertulis di sini daripada aku sendiri, berdasarkan sudut pandangan serta pengalaman aku. Dan segala yang baik itu datang daripada Allah dan segala keburukan itu datang daripada diri aku sendiri.
Cop! Sebelum tu aku nak ingatkan yang semester 4 ni aku tak dapat nak merasai kuliah secara fizikal sepenuhnya sebab COVID19. Yang selebih tu berdasarkan ODL (Online Distance Learning). Ala-ala study di alam maya tuu. Tapi aku akan cuba yang terbaik untuk sampaikan pengalaman aku bersama kursus semester 4 ni okey. Baiklah jom kita start. Ini senarai kod kursus untuk IM120 semester empat.
- IML290 - Library Fieldwork
- CTU264 - Islamic Information Management
- IML251 - Introduction to Indexing
- IMD312 - Reference and Information Services for information agencies
- IMD314 - Extension Services for Information Agencies
- ENT300 - Fundamentals of Entrepreneurship
- IML252 - Cataloging and Classification II
- IMD311 - Introduction to Web Content Management and Design
- IML290
Hokeyyy aku akan mulakan dengan IML290 iaitu praktikal atau intern. Praktikal untuk pelajar IM120 ni dibuat pada waktu cuti semester 3 dalam tempoh almost sebulan. Yesh. Kena prepare siap-siap cari tempat nak praktikal tu. Jangan last minute nak cari satgi korang kena repeat sem sebab terlepas nak buat praktikal. *Pulakkk* Haaa… sebab praktikal ni korang kena buat HANYA PADA WAKTU CUTI SEM SAHAJA. Imagine korang terlepas nak buat praktikal. Korang kena tunggu CUTI SETERUSNYA untuk BUAT PRAKTIKAL! Uish! Macam mana tu? Maksudnya dengan REPEAT SEM! Faham ke idok ni? Maksudnya korang repeat semata-mata nak tunggu cuti sem akan datang tu je. So, bila dapat arahan dari pensyarah untuk cari tempat praktikal pergi cari terus jangan nak liat sangat buat last minute. Diri sendiri jugak sengsara.
Nasihat aku, bila dah cari tu kalau dah jumpa terus call pihak library pilihan korang tu atau HR department dorang. Tanya dorang accept tak student library management intern situ. Jangan konfiden & tak call sebab ada juga pihak library tak terima sebab tempoh masa intern yang agak pendek (dalam sebulan). Ye adik-adik. Akak korang ni dah terkena. Nasib baik ada backup. Ha ! Jangan lupa cari backup library! Nanti kot-kot kena reject ke, dah takda tempat lain korang nak intern. Lagi satu, waktu call library tu terus dapatkan maklumat ketua librarian atau mana-mana bahagian department yang pensyarah korang boleh berhubung dekat situ. Macam nama, no tel, email dan alamat perpustakaan tu okeyy. Nanti mudah nak bagi dekat pensyarah korang. Bila satu kelas dah siap jumpa tempat praktikal masing-masing, sorang compile jadikan dalam satu dokumen dan print serta bagi soft copy dekat lecturer tu okeyyy. Ini dari pengalaman kakak korang ni. Ingat tau nasihat ni. Ingatttt *gerak tangan sotong*
Selain daripada tu IML290 ni nanti kena buat report berdasarkan buku log so report tu kena buat betul-betul dan pastikan padat ye. Format pastikan buat betul-betul. Sila buat backup segala catatan yang korang buat dalam buku log. Satgi ada kes terkejut tergempak , takdalah golongan yang tertinggal buku log macam semester ni. *aku la tu*. Waktu pratikal tu jangan asyik nak berselfie dengan OOTD je. Tangkap gambar sekali suasana dalam library dan proses korang belajar cara handle urusan dalam library. Semua tu nak dimasukkan dalam report. Kalau praktikal sorang-sorang, minta sorang staff tangkapkan gambar. Contoh macam waktu korang tengah tolong pengguna nak pinjam buku ke. Tauuu! Ingat! Semua bukti tuuu. Satgi jadi macam aku, dah beberapa hari sebelum nak habis praktikal baru nak amik tangkap gambar dalam library. Adik-adik buat persediaan awal-awal ya. Nanti ada kecemasan ke takdalah nak risau pasal tu. Itu ja kot.
Yang nasihat lain, sila jaga adab dan jangan terlalu jakun waktu praktikal tu. Ikut kata boss korang dan jangan nak melawan sebab akan ada supervisor dari pihak perpustakaan disamping supervisor fakulti (pensyarah korang) yang beri markah. So, hati-hati waktu praktikal tu kerana ada yang memerhati selalu *emoji mata* hehe gurau-gurau. Aku pasti adik-adik aku ni takkan buat hal kan? *tunjuk sikit selipar jepun dari belakang* Kalau nak buat hal jugak no problem. Markah turun lepastu buat praktikal sekali lagi hehe. Jadi, korang takkan buat hal.. kan? Kan? *jelingan maut* *peringatan untuk sentiasa jaga nama Uni dan fakulti*
- CTU264
Seterusnya CTU. Okey. Sebelum ni aku selalu skip part CTU kannn. Okey dengar. Kalini aku taknak skip sebab kali ni CTU serius best. Aku waktu dalam kuliah CTU kali ni rasa semangat tau.*Bukan kuliah CTU sebelum ni aku tak semangat. Cuma kalini terlebih semangat* Sebab dapat belajar mengenai pengurusan maklumat & perpustakaan dalam Islam serta tokoh Islam yang semua hebat-hebat belaka dalam bidang maklumat ni. Tu diaaa. Amacam.. Taknak jadi librarian lagi ke? Hehehe Aku waktu ni terus semangat tau. Teringat waktu kuliah CTU sebelum ni, pensyarah kami ada kata ayat ni yang terus ubah persepsi aku pasal bidang pengurusan perpustakaan serta maklumat.
“Program IM120, Library Management. Kamu semua sepatutnya bangga, gembira dan bersyukur dapat program ni. Nanti waktu kerja kamu semua berada di dalam perpustakaan, dikelilingi ilmu.”
Fuhh. Ayat tu sampai ke harini aku ingat. Jadi, adik-adik atau orang-orang yang sedang bekerja dengan bidang maklumat, sila bangga dengan bidang kita serta gembira kerana dapat meneliti serta menyampaikan maklumat yang bermanfaat kepada semua orang. *kelip mata banyak kali ala-ala gadis melayu terakhir gituu* hehe.
Kalini punya CTU pulak memang hebat. Dapat belajar mengenai sejarah Islam dalam bidang pengurusan maklumat. Perpustakaan yang hebat serta terkenal sewaktu dahulu Alexandria, yang telah terhapus.. perghh. Memang betul-betul memberi aura baru untuk meneruskan perjuangan terakhir dekat IM120 ni. Wokey. Nasihat aku untuk CTU ialah, mantapkan teknik untuk menjawab, kalau boleh buat macam ayat KBAT waktu SPM tu. Aku tak pastilah nak kata macam mana tapi bila buat ayat KBAT ni aku agak kureng sikit. Ada masa menjadi ada masa tak. So, it is up to you. Kena praktikkan okey. Dan dengar apa yang pensyarah korang bercerita atau sampaikan. Oriteee?
- IML251
Untuk IML251. Pasal index iaitu kata kunci yang membantu. Untuk pengetahuan semua, ada beberapa jenis index yang ada, tapi yang paling kita familiar sekali ialah dekat belakang buku tebal. Contoh macam dekat buku teks waktu SPM dulu. Contoh lain macam ni, “Hang Tuah, 90,120,133”. Hang Tuah tu kata kunci yang orang akan selalu tengok untuk cari dalam buku tu dan nombor tu pulak muka surat dalam buku yang akan mention kata kunci tu. Gituuuu. Tak percaya nanti cuba buka buku teks adik-adik dekat rumah atau buku akademik. Hehe. So, apa yang adik-adik junior ni akan belajar? Mereka akan belajar cara nak buat itu la haha. Haa lepastu ada teknik jugak dan tak boleh main buat je hehe so have fun! Kami kena kena buat index berdasarkan artikel hehe. Nasihat aku, tanya pensyarah kalau tak faham dan cuba praktis cari kata kunci dalam sesebuah artikel. Bagi aku okey ja kursus ni. Insya-Allah korang pun boleh. Jangan risau ye adik-adik. *usap belakang adik-adik junior secara alam maya*
- IMD312
IMD312 ni pulak kursus yang mengajar mengenai reference department, serta yang berkaitan dengan servis rujukan. Aku pasti waktu semester ni adik-adik junior dah tahu apa itu reference department dan reference librarian. Jadi, apa yang aku boleh kata korang akan belajar cara nak jadi reference librarian, teknik mencari dan lain-lain. Okeyy. Yang ini bagi aku macam biasa, kena fahamkan sepenuhnya sebab asas. Wokay?? *slang Uncle Muthu dalam siri animasi Upin Ipin*
- IMD314
IMD314 ni bagi aku kursus yang sangat istimewa sebab untuk yang ini korang akan belajar cara nak buat program yang lain sikit daripada program yang selalu perpustakaan buat yang pernah korang belajar dekat IMD227. Contoh macam perpustakaan bergerak tu. Haaa. Ada sebab kenapa perpustakaan buat tu tau. Bukan saja-saja. So, kena belajar betul-betul dan fahamkan sebab nanti korang akan kena buat proposal program serta (kalau keadaan semakin pulih) menjayakan program korang tu. Yes. Kena buat program dan berurusan dengan pihak rasmi selain universiti kita tu. Tapi waktu batch aku, kitorang tak sempat nak buat program. Baru siap proposal dah ada kes COVID19 jadi bertukar sikit cara assignment kami. Takpa yang penting sekarang ni korang kena tahu cara nak buat program dan kenapa. Anda paham? Ingat, kalau taktahu tanya. Pensyarah tu tak makan orang pun. Lagipun rugi tak tanya pensyarah demi mendapatkan extra ilmu. Nanti boleh kongsi dengan classmate. Haa baru sama-sama naik! B)
- ENT300
ENT300 ni pasal berniaga dan juga perniagaan. Actually kalau tak silap aku bukan program IM120 & IM110 je kena amik. Dengan program lain sekali tapi ada ja yang aku perasan program yang tak amik. Kursus ENT300 ni bagi aku yang okey ialah takda nota banyak atau kuliah yang korang kena dengar lama sebab kursus ni lebih tertumpu pada project atau group assignment korang tu. Korang akan belajar pasal berniaga. Nanti kena interview ahli perniagaan contoh tanya cara mereka berjaya, dan buat perniagaan sendiri.
Nasihat aku, untuk yang part tubuhkan perniagaan sendiri pula kena ikut apa yang silibus nakkan macam BMC serta Business Plan. Business Plan tu korang kena banyakkan bersabar nak siapkan sebab bagi aku, part paling kureng aku minat nak buat ialah kira-kira. *sebab semua dekat sini tahu yang program IM120 dan IM110 ni takda matematik* Jadi bila tanya kira-kira dekat budak information management tu, harap boleh bersabar sikit sebab kami nak kena amik masa untuk brain haha. Aku dah pernah terkena dulu waktu praktikal jadi korang kena sentiasa asah otak kiri korang. Hafal balik sifir tau bila-bila ada masa haha.
- IMD311
IMD311. Antara kursus yang paling aku tertunggu-tunggu dari waktu praktikal lagi. Haha. Yesh. Korang akan belajar cara nak buat website menggunakan coding HTML, CSS, JAVASCRIPT. Kepada yang jenis macam aku dah ada pengalaman berblogging, dulu suka design blog ikut tutorial kak lyssa ngan kak atiqahjaidin, jangan risau. Insya-Allah korang boleh buat sebab asas dah ada. Kepada yang tiada asas pun jangan risau sebab nanti korang akan belajar buat coding dengan step by step. Just ikut dan cuba buat dan praktikkan.
Ha lepastu jangan lupa bawa laptop masuk kuliah sebab korang akan praktikkan sekali guna laptop korang tu. Satgi nganga ja tengok pensyarah terang dekat depan. Masuk lalat baru tahu. Kursus ni bagi aku bestttt. Waktu ni pun aku jakun sebab dapat bina website daripada 0. Fuhh. Bangga woo lepas dah siapkan. Selama ni main ikut tutorial je copy paste dekat blog ni. Tapi kalini dapat tahu sebab kenapa coding tu kena ada. Pantang larang pun ada tau dalam HTML, CSS & JAVASCRIPT so take note. Satgi meraung web tak jadi. Coding ni nampak je mudah tapi satgi waktu nak buat from zero boleh juling mata tu sebab banyak sangat code. Dahlah buat dekat notepad. *Aku lagi prefer guna notepad berbanding software sebab dah terbiasa pensyarah ajar guna notepad* Lagi satu, jangan lupa backup segala coding dekat GITHUB. Boleh try usya GITHUB & W3SCHOOL ni sebab penting untuk project korang selain banyak kelebihan yang korang boleh dapat. Itu je kott. Hehe. Have fun ya feeling-feeling macam hacker nanti haha.
- IML252
IML252. Ini dia.. sambungan kepada IML202 kesayangan korang dulu. *eh betul apa sebabkan kursus ni lah nanti buatkan korang ada sudut pandangan seorang pustakawan* Yang kursus sambungan sebelum ni, MAKE SURE korang dah PRO okey. Sebab nanti kena buat yang katalog penuh. Yesh. Akak-akak dan abang-abang korang dah ada pengalaman membuat katalog untuk buku. Jadi adik-adik bila lagi? *tiberr* Haha sorry kalau aku buat korang nerves. Erm yang ini memang tak lain tak bukan, kena fahamkan 100% sebab aku takut nanti korang terbuat ajaran sesat. So, make sure ingat selalu format dan benda basic pasal AACR okey. Tanya pensyarah kalau takfaham.
Nasihat aku, kalau still tak faham-faham, buat study group waktu free dengan member yang korang rasa dorang tu paham dan boleh membantu. Duduk dekat bawah pokok ala-ala nak berkelah tuu. Lepastu suruh dorang ni terangkan dengan cara yang paling santai sekali. Buat lawak-lawak sikit ke. Haa.. Insya-Allah boleh faham. Kita cuba ikhtiar kan.. Kot-kot kat bilik kuliah tak masuk dalam kepala ke. Huhu. Waktu batch aku, kami kena video call untuk berbincang pasal homework kami. Macam biasa, jumlah homework untuk semester ni pun tak jauh beza dengan homework semester lepas hehe.
Tapi serius adik-adik. Lepas dah faham IML252, mesti korang akan rasa best sebab dah tahu cara nak buat katalog. Lepasni masuk mana-mana perpustakaan boleh pergi buka OPAC dan tengok maklumat pasal buku sambil tersenyum misteri disebabkan ilmu yang sudah dilengkapi bagi semester ni. *ehh* Tapi idok ler complete mana. Degree nanti kena sambung lagi bagi nak lebih mendalam hehe.
Eh kejap. Okey ke tu. Ke dah sendu. Takmau sedih-sedih. Ingat yang belajar untuk menuntut ilmu ni dapat pahala. Kalau rasa tertekan pergi beli ice cream or layan movie apa-apa. Tapi jangan korang marathon pulak. Satgi bukan selipar jepun akak terbang, AACR akak yang terbang ke korang. Memang susah menuntut ilmu ni. Tapi percayalah.. dekat pengakhiran nanti akan dapat kepuasan serta kemanisan yang tak terhingga. Apatah lagi dapat tahu yang diri korang MAHIR dalam sesuatu bidang tu. Kan. kan. Bak kata pensyarah aku dulu, belajar ni bukan sekadar nak tambah ilmu je. Tapi..
“Belajar ni untuk improve diri”
Cewahhhh! Hehe. Sedapkan ayatnya? Hehe. Orite. Itu sahaja daripada aku kali ni.
Kepada adik-adik IM120 dan yang bakal menjadi ahli keluarga IM120 serta keluarga pengurusan maklumat (faculty of information management), selamat datang. Hehe. Korang kena bangga tau sebab kita ni dikelilingi maklumat dan ilmu hehe. Aku doakan urusan korang dipermudahkan selalu dalam menuntut ilmu serta berjaya di dunia dan di akhirat. Ingat, yang penting sekali ialah niat nak menuntut ilmu. Jangan nak melencong pulak tiba-tiba niat ke arah lain! Nanti lain output yang korang akan dapat.
Terima kasih kerana sudi membaca segala kisah pengalaman aku. Aku ingat nanti nak share tips waktu belajar dekat uni atau tips pasal softskill. Korang nak tak? Huhu. Even aku ni masih muda lagi, tapi still nak share jugak haha. Mungkin lebih kepada dari sudut pandanganlah kot.
Antara kata-kata yang aku ingat sehingga harini juga,
Menuntutlah ilmu sebanyak yang mungkin kerana ilmu tidak pernah akan habis malah ia berguna dan akan dipandang tinggi orang yang berilmu jika dibandingkan dengan harta yang boleh habis suatu hari nanti dan bakal meninggalkan kita.
Thats all. Jaga diri semua. Doakan aku lulus semester ni dan dapat keputusan yang cemerlang tau. Doakan sekali semoga ada rezeki untuk aku sambung ke degree nanti.. Insya-Allah, aamiin. *Aku dah mohon haritu, harap-harap dapatlah huhu*
- Kesimpulan
Aku harap semua pembaca dapat banyak maklumat mengenai program kami ni. Aku tahu banyak yang anggap program ni program bosan atau ewwwww kursus ape niiii urus library?? Lol. Aku pun dulu macam tu. Lama-lama dirini dah jatuh cinta dengan dunia library. Aku pernah terfikir satu perkara waktu praktikal dulu. Waktu tu aku ada terpandang reference librarian kami yang tengah tolong pelajar bidang perubatan dalam selesaikan masalah dia. Dan aku terfikir.. Besar jasa seseorang pustakawan kepada masyarakat. Dengan memberi sumber maklumat serta bantuan ke situ (tolong cari buku/maklumat) insya-Allah mereka inilah antara golongan yang menolong negara kita untuk melahirkan warga guru, doktor dan insan-insan hebat yang lain. Memang betul pekerjaan seorang pustakawan ni tak femes atau tak dipandang tinggi (bagi aku sebab bila dengar atau tengok reaksi wajah tiap kali aku kata program diploma aku ni) oleh masyarakat. Tapi dekat luar negara mereka semua sangat hormat dengan librarian dan langsung tak pandang rendah. Dan aku pasti tu akan berlaku ke Malaysia suatu hari nanti diikuti dengan amalan membaca.
Sekian dari aku.
Yang ikhlas,
Nisha
p.s. Untuk maklumat yang lebih mendalam mengenai program ni korang boleh usya link dekat bawah ni okey? ^_^ Ada apa-apa nak tanya terus tanya pihak UiTM hehe.
BROCHURE FACULTY OF INFORMATION >SINI<
WEBSITE FACULTY OF INFORMATION >SINI<
P.s. Niat aku hanya sekadar menyampaikan pengalaman kepada yang kemungkinan bakal melakukan kesilapan sama. Jadi aku taknak tengok mereka jadi macam aku. Aku nak minta maaf kepada yang ada terasa atau terguris selama aku upkan kisah pengalaman di blog. Mungkin aku tersalah guna ayat atau terma. Dan terima kasih juga kepada pensyarah-pensyarah (dari fakulti lain sekali ^^) serta senior-senior fakulti pengurusan maklumat (classmate, coursemate, IMmate sekali) kerana telah banyak bantu serta beri ilmu dekat aku bermula dari semester satu sehingga kini, insya-Allah yang terakhir. Hanya Allah sahaja yang boleh membalas jasa hampa. Mwahh *flying kiss dan buat mini love acah2 retis kpop*
- Alang-alang dah entri terakhir, bolehlah aku nak share moment throwback semasa aku di UiTM Kedah bersama rakan-rakan seperjuangan IM120 & keluarga fakulti pengurusan maklumat aku ni hehe.
Antara gambar awal kelas kami bersama , KIM1201B (2018)
Team aku waktu kami sertai Innovation And Design Library (InDelib) 2018 (kami menang silver tau hehe)
Group aku lepas presentation untuk IML105 . Masing-masing bermakeup dan berblazer. hehe
IM Family Day 2018 (yang atas tu bersama classmate tercinta - ini family day antara student IM120 & IM110)
Gambar kelas kami ketika semester 1 (habis last paper di Dewan Perdana UiTM Kedah)
Kenangan pergi ke Pekan Rabu bagi Inforace bersama pensyarah kami yang dianjurkan olek pihak Perpustakaan Perbadanan Awam Kedah (PPAK)
Bersama classmate memantau kedatangan senior dan junior sem 1 untuk program *aku dah lupa nama programnya* yang berkaitan dengan social media & online business
Bersama team & classmate (serta gambar semua yang hadir) untuk English bootcamp (khusus untuk IM120)
Gambar kelas kami ketika semester 2 (habis last paper di Dewan Perdana UiTM Kedah)
Berjumpa dengan booktuber & penulis novel FIXI Psikik, Husna Rosli yang kebetulan merupakan seorang pelajar library juga yang sedang membuat pratikal di Perpustakaan Sultan Badlishah (PSB) UiTM Kedah. Siap dapat tanda tangan dengan button badge lagi, kau hadooo haha. Serius happy waktu ni T^T.
Program simpulan kasih 2.0 oleh ALiM di Pusat Aktiviti Warga Emas, Sungai Petani
#IMVengers ketika acara penutupan SAF (Sukan Antara Fakulti) 2019
Moment selepas Mesyuarat Agung/ Annual Grand Meeting (AGM) kelab ALiM (Association of Library Management) sesi 2019/2020 di Dewan Sri Jerai
Berposing di bawah mentari ketika memakai baju korporat ALiM for the first time hehehe (ALiM : Association of Library Management - follow Instagram ALiM tau! Kita bagi up followers hehe @alimuitm)
Masing-masing study hard bersama buku tercinta, AACR (a.k.a. kitab library students) yang sentiasa menemani di sisi *tidak kisah ketika cuaca panas ataupun hujan lebat huhu* sebab memang wajib kena bawak takpun nak study group sama-sama buat homework dekat PSB (Perpustakaan Sultan Badlishah - UiTM Kedah) Ini antara fav port kami tau haha. Bila duduk situ dapat aura lebih dari deretan AACR tu hagagaga
Bersama group members ketika pergi ke POLIMAS bagi sesi temu duga untuk kursus IML204
Gambar kelas kami ketika semester 3 (habis last paper di Dewan Perdana UiTM Kedah)
Kenangan semasa buat latihan industri di PTAR UiTM Sungai Buloh. Yang dekat bawah bersama kami tu senior degree kami IM244 yang kebetulan buat praktikal dekat sini sekali. Tak silap senior kami ni batch yang kedua terawal untuk IM120 (Yeshh! study di UiTM Merbok dulu) Tapi sambung degree di UiTM Puncak Perdana. Senior ni lah yang banyak membantu kami bertiga jadi arigato senpaii hehe.
Gambar kelas kami (gadis-gadis ayu) ketika semester 4 (Ciannya tengok kakak-kakak senior korang ni berbaris duduk dekat tangga menunggu nak masuk bilik kuliah haha)
*Ada lagi program ALiM lain aku tak dapat join sebab bertindih dengan program kelab takpun kurang sihat nak pi. T-T* Nak info lebih lanjut boleh stalk instagram @alimuitm okey? Senior akan update dekat situ kalau ada apa-apa benda penting.
Dan itu sahaja.. Malangnya tiada lagi moment ‘habis last paper’ untuk kami sekelas bergambar di hadapan dewan perdana buat kali terakhir.. (iyela.. sem 4 kan sem terakhir… sobbs) thank you for all the memories guys. Aku sayang hampa semua ketat-ketat. Bila-bila masa nanti kita reunion okey?? Dekat kenduri kahwin pun boleh jugak *ehh terbatuk pulak* XP Hehehehe gurau2.
-TAMAT-
mantop
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamTerbaekk
BalasPadam😭🤘🏻
BalasPadamniiiceee.. All the best for degree pula.. in syaa Allah. ^~^
BalasPadamWah... best sangat kan zaman belajar nie... semoga berjaya ke peringkat seterusnya.
BalasPadamTeringat dahulu buat praktikal. Mengapalah dahulu saya tidak tahu jurusan pengurusan perpustakaan. Kalau tidak mungkin pilih jurusan ini.
BalasPadamSemoga awak dipermudahkan belajar. Amin.
Ohsem.. Kursus yang menarik..
BalasPadamwah seronok dengar..saya je tak pernah kongsi pengalaman belajar saya...hahaha
BalasPadamjemput singgah blog saya
Dah lama sgt saya tgal zaman belajar nih ^_^ rindu pulak..
BalasPadamUiTM kedah ni kat Merbok la kan?
BalasPadamThanks akak bagi pengalaman. One of reason kenapa sy pilih course ni dulu sbb sy baca writing akak utk sem 1. Akak cakap course ni tkde math terus sy pilih �� thankyou so much and gdluck for degree. (from junior big family) saranghaee <3
BalasPadamGood luck for degree..
BalasPadamDah lama tinggal zmn belajar..seronok baca..
Dulu ai suka lepak library. Sampai pernah bercita-cita nak kerja kat library. Tapi bukan rezeki ke arah itu.
BalasPadam@Fatihah sharif Alhamdulillah, terima kasih teah haha ^^
BalasPadam@Daya Murad Alhamdulillah, terima kasih Daya <3
BalasPadam@Unknown Yeahhhh :"D
BalasPadam@Anonymous Alhamdulilah, terima kasih. Insya-Allah, aamiin ^^
BalasPadam@ZaridaIshak Ya, best sangat-sangat !! T^T Insya-Allah, aamiin. Terima kasih kerana sudi baca ^^
BalasPadam@NA Hehehe. Pengurusan perpustakaan ni tak silap baru lagi. Dulu hanya ada jurusan pengurusan maklumat sahaja. Insya-Allah, aamiin. terima kasih ya kerana sudi baca ^^
BalasPadam@Sha Mohamed Yeahhh hehe. Terlebih menarik ^_^ Terima kasih kerana sudi baca ^^
BalasPadam@Cuya Alhamdulillah hehe. Memang seronok sangat-sangat. Hahaha. Baik, nanti Nisha blogwalking ke sana ya ^^ Terima kasih kerana sudi luangkan masa untuk baca entri yang panjang ni XD
BalasPadam@uncle gedek Ya, betul. Dekat Merbok hehe
BalasPadam@Anonymous Alhamdulillah. Terima kasih ya sudi luangkan masa untuk membaca entri yang panjang berjela ni XD Wahh really? *emoji buat mata cute* No problem my dear. :"D Goodluck ya berjuang dalam kos IM120 kita ni. You can do it!! Tak faham tanya ja lecturer or senior okeyy. Insya-Allah, aamiin. Nado saranghae <3
BalasPadam@nohas Insya-Allah, aamiin. Hehehe. Terima kasih ya kerana sudi luangkan masa untuk baca entri Nisha kalini^^
BalasPadam@Ai Wahh bestkan duduk dekat library *_* Sejuk lepastu senyap je hehe. Boleh banyak baca buku free pulak tu XD Awhh, I see. :"( Anyway, terima kasih ya kerana sudi meluangkan masa untuk baca entri Nisha kalini :">
BalasPadamAsslm kak..betul ke kalau duduk asrama hanya sem 1 je? pastu sem ke 2 dan seterusnya kena cari rumah sewa? i mean for uitm hostel.
BalasPadamGreat blog Nisha, semoga success sentiasa ❤️❤️
BalasPadamGreat Nisha Nisrina, semoga success sentiasa ❤️❤️. From your classmate Syazwani
BalasPadamHi sis bila baca blog sis ni sya jdi inspired terus nak belajar course ni huhu:). Just nak tya lah sis if kita nak keje/belajar jdi librarian kat luar negara dpt tak? :))
BalasPadamassalamualaikum, kak Nisha! alhamdulillah banyak manfaat saya dapat daripada cerita akak kat blog ni dari sem 1 sampai lah yg terakhir. saya skrg student batch 04, aliran sains komputer, spm bulan 3 nanti, dan berminat sgt dgn course library management ni. (tau course ni sbb terfikir pasal org yg jaga kaunter library tu, terus teringat pasal librarian, and tergerak lah hati nak tahu pasal course berkaitan library hehe)
BalasPadamtengah cari info pasal course ni, terjumpa lah blog akak, and sgt² menarik info nya. banyak sebenarnya saya nak tahu lagi, di mana saya boleh contact akak ya? boleh saya dapatkan pengalaman lebih lanjut daripada akak, untuk hala tuju selepas spm saya nanti nak ambil course ini. kalau kak nisha tak keberatan.
terima kasih for the wonderful experience you had sharing with us. semoga yang baik-baik sentiasa untuk akak nisha.
Hi, thanks sis for sharing pengalaman dalam bidang ni. Saya terjumpa kos ni semasa nak isi pilihan kos di UPU, cuba buat research sikit tentang kos ni terus terjumpa blog ni Sangat beri manfaat dalam apa yang saya nak tahu. Btw saya batch 04 spm.Jadi jawab spm lewat la kes kobid.
BalasPadam