Youtuber animasi comel Malaysia : Sumie Azil, Wanmars & Wan Animation! #AniMY

Assalammualaikum semua. Halluuuuuu~~ hehe aku kembali lagi dengan entri baru. Bukan apa… nak kurangkan sikit stress ni dari terus buat assignment hehe. Aku pasti ramai dekat luar sana dah tak sabar nak tunggu esokkan? Hehe. *suara Upin Ipin* Esok raya! . Semua dah siap masak dan kemas rumah ke tuu hehehe. Tapi itulah, sedih kerana Ramadhan akan meninggalkan kita. Kita tak pasti sama ada tahun depan kita bakal ketemu lagi dengan Ramadhan atau tidak. Hm… *termenung seketika* Okay. Kembali lagi aku dengan entri terbaru aku. Kalini aku nak cerita mengenai tiga youtuber animasi Malaysia kegemaran aku. Iaitu Sumie Azil, Wanmars dan Wan Animation! Haaa aku pasti antara korang dah familiar dengan tiga channel Youtube ni hehe. Iyela, sejak-sejak PKP dan PKPB ni semua dah semakin rajin berjalan-jalan dekat media sosial XD. And of course, antaranya ialah YouTube! ^^ Aku tahu.. bila dengar tajuk kali ni mesti macam.. Eh. Animasi? Kartun? Alaaa macam budak-budak lah… ape