Selamat datang!
Hadiah Bintang Jatuh, blog yang diwujudkan oleh seorang gadis manis (ecehhh manis lah sangat hahaha) yang mempunyai hobi mengarang serta seorang alumni library student. Insya-Allah, saya akan menceritakan pengalaman, tips, nasihat, giveaway entry dan lain-lain. So, enjoy your visit here! Jangan lupa tinggalkan jejak dalam CBOX. Nanti bolehlah saya blogwalking semula (;
NAK TAHU LEBIH LANJUT?
Klik sini
  • 1
    BELAJAR
    Pengalaman belajar diploma & degree saya dalam bidang pengurusan perpustakaan ♡
    Klik sini
  • 2
    ULASAN
    Antara review buku yang saya dah baca ♡
    Klik sini
  • 3
    PERKONGSIAN
    Pengalaman saya pergi ke tempat-tempat menarik seperti ke pesta buku ♡
    Klik sini

Pemilik Blog


Assalammualaikum, *lambai tangan secara alam maya*
Nama diberi... *eh tiberrr feeling macam Fasi XD* Hihi. Meh kita berkenalan secara santai dengan empunya blog ni XP

Hai semua!  Nama saya Nisha, pemilik blog Hadiah Bintang Jatuh. Berumur 21 tahun pada 2021 (ha, kiralah sendiri saya lahir tahun bila kah3). Saya baru sahaja selesai menamatkan pengajian di UiTM dengan mengambil program IM244 Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Perpustakaan. Sebelum ini saya mengambil program diploma pengurusan perpustakaan.

Mungkin korang semua pernah baca entri blog saya dahulu mengenai pengalaman mengambil course diploma in library management :


Ya, inilah penulisnya hehe. Saje je nak ingatkan XP
Anyway, berbalik semula kepada About Me. Bila difikirkan semula, takda sangat pun perkara yang menarik tentang diri saya ni haha. Tapi ini saya kongsikan dengan korang serba sedikit fakta tentang diri saya :


  • Hantu buku (Sekarang tengah obses dengan buku The Last Kids On Earth dan slowly baca buku bukan fiksyen. Sebelum ni hantu fiksyen je hagagaga. Juga seorang peminat tegar karya Hilal Asyraf & Anuar Darwisy ^^)
  • Hantu coklat (sekarang tengah diet so no chocolate for now sobbs)
  • Hantu animasi (paling suka kartun Pixar! Kalau #aniMY semua saya layan hehe)
  • Suka mengarang (dulu minat tulis cerita seram, sekarang lebih kepada middle grade fiction ^^)
  • Teringin nak bercuti di Ireland dan Switzerland
  • Pernah jadi juara lompat tinggi waktu sekolah rendah dulu (haaa gempak ennn saya pun tak tahu macam mana boleh lepas lompat palang tu. Ingat lagi waktu tu semua ternganga bila saya lepas XD)
  • Mula blogging waktu 2010 (disebabkan novel berjudul 'Si Blogger Kampung')
  • Minat design gambar & video (Pertama sebab belajar edit guna Photoshop, Photoscape, Gimp dengan para blogger, kedua sebab KPOP haha. Gigihlah dulu mengedit gambar & video retis-retis Korea. Tapi alhamdulillah sekarang dapat gunakan kelebihan tu. Tetapi lebih kepada perkara yang bermanfaat lah hehe)
  • Minat HTML/CSS (Shoutout to Lyssa Faizureen, Atiqah Jaidin & Fatin Halid! Ni antara yang saya ingat blogger yang rajin buat tutorial blog dulu-dulu)
  • Seorang Monbebe (still sedih tak dapat pi KWAVE3 dulu)
  • Last sekali.. Masih single (k bye haha)

Baiklah, itu sahaja untuk About Me. (Kemain kata serba sedikit padahal panjang berjela. Maap yee terover pulak nak share XP) Harap dapatlah menjawab serba sedikit persoalan korang tetang diri saya ni hehe. Doakan agar urusan karier saya dipermudahkan ya ^^ Bye-bye semua! Jaga diri selalu~

Yang ikhlas,
NISHA