Pertama sekali, semua ni pengalaman aku sendiri ya. Tak semua ahli PSSCM ada pengalaman sama macam aku. Mungkin ada pengalaman yang lebih gempak hahaha Aku punya biasa-biasa ja lol. Kedua, maaf kalau ada kekurangan. Yang baik tu semua dari Allah SWT dan yang buruk pula dari aku sendiri. Okey, itu ja kott. Kepada ahli PSSCM yang tengah baca ni, cer komen sikit kat bawah macam mana boleh join PSSCM. Guna via anonymous pun boleh bagi identiti tu rahsia sikit haha.
Kepada yang suka stalk-stalk tuuu nah stalk
website rasmi PSSCM : SINI =P
Dan dikesempatan ini aku nak promote sekali instagram rasmi
PSSCM Uitm Kedah. Nah, jangan lupa stalk account ni sekali hehehe >SINI<
Jom mulakan. Kita sempoi-sempoi ja kali ni nahh? Hehehe
- Club Fair 2018
Okey, dah nama pun pengalaman masuk Silat Cekak kan, jadi kita tumpu ja terus macam mana aku boleh daftar nama dekat PSSCM. Time tu tengah pusing-pusing dekat Club Fair. Adalah seorang lelaki senior (yang memang aku dah kenal sekarang tapi takpalah, tak perlu mention siapa kan haha) datang, bagi satu kertas kecil. Aku tengok tertulis, “Silat Cekak.” Nah aku belanja gambar. Nampak lama ennn aku pun tak sangka boleh lagi still simpan lol. Back to the story, aku tawaf lagi sekali dewan and finally, jumpalah club booth Silat Cekak Uitm Kedah.
Aku tanyalah PSSCM ni apa, rupanya PSSCM ni stands for “Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia”. Memang happening weh booth dia. Lawa pun lawa. And aku tak terkejut pun dorang boleh menang booth paling lawa time club fair haritu. Semua ketawa, happy, siap ada yang promosi chocorice. Time tu memang tergoda habis tengok chocorice dia. Almaklumlah, hantu cokelat. Tapi aku padamkan niat lepas dapat penerangan dari seorang senior perempuan (lagi satu sebab aku nak diet sebenarnya ecehhh). Semua senior baik and tried their best nak bagi aku masuk persatuan ni. Ada dua orang senior lelaki pada mulanya nak tunjuk gerakan/demo sikit (tak silap aku lah --- ingat-ingat lupa) tapi at the end dorang tarik TV. Aku tengok sekejap ja dalam 1-2 minit. And at last, aku tulis nama. Tak perlu bayar duit pun time bagi nama.
Okey end dekat bahagian macam mana boleh bagi nama. Kita teruskan dengan,
- Hari Penerangan
Tak lama lepas dari daftar nama, aku dapat satu notification kata aku di’add’ dalam group PSSCM Uitm Kedah. Ramai gila kott. (Tapi lama-lama tu dalam 36 orang ja tinggal sobbs but thats okay) Ingat lagi malam Selasa. Aku, dengan tiga lagi siswi. Sampai-sampai ja kitorang lambat dalam 10 minit. Duduk ja terus dengar penerangan. Ramai gila time tu. Both Siswa and Siswi. Senior-senior pun ada bagi details pasal kelas latihan. Kelas latihan hanya akan diadakan dua kali setiap seminggu. Malam Ahad dan Selasa. Dari pukul 8.30-10.30 malam. Tempat kitorang jumpa pun time tu dekat Courtfutsal. Haaaa ni ada satu cerita lawak aku nak kongsi. Tengah-tengah bercerita tu ada lah seorang siswa ni. Aku ingat sampai sekarang. Sumpah lawak. Okey, first, memang kitorang semua baru lagi. Iyela sem satu kauuu mana tahu apa-apa. Lagi-lagi yang tak pernah ambil tahu pasal silat then baru nak masuk. Jadi al kisah senior-senior PSSCM duk asyik sebut ‘buah’ silat time beri penerangan. Jadi siapa yang tak familiar dengan terma tu memang boleh lost lah.
Termasuklah yang tengah menaip ni hagagaga. Secara jujurnya aku pun hairan jugak apa ke benda lah abang dua orang ni duk asyik cerita pasal buah silat. Sampailah ada seorang hamba Allah ni pi tanya senior kitorang, “buah tu apa?” then senior tu balas, “Haaaaa korang rasa buah tu apa?” then cepat-cepat ada yang balas, “Fruit!” . HAHAHAHA serius wehh! Siswa semua time tu dah bantai gelak hahaha Aku yang dengar pun ikut terhibur sekali XD Lama-lama tu baru kitorang dapat tahu buah tu nama lain bagi pergerakan dalam silat/martial arts.
Selain daripada tu details lain yang kena tahu bila nak masuk persatuan ni ialah yuran dia. Actually kalau nak diikutkan yuran dekat luar lagi mahal berbanding dalam sekolah/pengajian. Tapi boleh bayar secara ansur. Dalam kelab ni pun ada ahli jawatan kuasa jugak ya so kena take note semua tu. Bermula dari YDP sampailah ketua penerangan, ketua protocol dan lain-lain. Memang malam tu dorang semua ada kenalkan diri. Siapa YDP (Yang Di Pertua/ President Kelab), NYDP (Naib YDP) tu semua. So kalau ada apa-apa masalah, ada soalan boleh refer dorang. Pasal yuran ka. Pasal silat cekak --- kalau ada apa-apa korang nak tanya lagi pasal silat cekak tu semua boleh tanya. So yeah, berakhir sudah pasal hari penerangan.
- Kelas Latihan
Kita sambung mengenai kelas latihan pulak, amboiii ni memang berkongsi sungguh. Detail semua tak tinggal haha. Rasa-rasa kalau tulis ni dalam karangan SPM dapat A+ tak? XP Okeyyy done merapu. Hahaha. Kita continue pasal hari kelas latihan. Ada banyak benda sebenarnya yang berlaku. Dari aku tak familiar, sampailah dah familiar. Pada asalnya ada lima orang yang akan join bertolak pi kelas latihan (termasuk aku) tapi percaya atau tidak, at the end tinggal dua orang ja. Itupun ada kawan-kawan lain (ahli psscm yang masih bertahan) join sebab kolej dekat bila nak pi kelas latihan.
Yang lain banyak tarik diri and taknak join dah. Alasan paling familiar aku dengar dari dorang iyalah, “nak study”. Takpalah kann it’s up to them. Cuma sedih lah tengok ramai yang dah tak join. Tu belum tambah dengan yang ‘terlebih’ rajin datang kelas. Memang boleh nampak perubahan jumlah dari first-first kelas latihan diadakan sampailah nak habis sem. Tapi hujung-hujung sem tu boleh dimaafkanlah sebab ramai ada test & exam so yeah huhu Oriteee hashtag done membawang hahaha.
Ada beberapa perkara basic yang kena tahu bila dah jadi ahli silat cekak. First, akan ada orang luar yang datang and dorang ni boleh dikira sebagai cikgu yang nak mengajar. Tapi kitorang tak panggil cikgu, instead kita panggil as TP. Stands for “Tenaga Pengajar”. And dorang ni lah yang akan tegur kalau kita ada buat silap. Ada juga ahli tamat yang datang nak tolong (tolong apa-apa yang patut takpun jadi model) . Haaa ingat dewa remaja ja ka ada model? Hahaha tapi yang nak jadi model ni pun kena tough jugak aku perhati sebab TP akan panggil dorang untuk bagi buah so yeah haha. Kepada gegirl, jangan risau. Ada ja TP and ahli tamat perempuan so nanti apa-apa doranglah (TP) yang akan tegur kalau-kalau kita ada buat silap time berlatih. Mula belajar dari kaedah sampailah dapat buah.
But mannnn ingat habis sem satu ni dapat habiskan peringkat asas tapi tak dapat pulak huhu. Memang antara perkara yang Silat Cekak ajar ialah sabar. Jadi sabarlah ya wahai diri haha kena tunggu sem dua baru boleh habiskan peringkat asas huhu~. Okey actually ada beberapa peringkat bila belajar silat cekak ni. Asas, Jatuh, Potong dan Tamat. Haa bila dah tamat tu kalau boleh kena ambil USR, Ujian Sijil Rendah. Memang khas untuk ahli peringkat yang dah tamat.
- Majlis Ijazah
(Video pendek yang aku sempat rakam time nak on the way ke Perlis dari dalam bas Uitm kat IG. Abaikan ja username tu lol)
Okey, ni mungkin yang terakhir. Iyeee tahuuu dan penat nak baca hahaha jadi gagahkan dirilah ye sebab lepas ni ada tiga lagi benda aku nak ulas haha. Ermmm serius ni eh hahaha.
- Hari Interaksi PSSCM 4.0
Haaa comelkan adik-adik and akak-akak manis PSSCM hehehe
Time ni dah indoor, ada dalam Unit Sukan. Time outdoor, dekat courtfutsal, kitorang dapat minum air oren (yang disediakan oleh senior-senior yang tercinta ecehh haha) dan makan donut cokelat nutella dari seorang TP kitorang yang memang baik hati and pandai bake. Sedap woooo… nutella tuuu sapa ja yang tak suka nutella en enn hahaha. sampailah malam, ada acara majlis perasmian, penyampaian hadiah (team aku dapat tempat terakhir huhu) dan penutup. Malam tu pun ada sesi perkongsian juga dengan salah seorang TP kitorang dan dapat makan malam free sekali sebelum balik kolej hehe
- Program USR Peringkat Zon Utara 2018
Orite, sebagai salah seorang yang for the first time masuk PSSCM, tak sangka tiba-tiba boleh jadi diantara orang yang diamanahkan untuk handle program sebesar ni. Imagine, satu zon utara wehhh siapa tak excited kann. Aku pun at first bila dengar terkejut. Aku pasti semua ahli PSSCM tahu pasal USR jadi aku decide nak tolong dalam jaga bahagian makanan. Ya kawan-kawan, saya jadi AJK makanan hahaha. Pada mulanya jaga makanan yang untuk peserta. Tapi time hujung-hujung tu akak senior kitorang minta tolong jagakan area VIP. Means nanti kenalah hidang makanan untuk para tetamu VIP.
Nak jadikan cerita, majoriti yang handle ni semua budak asas (baru) so memang taktahu sangat macam mana nak layan tetamu. Lagi-lagi VIP. Memang cuak jugak tapi redha ja lah hahaha. Ada dalam empat orang yang patutnya kena handle pada mulanya tapi time hari berkenaan ada beberapa orang kawan kitorang join sekali nak tolong. Ada yang serve air (Kopi dan teh --- breakfast), ada yang get ready tepi meja kalau nak apa-apa and else. Iyelah mana tahu tiba-tiba nak air kosong. Kan jenuh nak panggil. Baik tunggu ja dekat-dekat dengan meja tu. Haaa ni ada part yang best. Ada satu cerita lawak ni yang aku nak kongsikan time kitorang tengah serve tu.
Okey. Ingat balik ya semua yang tetamu kitorang kena serve tu VIP. Jadi bila VIP, memang kena tahu cara nak panggil mereka ni. Al kisah, tiba-tiba ada sorang member aku ni (yang tukang bagi air) terlepas cakap nak tanya, “pakcik nak teh ke kopi?” HAHAHA Weh sumpah wehhh terkejut aku dibuatnya. At first tak perasan tapi tiba-tiba ja dengar tetamu semua ketawa terbahak-bahak, siap kata ‘Pakcik?? Hahahaha’ Aku pun naik hairan. Then datanglah senior kami cerita. “Lah, awat pi panggil depa pakcikkkk” Ya Tuhannn memang time tu aku nak guling-guling ketawa. Nasiblah semua tetamu tak kisah. Gelak ja. Aku ada tanya juga kat member-member yang jaga bahagian makanan. “Haaa ngaku cepat siapa yang panggil dorang pakcik tadi?” Masing-masing tak ngaku pada mulanya.
Iyelaa gila kauu. Masing-masing yang tengah duk makan tu mungkin dah ada title tapi pi panggil pakcik. Memang menempah maut tu namanya hahaha Tapi, ada sekali tu time tengah basuh pinggan ada seorang hamba Allah ni akhirnya mengaku dengan muka yang bersalah. “Weh… sebenarnya aku nak mengaku. Akulah yang panggil pakcik tadi…” Pada mulanya memang nak gelakkan tapi tengok muka dah sedih semacam aku just bagi nasihat ja. Lain kali kena hati-hati and dia pun angguk hahaha. Adehh, lawak betul! Sampai ke harini aku ingat kejadian tu. Memang semua tetamu VIP haritu sporting. Adehhh.. *lap air mata* hahaha Yupp tu ja.
Pasal lagi dua perkara tu, aku gabungkan jadi pendek. Almaklumlah, tengah terlebih rajin nak menaip hagagaga.
- Sudut pandangan aku pasal PSSCM + perkara lain
(Nah bukti aku buat book review hehehe)
Akhir sekali, aku nak ucapkan ribuan terima kasih dekat senior-senior yang dah banyak tolong kitorang, TP-TP yang selalu datang ke kelas latihan, ahli-ahli tamat, dan juga rakan-rakan psscm lain-lain. Kepada TP-TP dan ahli-ahli tamat kat luar sana terima kasih kerana masih berjuang demi anak bangsa melayu. Aku doakan yang terbaik buat semua. Terima kasih kerana baca blog yang tak seberapa ni. Panjang ja lebih haha tak tambah lagi dengan merapu tu semua hagagaga like serius ni haha Orite. Sedih pulak nak habiskan entry kali ni. Kepada semua ahli psscm, aku sayang korang semua ketat-ketat! *buat mini love ehhh haha* Jaga diri semua. Kepada yang nak tanya soalan pasal silat cekak, bolehlah pi stalk website silat cekak dulu sebelum bertanya. >SINI< hehe. Apa-apapun aku nak habiskan entry kali ni dengan tagline silat cekak, “Silat Cekak Warisan Mutlak” “Silat Cekak Silat Akademik” Tataaaaa~~ *lambai tangan* haaa jangan lupa tinggalkan komen! muehehehe.
- EXTRA : Gambar aku dengan family psscm cawangan Kedah pada 12/1/2019. Pertandingan bowling ni pada asalnya hanya untuk cawangan Uitm Kedah . Tapi last-last tukar kepada cawangan kedah. Memang meriah habis lah jawabnya! hahaha Tarikh ni pun bagi aku memang tarikh paling perfect sebab sehari sebelum tu (11/1) ialah hari last paper aku. Kiranya memang hari merdeka time ni hahaha XP
Pandai-pandailah cari saya kat dalam tu yeee hagagaga
-N.
p.s. terima kasih juga kepada senior-senior dan TP-TP yang tolong semakkan semula draft entri ni sebelum entri ni dipublish hihi makasihhh naaa❤❤❤❤❤