Sabtu, 26 Disember 2020

REVIEW PENTALOGI HIKAYAT SATRIA SATRIA SEJATI KARYA HILAL ASYRAF ( NO SPOILER!)

Assalammualaikum semua! Setelah lama aku menyepikan diri, habis bersawang blog ni tak dikemaskini. Eh terpantun pulak XD. Al kisah sepatutnya ada entri blog yang akan aku publish lepas entri sebelum ni. >SINI< Tapi tak sempat nak publish. Kalau sempat pun malas nak edit *ehekk XP*

Oh ya. Ada lagi ke yang nak baca entri blog aku ni hahaha. Aku pun sekarang dah jarang sangat nak blogwalking ke blog para blogger yang lain. Huhu. Apa khabar kepada yang sedang membaca ni? Aku harap korang semua baik-baik sahaja. Kepada yang tengah stress, penat, tak cukup rehat, pastikan korang dapat rehat yang cukup okeyy? (=

Anyway aku kembali dengan entri baru iaitu untuk mengulas / review Hikayat Satria-Satria Sejati karya Hilal Asyraf. Sebelum ni aku pernah ulas karya TRILOGI TAKDIR beliau. Kepada yang ter-miss tu bolehlah baca di >SINI<; .

Nah aku belanja gambar merchandise untuk pra-tempah buku HIKAYAT SATRIA-SATRIA SEJATI 4 & 5 haritu eheeeeee~~

Harga setiap satu buku ni RM30 tapi dapat harga istimewa kalau tempah semasa pre-order. Dengan kos penghantaran percuma lagi. Alhamdulillah, aku gembira sangat waktu dapat order ni sebab aku beli dengan hasil titik peluh aku sendiri. ("= My first ever salary (""=♡ Memang sampai tu aku peluk terus buku-bukunya haha. #PleaseDontJudge #Bookworm XD

Iyela sejak hari aku terlepas nak pra tempah set kotak eksklusif trilogi takdir, aku terus alert dengan apa-apa pengumuman dari penulis hehe.

Ini apa yang kami terima

  • NOVEL HIKAYAT SATRIA-SATRIA SEJATI 4 : SAMUDERA PENGORBANAN
  • NOVEL HIKAYAT SATRIA-SATRIA SEJATI 5 : GENERASI PEJUANG
  • PELEKAT KERETA (1)
  • PENANDA BUKU (2)
  • KEYCHAIN ARIKI - WATAK UTAMA (1)
  • BUTTON BADGE HIKAYAT SATRIA-SATRIA SEJATI (1)


Lawa kannn T^T♡♡♡♡ Yang pelekat kereta tu memang aku tunggu sampai ada kereta sendiri baru aku lekat. Lepastu keychain tu terlampau lawa dan berkualiti terus rasa sayang nak guna so ni memang akan jadi perhiasan dekat rak je lah huhu. Button badge pulak kalau aku pakai dekat tudung or baju ke secara rasminya aku akan jadi geng Hikayat Satria Satria Sejati (atau nama lain yang aku selalu guna Geng Ariki XD)

Hehe okey sampai situ sahaja pasal pra-tempah (pre-order) HIKAYAT SATRIA-SATRIA SEJATI 4 & 5.  Jom sambung balik!

Macam biasa, kalau kita bercerita pasal karya penulis Hilal Asyraf ni tak lain tak bukan, karya Islamik Epik lah! B) Setiap karya beliau memang padat dengan mesej dan penyampaian dakwah untuk memupuk jiwa pembaca. Aku boleh kata sampai ke tahap mampu memberi inspirasi buat pembaca. Bak kata orang inggeris, “get inspired / as an inspiration” gituuu hehe.

Kepada yang tak pernah baca lagi karya Hilal Asyraf, korang boleh mula baca preview awal karya di >WATTPAD<; penulis. Untuk lihat sama ada korang selesa atau tidak dengan cara penyampaian penulis. Tapi kalau korang tanya aku, memang aku akan jawab, 


“Baca je! Lama-lama nanti akan terbiasa punya” 


Hehehe. Sejujurnya pada awal pembacaan aku untuk TRILOGI TAKDIR di WATTPAD ada rasa janggal (awkward) sikit. Sebab dah terbiasa dengan karya penulis lain. Tapi aku masih beli sebab tengok review semua kata best. Ditambah sinopsis yang menarik & Islamik lagi. Mana nak dapat karya Islamik best macam movie Islamik fiksyen + fantasi + aksi + thriller + pengembaraan  ala-ala hollywood? Dengan bertunjangkan agama Islam lagi. Fuhh dakwah dia tu sampai wooo hahaha. Even pembaca non muslim pun baca tauu! Siap puji lagi karya beliau hehe.

Jangan risau, aku boleh guarantee bila baca karya Hilal Asyraf ni korang akan rasa… (antaranya)

  • Jalan cerita yang menarik (lain daripada lain)
  • Plot twist yang tak dijangka (saspen dia tu wushhh!)
  • Watak-watak best yang boleh memberi inspirasi dan pengajaran buat pembaca
  • Mudah nak bayang di dalam kepala apabila sampai di bahagian aksi pertarungan
  • Akan memberi sentuhan jiwa (di bahagian dakwah)


Well, ini apa yang aku rasalah. Tapi aku pasti, pembaca karya Hilal Asyraf yang lain mesti melalui pengalaman yang sama. Hehe.

Yang ada anak di rumah, anak dah taktahu nak buat apa, asyik buang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah, haaa bolehlah belikan novel Hilal Asyraf ni. Membaca gituuu hihi. Anyway memang highly recommended sangat untuk remaja baca. Sebab tiada langsung unsur tidak elok. Aku harap sangat ramai lagi ulat buku di luar sana baca karya Hilal Asyraf ni sebab karya beliau ni lain daripada yang lain.

Baiklah.. #Donemukadimah haha. Jom kita mula review! Oop! Cop! Sebelum tu jom kita tengok list PENTALOGI HIKAYAT SATRIA-SATRIA SEJATI dan sinopsis hehe.

*cover edisi lama*

1. HIKAYAT SATRIA-SATRIA SEJATI : GENERASI BARU

Penulis : Hilal Asyraf

Penerbit : Hilal Asyraf Resources

ISBN : 9789671464212

Bilangan muka surat : 485

Harga : RM30 (SM) | RM35 (SS)

*cover edisi lama*

2. HIKAYAT SATRIA-SATRIA SEJATI 2 : ARUS PERUBAHAN

Penulis : Hilal Asyraf

Penerbit : Hilal Asyraf Resources

ISBN : 9789671464250

Bilangan muka surat : 409

Harga : RM30 (SM) | RM35 (SS)

*cover edisi lama*

3. HIKAYAT SATRIA-SATRIA SEJATI 3 : BADAI PERJUANGAN

Penulis : Hilal Asyraf

Penerbit : Hilal Asyraf Resources

ISBN : 9789672208105

Bilangan muka surat : 368

Harga : RM30 (SM) | RM35 (SS)

4. HIKAYAT SATRIA-SATRIA SEJATI 4 : SAMUDERA PENGORBANAN

Penulis : Hilal Asyraf

Penerbit : Hilal Asyraf Resources

ISBN : 9789672208136

Bilangan muka surat : 441

Harga : RM30 (SM) | RM35 (SS)

5. HIKAYAT SATRIA-SATRIA SEJATI 5 : GENERASI PEJUANG

Penulis : Hilal Asyraf

Penerbit : Hilal Asyraf Resources

ISBN : 9789672208143

Bilangan muka surat : 449

Harga : RM30 (SM) | RM35 (SS)


SINOPSIS

Hikayat Satria-Satria Sejati ialah karya bergenre epik fantasi. Berlatarkan dunia post-apokalips yang menyaksikan bentuk muka bumi berubah akibat hujan meteor beradiasi. Kejadian itu mengubah struktur genetik sebahagian manusia, memberikan mereka potensi mengawal unsur — api, air, angin, tanah dan elektrik.

Hikayat ini mengisahkan Ariki, anak angkat kepada Lutello, maharaja zalim yang memerintah 2/3 dunia. Akibat satu peristiwa berdarah, Ariki terpaksa lari dari istana bagi menyelamatkan diri daripada kemurkaan ayahandanya. Bertemu dengan Aifer dan Kabeer, hidupnya bertemu dengan Islam dan perjuangan menegakkan kebenaran, Perjuangan yang memerlukan dirinya menentang ayahanda angkatnya itu.

Ariki perlu mengembara mengumpul kekuatan bagi menyempurnakan misi tersebut, dan ini merupakan kisah sekumpulan pemuda-pemudi mengharungi mehnah dan tribulasi sebuah perjuangan, penuh dengan aksi fantasi, disulami pengajaran-pengajaran bernilai!

(Diambil dari muka surat belakang HSSS4,  'Karya- Karya Terbitan Hilal Asyraf Resources')

JALAN CERITA

Pertama sekali, jalan cerita HSSS (Hikayat Satria-Satria Sejati) ni ada iras sikit dengan kisah Nabi Musa dan Firaun. Dan bahagian yang best & superb bagi aku untuk cerita kalini dia lebih kepada manusia yang boleh mengawal unsur elektrik, api, tanah & air. Waktu aku baca ni memang duk teringat dekat cerita Avatar the last air bender je lah haha. Part dorang berlawan tu fuhh gempak habis! Dengan aku pun ikut saspen, nerves setiap kali babak pertarungan berlangsung. Memang terbaik penulis buat babak pertarungan. Segala gerakan aku boleh bayangkan dalam kepala. Terbaikk!

Oh ya lupa aku nak cakap. Since HSSS ni pentalogi, memang kena mula baca daripada buku pertama untuk lebih mudah faham. Jangan korang pergi baca terus buku keempat haha. Memang terus pening nanti XD Aku pun taknaklah bagi spoiler sebab ada lagi yang tak baca. Jadi aku bagi komen yang pasal permukaan jalan cerita ja lah ya.

Untuk yang buku pertama, aku mula tertarik dengan kehidupan watak utama iaitu Ariki yang akhirnya hidup dia berubah bila terjadi satu insiden ni. Daripada situ perjalanan baru dia ni bermula. Berjumpa dengan insan-insan misteri *ecehhh hahaha ni aku nak elakkan spoiler untuk korang lah ni haha* yang akhirnya membuatkan dia untuk berjuang bersama. Gituuu. Itu jela yang aku boleh bagi untuk buku pertama ni. Dekat sini nanti dia akan mula berjumpa dengan geng/kumpulan dia. 

Untuk buku lain korang kena baca sendiri. XP

Overall, jalan cerita dia sangat menarik. Memang kemas bagi aku sebab bila baca enjoy je rasa takda rasa kekok tang mana-mana. Macam segala aturan tu dah okey. Macam kanapa A terjadi, kenapa B terjadi ha gitu. So terbaikkk. Segala persoalan akan mula terjawab lepas sahaja korang habis setiap buku. Itu yang buatkan aku nak baca cepat-cepat. Hahaha. Rezeki aku juga sebab waktu dah nak habis baca buku HSSS3, penulis announce kata HSSS4&5 akan keluar tak lama lagi. Habis ja buku HSSS3 terus aku sambung HSSS4. Muahaha. Satisfied betul sebab tak perlu tunggu lama XD Ada hikmahnya juga aku tahu lambat siapa penulis Hilal Asyraf ni. *ehh ye ke tu hikmah haha*

Tapi dah masuk HSSS4 ni aku bertambah sayang dekat watak-watak dalam HSSS ni. Sayang aku tu sampai kononnya nak baca slow-slow HSSS5. Lepas habis je HSSS4, aku take a break kejap sebelum sambung. Ingat nak baca slow-slow sebab iyela nanti dah tak jumpa dengan watak-watak dalam cerita ni lagi. Huhu. Tapi akhirnya aku baca laju jugak. Waduhh hahaha. Takpala, janji dapat tahu ending macam mana. Dan yang paling penting kena tahu watak kegemaran kita dapat happy ending ke tak *tiber hahaha*

Bila aku start baca HSSS5 ni baru aku perasan yang aku mula baca laju. Macam sebelum ni TRILOGI TAKDIR aku baca lambat tau. Macam ambil masa jugak nak habiskan satu karya tu. Ada orang boleh baca satu hari je dah habis. Tapi aku ni ambil masa. Satu jam je berapa muka surat dapat habis aku pun tak ingat tapi serius lambat. Sebab sebelum ni aku jarang baca novel yang tebal-tebal. Kalau baca pun ambil masa lama nak habis baca. Tapi, lepas dah biasa baca karya Hilal Asyraf ni alhamdulillah, aku rasa aku dapat improve dari segi kepantasan untuk aku habiskan pembacaan novel tebal. Serius, Novel Hilal Asyraf ni tebal tauu. First-first baca TRILOGI TAKDIR aku rasa kekok  ja nak baca sebab berat nak pegang haha. Lama-lama tu baru biasa. Bukan apa, takut terkelepet buku tu meraung aku nanti. Sayang tuu haha.

Okey sambung balik. Ending dia tu memang aku blewn away gila. Memang macam, "OMG SERIUSLAH" sebab dalam HSSS5 macam-macam terjadi dan sekali bila dah masuk part nak akhir, aku dah macam, "OMG OMG OMG". Alaa macam kita selalu tengok movie hollywood tu. Haa macam tu lah perasaan dia. Tapi serius, ending dia terbaik teruks T^T♡ Habis je HSSS5 aku boleh kata aku gembira dengan ending dia. Habis je baca terus rasa lega. Macam dengan aku ni sekali join perjalanan watak-watak novel ni pi bertarung. (memang book hangover habis)  Segala latar tempat  dalam novel ni best sangat. Teringin betul aku nak tengok dalam dunia nyata haha. Takpun ada yang rajin melukis tu, bolehlah lukiskan gambaran tempat-tempat dalam dunia HSSS ni hehehe. 


WATAK-WATAK

Setiap watak ada kelebihan masing-masing dan unik. Mereka ada personaliti berbeza even adik beradik sekalipun. Dorang pun ada bagi impak dekat diri aku. Masing-masing matang dalam berfikir untuk bertindak. Apatah lagi memikirkan strategi. Aku paling admire watak sampingan seorang ni iaitu Runihara. Bagi aku dia ni paling stand out lepas habis baca HSSS5. Kisah perjalanan dia dari awal sampai akhir. Fuhh boleh nampak perubahan pada dia tu. Tapi rasanya watak lain semua macam tu hahaha. Tapi entahlah, untuk Ariki, watak utama aku rasa dia pun okey juga. Lagipun cerita ni kisah perjalanan & perjuangan dia dengan geng dia so macam biasa, watak utama pun mestilah best. From zero to hero. Itu yang aku admire. Watak kegemaran aku pula kalau nak diberitahu, korang akan jumpa dalam buku pertama. Hehe yang dah habis baca je boleh tahu watak mana aku minat XP Haa so komen dekat bawah kepada yang dah habis baca. Kita share sikit sapa watak kegemaran kita dekat bawah XP

APA YANG MENARIK (KELEBIHAN)

Kelebihan kali ni ya? Hmm. Aku rasa… kalini dari segi jalan cerita & watak-watak yang lebih rumit. Isu pun lebih berat. Kalini bagi aku macam-macam terjadi dan banyak rahsia terbongkar. (Itu yang best tu ehe) Memang akan rasa puas lah lepas habis baca. Emosi pun akan banyak kali tersentuh bila baca perjuangan mereka dalam mempertahankan agama Islam. Dari segi dialog & perbuatan oleh watak-watak. Memang boleh bagi inspirasi sangat-sangat. Banyak kali lah jugak aku duk tahan menangis. Tapi jatuh jugak air mata ni bila sampai part touching hehe. Dialog watak-watak pun banyak yang disebut daripada Al-Quran. Memang rugi kalau tak baca~

Tapi nanti bila dah sampai HSSS5 korang akan dapat suprise tau dekat bahagian belakang tu. So, cepat-cepat baca sampai habis okey hehe xD


APA YANG KURANG MENARIK (KEKURANGAN)

------(skip)--------

Yang ni aku nak skip sebab memang takda apa yang tak best pasal buku ni haha.


NILAI PENGAJARAN

Ini apa yang aku dapat daripada novel ni. Sebenarnya ada ja lagi tapi ni antara apa yang aku dapat fikir buat masa ni hehe

  • Jangan mudah berputus asa - Cabaran dan dugaan sentiasa akan datang untuk kita hadapi jadi jangan terleka dan terus berusaha sehabis baik dan bertawakal di akhir hari
  • Pertahankan agama - menegakkan kebenaran & berjuang habis-habisan sampai ke titisan darah yang terakhir. Hidup mulia atau mati syahid.
  • Pentingnya kerjasama pasukan - masing-masing mempunyai tugasan tersendiri dan  mampu untuk melindungi antara satu sama lain.

FAVOURITE QUOTE


“Tiada istilah kebetulan di dunia ini, semuanya menurut aturan Tuhan.”


“Perjuangan akan berlangsung sehingga hari kiamat”


“Hidup mulia atau mati syahid”


Itu sahaja daripada aku kalini. Aku harap kepada yang tengah membaca ni enjoy dengan entri aku kalini hehe. Dan terima kasih kerana sudi baca dari mula sampai habis. Sis terharu ("= Nah love untuk korang ♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Kepada yang berminat nak dapatkan karya-karya Hilal Asyraf, boleh dapatkan terus dengan beliau di

>LAMAN SESAWANG HILAL ASYRAF RESOURCES<

**KINI SEDANG BERLANGSUNG PRA-TEMPAH 3 SIRI TERBAIK HILAL ASYRAF | TRILOGI TAKDIR , HIKAYAT SATRIA-SATRIA SEJATI & SAGA HERO | (25/12/2020 - 10/1/2021) TERHAD 400 UNIT SAHAJA SETIAP SIRI**


Apa-apa kalau korang nak roger penulis ini media sosial beliau,


Kalau ada rasa macam aku ni terlebih promote penulis tu sebab aku nak korang baca karya beliau. Sebab rugi kepada yang tak baca lagi. Memang best sangat. Hehe okey guys. Tata. Semoga kita berjumpa lagi di entri akan datang. Jaga diri semua. ^^

Yang ikhlas,

Nisha

p.s. Doakan supaya aku ada rezeki untuk dapatkan HSSS1-3 cover edisi baru hihi <3 Anyway korang rasa patut jual ke tak cover edisi lama? What do you guys think? :/ Ingat macam nak kumpul je. huhu.

Rabu, 7 Oktober 2020

BOOK REVIEW : SIHIR ORANG MINYAK BY KHAIRUL NAIM

SIHIR ORANG MINYAK | PLOT TWIST ENDING TAK DIJANGKA!



Assalammualaikum semua.
Selama sudah lama aku menyepikan diri, akhirnya ada juga entri blog yang terbaru. Dalam beberapa harini aku agak sibuk mempromosikan bisnes. (Almaklumlah.. dah jadi dropship hehehe) Jadi, takda masa sangat nak membaca dalam masa yang lama (nak habiskan cepat-cepat).


Akan tetapi… terdapat sebuah novel yang buatkan aku bersemangat untuk membaca. Memang dah lama aku tunggu dari pihak Ninjavan datang menghantar ke rumah. Imagine, aku daripada excited tengok seller (hasanibooks) dah pos, kepada feeling rasa sendu menunggu sebab lama sangat nak sampai. Kalau siapa perasan dekat Lazada ada bagi tempoh masa menghantar. Dan cuba teka hari ke berapa mereka datang menghantar ke rumah aku? Pada tarikh yang terakhir sekali! Dahlah time tu aku takda rumah. Terus aku bersiap sedia nak jawab call dari abang ninja untuk suruh dia campak ja masuk dalam laman rumah tu. Tapi nasib baiklah saiz novel ni muat nak masuk peti surat rumah aku. Jadi abang tu tanya nak letak buku tu dalam peti surat so aku pun onz je lah. Better sikit kan. Kalau buku tebal aku rasa memang takkan muat kott huhu.

Syukurlah.. selamat sampai. Balik rumah benda first aku buat lepas buka pagar terus datang amik and peluk packaging XD. Sebab aku dah lama kempunan nak baca karya penulis Khairul Naim ni. Daripada beliau follow aku dekat Instagram sampailah beliau rajin promote karya-karya beliau di instagram story dan pos gambar baru. Ada lagi judul lain cuma aku takda rezeki nak baca lagi. Tapi aku dah siap masukkan dalam wishlist hehehe.

Baiklah.. Kalini aku nak bagi review sebuah karya oleh penulis Khairul Naim. Aku tak pasti orang ramai di luar sana dah kenal dengan penulisnya tapi aku boleh kata karya beliau boleh tahan hehe.

SIHIR ORANG MINYAK
Harga : RM20 (SM) , RM23 (SS)
Penulis : Khairul Naim (Instagram) (Facebook)
Penerbit : Penerbitan Paluan Seni/Paluan Seni Productions Sdn. Bhd.
ISBN : 9789671369241
Genre : fiksyen, thriller, penyiasatan, mistik
Bilangan muka surat : 259
Jenis cover buku : soft cover
Sinopsis :
Kita semua mati. Tiada siapa dapat elak dari mati. Nama aku Nadzmir bin Muin. Aku telah mati. Tapi aku hidup kembali. Sejak itu aku didampingi. Aku mendengar mereka. Melihat mereka. Alam ghaib mendampingi aku. Kerana itu aku menyiasat kes SIHIR ORANG MINYAK. Kes perihal roh yang disihir dan dikurung di alam ghaib. Tugas aku menyelamatkan roh itu dan menyelesaikan misteri SIHIR ORANG MINYAK. Mencari pelaku yang bertanggung jawab melakukan perbuatan terkutuk itu. Aku menyiasat kes berkaitan alam ghaib kerana ingin mengetahui kenapa aku mati tapi dihidupkan semula. Kononnya, alam ghaib mahu aku hidup kerana ada sebabnya.


  • Apa yang best
Saiz tulisan novel ni aku boleh kata, bersaiz besar. Memang best baca. Rasa puas. Kalau sebelum ni baca novel yang tulisannya saiz kecil, memang rasa kemain lama nak habis. XD Mata pun kalini rilek ja hadap hahaha. Aku jamin novel ni pembaca boleh habis baca dalam tempoh masa satu hari (disebabkan saiz tulisan yang besar).

  • Cara penyampaian
Alhamdulillah, selama aku baca penulisan oleh penulis Khairul Naim tiada rasa kekok dan boleh faham dengan mudah. Cuma ada masa typo atau perkataan bersambung (bagi aku itu normal dan takdalah sampai tahap mengelirukan). Gaya penulisan sangat simple dan rilek ja bila baca. Tak perlukan masa yang banyak untuk brain sebab ada beberapa orang penulis di luar sana yang menggunakan perkataan yang kita kena cari dalam kamus untuk cari maksud sobbs.

  • Plot cerita
Plot cerita bagi aku okey dan aku suka bila waktu pengembaraan watak utama dah bermula dalam mencari jawapan. Banyak moment akhirnya terjawab waktu dekat plot twist. Bagi aku, segala plot twist daripada penulis menjadi sebab aku tak dapat jangka apa yang akan terjadi. Segala sangkaan aku meleret. Mungkin terlalu overthinking kot haha. Waktu konflik dah mula tercetus tu memang best habis. Rasa cepat je masa berlalu tengok-tengok dah nak habis dah novelnya. Cuma ending tu aku agak terkejut beruk lepas tahu identiti watak utama. Time tu memang penulis twist habis hahaha. Ending novel ni tergantung. Memang aku dah agak sebab dekat tulang rusuk buku sudah tertulis nombor 1. Jadi aku tak sabar nak tunggu sambungannya uwu. Nak jumpa lagi Nadzmir haha. Chaiyokk penulis Khairul Naim!
  • Watak-watak
Nadzmir, watak utama. Antara watak yang sangat baik dan boleh dicontohi. Ada masa aku rasa kesian sebab dia jadi mangsa keadaan walaupun dia seorang yang baik. Huhu. Lepastu kita ada Ezad, antara rakan yang jenis setia di sisi. Memang bestfriend yang terbaiklah dia ni. Support ja kawan dia dan kuat bebel haha.

Untuk watak-watak lain, bagi aku semua okey. Cuma geram dengan beberapa watak seperti Pak Mail Rimau. Fuhh boleh tahan jugak perangai orang tua ni.

  • Komen lain
Apa yang kureng cikit pasal novel ni bagi aku ialah ada satu moment terjadi yang watak utama lakukan untuk pulihkan keadaan. Tapi bagi aku untuk part tu agak macam sedikit tak logik . Aku nak cerita lebih satgi spoiler lah pulak hahaha. Tapi itu ja lah komen aku. Untuk bahagian ni aku rasa macam kekok cikitt haha. Dah nama pun genre fiksyen iyedokk XD. Tapi takpa, aku still enjoy huehue. Lepastu moment yang waktu dah nak habis tu pun aku musykil jugak (part yang aku terkejut beruk) sebab aku nak tahu lebih mendalam lagi identiti watak utama. So takpa. Itu dimaafkan sebab aku percaya akan terjawab dalam novel yang seterusnya. Ecewahh! B)

Rate : 4.4/5

Buat yang berminat nak beli terus daripada penulis (nanti dapat tandatangan tauu! Ni pun aku nak beli daripada penulis kalau ada rezeki nanti hehehe)

Whatsapp atau call : 0172860690 

Baiklah. Itu sahaja daripada aku kalini. Sekian. Assalammualaikum. Stay safe ya semua ^^

Yang ikhlas,
Nisha

P.S. sejujurnya dah lama aku simpan entri blog ni. Tak silap aku habis baca waktu bulan September haritu tapi baru sempat edit dan  publish. huhuhu....

Isnin, 7 September 2020

REVIEW : KOMIK BELANG JADIAN BY PANDA

Assalammualaikum semua. Harini aku kembali lagi dengan book review. Cuma ada kelainan sikit. Sebelum ni aku beri ulasan untuk novel kan? Haaa, kalini aku nak review komik pulak hehe. Siapa sini kaki komik angkat tangannnnn! Hehe. Okey-okey. Tapi kalini komiknya lain sikit tau. Bukan komik daripada Jepun (manga) atau komik yang biasa kita selalu baca. (aku sejujurnya jarang baca komik. Last waktu sekolah dulu, jadi tak berapa nak tahu sangat berapa banyak genre yang telah wujud (latest) dilukis oleh pelukis tempatan huhuhu). Tapi komik bergenrekan hikayat melayu hasil anak tempatan iaitu dengan nama penanya, Panda. Komik ni daripada Siri Hikayat Sakti. 

Tajuk buku komik yang bakal aku review kejap lagi ni pula ialah…

 Belang Jadian : Pemburuan Belum Berakhir

Jeng jeng jeng!!! Wuu saspen tak, saspen tak?? Hehehe. Aku nampak ja tajuk ni terus grab cepat-cepat macam tinggal itu aje stok yang ada XP Al kisahnya waktu aku tengah mencari buku dekat MPH dulu aku mencari buku yang ada genre sejarah/hikayat/lagenda/dongeng/fantasi (yang lebih ke arah tanah melayu). Tengok-tengok terjumpa komik ni. Kuat betul firasat aku suruh beli komik ni. Dan alhamdulillah. Memang tak menyesal langsung! Best sangat. Aku dapat tahu ada sambungannya tapi tak beli lagi. Tengoklah kalau ada rezeki lebih aku cuba dapatkan.


 

Belang Jadian : Pemburuan Belum Berakhir

Pelukis : Panda

Harga : RM12.00

Penerbit : KADOKAWA GEMPAK STARZ SDN. BHD.

Genre : fiksyen, hikayat , fantasi , aksi , dongeng

Siri : Siri Hikayat Sakti

Jumlah muka surat : 180

ISBN : 9789672431336

Sinopsis :

Kemunculan makhluk aneh dipanggil harimau jadian mencetuskan panik. Kekebalan makhluk ni menggusarkan bila puak lanun menculik puteri raja. Izzat tampil memberi bantuan tetapi sebaliknya dia ‘diserang!’ Tindakannya mengundang 1001 persoalan dan kekecohan. Siapakah Izzat dan apa kaitannya dengan harimau jadian yang digembar-gemburkan? Selami keajaiban dongeng silam karya panda!


Boleh beli secara di atas talian di laman web >KADOKAWA GEMPARK STARZ

  • Idea & Konsep

Baiklah. Untuk konsep dan idea bagi aku sangat menarik sebab ada komik yang mengisahkan cerita hikayat melayu. Macam sebelum ni kita pernah dengar pasal serigala jadian . Atau dalam cerita hantu yang kita biasa dengar, saka harimau (dalam filem saka tak silap) So, bagi aku ini antara first tanggapan aku waktu sebelum baca. TAPI selepas baca.. Lain rupanya. Sememangnya kisah mengenai harimau jadian *Maaf guys. Waktu sebelum aku baca komik ni pun aku taktahu kenapa tiba-tiba boleh jadi bengap sikit. Dah terang-terang tajuknya tertulis Belang Jadian XD* But still, konsep dan idea sangat menarik. Mengisahkan seorang lelaki & kejadian seekor harimau jadian. Itu ja apa yang aku boleh bagi takut spoiler pulak XD


  • Plot

Plot menarik. Jalan cerita pun *suara ejen ali* cunnnn! Aku agak suka dengan konflik yang diberikan oleh penulis dalam karya ni. Bagi aku ada dua konflik. Konflik pertama tu yang tujuan asal kenapa watak utama melibatkan diri. Yang konflik kedua tu lebih banyak aksi. Reaksi aku untuk konflik kedua tu macam, “Ohhhh I didn’t see that coming!” even ada ja sebelum tu pelukis bagi hint haha. *ketuk kepala sendiri* Waktu konflik kedua tu serius aku saspen gila. Cuma ending tu agak tertanya-tanya sikit. Waktu habis baca tu first-first memang rasa macam akan ada sambungan. (Harapnya macam tu lah.)


Selain daripada tu, bak kata Aman Wan dalam review beliau haritu.. Komik ni ada potensi. Aku pun bersetuju. Itu yang tertunggu the next sambungan by penulis. Rupanya dah keluar. Tapi aku tak baca lagi. Kejap aku bagi gambar dan link untuk korang rujuk. Nanti kalau nak beli Belang Jadian (komik ya, bukan yang betul2 punya huhu. Kalau yang original serammm!), boleh beli sekali. Lepas dah baca boleh komen dan bagitahu sama ada dua hikayat ni ada kaitan tak. Sebab nak tengok watak utama lagi *terbatuk pulak* XD

Hikayat Sakti

Puaka Gedembai : tiada belas kasihan!

>BOLEH KLIK/BELI DI SINI<


  • Lukisan

Lukisan memang ya Allah.. Lawa dan perfect gila for me. Memang rasa puas hati bila beli. Aku sangat admire cara Panda lukis. Sangat detail dan sangat berkualiti. Tip top. Waktu permulaan baca tu pun dah dapat rasa aura lukisan pelukis Panda ni. Memang obvious guys XD Memang boleh simpan buat kenangan haha. Kemas dan sangat teratur. Part aksi pun not bad. Aku suka. Kalau komik ni boleh adakan banyak muka surat lagi memang aku suggest untuk pelukis masukkan banyak lagi part aksi huehuehue. 

  • Watak-watak

Watak-watak dalam komik ni ada sikap dan peranan masing-masing. Untuk watak hero, aku suka dengan sikap dan keberanian beliau. Cuma macam cara dia nak libatkan diri dalam konflik pertama yang tengah berlaku tu agak rasa simple sangat. Maybe kalau ada reason-reason lain yang mendorong dia untuk datang libatkan diri pun better. Macam lebih mendebarkan dan buatkan pembaca tertanya-tanya gituu.

Oh ya. Somehow aku suka dengan seorang lagi watak yang sangat penting dalam kisah ni. Ini antara motif utama Izzat datang melibatkan diri. (Kepada yang tak baca lagi, boleh beli untuk fahamkan XD). Watak ni for me sangat comel dan ada sikap dia yang tersendiri yang buat aku teringat dekat dia sampai habis baca. Padahal sepatutnya pembantu watak utama yang patut lebih menonjol. But yeahh. Watak tu yang dah ‘caught my attention’ Hehehe.  

Aku cuma harapkan banyak lagi muka surat sebab rasa macam cepat je habis baca haritu haha. Adehh. Itu sahaja kot. Review kali ni sangat simple. Aku pun idok ler pandai mana nak bagi review. Sekadar bagi pandangan sahaja. Kalau nak bagi review secara detail sampai ke latar belakang, latar masyarakat tu idok ler. Sekadar buat review untuk suka-suka. Hehehe.

Anyway aku bagi komik ni 4.5/5 ^^ Lagi 0.5 tu hilang sebab nak suruh penulis buat sambungan. :< LOL gurau-gurau. 0.5 tu hilang sebab tak puas tengok ending waktu konflik dah terlerai dan keadaan ‘goes back to normal’. *bisik* Part ketika pandangan pembaca mula nampak dengan jelas siapakah watak-watak lain di tempat tinggal Izzat hehehe.


Itu sahaja daripada aku untuk kali ni. Terima kasih kerana sudi baca review ni hehe. Jaga diri semua dan stay safe ^^ Jangan lupa pakai mask bila keluar okeyy. #KitaJagaKita


Assalammualaikum.

Yang ikhlas,

Nisha.

Khamis, 6 Ogos 2020

BOOK REVIEW : AKU DIJANGKITI KEHIDUPAN (kisah pengalaman perawat & pesakit psikiatri/mental)


Assalammualaikum semua. Apa khabar? Aku harap semua dalam keadaan yang baik. Aku baru lepas bancuh kopi ni hehe. Sambil menaip dan edit balik entri kali ni, sambil tu hirup sekali. Panas-panas pulak tu fuhhh nikmat! Alhamdulillah.. Anyway, aku kembali dengan sebuah lagi ulasan buku baru untuk dikongsikan bersama. Kalini ini ia berkonsepkan psikiatri. 

Psikiatri
Definisi : cabang perubatan yg berkaitan dgn kajian dan rawatan gangguan mental. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Semua sini aware kan mengenai mental disorder dan mental illness? Atau dalam bahasa melayunya, penyakit mental. Kerana kalini, semua yang tertulis di dalam buku ni merupakan kisah benar daripada pesakit serta perawat psikiatri sendiri. Antara jenis mental disorder yang terdapat dalam buku ni ialah,

  • Depression (Depresi)
  • Schizophrenia (Skizofrenia)
  • Bipolar Disorder
  • Obsessive-Compulsive Disorder (OCD)
  • Major Depression Disorder (MDD)
  • dan lain-lain
Aku dijangkiti kehidupan
Harga : RM26
Para penulis :
Pesakit: Dura Ain, Khairul Khairudin, Faris Nazrin, Hidayu
Perawat: Dr Zul Azlin Razali, Dr Hazreen Abd Rashid, Dr Hidayah Jaris
Penerbit : Kata-Pilar
ISBN : 9789672014669
Genre : bukan fiksyen, psikiatri,  psikologi, kaunseling
Bilangan muka surat : 194
Jenis cover buku : paperback
Sinopsis :
Tidak semua orang benar-benar 'hidup'- menjalaninya seperti majoriti masyarakat. Belajar, bekerja, berkeluarga, bersosial, dan tiba di akhir usia dengan happily ever after.

Kehidupan kadangkala satu tumor— tumbuh dan mencengkam pada batang tubuh, menyedut segala yang manis dan indah lalu menukarnya menjadi racun dan mimpi ngeri. Kehidupan kadngkala satu sumpahan, membuatkan ia menjadi begitu hodoh dan menyakitkan.

Aku Dijangkiti Kehidupan adalah himpunan catatan oleh mereka yang menjalani hidup dengan rasa dan derita- yang berbeza daripada manusia lainnya. Fizikalnya kelihatan sempurna tetapi di dalam penuh liang luka. Ia catatan para penderita masalah kesihatan mental dan psikiatri serta perkongsian para perawatnya.

Ya. Buku tentang pesakit dan doktor psikiatri- tentang hidup, dan mungkin tentang kematian.

Juga tentang pertempuran sengit yang kelihatan senyap dari luar- tetapi bising, kalut, dan huru-hara di dalamnya.



  • Kisah pengalaman daripada diri sendiri
Aku sejujurnya mula mengambil tahu serta berminat dengan topik mental disorder ketika waktu di UiTM Kedah dulu. Terdapat satu program yang dianjurkan oleh sebuah kolej di universiti kami bertajuk,

'Depression is Real'
A special talk by Aiman Amri (kini lebih dikenali sebagai @AimanPsikologi di Twitter).

Alhamdulillah, banyak benda yang aku dapat belajar dan faham. Serta telah mengubah persepsi dan gambaran aku terhadap pesakit.

Sewaktu aku di sekolah menengah lagi aku dah berjumpa dengan beberapa kenalan yang mempunyai masalah yang sama dan mereka telah menyakiti diri mereka. Tapi aku buntu.. Taktahu nak buat apa. Aku tahu mereka sedang meminta tolong. Tapi aku taktahu nak kata & beri reaksi apa. Yang aku mampu buat hanya mengatakan 'sabar' (antara yang tidak patut dilakukan *baru tahu sekarang*)  Sampai ke hari program itu baru aku mendapat penjelasan yang amat baik dalam perkara apa yang perlu dilakukan jika mempunyai kenalan yang sedang menghadapi masalah ni.

Terdapat seorang lagi kenalan aku (yang boleh aku kata akrab) yang mengalami kemurungan dan panick attack dahulu. Aku pun ikut sedih waktu call beliau. Bila bertanya khabar dan mendengar setiap balasan. Seperti;

"Aku taktahu nak buat apa..."
"Aku nampak masa depan aku gelap..."
"Segala benda yang aku suka buat dulu rasa tak minat sekarang ni."
"Banyak ubat nak kena makan... Aku taktahan..."
"Penat weh...."
"Waktu pergi terapi nak jumpa doktor, semua tengok aku macam orang gila"
(Serta ayat nak pergi dari dunia ni)

Allahu.. Waktu dengar tu sekali dengan aku berair mata. Kasihan sangat sebab jauh dalam hati aku , aku sayang dia sebagai seorang sahabat.

Jadi, selepas aku dapat maklumat dengan lebih mendalam daripada program tersebut, terus aku call dan bercerita dengan beliau.

"Wahh.. baguslah mereka adakan program macam ni."
Balasnya (dalam nada terkejut dan sedikit teruja)

Aku selalu doakan terbaik buat sahabat serta kenalan aku semua. Aku tahu mereka kuat. Aku berharap kepada sesiapa yang sedang membaca ni,

Tolong tahu yang korang amat penting bagi aku dan kenalan korang semua. Even nampak macam mereka tak kisah dengan korang, jauh di sudut hati mereka sangat kisah dan sayang akan diri korang. Aku tahu korang kuat. Tolong jangan pendam sorang-sorang apa masalah yang korang sedang hadapi ni. Korang boleh berkongsi dengan orang yang korang percaya. Macam kawan, ahli keluarga atau kenalan yang lain. Kot-kot ada kawan internet ke kann. Ataupun boleh terus call Befrienders. (60376272929 - for emotional support) (atau 0379568145 Befrienders KL phone hotline) Mereka sentiasa ada untuk korang 24 jam. Aku sayang korang. Sahabat lain dan kenalan lain turut sayang korang. Korang amat bermakna bagi kami. *hantar pelukan erat secara alam maya*
  • Review :
Buku ini ditulis dengan baik sekali oleh para pesakit dan doktor Psikiatri. Tak sangka aku boleh baca dalam kadar yang laju kerana ingin membaca lagi kisah pengalaman yang lain. Langsung tak boring guys. Serius. Yang kisah panjang pun tak terasa lama bila baca.

Aku boleh kata yang aku dapat mendalami apa yang para pesakit rasakan dengan membaca kisah mereka. Segala kesedihan, segala tekanan serta segala kesakitan yang dirasai semuanya ditulis dengan begitu ikhlas sekali. Bermula dengan pengalaman mereka yang mula mendapat simptom, susah nak lawan apa yang mereka sedang alami setiap hari, perlu kerap berjumpa doktor, dan lain-lain. Stigma sememangnya antara cabaran paling utama yang mereka alami dengan masyarakat sekeliling. Antara moment daripada kisah Hidayu mengenai Stigma.

Manakala kisah daripada Perawat pula banyak membuatkan aku berasa senang hati kerana adanya mereka untuk para pesakit. Memberikan yang terbaik dalam berusaha menolong mereka dan berada di samping mereka. Siap ada team terdiri daripada doktor, jururawat dan lain-lain yang akan datang ke rumah bagi pesakit yang mengalami masalah untuk ke hospital lagi. Fuhh. Yang itu aku tabik. Sebelum ni taktahu pula ada perkhidmatan ni.

  • Antara sebab lain yang korang kena tahu untuk dapatkan buku ini:
Dalaman buku ini mempunyai tiga warna iaitu warna asal (warna kertas helaian novel biasa) , hijau dan kelabu. Jadi tak nampak plain serta boring untuk korang hadap.
Terdapat bahagian klinik mini, yang akan menerangkan secara umum apa itu jenis mental disorder seperti kemurungan, OCD, Bipolar dan lain-lain. Simptom, jenis-jenis, cara rawatan dan lain-lain turut diberitahu. Ini tersangatlah berguna bagi mereka yang tidak ada pengetahuan mengenainya.
Kamus doktor mini, menerangkan perkataan yang tidak biasa kita kenal (seperti terma dalam dunia doktor & perubatan) turut diselitkan ketika kisah pengalaman seseorang itu sedang disampaikan.

Kandungan Pamplet psikiatri turut dimasukkan ke dalam novel ini.


Nasihat & perkongsian daripada pesakit.

Trivia dan fakta menarik yang berkaitan dengan jenis mental disorder.
Lukisan yang (pendapat aku) menunjukkan gambaran apa yang dilalui oleh seseorang sebelum kisah pengalaman pesakit bermula.

Jadi memang korang takkan boring dengan buku ni. Sangat bagus dan penuh dengan maklumat berguna. Apatah lagi ia memberikan banyak sudut pandangan daripada pesakit psikiatri dan doktor psikiatri itu sendiri. Jadi.. selepas ni.. dah tak boleh judge para pesakit. Kerana korang sudah faham segala keperitan yang mereka telah dan sedang lalui.

Aku berharap dengan adanya entri blog ini, aku dapat ikhtiarkan cara agar para pembaca membeli buku  ini lalu sedar akan penyakit yang pesakit sedang hadapi dan segala stigma mereka dapat dihapuskan. Aku doakan semua pesakit dan doktor yang berkongsi pengalaman mereka berada di dalam keadaan yang baik-baik selalu. Termasuklah para pembaca dan yang sedang mengalami penyakit ini di luar sana. Aku sayang korang.

Itu sahaja untuk kalini.

Yang ikhlas,
Nisha.

p.s. Terima kasih kepada Encik Akif Basri kerana sudi tolong semakkan draft entri  blog HBJ kali ini. ^^

Sabtu, 1 Ogos 2020

REVIEW : NOVEL TRILOGI TAKDIR OLEH HILAL ASYRAF (NO SPOILER)

Assalammualaikum semua. Apa khabar? Setelah beberapa hari aku tak update.. Aku kembali dengan entri baru. Kepada yang tertanya kenapa tiba-tiba cara penulisan aku ni lain berbanding dulu, ia disebabkan oleh novel trilogi yang aku akan review sebentar lagi. Sampai dah terbawa-bawa cara aku nak menulis waduhh hahaha. Sebelum ni gaya penulisan aku macam over je. Sekarang ni alamak... macam kaku sikit & lebih sopan. Kan, kan haha.

Ini dia novel trilogi TAKDIR oleh Hilal Asyraf yang sangat best! Aku baca dalam kadar yang cepat disebabkan tertunggu tunggu apa akan jadi haha. Ditambah dengan lukisan bagi setiap bab. Fuhh. Terbaikkk haha. Aku rate 10/10. Memang tak rugi kalau baca. Antara karya yang berkualiti dan bermanfaat! Sangat rare dan mempunyai identiti tersendiri. Buat pengetahuan semua, ini juga merupakan karya pertama yang aku baca oleh penulis Hilal Asyraf.

Antara maklumat mengenai trilogi Takdir oleh Hilal Asyraf :

Pernah diterbitkan sebelum ni tetapi kini ia merupakan upgrade versi terbaru serta terdapat pembaharuan dan penambahbaikan oleh penulis. Tapi aku tak baca lagi karya siri takdir yang lama jadi aku hanya boleh bagi review bagi versi baru sahaja.


1. Takdir 1 - Cahaya yang tidak terpadam

Harga : RM30
ISBN :9789672208167
Bilangan muka surat : 536
Jenis cover : Paperback
Penerbit : Hilal Asyraf Resources
Genre : Fiksyen, perang, aksi, pengembaraan, fantasi, dan Islamik.
Sinopsis :
Sedekad berlalu semenjak Sang Ashura menumbangkan Kesatuan Lima Kerajaan dan mengabsahkan Kerajaan Utopia miliknya. Dengan meletakkan Lima Wilayah di bawah kekuasaan jeneral-jeneralnya, Sang Ashura mengangkat dirinya sebagai Tuhan Yang Agung dan memerintah 2/3 dunia. Di tengah kegelapan yang pekat ini, rata-rata menganggap bahawa cahaya telah pun terpadam. Pun begitu di tengah padang pasir luas, Kerajaan Tanah Haram Makkah antara yang masih percaya kepada janji-janji Yang Maha Berkuasa Atas Segala-galanya dan meneruskan perjuangan menentang Sang Ashura. Jauh dari Ujong Medini, muncul seorang pemuda bernama Angkasa Sakti, diamanahkan bapanya untuk ke Kerajaan Tanah Haram Makkah, membawa obor bagi mengubah keadaan dunia. Apakah dia merupakan cahayanya?

2. Takdir 2 - Percaya Yang Tidak Sirna

Harga : RM 30
ISBN : 9789672208174
Bilangan muka surat : 505
Jenis cover : Paperback
Penerbit : Hilal Asyraf Resources
Genre : Fiksyen, perang, aksi, pengembaraan, fantasi, dan Islamik.
Sinopsis :
Peperangan sebelum ini mengejutkan dunia dan menaikkan nama Kerajaan Tanah Haram. Ketenangan datang singgah di atas muka bumi buat beberapa ketika, tetapi tidak diambil sebagai peluang bersenang lenang oleh pejuang-pejuang kebenaran. Dakwah digencarkan, strategi untuk peperangan seterusnya segera diatur. Angkasa sendiri menyambung pengembaraannya, kini ke Sorga untuk mendapatkan kekuatan tambahan bagi menghadapi Kerajaan Utopia. Namun tanpa disangka mereka, Sang Ashura juga ada rencana tersendiri yang bakal menggegarkan mereka. Kepercayaan mereka kepada Yang Maha Berkuasa Atas Segala-galanya bakal teruji. Apakah kepercayaan itu benar-benar tidak akan sesekali sirna?

3. Takdir 3 - Janji-Nya yang tidak termungkir

Harga : RM 30
ISBN : 9789672208181
Bilangan muka surat : 517
Jenis cover : Paperback
Penerbit : Hilal Asyraf Resources
Genre : Fiksyen, aksi, perang, pengembaraan, fantasi, dan Islamik.
Sinopsis :
Menerima pukulan demi pukulan, kepercayaan kepada Yang Maha Berkuasa Atas Segala-galanya menipis. Angkasa teruji dengan dahsyat. Membalas apa yang menimpa ke atas mereka, Kerajaan Tanah Haram bergabung dengan Kerajaan Sorga dan Janggel, membentuk Kesatuan Ummah, melancarkan serangan ke atas Kerajaan Utopia. Namun di sini Angkasa dipukul dengan pendedahan yang hampir meranapkan semangatnya. Janji-janji Yang Maha Berkuasa Atas Segala-galanya mula dipersoal. Apakah benar janji-janji kemenangan yang selama ini dicanangkan? Atau sebenarnya itu semua sekadar satu ilusi? Pengakhiran epik yang dinanti-nanti!

  • Review :
Trilogi Takdir bagi aku tersangatlah epik. Konsep & idea yang menarik, plot yang bagus, serta watak-watak yang memang terbaik. Suka sangat tengok character development.

Ini pertama kali aku membaca novel yang banyak elemen perang, pertarungan dan aksi. Jadi... Boleh kata yang aku agak jakun waktu baca trilogi ni kerana segala aksi aku boleh bayangkan dalam kepala aku dengan hanya membaca XD. Dapat rasa goosebumps tauu. Haha. Dalam novel trilogi ni juga terdapat  doa, terjemahan ayat Al Quran dan banyak pengajaran, nilai dan ilmu daripada sudut Islam boleh diperolehi oleh pembaca.

Bagi aku, karya trilogi ini sangat bagus untuk dijadikan pilihan buat anak muda sekarang. Kepada yang membaca atau telah habis baca pasti dapat faham apa itu erti sebuah pengorbanan sebenar, usaha memperjuangkan Islam, dan kemenangan yang sepatutnya kita capai di akhir hari.

Karya ini memang patut didapatkan bagi semua ulat buku di luar sana atau yang suka dan sedang mencari karya penulisan islamik kerana ia bebas daripada unsur lucah dan mencarut. Tambahan, karya trilogi ini banyak manfaat serta pengajaran yang boleh didapati selepas tamat pembacaan.

  • Elemen Islamik :
Pelbagai ayat sentuhan jiwa atau bak kata warga muda sekarang, ayat deep atau ayat sentap terdapat di dalam karya ni. Antaranya seperti dialog dan nasihat daripada watak baik cerita Takdir. Sampai aku pun ikut touching dan rasa sedih lepas-lepas kena tegur dengan dorang (watak-watak ni kepada watak lain). Terdapat banyak sikap serta amalan yang boleh dicontohi yang aku dapat lihat melalui watak-watak baik dalam karya Takdir.


  • Penulisan:
Daripada sudut pandangan aku, penulisan oleh penulis Hilal Asyraf begitu menarik sekali dan mudah untuk difahami dan diikuti gaya penyampaiannya. Beliau pandai memainkan emosi pembaca dengan olahan ayat. Dalam beberapa kali juga aku menangis disebabkan moment touching serta sedih. Bila watak tu menangis, sekali dengan aku menangis huhu. Jadi tahniah buat penulis. *tepuk tangan*


  • Komen / perasaan selepas membaca :
Selepas membaca ketiga-tiga karya Tuan Hilal untuk Trilogi Takdir ni, memang aku rasa ini merupakan karya yang paling terbaik sekali aku pernah baca. Lain daripada lain. Sangat berpuas hati. Ditambah elemen aksi, peperangan, pengembaraan, fantasi, dan Islamik. Waktu aku baca karya ni, aku teringat akan beberapa movie Hollywood. Antaranya :

  • Chronicles of Narnia
  • The Lord Of The Rings
  • The Hobbit
  • Dracula Untold
  • Maleficent

Yang ada elemen berperang. Ya, aku akui hafalan & ingatan Sirah & kisah-kisah nabi aku dah ingat-ingat lupa sekarang huhu. Jadi bila baca karya perang/pertempuran di dalam satu situasi berlainan dengan movie Hollywood (iaitu Islamik), (seperti sirah peperangan Nabi Muhammad S.A.W.) terus aku rasa jakun dan terharu. (Aku jarang baca novel kisah Nabi Muhammad & para sahabat berperang *yang selalu orang buat dalam bentuk novel & sejarah+fiksyen tuuu*)

Memang buatkan aku teringat akan perjuangan Baginda serta para sahabat. Ditambah dengan nama pahlawan Islam dahulu & nama-nama agung dalam Islam yang turut digunakan di dalam trilogi Takdir membuatkan lagi aku rasa terharu/overwhelmed. Seperti seakan-akan melihat perjuangan mereka di depan mata (dalam kepala). Aku banyak sebak ketika baca bahagian mereka sedang bertempur. Segala penat lelah turut dapat dirasai. Jadi tahniah lagi sekali buat penulis Hilal Asyraf.


Antara watak kegemaran aku ialah Puteri Maisarah. Iyalah, dah kita pun perempuan hehe. Rasa admire sangat dengan dia. Lemah lembut, baik & sopan. Bahkan seorang yang berani, bijak dan hebat bertarung.

Ya. Tak dinafikan, dalam trilogi Takdir ni banyak aksi bertarung, bertempur dan berperang. Yang aku perasan antara cara untuk berlawan yang kerap digunakan oleh mereka dalam peperangan ialah , memanah, bertempur menggunakan tombak serta pedang. Bila difikirkan, memang amat penting untuk kita belajar seni mempertahankan diri.

Untuk pengetahuan semua, waktu aku study diploma (yang baru habis ni) aku ada masuk satu persatuan seni silat  jadi alhamdulillah ada buah-buah yang aku telah belajar untuk dipraktikkan dan digunakan. Habis sahaja baca Trilogi takdir, terus aku rasa sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk belajar ilmu pertahankan diri yang iyela... mana tahu, diperlukan oleh diri aku di masa akan datang. Aku berharap generasi muda sekarang ni dapat belajar seni mempertahankan diri. Tak kisahlah silat ke, taekwando ke, karate ke. Belajar. Boleh digunakan untuk melindungi diri, ahli keluarga, negara serta agama ketika saat yang memerlukan. Nanti bila terkejut tergempak ke at least tahu nak selamatkan nyawa sendiri. Kan?

Diikuti Ruh Faizan (Ayahanda Puteri Maisarah) yang boleh aku katakan banyak bagi impak terhadap sudut pandangan aku. Manakala watak yang paling aku benci ialah Ubay Wakeel. Aku kalau dapat dia dah lama dia direjam dengan selipar terompah jepun tu huhu. Sakit hati sangat-sangat dengan watak dia.

Sebenarnya semua watak yang baik aku suka dan sayang ketat-ketat (amboii haha) seperti Angkasa Sakti (watak utama) dan rakan-rakan (yang aku taknak reveal dekat sini sebab spoiler. Geng yang dah habis baca, kita boleh borak dekat komen okey, jangan lupa letak *SPOILER* XD Geng yang tak baca lagi jangan baca komen orang yang dah baca takut ada spoiler haha). Tapi itulahh... kalau kena pilih top 2 aku akan pilih yang telah aku sebutkan tadi.

  • Kata akhir :
Alhamdulillah, aku boleh kata yang novel trilogi takdir telah banyak memberi persepsi baru serta pemahaman baru kepada diri aku. Tahniah sekali lagi buat penulis Hilal Asyraf. Memang tak rugi aku membeli karya trilogi ni. Sambil membaca, sambil berilmu. Tak sabar nak explore karya lain oleh penulis Hilal Asyraf.

Aku harap yang sedang membaca ni boleh cuba baca preview karya trilogi takdir dahulu oleh penulis Hilal Asyraf. Nanti boleh lihat sama ada diri pembaca kena atau tidak dengan gaya penyampaian oleh penulis. Tapi bagi aku tersangatlah rugi kepada yang melepaskan peluang untuk tidak membaca karya ni. Sebab karya ni tersangatlah epik. Apatah lagi berunsurkan Islamik.

Preview di Wattpad Hilal Asyraf : https://my.w.tt/JQljBhTbB8

Untuk buat pembelian boleh beli di website Hilal Store https://hilalasyraf.com/index.php?route=product/category&path=59

Itu sahaja daripada aku. Sekian. Assalammualaikum.

Yang ikhlas,
Nisha

p.s. Aku agak sedih & sedikit terkilan kerana terlepas peluang untuk mendapatkan set kotak eksklusif Trilogi Takdir. Aku boleh kata yang aku agak terlewat dalam kenal penulis Hilal Asyraf & karya-karya beliau sebelum ni. *sendu kejap* Ini dia set eksklusif Takdir yang sememangnya best dan awesome; siap dapat free novel terbaru tau! Huhu. Takpalah. Aku reda.. Aku ada dengar ada set kotak eksklusif bagi Saga HERO (Kalau tak silap) akan datang. Mungkin aku akan cuba dapatkan nanti jika ada rezeki. Doakan ya semua. Aku nak sangat-sangat. Next reading list ialah Hikayat Satria-Satria Sejati hehe.




  • Unboxing set kotak eksklusif trilogi takdir daripada Youtuber Aman Wan,

  • Antara review lain mengenai trilogi takdir (versi baru) di YouTube oleh Simple Studio,