Jumaat, 19 Mei 2017

Header baharu HBJ!

(Header terkini)

vs

(Header sebelum)

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua,
Yay! HBJ dah ada header baru! hihi. Amacam? Okey tak?? Nisha edit header ni tak sampai satu jam. Dalam 45 minit macam tu ja. Aplikasi yang Nisha guna ada tiga.

  • PicsArt
  • Vscocam
  • Phonto

Kesemuanya free dan antara app yang mantop. Sepatutnya Nisha edit guna Photoshop CS4. Tapi entah macam mana Photoshop tu dah tak boleh nak digunakan. Adeh.. Kelam kabutlah juga download app PicsArt. Yang Phonto & Vscocam memang dah ada dalam phone. Alhamdulillah, menjadi haha. Jangan terkejut kalau Nisha kata Nisha lukis dulu gambaran header kat atas kertas sebelum mula edit. >.< Alah, Nisha percaya ramai lagi kat luar sana buat macam tu ye dak? Lagi-lagi yang memang jenis buat kerja teliti dan kemas. *eh terpuji diri sendiri pulak =P*


Mak Nisha pun ada puji cantik. Pergh, time dia puji tuu dah kembang satu swimming pool~ *erk!* Yelah, mak kita yang puji kan. Selalunya ibu-ibu semua akan cakap benda yang jujur. Tersengih macam kerang busuk je lah Nisha time tu ihihihi >//<


Lepastu ada pulak peristiwa bengong terjadi haha. Time Nisha edit tu memang Nisha buat HD. (High Definition) Memang ikut dia punya width & height. Dengan konfiden lah rasa header baru ni akan muat dalam blog. Last-last dia jadi macam:


Hamek kau! =.= Lepastu bila kita shrink kan dia, dia jadi macam :


Pulak dahh. =_____= Nisha siap buat entry lagi macam mana nak bagi header tu fit dalam blog. Kot kot ada kawan blogger yang boleh bantu kann. Dah lama-lama tu barulah perasan yang headernya tak sama ukuran dengan header yang lama. Nisha pun perbetulkan ukuran dan terus masuk dalam blog.

Tadaaa!! menjadi! haha

Bengong kan? hahaha. Apa-apa pun, harap korang suka dengan header baru ni ^_^

Background dan banner pun Nisha tambah sikit filter VSCO. Ala-ala Tumblr vibe gituuu hoho. Header ja Nisha tambah Fade sikit sebab nak jadikan dia warna kelabu sama dengan border blog. Oh ya, kalau korang perasan, ada ayat dalam header HBJ yang terbaru, Ayatnya berbunyi,

Tersebutlah kisah;
Tergelincirnya sebuah hadiah;
Dari sebutir bintang jatuh;
Di langit malam yang indah.

Maksud pendeknya : Hadiah dari sebutir bintang jatuh (ala-ala wishing star) haaa ada paham?? hehe Baiklah, itu sahaja. Jaga diri! Tata titi tutu~

p.s. Jangan lupa juga untuk baca entri terbaru Nisha iaitu True Horror Story ^____^

Salam sayang,
Nisha

Selasa, 16 Mei 2017

Selamat Hari Guru!


Selamat hari guru ! Yeay yeay ~ :D Tadi Nisha ada bagi dua hadiah kepada dua orang guru tercinta di sekolah. Korang ada bagi tak? Atau tak sempat? Walaupun kitorang ada ujian tadi but still Nisha gah kan diri untuk bagi hadiah ni. Study pun cukup-cukup makan huhu. Nasib baiklah kedua-dua guru ada di bilik guru. Jadi, senanglah Nisha cari mereka tadi.


Sejak dari darjah satu sampailah form 5. Banyak guru yang dah ajar Nisha. Start from mengeja, mengira sampailah sekarang. Buat karangan, kira itu ini *lagi2 add maths*. Haa semua tu jasa guru tau. Imagine kalau takda guru yang ajar kita eja dan kira. hamek kau. sampai sekarang buta huruf, buta nombor. Ada ja lagi orang macam tu. Jadi, kita perlulah syukur dengan apa yang kita ada dan peroleh sekarang iaitu ilmu.



Ada banyak style guru dalam dunia ni. Ada yang gempak gila *suka bagi kelas bising sebab sporting habess*, ada yang tegas kemain, ada yang pendiam, ada yang mengajar tip top dan berbagai lagi. Tapi yang kita semua tahu mereka ini mempunyai satu tanggungjawab yang sama. Tak kisah lah professor ke, cikgu biasa ke, cikgu praktikal ke.. SEMUANYA akan mendidik dan mencurahkan ilmu kepada anak-anak murid mereka selagi mereka mampu DEMI melihat anak murid mereka berjaya. Sekolah rendah, menengah, agama, kebangsaan dll. Semuanya sama. Amat besar tanggungjawab guru dan juga jasa mereka semua.


So, Nisha ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh guru di Malaysia dan seluruh dunia yang telah berjasa kepada kami semua. You guys are the best! Thank you for everything! tanpa korang, takdalah kami di sini, mendapat kerja yang bagus, mendapat keputusan cemerlang dan seterusnya berjaya.


Nisha akan cuba sedaya upaya untuk dapatkan hasil keputusan SPM yang cemerlang atau sekurang-kurangnya bagus demi membalas jasa guru-guru Nisha yang selama ni dah mengajar Nisha di sekolah.


Susah woo jadi guru. Ingat senang ka? Nak kena hadap murid setiap hari yang TERLAMPAU banyak karenah. Itu satu hal. Lagi satu hal yang paling MENYAKITKAN  nak kena layan dengan pelajar perangai macam syaitonn. Alah, setiap sekolah mesti ada nya pelajar gini. Setiap hari datang lewat, langgar peraturan sekolah, ponteng dan banyak lagi. Imagine jadi guru disiplin. Mahu tak sakit jantung / darah tinggi / stress tengok dorang semua ni? Haaa. Jadi.. hargailah jasa guru kita ya. Sentiasa hormati guru. Ingat naaaa. Baiklah. Itu ja kot. Apa-apa lagi Nisha sambung post. Itupun kalau ada masa laaa haha XD

Sincerely,
Nisha

P.S. Jangan lupa juga untuk baca entri terbaru Nisha iaitu True Horror Story ^____^

Khamis, 11 Mei 2017

Lyssa Faizureen follow Blog HBJ


Assalammualaikum guys! Okay, okay! first of all, AAAAAAAAAA!! LYSSA FAIZUREEN  DAH FOLLOW AKU WOIIIIIII OH MAI GAWD ASDFGHJKL *fangirling (๑˃ᴗ˂)ﻭ*

Pertama, Nisha dapat notice di Shoutbox...

Then....

I was like...

Wait! What's happening???

Nak dekat beberapa minit barulah Nisha TERSEDAR yang one of the top famous bloggers in Malaysia is now FOLLOWING HBJ! ∑(O_O;)


Perasaan dia memang tak boleh nak diungkapkan dalam perkataan! OMYGOD OMYGOD je lah yang terkeluar dari mulut time tu haha. Actually, ni berlaku semalam. Tapi semalam Nisha agak penat tu sebab tunda post pada hari ni. Tadi exam maths macam apa ja soalan dia. (; ̄Д ̄) Maths memang geng dengan Sejarah eh? :v Time dua subjek tu je mesti *hampir* satu kelas tidur. But hey! I wasnt like my classmates! Sorry sikit ehh Nisha team yang mengelamun bila tak dapat jawab B) // err bukan sama je ke tu? // Ah, what ever! ==''

Mari Nisha cerita apa sebenarnya yang berlaku. Pertama, Nisha join satu segmen ni. Segmen >NI< kena cerita pasal benda yang gempak pernah berlaku dalam kehidupan kita. So, Nisha pun join and ceritalah cerita hantu. Dahtu, ingat nak share dekat my fav blogger, Capital L ヽ(・∀・)ノ♡. Nisha tinggalkan jejak dekat shoutout box kata,

Kak Lyssa, jemput baca my new entry pasal cerita seram! Tu pun kalau berani laa hehe :P
(something like this)

Tiba-tiba dalam beberapa jam/minit kemudian dapat notice dekat Cbox from LYSSA. Hamek kau mana tak gelabah. Dia siap kata "follow here" lagi! Time tu dah macam..

KEJAP. Kak Lyssa dah follow blog aku?! Maknanya aku pun kategori femes macam dia lah kan?? *mata bersinar-sinar macam dalam anime  (☆▽☆)*

Okey Nisha, please stop merapu. Maaf tau korang. Sekarang memang tengah excited menaip (≧▽≦) Tu sebab banyak merapu huhu. Jadi, Nisha nak ucapkan terima kasih dekat Kak Lyssa yang manis kerana sudi datang ke blog kelabu laut HBJ ni. hihi  Tak sangka gila yang Kak Lyssa baca mesej Nisha tu , serious touching (つω`*) Thanks again tauu~ cayang kak Lyssa ketat-ketat! mwah3 .


So, lepas sahaja dapat special follow from my lovely blogger ...(ღ˘⌣˘ღ)♡ Nisha terus excited balik nak jadi blogger yang aktif macam dulu. Bukannya apa. Dulu time mula-mula blogging ja aktif. Lama-lama tu busy dengan sekolah. Tambah lagi Nisha ni aktif dekat instagram KPOP Nisha. Haaa memang jarang bebenor ler nak online. Nak dekat 2 tahun juga rasanya tak update.

Update pun dalam beberapa entri sahaja. Tapi takpalah kan.. Kak Lyssa dulu pun macam tu juga. Pernah hiatus. kan, kan? (´ ω `♡) Nisha harap sangat dapat post setiap hari. Kalau tak pun, satu post seminggu. Trial SPM pun dah nak dekat  ni adehh. Doa-doa kan Nisha tauu (╥ω╥) Hopefully, Nisha dapat imbangkan masa dengan blogging dan belajar. (ノ_;)


Baiklah, itu sahaja. Terima kasih kerana sudi membaca ヽ(*・ω・)ノ and Jinjia Kamsahamnida to Kak Lyssa  (*¯ ³¯*)♡ hihi ~~♡

Sincerely,
Nisha

P.s. maaf kalau ada typo di mana-mana. Nanti Nisha betulkan tauu CX

Rabu, 10 Mei 2017

Worldless Wednesday #1 | Johnny Depp

p.s. This is my first time ever doing this omg please dont laugh at me hihi >//<

Jumaat, 5 Mei 2017

4 Perkara Untuk Sihat



Petua Imam Syafie - 4 Perkara Untuk Sihat

  • Empat perkara menguatkan badan 
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas


  • Empat perkara melemahkan badan 
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam


  • Empat perkara menajamkan mata 
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih


  • Empat perkara merosakkan mata 
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat


  • Empat perkara menajamkan fikiran 
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama

via Lyssa