Pengalaman ambil kos Pengurusan Perpustakaan / Library Management (Dip sem 3) + Nasihat
Assalammualaikum anta-anta semuaa apa khabar? Ana sihat alhamdulillah. *dah kenapa tiba-tiba aku ber ana-anta pulak ni* Haha. Hai semuaa. Ada yang rindu nak baca entri aku tak. Ke aku sorang je yang syok sendiri ni, adehh. Okey okey. Harini aku nak sambung dengan entri mengenai program diploma (kali ni semester 3) yang aku ambil yang berkodkan IM120, pengurusan perpustakaan atau nama lainnya *dalam bahasa inggeris lah ya, yang bahasa lain aku tak pro lagi* ialah.. diploma in library management. Ha gituu.. Fuhh. Terus dapat rasa aura professional haha. Kepada yang taktahu, kerja seorang pustakawan ni professional tau (mereka juga dikenali sebagai “information professional”) so jangan main-main. Jangan buat geng librarian atau student library/information marah satgi terbang buku AACR2 dekat kepala hampa haha. Okey gurau gurauuu. XD
*Boleh baca entri-entri yang ini dulu ya >SEM 1/Pengenalan< >SEM 2<*
Sekali lagi diingatkan, segala yang tertulis ini datangnya daripada aku, sudut pandangan aku sendiri dan berdasarkan pengalaman aku. Mungkin geng batch IM120 aku yang lain ada pengalaman berbeza. Ada yang time ni mereka dah ada jawatan dekat kelab. So… mesti lebih gempak kan? Ha, yang nak dibandingkan dengan menulis ni pulak hanyalah pelajar biasa dan tak segempak yang lain hehe. Biasa2 ja hehe.
Peringatan lagi sekali,
Segala yang baik datangnya dari Allah dan segala kekurangan itu datangnya daripada diri aku sendiri.
Untuk semester 3 ni bagi aku not bad. So, tugas pelajar kena sentiasa peka dengan apa yang lecturer ajar. Okey. Jom kita mula. Aku pasti adik-adik IM120 dah tak sabar nak baca haha. Akak cuma dapat bagi gambaran sahajalah ya. Yang lain korang kena usaha dapatkan yang terbaik. Janji dengan akak okey?? Jangan sedih-sedih. Sikit je lagi nak habis. Dah separuh dah perjalanan korang. Korang boleh punyaaa. Chaiyokkk
Ini list kod kusus IM120 bagi semester 3
- ELC231 – Integrated Language Skills: Writing
- HBU131 – Co-curriculum 3
- IMD227 – Promotion of Information Products and Services
- IML201 – Management of Libraries
- IML202 – Cataloging and Classification I
- IML203 – Libraries and Customers
- IML204 – Information and Communication Technology in Libraries
- IML205 - Special Librarianship
- IML253 – Preservation of Librarian Materials
Macam biasa, kursus HBU & ELC aku takmau sentuh sebab dua kursus ni yang memang basic semua students kena belajar. Jadi aku nak sentuh kursus yang selain daripada dua ni. Eh? Aahlah. Baru perasan CTU dah takda haha. Yeshhh. Semester 3 (waktu batch aku lah ya) CTU takda. Yeayyy haha. Dah. Jangan nak gembira sangat. Nanti korang akan jumpa balik semester 4. Muahaha. Okey-okey kita sambung dengan kursus pertama yang aku nak bagi gambaran serta nasihat.
- IMD227
Untuk IMD227 ni antara kursus yang paling best. Sebab belajar nak buat promosi. Promosi produk, servis, serta promosi sesebuah organisasi tu tersendiri. Nanti belajar cara nak design serta hidupkan suasana library supaya library korang tu tak sendu atau sepi *proceed nyanyi korus tergantung sepi by Haqiem Rusli*. Jangan ingat takda pantang larang ya dalam nak design-design library ni haha. Ada pantang larang tau. *ecehh over betul* Well, idok ler kalau kome buat jugak nanti kena sumpahan ke ape. Cuma jadi taksyokler. Bila ada syarat tertentu atau benda tu basic, korang kena ikut dalam mendesign tu. Gituu. Ha lagi satu. Perasan tak yang library ada buat macam-macam pertandingan? Pertandingan berceritalah, pertandingan mewarna lah. Pameran itu, pameran ini, karnival buku fuhh. Best je semua tu kan? Haa ada sebab kenapa semua tu pihak library kena buat. So…. kena dengar pensyarah korang beri kuliah dekat depan okeyy hehe.
Nasihat aku ialah fokus dengan membayangkan korang ada library sendiri. Kursus ni kena ada imaginasi tinggi sebab nak bayangkan library yang gempak-gempak (waktu mendesign). Baru lah syok nak kerja situkan. Hehe. Bagi aku kursus yang ini okey. Dan juga kepada geng yang ada pengalaman handle post produk dekat igshop tu, korang memang boleh gunakan kepakaran korang dekat sini. Lepastu ingat lagi tak semester lepas ada belajar Photoshop, Illustrator dan InDesign? Haa segala semua benda tu korang boleh gunakan untuk mengedit. Tak kisahlah dari segi mengedit gambar ke, poster ke, nak buat e-book ke, dan lain-lain. Gituu. Ada nampak tak connection bebelan nasihat aku dalam entri semester 2? Alah… mesti time ni dah pakar mengedit kan? Nak dapatkan idea, korang pergi google untuk dapatkan inspirasi. Hehe. Goodluck okey. Buat gempak-gempak sikit group assignment tu nanti.
- IML201
IML201 ni pulak bagi aku sama adik beradik dengan MGT162 dulu. Yesh, management lagi. Cuma yang ini korang akan belajar dengan lebih mendalam dalam manage sebuah library tu. So.. Goodluck ya. Nasihat aku ialah kena fahamkan betul-betul apa yang lecturer sampaikan waktu dalam kuliah. Jangan pergi tidur pulak. Mentang-mentanglah bilik kuliah tu sejuk huhu. Ini serius. Sila fokus untuk kursus ini okeyy. Tak faham terus tanya. Ni kalau tiba-tiba jadi kucing lagi taktahulah sebab dah sem 3. Kalau malu nak tanya lecturer, tanya classmate atau senior. Kalau classmate tak faham jugak suruh classmate yang berani tanya dekat lecturer tu. Okeyyy. Jangan malu-malu dah. Nanti waktu kerja pun kena berjumpa orang. Practice slow-slow. Okey? Insya-Allah boleh tu. You can duit~ *eh macam ayat iklan je?* You can do it! *ini baru betul hehe*
- IML203
IML203 ni bagi aku best sebab korang akan belajar mengenai jenis-jenis library yang ada dalam Malaysia ni. Haa ingat library ada satu jenis je ke. Ada banyak tauuu. Dan setiap library tu fungsinya lain. Dan ini apa yang akan korang belajar dalam kursus ni. Lama-lama nanti korang akan mula menghayati tugasan librarian itu sememangnya ‘Naisuuu!’ *tagline Ejen Khai dalam siri animasi Ejen Ali*. Kemain banyak tugasan yang mereka lakukan untuk sesebuah komuniti. Haa yang ini aku taknak banyak cerita. Korang kena dengar kuliah daripada pensyarah korang okey. Hehe. Aku pasti yang ni korang boleh buat. Tak silap nanti korang akan kena interview library tau so be prepared lah ya. Batch senior korang dah kena, kalini junior pulak kena XD
- IML204
Fuhh penat jugak menaip ni. Rasa macam dah jadi penulis novel pulak. *lap peluh dahi* XD *tiberrr. Tersyok sendiri pulak* Okey. Untuk yang ini ditujukan khas buat para student SPM dulu yang amik subjek ICT atau Sains Komputer. Nanti dekat sini korang akan belajar pasal IT dalam library dan yang berkaitan dengan library. Biasalah. Teknologi kan setiap hari semakin canggih. Tak habis-habis update & upgrade. Jadi.. korang pun kena amik tahu juga. Jadi librarian pun kena tahu teknologi apa yang sesuai untuk library. Tak librarian, pekerjaan lain sekali. “To make the organization run efficiently and effectively” gituu. *cehh ayat MGT sungguh* Anda pahammm?? Hehe. Aku pun dah takda nasihat sangat sebab aku pasti korang pun tahu kena fahamkan nota, dengar apa pensyarah sampaikan waktu kuliah dan lain-lain. Itu semua asas. Oritee. Kena ada usaha untuk berjaya. Oh ya. Lupa. Yang ini pun nanti kena interview library jugak macam teknologi yang latest mereka pakai.
- IML205
IML205 pulak . okey. Untuk yang ini bagi aku sumpah best gila gila. Tengok tu. Sampai terulang gila dua kali haha. Korang akan belajar apa itu special library. Ingat lagi tak perenggan atas tu. Korang akan belajar jenis-jenis library. Dan ini adalah satu contoh jenis library yang ada dekat Malaysia dan di luar negara. *Pulakk. Apa ke benda pulak special library tu?* Okey-okey. Aku bagi beberapa contohlah ya: Hospital Library, Military Library & Prison Library. Yeshh. Setiap library tu ada fungsi yang lain berbanding jenis-jenis library yang korang belajar dalam IML203 tu. Okeyy. Aku paling excited waktu belajar pasal Prison Library. Duk teringat cerita Suicide Squad yang si Joker dengan Harley Quinn haha. So, have fun belajar pasal special library okeyy.
- IML253
Antara kursus yang banyak aku dapat informasi mengenai nak jaga buku. Nanti dekat kuliah kursus ni korang akan belajar cara nak memelihara serta memulihara buku. Pernah tak terfikir kenapa library tu sejuk kemain? Kenapa buku kat rumah tu taktahan lama tapi dekat library tahan lama? Lepastu wujudnya pantang larang yang terkenal dalam library, ‘JANGAN MAKAN DAN MINUM DALAM PERPUSTAKAAN’. Dan apa nak buat jika bencana alam berlaku kepada library macam banjir. Buku-buku tu nak ke mana kalau dah basah kuyup? Haaa itu semua bersebab. Ini antara apa yang korang akan belajar kenapa itu semua berlaku. Ecehhh feeling macam cikgu muda pulak eh.
- IML202
Dan yang last sekali.. kursus kesayangan yang aku simpan untuk bagi penerangan terakhir. Hehe. Sewaktu korang melangkah masuk ke kuliah bagi IML202, bermulalah kisah korang belajar macam mana nak jadi seorang pustakawan dengan membuat katalog (catalog) dengan proses pengkatalogan (cataloging). *Fuhh, ayattt. Anak sapa nii haha* IML202 ni time batch aku kursus yang kebanyakkannya student IM120 banyak terconfuse dan information overload.
Takpa.. Jangan takut. Rilek2 ja. Korang jangan risau. Akak pasti kalau korang focus dan faham dari awal memang no hal. Janji kena praktikkan sebab pensyarah akan bagi homework. SO BUAT JANGAN MALAS NAK BUAT NANTI FINAL & SEMESTER 4 AKAN MERANA. Okey maaf sebab tertekan caplocks tadi. Hehe *beri pandangan maut* INGATTT PASTIKAN BUAT HOMEWORK ATAU TASK YANG LECTURER KORANG BAGI TU. Alamak tertekan lagi. Adehh. Maap2.
Jom sambung. Korang ingat lagi tak yang IMD213? Haa. Yang itu korang dah make sure faham kan? Tak faham, pergi ketuk bilik classmate yang faham suruh ajar sebelum masuk kuliah ni. Untuk kursus ni, korang akan berbekalkan kitab student library iaitu AACR2. (Nanti boleh beli, atau sewa dari senior or lecturer.) Yesh. Agak tebal-berat, dah macam adik beradik kepada kamus. Tapi jangan risau, korang boleh gunakan waktu kecemasan seperti ketika korang nak balik rumah sewa kot-kot ada manusia bertopengkan syaitan nak datang buat perkara tak baik. Korang terus hempuk dikepala dan Insya-Allah korang akan selamat. Jadi beruntung geng-geng IM120 & IM110 ni haha. Okey sambung balik. Nasihat akak :
- Make sure faham basic AACR2 tu dulu (dengar kuliah pesyarah mengenai AACR2 ni apa benda)
- Sesuaikan diri dengan bahasa AACR2 yang agak complicated
- Make sure tahu cara nak cari muka surat
- Fahamkan cara tulis nama orang lagi-lagi yang ada nama keluarga
- Fahamkan bila masa nak guna tanda bacaan tu semua.
Orite aku rasa itu ja kot. Ada banyak actually tapi ini antara yang aku rasa benda basic korang kena pro-kan. Nasihat lain aku ialah jangan give up. Ingat, mempelajari ilmu asas/basic selalu sukar ketika berada di permulaan. Insya-Allah boleh. INGAT JANGAN LUPA BUAT HOMEWORK YANG KORANG BAKAL DAPAT TUUU. Eh. Tertekan caplocks lagi. Huhu. Hampir terlupa, selain daripada AACR korang akan belajar lagi dua benda but yang ini lebih mudah berbanding AACR iaitu RDA & MARC. So, make sure tahu beza ketiga-tiga benda ni okey. Dan hafal code untuk RDA & MARC tu.
Wokayy itu ajaa untuk kali ni. Nantikan entri terakhir aku untuk IM120 latihan industri/praktikal & semester 4 pulak okeyy. Jaga diri. Jangan stress-stress & have fun.
P.s. Aku taknak dengar ada kes budak IM120 pergi rebus AACR lepastu minum nanti. Kalau ada get ready selipar jepun terbang dari Selangor ke Kedah. Huhu.
Yang ikhlas,
Nisha.
Ulasan
Catat Ulasan
Halu orang di situ~ Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di entri blog ni ^^ nah mini love kita bagi *letak emoji mini love*