Selamat datang!
Hadiah Bintang Jatuh, blog yang diwujudkan oleh seorang gadis manis (ecehhh manis lah sangat hahaha) yang mempunyai hobi mengarang serta seorang alumni library student. Insya-Allah, saya akan menceritakan pengalaman, tips, nasihat, giveaway entry dan lain-lain. So, enjoy your visit here! Jangan lupa tinggalkan jejak dalam CBOX. Nanti bolehlah saya blogwalking semula (;
NAK TAHU LEBIH LANJUT?
Klik sini
  • 1
    BELAJAR
    Pengalaman belajar diploma & degree saya dalam bidang pengurusan perpustakaan ♡
    Klik sini
  • 2
    ULASAN
    Antara review buku yang saya dah baca ♡
    Klik sini
  • 3
    PERKONGSIAN
    Pengalaman saya pergi ke tempat-tempat menarik seperti ke pesta buku ♡
    Klik sini

Pengalaman ambil kos Pengurusan Perpustakaan / Library Management (Dip sem 2) + Nasihat



Bismillah.. Assalammualaikum warga blogger~! Semua dah makan ke tuuu. Ke tengah berpuasa? Hehe. Yang tak puasa tu jangan skip makan tauu. Makan on time selalu okey?? Since semua dah tahu aku ni student diploma program pengurusan perpustakaan (IM120).. *errr ada yang ingat lagi ke? Ke sebelum ni tak perasan? Sebelum ni aku pernah update entri mengenai pengalaman aku untuk diploma pengurusan perpustakaan semester 1 di UiTM Kedah* Haaa. Harini aku nak sambung dengan entri mengenai semester 2 pulak. Kepada yang nak tahu lebih lanjut mengenai program ni (daripada awal) boleh usya entri aku sebelum ni >SINI<.

Bila fikirkan semula.. cepat betul masa berlalu. Hari demi hari, alhamdulillah aku dah sampai ke semester akhir dan insyaAllah selamat tamat semester ni.  Actually bukan aku taknak terus update pasal semester 2, 3, dan 4 sebelum-sebelum ni. Cuma waktu tu memang agak sibuk sikit. Huhu. 

Sebelum tu, aku nak ingatkan semula segala apa yang aku tulis ni dari aku sendiri dan berdasarkan pengalaman aku ya. Mungkin batch aku yang lain ada lagi pengalaman yang lebih menarik dan tak sama  macam aku. Tau tauuuuu. Segala yang baik itu datang daripada Allah dan segala kekurangan itu datangnya daripada diri aku sendiri.
Baiklah. Jom kita start.



Ini senarai kursus untuk IM120 semester kedua,

  • CTU151 Islamic Thought & Civilization
  • ELC151 Integrated Language Skills: Reading
  • HBU121 Co-curiculum II
  • IMD124 Access to Information
  • IMD205 Multimedia For Information Presentation
  • IMD213 Organization Of Information 
  • IMD214 Electronic Publishing
  • IMD221 Social Media Literacy
  • IML154 Fundamental of Library Management

Baiklah. Kepada yang taktahu lagi, CTU (ibarat macam pendidikan Islam), ELC (Bahasa Inggeris) dan HBU (Kokurikulum) ni wajib amik untuk setiap program. Tak kisahlah korang amik program bisnes ke, program Art and Design ke, semua student wajib amik ni. Semua kena berkawad dekat padang. Jadi, macam biasa.. aku akan skip yang ni sebab aku rasa korang boleh dapatkan gambaran yang ni macam mana dari entri pertama aku dulu. Sebab aku ingat nak fokus lebih dekat kursus-kursus IM120 semester 2 ja.


  • IMD124
Untuk IMD124 ni bagi aku antara subjek yang memperkenalkan kita dengan syarikat atau organisasi yang berkait rapat dengan maklumat atau perpustakaan. Jadi, student akan belajar pasal visi, misi, objektif dan fahamkan konsep sesebuah organisasi tu. Kursus ni bagi aku mudah untuk yang mudah menghafal sebab memang korang kena faham betul-betul setiap fungsi organisasi-organisasi tu. Segala sejarah agensi tu korang kena amik tahu sebab ia agak general.

Nasihat aku untuk kursus ni, sila fokus dan fahamkan apa yang pensyarah terangkan dekat depan okay. Jangan nak termenung sebab nanti jadi macam aku. Bukan apa, kalau korang dari awal dah khusyuk dengar lecturer bercerita pasal sesebuah organisasi tu mesti at least korang akan faham the basic. Kalau korang termenung, memang bai bai lah. Lepas habis kuliah korang kena baca balik nota-nota tu untuk fahamkan sendiri. Nota pun banyak tau. *Satgi kena buat research ke, haaa taktahuuu haha* Kepada yang mudah nak faham tu takpa. Ini kepada yang jenis kena dengar orang mengajar baru boleh faham. Lagi sekali aku nak tekankan sila fokus untuk kelas ni okay.


  • IMD205
IMD205 ni pulak bagi aku best sebab korang belajar basic nak buat multimedia. Pensyarah akan ajar step by step menggunakan Macromedia dan SoundWave (waktu batch aku la) jadi make sure dah download siap-siap. Cara nak buat bola melantun. Gerak ke sana ke sini, ke sana ke sini *letak lagu yang remix tu lepastu goyang kepala sikit* ehh. XD

Nasihat aku untuk kursus ni pulak ermm.. kena fokus jugak dan ingat steps cara nak buat. Bagi aku mudah ja nak faham. Lagipun ada coding sikit. Part coding ni pun bagi aku boleh faham sebab guna simple english ja dan tak complicated sangat. Segala peringatan atau warning pensyarah untuk coding atau namakan file, silalah ingat. Kalau lecturer kata, jangan guna huruf besar waktu namakan file, sila ikut. Kalau tak, nanti tak menjadi apa yang korang buat tu. Untuk projek kursus ni korang kena be creative dan cari topik yang menarik untuk buat satu multimedia bagi sampaikan maklumat topik tu. Okeyy. Insya-Allah boleh punya. Keep asking okey. Tanya je lecturer tu kalau tak faham. Jangan malu-malu kucing pulak. Takpun refer senior kot-kot boleh membantu. Oriteee?



  • IMD213

IMD213 ni pulak agak banyak benda basic yang pensyarah akan sampaikan mengenai Catalog, AACR2, dan lain-lain yang berkait rapat cara nak manage sesuatu maklumat tu. Memang akan ada banyak penerangan yang pensyarah bagi. (Dah namanya perkara asas kan). Kursus ni boleh aku kata antara kursus yang aku menyesal tak fahamkan dari awal 100%. Waktu semester 3 barulah aku boleh faham sehingga semester 4. Kepada yang nak belajar masuk semester dua ni TOLONG SANGAT-SANGAT fahamkan apa yang lecturer ajar.

Nasihat aku ialah make sure catat segala apa yang pensyarah korang sampaikan tu dan TANYA kalau tak faham. TANYA DARI AWAL. Okeyyy? Benda ni benda yang korang kena fahamkan waktu semester 2 sebab akan dibawa sehingga semester 3 dan 4. Akan ada beberapa MAKLUMAT  ASAS yang korang WAJIB HAFAL macam ISBD 8 areas tu. Ada lagi tapi yang lain korang kena tunggu apa yang pensyarah nak ajar. Tak suprise lah nanti.. kan kan.. muehehehe. Goodluck okey. Sekali lagi, basic kena strong jadi tumpukan perhatian. Benda ni lah yang asas untuk seorang pelajar library & information kena tahu. Okeyy. Insya-Allah boleh tu. Jangan giveup. Aja aja fighting!!



  • IMD214
Kursus ini actually fun sangat-sangat sebab korang dapat belajar cara nak buat editing guna Photoshop&Illustrator serta electronic publishing menggunakan AdobeIndesign macam e-magazine, e-book dan lain-lain. Nanti akan ada project jadi kena pilih topik yang best-best dan be creative okeyy.

Nasihat aku, make sure segala software ni kena ada dalam laptop. Laptop kena support software ni. Jangan hang waktu buat projek sudah. Tanya senior dorang pakai laptop apa atau tauke kedai komputer tu sesuai ke tak nak pakai software-software ni. Bukan 3 software je ye. Ada lagi 2 software untuk IMD205. Pastikan laptop korang betul-betul support. Lepastu tanya senior, dekat mana nak download software ni.

Bagi aku, kursus ni serius best. Kalau korang memahami isi kandungan silibus subjek ni, macam-macam korang boleh buat lepas dah faham basic steps. Dapat edit dengan mudah, boleh lukis vector (ala-ala drawing style dalam buku cerita kanak-kanak tuuu), buat magazine atau e-book sendiri.. Dan lain-lain. Serius tak rugi.

Ni kepada yang minat kpop lepas-lepas belajar buat e-magazine dah boleh publish magazine kpop korang sendiri. Buatlah worldwide atau amik comission untuk fandom. Mesti gempak haha. Yang terakhir, tolonglah ikut apa kata lecturer. Kalau lecturer suruh jangan right click, jangan buat. Kalau nak copy paste tu sila tekan ctrl+c dan ctrl+v. Okey?

Nasihat kedua aku kepada yang jenis jarang guna laptop atau tak pernah langsung guna Adobe Photoshop… Please jangan giveup. Slow-slow buat. Ingat yang kita belajar ni ilmu yang kita BOLEH GUNAKAN di masa akan datang. Jangan ingat tak minat edit main buat halai balai je. Sedih tau kalau macam ni. Effort kena ada untuk setiap usaha demi mendapatkan ilmu. Manalah tahu nanti satu hari benda ni berguna. Even sekarang telefon dah boleh edit macam-macam, for me Photoshop is the best. Orang yang hebat serta pro dekat luar sana macam animator, photographer, editor, pun pakai tau. Kalau dah rasa sendu sangat nak faham, tanya classmate yang faham atau senior. Jangan nak malu-malu kucing pulak satgi aku hempuk dengan selipar jepun huhu. Dekat uni ni kena biasakan diri bergaul dan belajar softskill. Okey yang ni aku sambung dekat entri lain mengenai softskill di universiti.


  • IMD221

IMD221 ni pulak lebih ke social media. Semua ada sosial media masing-masing kan? *semua angguk* Haaa jadi, yang ini aku pasti korang boleh buat haha. No worries okeyy. Yang ini aku tak bagi penerangan banyak sangat kut sebab aku pasti korang boleh hehe. Kena tahu fungsi setiap social media tu.. Kelebihan dan kekurangan dan lain-lain. Okeyyy. Hehe

  • IML154
IML154, kursus yang aku suka sangat-sangat sebab kursus ni yang buatkan kita faham macam mana library tu berfungsi dan tugasan setiap department. Iye guys. Jangan ingat library ni tak banyak department. Aku pasti ramai yang ingat department dekat library ni setakat yang dekat kaunter tu je. Haha. Actually banyak hokeyyy. *asal bunyi sengau pulak ni errr* Sebab library atau perpustakaan ni pun sebuah organisasi. Nanti dekat sini korang akan lebih faham apa itu library dan fungsi dalaman. Bagi aku kursus ni best sebab belajar dengan lebih mendalam mengenai library tu sendiri. Soooo have fun! Yang paling aku suka waktu batch aku kena create library sendiri jadi memang best muehehe.

Oriteee. Itu sahaja. Sekian daripada aku kalini. Tunggu entri mengenai semester 3 pulak okey.


Tata titi tutu. Goodluck iye adik-adik yang nak masuk semester 2 nanti. Akak doakan korang semua lulus dengan cemerlang serta dijauhkan sifat malas. Aamiin.

Yang ikhlas,
Nisha.


p.s. Untuk maklumat yang lebih mendalam mengenai program ni korang boleh usya link dekat bawah ni okey? ^_^ Ada apa-apa nak tanya terus tanya pihak UiTM hehe.

BROCHURE FACULTY OF INFORMATION >SINI<

WEBSITE FACULTY OF INFORMATION >SINI<

SAMBUNGAN : >SEM 3<

Ulasan

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. sebenarnya tak pernah dengar pun ada kos ni. Tapi bila dpat org yg kerja library bahagian pemuliharaan baru tau. Heee~

    BalasPadam
  3. @aienienka Hehehe. Terima kasih ya kerana sudi meluangkan masa untuk baca entri Nisha ^^ Wahh best tu kerja bahagian tu *_*

    BalasPadam

Catat Ulasan

Halu orang di situ~ Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di entri blog ni ^^ nah mini love kita bagi *letak emoji mini love*