PENGALAMAN DENGAN ORANG TOXIC OBSESSIVE
Assalammualaikum HBJ!
Sudah lama kita tak bertemu dalam entri baru hehe. Semoga semuanya sihat sejahtera ya!
Macam seram sejuk je kan bila baca tajuk blog aku kalini. Itula aku pun terkejut haha. Tapi disebabkan aku nak berkongsi juga kisah pengalaman panjang aku ni dengan korang semua & mana tahu boleh jadi berguna kepada yang tengah hadap kes seakan sama dengan aku kan.
Jom aku mula cerita. Kalini aku santai2 je ya hehe.
Bismillahirrahmanirrahim.....
ISI KANDUNGAN
Baca mengikut turutan amatlah digalakkan supaya lebih mudah memahami situasi.
BAHAGIAN 1 : EMOTIONAL DUMP
Al kisah semuanya bermula dengan Whatsapp Status.
Dulu aku seorang yang suka overshare semua benda. Buat itu, aku share. Beli ini, aku share. Buah fikiran aku, pun aku share.
Nak dipendekkan cerita, aku dah mula perasan setiap kali aku berkongsi benda best atau gempak ke, pasti aku akan terima reply "bestnya" daripada si polan (member rapat aku dulu - dia kenal aku luar dalam dulu). Mula2 aku tak kisah sangat. Lama2 jadi macam serba tak kena.
Si polan ni sering bercerita pasal kehidupan dia. Macam biasa, kita bila dengar cerita sedih mesti akan turut bersimpati kan. Tapi, diri aku yang dulu.. jenis mudah cepat kesian. Jadi aku sering kesian dengan apa yang dilaluinya. Aku sentiasa ada untuk dia & dengar saja setiap luahan.
Tapi satu perkara yang buatkan aku perasan ialah.. apabila setiap luahan tu benda yang sama. Ia seakan-akan tiada penghujung. Walhal luahan/masalah itu ada solusi nya.
Aku pula, seorang yang jenis akan bagi solusi. Iyela siapa je nak tengok member sendiri ni asyik sedih & hadap benda yang kalau-dia-ubah-dia-akan-dapat-lebih-baik-untuk-diri-dia. Kita semua manusia pun ada limit nak keluarkan emosi kesian semua tu.
BAHAGIAN 2 : EMOTION MANIPULATION
Sebagai seorang member, of course aku nak yang terbaik buat beliau.
Aku percaya yang dia boleh berubah. Dan aku nak tengok dia berubah & berjaya dengan cara dia tersendiri.
Aku cuba sedaya upaya berikan segala solusi (tips & nasihat). Tapi dia jadi masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Dan juga jenis "yes2 faham." Atau "betul aku setuju sangat!". Tapi bila lama2 aku perhatikan, aik kenapa sikap masih sama? Benda ni bila berulang, buatkan kita jadi confuse & drain energy kita.
~ Jika aku boleh putar masa, aku akan cakap dekat diri aku bahawa berhenti apa yang aku lakukan kerana itu bukan apa yang "dipandang" oleh si polan itu. Si polan “memandang” / "berharap" pada yang "lain". ~
End up aku frust, give up & terus malas nak bagi nasihat. Walaupun dapat balasan "betul" &"setuju", aku mula terfikir boleh jadi si polan tak faham. Atau si polan jenis tak kisah akan semua tu. Hanya sekadar burung belatuk jenis angguk je semua benda.

BAHAGIAN 3 : GUILT TRIP & JOY KILLER
Dan dia ini masih lagi meluah, buatkan kita bersimpati. Aku boleh cakap, tahap dia boleh buat kesian tu, 1000% level dia. Level Master.
Jadi, boleh bayangkan bila aku post di status perkara yang best / happy, dia reply "bestnya"? Sebab tindakan itu buatkan aku teringat akan kehidupan dia yang sering dia ceritakan. Membuatkan aku rasa bersalah nak merasa kebahagiaan aku sendiri. Secara langsung, menjadi joy killer.
Bukan itu sahaja, ia buatkan aku mula terfikir, dia jenis sentiasa memerhati status aku. Bayangkan bila kita post status, ada je yang akan di-reply.
Juga cara dia reply tu akan nampak macam ada potensi modal untuk borak (Kita KENA layan dia). Ketika ini memang energy aku drain bila borak dengan si polan. Sebab benda2 yang kami borakkan ada masa hujung2 tu si polan akan selit hal sedih.
Tambah pula dengan reply “bestnya” lagi. Dah satu perkara aku perlu coverline dengan "terangkan" pasal "kebahagiaan" aku tu. Atau "sesuatu" yang aku ada & dia tiada.
Bila baca balik ayat tu, memang nampak macam aku ni meletakkan garam pada luka dia kan? Tapi siapa yang suruh? Siapa yang meminta?
Mungkin ada yang terfikir kenapa tak reply dengan emoji love ke atau emoji sengih ke. Takpun reply "alhamdulillah". Paling2 react je. Percayalah, aku tak terfikir pun time tu. Sebab memang kami jenis borak2 sesama member bila dah reply status dulu. Kalau aku asyik bagi react je ke memang nampak something is wrong (according tu orang toxic macam ni). Kang diri aku ni dipersoal pula "kau taknak borak dengan aku dah ke?" Takpun jenis cliche, "aku rindu kau yang dulu" Ehhh.
l Contoh sebenar
Pernah sekali aku share beli (sekian). Tiba2 si polan reply:
"Bestnya ada (sekian)"
Dan macam biasa, aku perlu reply dengan coverline.
Si polan beritahu dia pun tengah suka (sekian) & tengah aim beli (sekian).
Aku curious nak tahu, kot aku berminat aku boleh beli untuk diri aku.
Si polan pun bagi link shopee. Aku pun cakap dekat diri aku ohh aku tak minat jenis (sekian) itu.
Dan akhirnya, si polan mengeluarkan ayat macam ni:
"Ini wishlist birthday aku. Tapi itula, keadaan tak beberapa ok sekarang."
Iya semua, di situ namanya perbuatan "guilt trip".
l Teknik manipulasi untuk buat orang kesian/sedih. Dan bila kita hadap "guilt trip" ni, kita rasa kita pula bertanggungjawab untuk nak hilangkan/buangkan masalah dia tu. Kita yang kena selesaikan. Walhal itu masalah dia.
Korang bayangkanlah aku hadap semua ni kaw2 sebelum aku cut-off si polan ni. Nanti aku akan cerita lebih lanjut.
BAHAGIAN 4 : EXPLOIT GENEROSITY
Dan akhirnya.. kejadian tadi buatkan aku mula terbuka mata.
Aku punya love language ialah "gift giving" & dari dulu lagi aku tahu kehidupan si polan macam mana. Dan aku kalau boleh sentiasa nak ceriakan hari dia. Tiap kali birthday aku belikan dia hadiah.
Sebab apa pula? Sebab dulu aku sangat berterima kasih dengan si polan ni sebab dia dah banyak bantu aku.
- Ini apa yang berlaku dalam kepala aku dulu:
“Sebelum ni dia dah tolong aku banyak kali. Bila aku tak tolong dia balik, aku rasa diri aku jahat terhadap dia. Sebab dia manusia yang baik. Macam ada perasaan tak adil / serba tak kena sebab tak tolong dia.”
Sebab pertolongan yang dia bagi tu, aku boleh cakap level malaikat.
Juga aku rasa macam, apa yang aku tolong or bantu tu, takkan sentiasa cukup untuk dia.
Ya, inilah perasaan terhutang budi tahap makan diri. Setengah orang boleh sekali dua je balas budi kan. Aku ni pula, asyik tak move on dari kebaikan si polan ni pernah buat dekat aku dulu. Jadi memanjang lah aku bergantung terhadap "perasaan" ni. Sentiasa rasa tak cukup, sentiasa ada je perasaan "nak bagi sesuatu" dekat si polan ni. Ibarat apa aku lalui ni, jadi macam "never ending cycle" / tak berpenghujung.
l Contoh sebenar lagi:
Sebenarnya ada satu detik permulaan yang aku abaikan awal2 dulu, di mana aku rasa pelik dengan tindakan si polan ni waktu aku bagi hadiah birthday.
Aku bertanya hadiah apa yang dia mahu & si polan beritahu dia mahu (sekian).
Jadi, aku surprisekan dengan beli pakej (sekian).
Dan bila dah sampai, si polan terkejut dan gembira. Dia berterima kasih.
Cuma ada sesuatu berlaku.
Si polan boleh mention (sekian) yang terbaru.
Aku pada masa ni dah macam blur. Kenapa dia kena mention benda lain? Kenapa tak mention sekali benda tu waktu aku belikan hadiah dia?
Ibarat aku dah bagi A&B (sudah ada ditangan si polan). Tapi si polan sentuh pasal C pula. Faham tak?
Aku rasa bodoh & "bukan member yang baik" sangat ketika itu. Sebab "tak dapat" lunaskan apa yang si polan tu nakkan.
BAHAGIAN 5 : EMOTIONAL GROOMING , TRANSACTIONAL MINDSET & MISERY LOVES COMPANY
Setelah lama aku buat rujukan, kemungkinan apa yang aku lalui ini juga boleh dikenali sebagai "emotional grooming" atau "proses emosi dimanipulasi".
l Redflag2 yang aku tak selesa, tapi aku tutup mata sebab dah rapat dengan si polan ni dulu. Dan akhirnya aku dah terbiasa, dah faham + kenal cara si polan ni berfikir. Dan aku pun layankan je.
Dipendekkan cerita, ini buatkan aku “dahulukan” dia berbanding diri aku sendiri. Sangat-sangat tidak sihat untuk manusia hadap benda ni. Memang drain energy sangat.
l Kes yang aku kena ni, bila dia buat sesuatu dekat kita, dia akan berharap/expect 100% kita buat benda yang sama (balasan/return). Ini agak tricky sikit sebab kita sentiasa dibesarkan oleh pepatah “buat baik dibalas baik” atau “sentiasa buat baik/prihatin dekat orang”.
l Tapi benda ni boleh jadi toxic/tak sihat bila 100% anggap orang akan/sanggup lakukan benda sama macam dia buat. Orang pun ada hak tersendiri samada nak balas/buat sesuatu atau tidak.
Dalam satu hubungan or persahabatan yang BETUL & SIHAT, outcomenya ialah REAL, GENUINE, SINCERE & DEEP CONNECTION. Tapi selama aku fikir semula, hubungan kami tu lebih kepada kami saling depend on each other pada mulanya berbanding "real connection" dan lama kelamaan si polan mula tunjuk ciri2 transactional ni.
Korang baca sampai bawah, baru korang akan faham apa aku cuba sampaikan ni.
Sejujurnya aku agak mindblowing bila dapat tahu pasal ni. Bagi aku hubungan kami tu it was real, namun it was "one-sided". Patutlah energy aku drain lama2 tu. Rupanya hubungan kami dulu tu TAK SIHAT & SANGAT TOXIC.
l Contoh sebenar: Bila si polan dah cerita masalah dia, dia akan “tunggu/berharap” aku pula cerita. Kalau aku tak buat, dia akan sering ingatkan aku. Aku sedar pasal benda ni bila aku stop taknak cerita, tapi dia akan “convince” juga. Secara tak sedar, “memaksa” yang sentiasa berterusan.
Kalau orang dah berhenti/taknak cerita, kita akan faham sendiri & beri ruang. Tapi orang toxic macam kes aku ni, masih busy body nak tahu di bawah nama “prihatin” & “kisah”.
Dan di sini aku mahu selitkan, aku jumpa satu quote (ketika aku buat rujukan):
"Misery loves company".
unhappy or suffering people find some comfort or solace in knowing that others are also experiencing unhappiness or hardship.
Seakan-akan berdeting dalam kepala aku waktu jumpa ni. Kerana selama ini, aku boleh kata masalah yang aku hadapi tidak sebesar/sedalam si polan ni. Dan itu juga buat aku berhenti bercerita. Tapi si polan ni asyik memaksa walhal masalah sendiri tidak mahu diselesaikan, tetapi mahu mendengar masalah orang lain?
Ada satu moment di mana aku menyuruh beliau untuk salurkan "energy" pada dirinya semula daripada ambil tahu hal aku. Dan dia juga admit bahawa energynya juga tidak banyak ketika itu. Tapi dia masih berdegil remind aku yang dia sentiasa ada jika aku mahu meluah apa2.
Kenapa berdegil sangat? Wallahualam.
Di sini aku boleh katakan, beringatlah dalam berkongsi masalah dengan seseorang. Ingat konsep quote yang aku kongsikan tadi.
l Contoh sebenar kedua: si polan ada cakap rumah dia sentiasa terbuka untuk aku.
Dan sampai satu ketika, aku mula rasa, di mana seakan-akan apa yang dikatakan itu reflect dalaman milik dirinya yang mahu aku melakukan perkara sama. Kerana dia ni tak pernah datang rumah aku. Aku je yang pernah datang rumah dia sebelum ni.
Ini juga boleh jadi kategori “Projecting” di BAHAGIAN 8: PROJECTING.
(Aku akan cerita kejap lagi bagaimana ini saling berkait & bukti dengan apa yang aku lalui di BAHAGIAN 7 MAJOR BIGGEST RED FLAG)
BAHAGIAN 6 : NARRATIVE-CONTROLLER & POSESSIVE
Seterusnya kita pergi ke asal usul bagaimana aku kenal dengan si polan ni
Mula2 dulu aku selalu look up dengan dia. Selalu tanya nasihat. Dia jenis sangat memahami & pandai menenangkan aku.
Dan akhirnya semua benda tu backfired aku semula. Diri aku dulu, tak sedar semua ni kerana itu semua amat menenangkan (iya lah, siapa tak gembira ada yang betul2 "prihatin & sayang" diri ni.)
Tapi bila aku dah menjauhkan diri & dah "cut off" orang toxic ni, aku baru tersedar selama ni aku asyik hadap ayat2 seakan2 ni:
l "aku sorang je paling faham kau macam mana."
l "aku faham, sebab aku tahu kau macam mana."
l "betul lah, kau kan memang macam tu"
l "apa2 boleh share dengan aku, kau boleh percaya aku"
Dan akhirnya (detik sebelum aku cut off beliau) dia mula berbunyi/bertindak seakan aku ni kepunyaan miliknya. Kenapa pula? Sebab baginya, dalam dunia ni, hanya dia seorang sahaja yang kenal & tahu pasal aku.
Ini detik awal aku perasan dia mula buat perkara ni:
Ada sekali tu, aku beli cermin mata baru (share di status). Dan macam biasa, dia reply. Di mana aku bercerita, staff kedai cermin mata itu kata power mata kanan sebelah aku ni lagi tinggi sebab aku suka mengiring ke kanan. Dan nak tahu apa yang si polan ni reply?
"betul lah tu, memang kau dari dulu ada habit macam tu".
Aku pun dah macam jem. Kalau dimaksudkan "dulu", tu dah dalam 3 tahun lepas. Aku pun tak ingat/sedar. Inikan pulak dia? Sebab apa yang aku lalui (habit mengiring) tu baru je berlaku. Sebab tu aku baru pergi tukar cermin mata. Faham tak?
Kalau ikut logic si polan, aku mesti dah lama tukar cermin & cakna power sebelah lagi tinggi. Memang logic & narrative dekat situ sangat2 tak kena.
Kat sinilah dia mula buatkan aku rasa & sedar yang dia lagi kenal aku, dari aku kenal diri aku sendiri. Walhal aku yang jalani kehidupan aku, bukan dia.
Creepy kan?
BAHAGIAN 7 : MAJOR BIGGEST RED FLAG (GUILT TRIP + CROSS BOUNDARY + POSESSIVE)
Mungkin ada sebab mengapa segelintir orang berkata buat baik berpada2.
Kerana apabila buat baik tahap malaikat selalu, risau manusia "biasa" ni tak balas balik level kemalaikat tu, akan rasa sakit hati & tak adil.
Reminder buat kita semua, sentiasa letakkan harapan penuh hanya pada Allah. Jangan letak harapan dekat manusia. Manusia tu bukan Tuhan.
Lagi sekali, tak semua benda kita mampu nak tolong/bantu. Sebab setiap perkara ada batasan. Ada limit. Sampai ada satu peristiwa yang aku rasa sangat terkejut & menjadi faktor utama aku mula jauhkan diri dan akhirnya buat keputusan "cut-off" si polan ni.
Al kisah, antara topik kegemaran si polan ialah mengenai gaji yang sedikit. Sebelum itu aku dah pernah bagi suggestion untuk dia jadi agent atau dropship. Juga kerap kali aku menyuruhnya untuk tukar kerja.
Kenapa? Kerana si polan pernah bercerita dirinya dipergunakan banyak kali oleh staff di sana - iya, aku sudah penat kesian dengan si polan kena lalui semua tu. Tapi dia sendiri yang memilih mahu tetap kerja di situ.
[ Oh ya, aku baru teringat. Pernah dia beritahuku tempat "bandar" yang dia duduki itu susah untuk orang open kerja. Iya, aku percaya bulat2 apa yang dikatakan ketika itu. ]
Kembali semula ke kejadian MAJOR BIGGEST RED FLAG.
Ada sekali itu, dia suruh aku mendoakan dia dinaikkan gaji & tahun baru akan menjadi lebih better buat dirinya.
Aku ketika itu sudah pelik dengan statement diberikan. Kerana bilangan gaji si polan ini based on berapa orang daftar tempat dia bekerja. Kenapa aku tahu? Dia sendiri yang bagitahu aku dulu. Jadi dia cakna statistik bagaimana sambutan orang akan masuk tempat kerja dia. Dia tahu trend macam mana.
Dia pernah cerita yang ada masa sekejap sahaja orang masuk dan keluar semula (aku taknak bagi terlalu specific pasal pekerjaan dia ni). Jadi memang aku boleh rasa agak susah untuk gaji dia naik mencanak jika betul dia hanya mahu bergantung pada pekerjaan itu (seperti yang dia harapkan).
Dan apa yang aku balas? Aku doakan dia untuk dapat kerja yang lebih baik dari ketika itu kerana dia deserve yang lebih baik.
Dan akhirnya.. dia mengeluarkan satu jenaka:
"pindah duduk dengan kau lah HAHAHA"
Aku boleh cakap, memang terus berubah 360° persepsi aku dekat dia. Aku time ni dah tak selesa gila. Tapi aku fikir, melawak je kot dia ni.
Aku pun melawak balik : risau nanti ada family yang menangis bila kau dekat selangor pulak.
Sekali nak tahu apa yang si polan ni reply?
"Takdalah.. memang katanya nak aku dekat sana. Katanya nak aku berdikari".
Ya, dari lawak bertukar ke statement. Sekali lagi, statement.
Memang aku dah tak kenal member aku ni siapa waktu tu. Dan ingat lagi bagaimana dia ada kata rumahnya terbuka untuk aku? Iya. Inilah kaitannya dan terbukti apa yang aku rasakan betul. Secara tak langsung dia projecting ketika itu.
Dari sini aku mula menjauhkan diri.
Aku ingat aku ok selepas kejadian tu. Namun lama-kelamaan, hakikatnya aku tidak ok kerana apa yang aku lalui itu TIDAK NORMAL. Sangat toxic. Sangat melebihi batasan. No one ever deserve that horrible experience, ever.
BAHAGIAN 8 : PROJECTING & MIRRORING/FOMO
Ada beberapa kali aku mention di atas pasal projecting kan? Inilah maksud projecting tu:
Projection happens when someone unconsciously attributes their thoughts, feelings, or behaviors to another person.
For example, your partner may feel jealous in your relationship but may accuse you of being jealous. In this example, your partner is projecting their jealousy onto you.
PROJECTING - Contoh sebenar:
Aku dulu suka berkongsi gambar aesthetic di whatsapp status. Macam ini:
Aku post sebab aku suka design & aesthetic vibe.
Dan macam biasa, si polan reply status aku. Tapi kalini.. dia reply macam ni:
"Satu hari nanti kita kena beli sama2"
Aku pun macam ???. Tapi aku layan je lah tanya dia nak mana. Dia cakap dia tak kisah mana2. Si polan siap cakap cincin tu jual dekat pandora lagi. Aku pun taktahu ada jual situ.
End up, dia cakap dekat aku:
"(so diri ni) kena kerja kuat lagi nak beli.."
Aku pun macam, ???. Like, kenapa kena beritahu aku? Waktu tu serius tak selesa. Kalau tengok betul-betul dia macam nak control aku punya decision nak beli apa & dah mula sentuh pasal future aku.
And dia pun kena ada sekali dalam decision tu, kan?
MIRRORING - Contoh sebenar:
Ada sekali tu aku pernah cakap nak jual koleksi aku as preloved. Then si polan ni kata, kalau nak let go koleksi dia jadi preloved, dia tak sampai hati sebab dia sayang sangat2 sebab hasil titik usaha dia.
Aku time ni dah jem sebab 1) aku tak minta pun koleksi dia dan 2) tak suruh pun dia buat. 3) Why cakap benda sedih bila orang tengah plan nak buat sesuatu? Ruin the moment? Kan?
And guess what. Hujung tu, dia boleh cakap dekat aku, kalau aku nak buat preloved tu, bagitahu dia, dia nak join sekali.
Aku macam ???. Baru je tadi dia tunjukkan emosi dia yang dia tak sanggup nak jual? Jadi kenapa kena ikut aku?
FOMO - Contoh sebenar :
Aku ada plan nak preorder satu benda ni dan dia suruh aku remind dia untuk beli sekali. Akhirnya bila tarikh preorder buka, aku excited bagitahu dia. And guess what? Dia tak boleh preorder.
Aku pun ada masa jem kenapa tindakan si polan ni, ada masa sangat kejam dekat diri sendiri. Seakan diri sendiri membina harapan namun bila realiti datang akhirnya diri sendiri yang terluka sebab harapan yang dibina tu.
Dan aku pula yang kena hadap rasa serba salah & serba tak kena sebab aku dapat miliki sesuatu yang aku sendiri nakkan tu. Manakala dia pula tak dapat. Dah satu hal ibarat aku menayang benda yang dia nak, depan mata dia, tapi dia tak dapat beli.
Juga, lepas kes cincin tu aku terus tak share status dengan dia.
BAHAGIAN 9 : OBSESSIVE, GASLIGHT & EMOTIONAL BLACKMAIL
Dan hanya bertahan selama berbelas hari, si polan ni mula tanya khabar aku dan mention mengenai lama tak nampak status. Bila aku jawab sihat, dia masih tekankan pasal status aku tu.
Akhirnya, kat situ je aku meremang. Sedar bahawa mata si polan ni sentiasa memerhati apa aku buat & kehidupan yang aku lalui.
Bila aku cakap aku "busy" je baru dia terima. Di mana aku ke point seterusnya. Seorang obsessive.
Sejak dari tu, aku terus kurangkan perkongsian aku di mana2 social media.
Fast forward, setelah fikir panjang, aku decide untuk bagi karangan panjang buat si polan mengenai lawak pindah yang dilakukan. Ala2 "reality fact" untuk kebaikan dia sendiri sebelum aku terus jauhkan diri. Apa yang aku katakan semuanya kenyataan yang berpijak di dunia nyata dan aku sehabis baik untuk guna ayat yang tidak menyakitkan hati (sopan).
GASLIGHT - Contoh sebenar
Ada moment di mana dia cuba kata aku silap walhal memory dia yang salah (pasal tarikh dia buat lawak tu). Dia cuba buat aku ikut naratif dia, sebab kalau ya, aku yang akan nampak salah & dia betul. Tapi itu bukan hakikat yang berlaku. Lepas aku cakap tarikh betul + bukti, baru dia admit dia lupa.
Aku juga sentuh mengenai "guilt trip" yang dia lakukan, jika kerap buat, orang akan jauhkan diri daripada dia. Dan dia berjanji takkan buat lagi. Long story short, di saat akhir, kami saling minta maaf & memaafi.
EMOTIONAL BLACKMAIL - Contoh sebenar
Tapi sempat juga diri aku kena emotional blackmail dengan si polan sebelum perbualan kami itu tamat.
"Kawan kau tengah tunggu inalillah je ni"
Ya, aku terima ni.
- apa itu emotional blackmail?
It’s a form of manipulation where someone pressures you to do something by triggering your guilt, fear, or obligation, often by making threats, veiled warnings, or emotionally manipulative statements to control your actions.
Dari situ aku remove dia dari friend, dari follower & buang nombor dia.
Dan aku mula rajin deactivate social media aku. Hilang dari internet ha gituu.
Sampailah dalam beberapa bulan tu, si polan cari aku.
Dan dekat sini dia banyak beri luahan panjang. Nak diringkaskan, dia memilih untuk MELIHAT DENGAN MATA TERTUTUP. Walhal aku dah pun remove follower & friend. Ada masa aku block nombor sekali, tapi ada juga dia cuba untuk reach aku. Iya, aku terpaksa unblock untuk chat dengan dia.
POSESSIVE - Contoh sebenar
Aku masih ingat lagi, ada aku aku suruh dia jangan fikir pasal hal aku dah (ketika itu).
Tapi si polan jawab:
"Tak salah pun kalau aku nak nak kisah pasal kau"
Fuhh waktu tu memang hanya Allah saja tahu perasaan aku macam mana. Kesabaran aku memang di tahap tinggi aku boleh kata.
GUILT TRIP - Contoh sebenar
Aku bagi gambaran dekat korang apa yang si polan bagitahu aku lagi time tu:
"Family aku pun ada tanya juga pasal kau, tapi itula... aku pun taktahu nak jawab macam mana keadaan kau dengan aku sekarang ni..."
Nampak lebih clear sekarang? Walhal time tu aku dah remove dari follower & friends. Siap pernah block whatsapp lagi. Kalau perasan, perbuatan guilt trip ni sangat2 halus. Siapa yang mudah kesian, memang sekejap je akan rasa bersalah & terus ikut flow apa yang orang toxic tu nak berlaku. Walhal diri ni dah taknak.
Aku perasan waktu tu, banyak kali dia cakap dia faham aku. Tapi tindakan dia sangat kontra dengan apa yang dia cakapkan tu. Lagi memaksa adalah. Ini pun diikutkan emotion manipulation sebab mulut cakap ya tapi tindakan cakap tidak. Rasa drain kan bila hadap macam ni?
Dipendekkan cerita, memang aku terima terlalu banyak guilt trips dari chat tu. Membuatkan aku terfikir, sah dia tak faham point aku pasal guilt trips sebelum ni.
POSESSIVE - Contoh sebenar
Serta bagaimana dia beri nasihat dekat aku, untuk jangan sorang2, jangan pendam & boleh luahkan dekat orang yang aku percaya macam mak aku, kawan2 lain ataupun DIA SENDIRI. Ya, the audacity untuk selitkan diri dia selepas apa yang aku lalui..
EMOTIONAL BLACKMAIL 2 - Contoh sebenar
Juga dia katakan dekat aku:
“apa pun layanan kau buat dekat aku, aku tetap akan anggap kau sebagai kenalan aku sampai aku mati.”
Ya, aku terima ni.
Setelah berbulan-bulan berlalu~
Si polan hantar screenshot tiktok (text sweet reminder selalu orang hantar dekat member tu). Aku akhirnya give up dan kena berlaku direct untuk suruh dia berhenti chat aku. Jadi aku pun cakap macam ni,
Aku: Terima kasih untuk peringatannya, tapi tolong beri aku ruang dengan berhenti chat aku lepasni.
Dan dia reply:
“Insya-Allah lama dah bagi ruang weh. Ni sebab aku teringatkan kau. Itu je.”
Ya. Dia reply tu. Kat sini nampak macam kita pula yang suruh dia tunggu kan? Tapi tiada siapa yang suruh? Dengan the fact aku dah remove follower/friend berbulan2 korang rasa? Kat sini memang nampak si polan ni jenis tak faham bahasa.
Esok tu aku terus amik keputusan untuk BLOCK si polan semua tempat.
BAHAGIAN 10 : ONLINE STALKING, MIMIC
Fast forward~
Ingat lagi yang aku dah stop sharing update aku, siap deactivate bagai?
(Sebab waktu tu aku taknak apa2 info pasal aku, dapat diketahui oleh si polan ni)
Basically, aku pakai IG lain dengan username baru (ex: @harumbunga). Memang hidup aku tenang & happy dapat ekspres diri dekat situ sorang2 selama berbulan2.
Al kisah nak dijadikan cerita.. ada sekali tu aku open status semula (si polan memang tak termasuk), aku share bisnes card & ada nombor baru aku dekat situ. Dan aku terlupa. Nombor baru aku tu ada telegram. Username tele aku ialah @harumbunga. And guess what? Aku tak pasti macam mana tapi si polan ni boleh dapat nombor baru ni, check tele and terus lead dapat tengok IG kedua aku @harumbunga.
Hanya Allah saja yang tahu apa aku rasa time tu. Perasaan aku seperti “tertangkap”. Dari mood nak enjoy sorang2, terus rasa tak enjoy. Rasa enjoy tu dirampas ya time tu just incase for those yang wonder (:
ONLINE STALKING - Apa yang mereka tengok?
Walaupun IG tu private, tapi masih boleh tengok jumlah list following list aku tu naik & turun. And sangat tak selesa rasa diperhati. End up aku terus tak pakai IG tu & activate IG personal balik.
Next~
Disebabkan aku mula teringin nak cari kawan international, aku download app sahabat pena, penpal bernama ‘Slowly’ balik. Ikutkan si polan ni pernah guna app ni dulu sebab aku pernah share dengan dia. Jadi aku pun delete account lama & guna account baru.
Dekat situ aku bebas jadi diri aku. Aku senaraikan benda yang aku suka dekat profile aku (publicly) apa benda yang aku tengah buat. Alhamdulillah aku dapat dalam 3 orang kawan international time tu hehe.
Tapi sekejap sahaja "happy" aku tu bertahan. Aku taktahu macam mana si polan ni boleh ingat app tu & dia guna app tu semula.
Aku boleh kata si polan ni dah tahu "template" atau "style" aku behave dekat internet since aku jenis express diri kaw2 dulu. Sekejap je dia jumpa acc aku tu. (Tambah pula aku letak lokasi Malaysia, dia pun senang je nak tapis).
Segala benda yang aku sembunyikan daripada dia time tu, memang habis londeh. Hanya Allah saja yang tahu perasaan aku macam mana. Bayangkan benda berbulan2 aku cuba sembunyi daripada dia, benda2 yang aku suka, happy, enjoy sorang2, dia dapat tahu sekelip mata?
ONLINE STALKING - Apa yang mereka suka?
Juga dekat bio penpal app tu boleh nampak "last seen" orang tu tau. And benda ni untuk orang obsess/stalker IS A WIN.
Creepy kan?
MIMIC - Cerita sebenar:
Dan bukan itu sahaja ya terjadi dekat app tu.
Si polan ada hantar surat dekat aku. And the best part is dia mimic identiti aku & hantar surat nak jadi kawan aku.
l Highlight Profile dia
-tudung avatar dia warna hijau gelap (warna fav aku)
-username dia ada perkataan writer (sebab aku minat menulis)
-username dia ada perkataan night (maksud nama aku ialah malam - aku pernah share dekat status dulu & dia boleh ingat ya)
l Highlight surat dia
-mention dia suka (sekian). Then ada ayat dia tu, amik dari ayat yang aku pernah share dekat status2 lama. (Yes dia boleh ingat )
-mention dia tak suka makan sayur (sebab waktu kitorang rapat, dia tahu aku tak makan sayur).
Yes, dia cuba nak relate as much as can sebab nak masuk life aku semula tapi kalini dengan identiti lain , identiti yang iras aku)
Hanya Allah saja tahu perasaan aku macam mana...
Tak lama lepastu aku delete account Penpal aku tu. Ya aku delete. Bila baca balik sedihkan. Kesian dekat diri aku yang dulu. Aku doakan yang tengah baca ni takkan sesekali hadap apa yang aku hadap ni. Because no one ever deserve this awful & terrible experience, ever. Titik.
BAHAGIAN 11 : COPY IDENTITY
COPY STYLE - Cerita sebenar
Tak lama lepastu, ada sekali yang buatkan aku terkejut, aku terbuka whatsapp dia (sebab aku nak block no kedua aku tapi ter-open guna no pertama). Boleh pula aku nampak profile pic dia. Time ni memang luruh jantung aku sebab dia COPY STYLE & CARA AKU AMBIL SELFIE.
OBSESSIVE TAHAP BOLEH PREDICT - Cerita sebenar
Agak bunyi gila & psycho kan? Tapi inilah hakikat dia. Dia tahu cara pemikiran aku melalui sharing status aku (ayat2, gambar & selfie). Sampai tahap boleh PREDICT apa aku akan buat. Contohnya amik gambar.
Ada satu gambar selfie lama yang aku tak pernah share dengan siapa2. Tapi selfie dia tu SEBIJIK macam aku tu. Dia copy style aku, cara aku behave, amik gambar.
Hanya Allah saja yang tahu perasaan aku time tu. Aku rasa benda ni yang paling teruk sekali lah untuk buat dekat seseorang sebab dah sentuh prinsip orang.
DIA SENDIRI TAHU AKU SEORANG YANG BERPRINSIP UNIK/JADI DIRI SENDIRI.
Tapi dia COPY AKU dan NAK AKU NAMPAK.
Korang fikir2kan lah apa "goal" dia bila dia buat benda ni.
Also masa tu nak dekat konvo tau. Bayangkan dari rasa macam apa, aku kena cepat2 jadi gembira sebab hari konvo tu ada live recording waktu naik pentas tu. (Fuh bila aku baca balik part ni serius aku tabik diri aku yang lama).
Satu lagi kebenaran yang perit pasal dia copy aku tu ialah... Aku dulu pernah tolong si polan ni bagi nasihat pasal cari identiti sendiri, dengan menggunakan kelemahan aku (vulnerabilities) sebagai contoh.
Ya sampai tahap macam tu. Sebab kami rapat + aku percaya dia dulu. Tapi tengoklah apa jadi,
End up.. dia pilih jalan mudah.
dengan copy and paste aku.
Di mana kita pergi ke point seterusnya,
BAHAGIAN 12 : PARASITE / LEECH (LINTAH) , JENIS ADMIRATION & PUT ON PEDESTAL (MENGAGUNGKAN)
Bila aku buat rujukan lebih mendalam pasal jenis orang toxic, rupanya sentengah orang ni dia jenis suka ambil shortcut atau jalan pintas.
Seorang parasite / leech (lintah).
l Untuk kes aku, si polan ni lebih jenis macam yang akan menghinggap dekat kita, nak ikut kita ke mana sahaja dengan mudah. Dan bergantung berharap pada kita (the host) to the core. Dia akan sentiasa "mengambil" daripada kita.
Ikutkan.. sebenarnya aku lambat sedar. Memang dari dahulu lagi dia jenis macam ni. Cuma dulu aku abaikan.
Juga apa yang aku boleh simpulkan.. daripada perasaan "admire" atau "inspired" sahaja, ia boleh buatkan orang toxic sampai ke tahap ni.
Kenapa aku kata macam tu?
DUA JENIS ADMIRATION
l Satu - memang admire orang and faham belakang tabir orang tu (fikir pasal liku2 & empati dengan orang tu). Belajar daripada mereka & guna untuk improve diri sendiri dengan cara sendiri.
Contoh general inner monologue: "Aku admire dia sebab aku nampak usaha dan jatuh bangun dia. Susah dia pun ada, bukan senang je. Dari cerita dia, aku boleh belajar sesuatu untuk hidup aku sendiri."
l Kedua - jenis admire hanya tengok luaran (external & tak pandang liku2 orang tu). Hanya tengok apa orang tu ada dari segi luaran contoh: jumlah followers, likes dll. Tak pandang orang tu sebagai ‘manusia’. Boleh jadi pandang orang tu sebagai "alat". Contoh alat untuk rasa diri tu berjaya/complete.
Contoh general inner monologue: "Aku admire dia sebab semua orang follow dia. Banyak likes, ramai puji & suka dia. Kalau aku tiru cara dia, orang akan suka aku juga."
Bezanya: yang pertama akan membina kita, manakala yang kedua akan menipu kita.
Aku waktu dapat tahu pasal ni memang rasa ia summarize apa yang aku hadapi : “now everything make sense”.
Jadi aku amat bersimpati dengan influencer or orang femes dekat luar sana yang fans tak pandang sangat dorang as manusia biasa. Majoriti mengagungkan sampai tahap bila buat salah, tak boleh terima. Ya, inilah jenis admiration yang kedua. Terlalu letak dekat level atas, lebihkan dari segalanya.
BAHAGIAN 13 : ATTEMPT REQUEST TO FOLLOW/ADD
ACCOUNT PALSU - Cerita sebenar
Perihal terkini, last aku perasan ada beberapa account palsu (shopee affiliate la, dropship/agent la) yang hantar request dekat twitter aku. Yang lawaknya, siap ada link whatsapp ya hahaha. Aku terdetik nak tekan, sekali guys, link whatsapp tu error. Korang rasa? (;
GUNA FB ACC IBU - Cerita sebenar
Juga "ibu" si polan ada hantar friend request di FB aku.
Ya.
Speechless kan?
Aku pun jem guys time tu.
PUNCA TRIGGER
Benda2 ni berlaku selepas aku tukar gambar profile pic ke selfie muka aku (since selama ni aku private - aku banyak guna gambar cartoon as profile pic aku).
Aku assume bila aku ada ubah apa2 dekat profile aku header ke profile pic ke, benda ni macam trigger si polan ni. (since technically itu je yang dia boleh tengok). Wallahualam. Jika benar, aku redha sajalah dan serah kepada Allah selebihnya.
So yeah, itu sahaja perkongsian aku kalini. Panjang kan? Hahaha. Semua ni aku dah tapis sebaik mungkin. Make sure semua berhati2 dengan orang red flag & toxic dekat luar sana. Macam kes aku, orang yang aku rapat (dulu).
Korang doakan lah aku sentiasa baik2 & sentiasa dalam lindungan Allah selalu. Aku pun akan doakan benda sama buat korang. Semoga kita sama2 dijauhi orang2 yang toxic dalam kehidupan ni aamiin.
Jadi aku akhiri dengan moral of the story entri kalini,
BAHAGIAN 14 : MORAL OF THE STORY:
1. Kenal diri sendiri dulu sebelum kenal orang lain
2. Faham diri sendiri dulu sebelum faham orang lain.
3. Bantu diri sendiri dulu sebelum bantu orang lain.
4. Hormat diri sendiri dulu sebelum hormat orang lain.
5. Prihatin dekat diri sendiri dulu sebelum prihatin dekat orang lain.
6. Cari diri sendiri dulu sebelum cari orang lain.
BAHAGIAN 15 : PESANAN DARIPADA AKU:
(kepada sesiapa yang mungkin tak sedar perlu dengar ni selama ni)
l Sampai bila nak tipu diri?
l Sampai bila nak lari daripada diri sendiri?
Dan itu sahajalah kisah aku kalini. Mana yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu datang dari diri ini. Aku tulis entri ni dalam beberapa hari je, nanti aku betulkan balik mana part yang tak ok. Juga banyak lagi ikutkan aku nak kena explore bab psychology ni & nak tambah/correctkan pengetahuan yang sedia ada.
Hingga kita bertemu di entri akan datang insya-Allah. Jaga diri semua! ((=
✉︎ Kepada diri aku yang dulu (old me): I'm sorry for taking a long time to stand up for both of ourselves. This one is for you. Thank you for staying strong and be tough during our old darkest times. Apa yang orang lain rasa/beban itu milik mereka sendiri dan bukan milik kita. Semoga pengajaran ini mengajar kita lebih matang bahawa: kita tak boleh tolong ubah orang yang taknak berubah.
Kepada si polan: aku harap si polan dapat jumpa kebahagiaan sendiri tanpa perlukan "aku" dalam hidup dia dan tanpa "aku" dalam identiti dia. Selebihnya aku serah kepada Allah kerana Allah lebih Maha Mengetahui.
Kepada yang lain pula: renung-renungkanlah.

Dengan ini, pada 11/9/2025, aku tutup cerita berkenaan si polan ini.
Sekian.
Nisha
-TAMAT-
Ulasan
Catat Ulasan
Halu orang di situ~ Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di entri blog ni ^^ nah mini love kita bagi *letak emoji mini love*