Selamat datang!
Hadiah Bintang Jatuh, blog yang diwujudkan oleh seorang gadis manis (ecehhh manis lah sangat hahaha) yang mempunyai hobi mengarang serta seorang alumni library student. Insya-Allah, saya akan menceritakan pengalaman, tips, nasihat, giveaway entry dan lain-lain. So, enjoy your visit here! Jangan lupa tinggalkan jejak dalam CBOX. Nanti bolehlah saya blogwalking semula (;
NAK TAHU LEBIH LANJUT?
Klik sini
  • 1
    BELAJAR
    Pengalaman belajar diploma & degree saya dalam bidang pengurusan perpustakaan ♡
    Klik sini
  • 2
    ULASAN
    Antara review buku yang saya dah baca ♡
    Klik sini
  • 3
    PERKONGSIAN
    Pengalaman saya pergi ke tempat-tempat menarik seperti ke pesta buku ♡
    Klik sini

Pengalaman ambil degree Pengurusan Perpustakaan (Sem 6) + Nasihat

Assalammualaikum dan halu semua! Semua apa khabar? Dah makan ke tuu? Hehehe. Alhamdulillah, kembali lagi aku dengan entri baru. *kelip mata* Kali ni aku nak kongsikan pengalaman semester akhir (semester 6) aku bagi program IM244 Bachelor of Information Science (Hons.) Library Management / Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Perpustakaan di UiTM Puncak Perdana.  Cuma semester kali ni macam janggal sikit sebab fakulti kami tukar nama daripada Faculty of information management kepada School of Information Science, College of Computing, Informatics & Media sebab dah bergabung dengan fakulti lain. 

SEM 3 | SEM 4 | SEM 5 (DEGREE)

SEM 1  SEM 2  SEM 3 SEM 4 + THROWBACK (DIPLOMA)

[Kemungkinan aku dah mula start praktikal / Latihan Industri (LI) ketika aku publish entri ni. Jadi, doakan aku ya guys semoga LI aku berjalan lancar untuk selama 5 bulan ni <3] 

Apa-apa pun mesti korang curious kan kami belajar apa semester ni? Hehehe. Jom kita mulakan! ^0^ 

Bismillahirrahmanirrahim... 

Peringatan : Segala yang baik itu datangnya daripada Allah manakala yang buruk itu datangnya daripada diri ini. Saya mohon maaf jika terdapat apa-apa yang mengguris hati. Kemungkinan saya salah pilih terma yang sesuai. Tujuan entri ini ditulis hanya untuk berkongsi pengalaman. 

    Alhamdulillah semester kalini kami berpeluang pergi kuliah secara fizikal. Dan ada rezeki aku untuk merasai pengalaman duduk kolej. Aku dapat duduk Jasmine 4. Satu rumah tu patutnya ada 6 orang tapi untuk kami, 5 orang ja hehe. (Perbezaan ketara ketika aku diploma di UiTM Merbok dulu dengan degree di Pundana, sini takda mesin air macam dekat sana dan kena buang sendiri dekat rumah sampah).

    Gigihla aku angkat barang ke tingkat 3. Dulu waktu diploma aku duduk level bawah tak terasa sangat. Kalini memang fuhh penat bethol. Lagi-lagi hujung minggu week 1 tu aku positif covid. Lepas habis kuarantin dekat rumah, memang rasa berbeza sebab simptom post-covid tu huhuhu. Aku nak ingatkan dekat junior-junior yang akan masuk ke kolej tak lama lagi, supaya sentiasa pakai mask dekat luar dan bawa sanitizer bersama. Jangan jadi macam aku, confident kebal, terus tak pakai mask & bawa sanitizer pergi jalan sampai ke kandang (ala-ala foodcourt). Sekali hamek kauus positif. Huhu.

    Satu lagi, malam-malam or pagi-pagi tu jangan dekat dengan pokok tau sebab ada nyamuk. Ni terjadi dekat aku sendiri bila pagi-pagi pergi jalan beli nasi lemak dekat acik luar pagar court (berdiri dekat dalam kawasan UiTM cuma bayar dan ambil tu hulur tangan keluar pagar). Tengah leka menunggu tu aku terperasan ada nyamuk besar hinggap. Terbeliak mata aku bila perasan badannya berbelang hitam putih. Aku sempat tampar & alhamdulillah semuanya baik-baik lepastu. Jangan lupa bawa sekali sembur nyamuk sebab kerap kali aku perasan dorang sembur asap dekat kolej sini. Lipas pun ada tauu so kerap buang sampah. 

Ha jom kita gerak ke topik akademik pula. Antara nasihat yang aku dapat dari senior bila dah masuk semester akhir ni: 

  • Better ambil course elektif yang takda final exam (ni paling penting sebab kita nak focus dekat final exam yang core)
  • Ambil course yang ringan dan tak berat sebab nak naikkan pointer (boleh refer senior yang pernah ambil)
  • Cuba tengok dulu pensyarah yang mengajar tu siapa and cara dia mengajar macam mana (untuk elektif - boleh tanya senior) 

Ini pula kursus-kursus yang aku ambil untuk semester ni. 

KURSUS KEPERLUAN UNIVERSITI *WAJIB*

  • EET699 - English Exit Test

KURSUS TERAS FAKULTI (CORE) *WAJIB*

  • IMC651 - Evaluation of Information Services
  • IML651 - Digital Libraries
  • IML655 - Organization of Information: Computerized Cataloging
  • IML656 - Planning and Design of Libraries and Information Centers

KURSUS ELEKTIF  (ELECTIVE )*WAJIB & IKUT PILIHAN PELAJAR*

  • IMS657 - Legal and Ethical Aspects of Information Systems
  • IMR659 - Management of Manuscripts and Personal Papers 

  • EET699

Untuk course ni dia macam MUET tapi lebih kepada working environment. Korang boleh beli buku EET dekat Shopee UiTM (sini) siap-siap. Bagi aku memang berguna sangat buku ni untuk korang dapatkan. EET ni takda kelas tau. Ibarat study sendiri. Ada 2 test iaitu Listening Test dan Writing Test. Pelajar boleh cek sendiri jadual untuk tahu bila EET ni berlangsung. Kalau kami, test berlangsung pada hujung² semester macam tu. Jadi, awal semester tu memang aku tak teringat langsung pasal EET. Untuk EET Listening Test kami, berlangsung waktu study week. Memang terkejut gila bila dapat tahu. Selalunya aku study seminggu sebelum tapi kes listening test ni, malam sebelum test baru aku study XD. Listening test ni nanti kena bercakap dengan computer. Untuk writing test pula, korang kena tulis essay. Ada la format yang buku EET tu bagi nanti korang follow ja dalam tu hehe. Boleh tengok video sini yang listening test: 

Yang aku paling tak boleh move on sekali, boleh pulak waktu listening test aku terlepas cakap "apa" dua kali... adudu sabo je la XD yang member aku pulak duk "ermmm ermmm" je memanjang hahaha. Sila banyakkan tengok movie/series dan baca buku english sebagai persediaan okiee X). 

Apa-apa pun, nasihat aku, korang kena datang ke makmal komputer (listening test) atau dewan (writing test) satu jam atau setengah jam awal sebab nak tahu tempat duduk korang dekat mana. Jangan datang lambat!! Nanti korang akan duduk ikut kelas. Kesian pensyarah kena susun korang. 

Jangan lupa bawa:

  • kad IC
  • salinan slip peperiksaan
  • kad matrik/salinan kad matrik 


  • IMC651

Untuk course ni, korang kena buat research proposal macam EWC dulu tu. Cuma kes kami, kami buat sampai chapter 3 ja so tak perlu collect data tu semua. Tapi pensyarah kami ada la cerita kemungkinan akan datang para pelajar kena buat semua chapter sebab senior kami dulu ada problem waktu buat research. Bagi aku course ni paling berat sebab terma-terma dia tu fuhh. Jenis-jenis la itu la ini la. Memang mendalam apa yang akan dipelajari nanti. 

Tapiii aku paling enjoy sekali bila kelas IMC ni dilakukan dalam kelas Smart classroom (ada pensyarah jemputan dari universiti lain) sebab kelas tu ada banyak TV yang buatkan kita tak perlu tertoleh-toleh nak tengok depan. Also kelas tu sejuk gila heee. 


(Bersama team aku hehe)

  • IML651

Ini pun antara course yang susah bagi aku. Senang cerita segala 651 susahlah bagi aku lol. Assignment ni kami kena buat prototaip gunakan Greenstone software. Kena buat: 

  • Prototaip
  • Proposal
  • Interim report
  • Users manual
  • Developer manual
  • Presentation
  • Minute meeting 

Nanti pelajar kena buat group dalam 8 orang dan akan ada:

  • Project manager
  • Project manager assistant
  • Administration department
  • Digital department
  • System department 

Setiap minggu kena update progress group dekat pensyarah. Minggu 14 kena submit prototaip ni. 


  • IML656

Aku paling suka sekali course ni sebab dapat belajar cara-cara nak design library (bak kata aku waktu diploma >dulu<, pantang larang nak design library hahaha). Selalunya pelajar bebas untuk pilih jenis perpustakaan untuk group assignment. Tapi kes kami, pensyarah tetapkan kepada perpustakaan masjid. Jadi kami kena study sikit la jenis bahan-bahan yang akan dimasukkan. Oh ya, ada satu assignment yang 10% tu, kami kena buat essay. Tapi pensyarah ada kata yang sebelum PKP, 10% tu actually markah untuk pelajar yang pergi rombongan melawat library dekat luar. Takda rezeki kami nak jalan-jalan lagi. So nanti pelajar yang akan datang la akan dapat merasa keluar pergi library tu~ 

(Ketika kelas sedang berlangsung)

  • IML655

Haa yang ni course paling penting untuk kami since kami pelajar library. Kalini belajar pasal MARC (MAchine-Readable Cataloging) & RDA (Resource Description and Access). RDA tu belajar last sekali sebab taknak confuse dengan MARC. Kena hafal tagging, indicator dan subfields. Pensyarah kami juga ada ajar basic cara gunakan KOHA. Kami semua bawa laptop masing-masing dan ikut steps yang ditunjukkan oleh pensyarah dekat depan. 


  • IMS657

Ni elektif kedua aku pilih sebab taknak clash dengan yang core. Alhamdulillah, kelas elektif ni paling aku enjoy gila sebab pensyarah best mengajar. Ni nanti akan belajar pasal law. Assignment pun mudah. Individual buat essay dan group buat campaign. 


(Tengah buat transliterasi manuskrip hehe)

  • IMR659

Elektif ni yang paling aku look forward sebab nak belajar pasal manuskrip. Pensyarah pun best sangat, suka berkongsi pengalaman dan bercerita. Aku paling suka sekali bila pensyarah cerita pasal sejarah dan trivia cerita rakyat. Lepastu ada buat transliterasi manuskrip lama. Ni pun mencabar. Huge shout out kepada housemates aku sebab banyak tolong aku waktu aku struggle nak siapkan tugasan ni XD. Apa-apa pun, untuk group assignment, kami kena pergi muzium untuk buat report lawatan. Untuk group aku, kami pergi ke Islamic Arts Museum Malaysia dekat KL. Memang best sangat. Besar dan macam-macam ada, baju perang la, kiswah kaabah la. Waktu kami sampai tu ada pameran keris. Oh ya, aku nak ingatkan makanan dalam muzium ni mahal huhu memang not student friendly lah. Tapi korang boleh jalan ke luar dan ke bawah sikit, untuk makan dekat cafe di tepi masjid negara. Alhamdulillah makanan situ murah.  Cuma aku agak terkejutlah bila kami dapat tahu yang kami batch last untuk IMR659 ni. Lepasni dah takda IMR659 sebab digantikan dengan kursus baru (yang seakan sama tapi lebih kepada Islamik kalau tak silap) sobbs. 


Lain-lain yang semester akhir IM244 wajib sertai:

  • Scival Lab (Scival Certification Programme measuring research performance - level 1) di PTAR UiTM Puncak Alam.

Program ni berlangsung selama 3 hari. Jadi kami ulang alik naik van dan bas setiap hari. Kami belajar dengan Mr. Alex yang sangat supporting orangnya. Hari ketiga tu kami kena buat presentation. Dahlah first time present secara fizikal. Kena speaking betul-betul pulak tu haa memang nerves habess! Hahaha. Nasiblah kalau jadi macam dalam Oh My English tu ekekeke. Alhamdulillah, banyak yang kami dah belajar melalui program ni. 


  • Talk 1, Talk 2 & Sharing/Taklimat daripada pensyarah di dewan seminar untuk Latihan Industri (LI).

Pelajar akan pergi praktikal pada semester hadapan, semester 7, selama 5 bulan. Kes kami, talk 1 & talk 2 buat online. Talk 1 lebih kepada introduction LI dan proses nak hantar dokumen (yang kita dah buat dulu ketika Finishing School >sini< kepada organisasi. 

Antara syarat basic nak pergi praktikal / LI, make sure:

  • organisasi tu ada librarian gred S41 ke atas.
  • 3 kokurikulum dah ambil, 3 level third language dah settle dan 8 elektif dah ambil. 

Talk 2 lebih kepada briefing pasal perkara apa yang perlu dilakukan ketika intern, format report dan lain-lain.  Yang sharing tu pula pensyarah kongsi perkara asas yang pelajar kena tahu contoh pasal cuti, kalau ada kes kematian, pinjaman / tabung pelajar, bencana alam or accident etc. Ada juga nasihat yang berguna pensyarah akan share.

Nasihat lain:

  1. Jangan ingat semester akhir ni tak banyak kursus berbanding semester lepas, korang boleh rilek!  Kena banyakkan prepare mental sebab akan ada banyak perkara last minute berlaku lol.
  2. Pensyarah juga akan ada high expectation dekat kita since kita dah semester terakhir so kena buat sehabis baik.
  3. Kalau ada apa-apa masalah berlaku, jangan cepat melatah atau nak marah. Just keep calm. Lagipun kita nak end our chapter dengan baik. Ala-ala happy ending dalam fairytale tu... hehe So please ingat tauu! Just hang in there! Pejam celik dah habis dah sem tu nanti ^_-

Kesimpulan / overview untuk program IM244 pada pandangan aku: 

    Bagi aku, degree kalini lebih mendalam bila nak dibandingkan dengan diploma IM120 dulu (tapi kini dikenali sebagai IM144). Lagi-lagi untuk kursus cataloging. Tugasan assignment pun semakin mencabar seperti kena buat prototaip, event, dan research. Ditambah dengan kewujudan elektif lagi ha lagi bertambah cabaran tu hahaha. Tapi setakat ni elektif yang aku ambil semua best belaka dan membantu alhamdulillah. Juga bila masuk degree ni aku timba banyak ilmu daripada perkongsian pengalaman daripada pensyarah disamping belajar mengikut silibus. Pensyarah kami banyak berkongsi nasihat buat kami, lagi-lagi dalam bidang perpustakaan dan pengurusan maklumat.

    Ada yang paling aku ingat sekali, satu perkongsian daripada pensyarah kami bila doktor tengah nak buat surgery, call pustakawan rujukan untuk confirmkan pasal something since pustakawan tu familiar dan pro dengan terma serta subjek medik. 

    Apa-apa pun, yang paling penting sekali, ambil program IM244 bukan bermaksud habis belajar akan kerja sebagai pustakawan. Tapi boleh kerja di bidang lain yang ada kaitan dengan pengurusan maklumat itu sendiri.

    Ini pun ada dibincangkan dalam beberapa kelas aku sebelum ni serta ketika Miss Emily (Presiden ALA American Librarian Association) datang. Bak kata presiden PPM, Dr. Ghazali, "widen your horizon" apabila kami bicara mengenai kerisauan dalam mendapatkan pekerjaan sebagai pustakawan kelak. Aku pun agak terkejut bila dapat tahu presiden ALA nak mai turun UiTM kami. Memang cepat-cepat aku daftar sebab aku tahu peluang macam ni takkan datang bergolek lagi. Terima kasih kepada PPM juga kerana turut hadir ke kampus kami ♡♡ Asyik ketawa ja dengar apa yang presiden PPM sampaikan haritu :">

    Also aku ingat lagi apa yang Miss Emily jawab bila kami tanya soalan pasal library dah tak relevant. Ayatnya seakan berbunyi seperti ni, "Betul ke library fizikal dah tak relevan? Dekat mana kamu nak dapatkan tempat yang ada free aircond dengan cuaca yang panas dan ke mana kamu akan pergi untuk dapatkan bilik air yang selesa?" Ada lagi yang kami borakkan cuma aku paling ingat moment yang ini la hehe.

    Dan..... itu sahaja untuk kalini hehe. Kalau korang perasan, nada tulisan aku agak lain sedikit berbanding sebelum ni sebab aku taip ni betul-betul selepas beberapa hari kematian kucing aku. Harap nanti waktu LI aku kembali bersemangatlah, aamiin. Doakan aku ya guys. :"> 

    Ini pula aku kongsikan video tiktok dari classmate aku kepada yang nak tahu kursus apa paling susah bagi kami dalam bidang sains perpustakaan ni hehe.

(credit video: classmate aku, wa ♡)

Dah sampai hujung sem ni haa meh aku throwback selama semester akhir ni ^^. 

Bersama housemates tercinta. *mini love*

Bersama roommate, dia datang jauh dari Sarawak tauu hehe ^0^

Momen di Islamic Arts Museum Malaysia dengan berbaju kurung sebab kami pi waktu hari Isnin XD

Bersama pensyarah IML651 yang belanja makan domino pizza siap dengan dessert sekali hehe. Thank you sir belanja kamii! T^T

 Bersama pensyarah IML655 :> Sila abaikan awning tudung yang senget tu djskklsjkj

Bersama pensyarah IML656 yang paling supporting <3

Senior Night. Ni khas untuk pelajar semester terakhir. Akan ada tema. Macam kami, batik jawa dan raja sehari. Ada jamuan makan-makan dan penyampaian anugerah kecemerlangan. Mereka akan sebut TOP 3 students dari setiap program dan setiap semester. Cuma seorang sahaja yang akan naik pentas (pointer paling tinggi) bagi setiap sem tu. Ikutkan kami akan naik bas sebab event buat luar. Tapi disebabkan tak ramai join, kami buat dalam kawasan kolej je sobbs. 

IM2446A bergambar di hadapan "faculty of information" dan banggunan UiTM Puncak Perdana. Juga dekat bawah sekali tu ialah group kecil sahabat-sahabat degree aku. Segala kesukaran kami hadapi bersama selama 6 semester ni hehe. Love you guys ketat-ketat mwahh <3

IM2446A farewell event di Restoran Aroma Ikan Bakar, Pantai Jeram.
 

  Kami makan seafood bersama, buat exchange gift (secret santa) dan tulis first impression. Tengok la first impression mereka dekat aku apa dalam list tu hehe. 

 'Welcoming American Library Association (ALA) Delegation & Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM)' di smart classroom UiTM Puncak Perdana. Untuk ice breaking, Miss Emily tanya macam mana kami boleh join program library. Antara kami ada yang jawab "library yang pilih kami" XD Tapi aku memang setia dengan library ecehh haha. Siap wakil PPM kata aku ni "rare species" ekekeke XD 

.

(Kalau ada gambar lagi nanti aku up kat sini heeee)

.


    Apa-apa pun, alhamdulillah sebab semester kalini semuanya berjalan lancar.

    Aku nak berterima kasih kepada para pensyarah yang telah mengajar kami, coursemates, classmates, groupmates, housemates, dan kepada yang telah membantu aku secara langsung atau tidak langsung. Banyak aku dah pelajari selama aku sertai program IM244. Dari kuliah atas talian sampailah ke fizikal. Aku juga nak ambil peluang untuk meminta maaf jika aku ada buat apa-apa kesalahan tanpa aku sedar selama ni. 

    Juga, terima kasih kepada yang sentiasa tertunggu entri baru daripada aku. Insya-Allah nanti aku akan post apa-apa update terbaru. Wish me luck untuk LI nanti! Okie, tata semua! Insya-Allah kita jumpa di entri akan datang <3 

 

Yang ikhlas,

Nisha

-TAMAT-

Ulasan

  1. MACAM BIASA, MANTAP LAH NISHA OIII 🥳.

    BalasPadam
  2. Nisha is the best partner in everything ah.. support Nisha always

    BalasPadam
  3. hai junior.
    tiba2 lak terscroll ada blog awak...hakak tgh cari org review buku..then terbaca..smua ni..zaman dulu lain walau pada dasar course sama je...dlm bidanag library gak....in sha allah,kak hrp u dpt kerja as librarian k....blog yg penuh informatin..so ok la maklumat awak tulis keep remind me a long time agooo...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Halu orang di situ~ Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di entri blog ni ^^ nah mini love kita bagi *letak emoji mini love*