Selamat datang!
Hadiah Bintang Jatuh, blog yang diwujudkan oleh seorang gadis manis (ecehhh manis lah sangat hahaha) yang mempunyai hobi mengarang serta seorang alumni library student. Insya-Allah, saya akan menceritakan pengalaman, tips, nasihat, giveaway entry dan lain-lain. So, enjoy your visit here! Jangan lupa tinggalkan jejak dalam CBOX. Nanti bolehlah saya blogwalking semula (;
NAK TAHU LEBIH LANJUT?
Klik sini
  • 1
    BELAJAR
    Pengalaman belajar diploma & degree saya dalam bidang pengurusan perpustakaan ♡
    Klik sini
  • 2
    ULASAN
    Antara review buku yang saya dah baca ♡
    Klik sini
  • 3
    PERKONGSIAN
    Pengalaman saya pergi ke tempat-tempat menarik seperti ke pesta buku ♡
    Klik sini

REVIEW : NOVEL TRILOGI TAKDIR OLEH HILAL ASYRAF (NO SPOILER)

Assalammualaikum semua. Apa khabar? Setelah beberapa hari aku tak update.. Aku kembali dengan entri baru. Kepada yang tertanya kenapa tiba-tiba cara penulisan aku ni lain berbanding dulu, ia disebabkan oleh novel trilogi yang aku akan review sebentar lagi. Sampai dah terbawa-bawa cara aku nak menulis waduhh hahaha. Sebelum ni gaya penulisan aku macam over je. Sekarang ni alamak... macam kaku sikit & lebih sopan. Kan, kan haha.

Ini dia novel trilogi TAKDIR oleh Hilal Asyraf yang sangat best! Aku baca dalam kadar yang cepat disebabkan tertunggu tunggu apa akan jadi haha. Ditambah dengan lukisan bagi setiap bab. Fuhh. Terbaikkk haha. Aku rate 10/10. Memang tak rugi kalau baca. Antara karya yang berkualiti dan bermanfaat! Sangat rare dan mempunyai identiti tersendiri. Buat pengetahuan semua, ini juga merupakan karya pertama yang aku baca oleh penulis Hilal Asyraf.

Antara maklumat mengenai trilogi Takdir oleh Hilal Asyraf :

Pernah diterbitkan sebelum ni tetapi kini ia merupakan upgrade versi terbaru serta terdapat pembaharuan dan penambahbaikan oleh penulis. Tapi aku tak baca lagi karya siri takdir yang lama jadi aku hanya boleh bagi review bagi versi baru sahaja.


1. Takdir 1 - Cahaya yang tidak terpadam

Harga : RM30
ISBN :9789672208167
Bilangan muka surat : 536
Jenis cover : Paperback
Penerbit : Hilal Asyraf Resources
Genre : Fiksyen, perang, aksi, pengembaraan, fantasi, dan Islamik.
Sinopsis :
Sedekad berlalu semenjak Sang Ashura menumbangkan Kesatuan Lima Kerajaan dan mengabsahkan Kerajaan Utopia miliknya. Dengan meletakkan Lima Wilayah di bawah kekuasaan jeneral-jeneralnya, Sang Ashura mengangkat dirinya sebagai Tuhan Yang Agung dan memerintah 2/3 dunia. Di tengah kegelapan yang pekat ini, rata-rata menganggap bahawa cahaya telah pun terpadam. Pun begitu di tengah padang pasir luas, Kerajaan Tanah Haram Makkah antara yang masih percaya kepada janji-janji Yang Maha Berkuasa Atas Segala-galanya dan meneruskan perjuangan menentang Sang Ashura. Jauh dari Ujong Medini, muncul seorang pemuda bernama Angkasa Sakti, diamanahkan bapanya untuk ke Kerajaan Tanah Haram Makkah, membawa obor bagi mengubah keadaan dunia. Apakah dia merupakan cahayanya?

2. Takdir 2 - Percaya Yang Tidak Sirna

Harga : RM 30
ISBN : 9789672208174
Bilangan muka surat : 505
Jenis cover : Paperback
Penerbit : Hilal Asyraf Resources
Genre : Fiksyen, perang, aksi, pengembaraan, fantasi, dan Islamik.
Sinopsis :
Peperangan sebelum ini mengejutkan dunia dan menaikkan nama Kerajaan Tanah Haram. Ketenangan datang singgah di atas muka bumi buat beberapa ketika, tetapi tidak diambil sebagai peluang bersenang lenang oleh pejuang-pejuang kebenaran. Dakwah digencarkan, strategi untuk peperangan seterusnya segera diatur. Angkasa sendiri menyambung pengembaraannya, kini ke Sorga untuk mendapatkan kekuatan tambahan bagi menghadapi Kerajaan Utopia. Namun tanpa disangka mereka, Sang Ashura juga ada rencana tersendiri yang bakal menggegarkan mereka. Kepercayaan mereka kepada Yang Maha Berkuasa Atas Segala-galanya bakal teruji. Apakah kepercayaan itu benar-benar tidak akan sesekali sirna?

3. Takdir 3 - Janji-Nya yang tidak termungkir

Harga : RM 30
ISBN : 9789672208181
Bilangan muka surat : 517
Jenis cover : Paperback
Penerbit : Hilal Asyraf Resources
Genre : Fiksyen, aksi, perang, pengembaraan, fantasi, dan Islamik.
Sinopsis :
Menerima pukulan demi pukulan, kepercayaan kepada Yang Maha Berkuasa Atas Segala-galanya menipis. Angkasa teruji dengan dahsyat. Membalas apa yang menimpa ke atas mereka, Kerajaan Tanah Haram bergabung dengan Kerajaan Sorga dan Janggel, membentuk Kesatuan Ummah, melancarkan serangan ke atas Kerajaan Utopia. Namun di sini Angkasa dipukul dengan pendedahan yang hampir meranapkan semangatnya. Janji-janji Yang Maha Berkuasa Atas Segala-galanya mula dipersoal. Apakah benar janji-janji kemenangan yang selama ini dicanangkan? Atau sebenarnya itu semua sekadar satu ilusi? Pengakhiran epik yang dinanti-nanti!

  • Review :
Trilogi Takdir bagi aku tersangatlah epik. Konsep & idea yang menarik, plot yang bagus, serta watak-watak yang memang terbaik. Suka sangat tengok character development.

Ini pertama kali aku membaca novel yang banyak elemen perang, pertarungan dan aksi. Jadi... Boleh kata yang aku agak jakun waktu baca trilogi ni kerana segala aksi aku boleh bayangkan dalam kepala aku dengan hanya membaca XD. Dapat rasa goosebumps tauu. Haha. Dalam novel trilogi ni juga terdapat  doa, terjemahan ayat Al Quran dan banyak pengajaran, nilai dan ilmu daripada sudut Islam boleh diperolehi oleh pembaca.

Bagi aku, karya trilogi ini sangat bagus untuk dijadikan pilihan buat anak muda sekarang. Kepada yang membaca atau telah habis baca pasti dapat faham apa itu erti sebuah pengorbanan sebenar, usaha memperjuangkan Islam, dan kemenangan yang sepatutnya kita capai di akhir hari.

Karya ini memang patut didapatkan bagi semua ulat buku di luar sana atau yang suka dan sedang mencari karya penulisan islamik kerana ia bebas daripada unsur lucah dan mencarut. Tambahan, karya trilogi ini banyak manfaat serta pengajaran yang boleh didapati selepas tamat pembacaan.

  • Elemen Islamik :
Pelbagai ayat sentuhan jiwa atau bak kata warga muda sekarang, ayat deep atau ayat sentap terdapat di dalam karya ni. Antaranya seperti dialog dan nasihat daripada watak baik cerita Takdir. Sampai aku pun ikut touching dan rasa sedih lepas-lepas kena tegur dengan dorang (watak-watak ni kepada watak lain). Terdapat banyak sikap serta amalan yang boleh dicontohi yang aku dapat lihat melalui watak-watak baik dalam karya Takdir.


  • Penulisan:
Daripada sudut pandangan aku, penulisan oleh penulis Hilal Asyraf begitu menarik sekali dan mudah untuk difahami dan diikuti gaya penyampaiannya. Beliau pandai memainkan emosi pembaca dengan olahan ayat. Dalam beberapa kali juga aku menangis disebabkan moment touching serta sedih. Bila watak tu menangis, sekali dengan aku menangis huhu. Jadi tahniah buat penulis. *tepuk tangan*


  • Komen / perasaan selepas membaca :
Selepas membaca ketiga-tiga karya Tuan Hilal untuk Trilogi Takdir ni, memang aku rasa ini merupakan karya yang paling terbaik sekali aku pernah baca. Lain daripada lain. Sangat berpuas hati. Ditambah elemen aksi, peperangan, pengembaraan, fantasi, dan Islamik. Waktu aku baca karya ni, aku teringat akan beberapa movie Hollywood. Antaranya :

  • Chronicles of Narnia
  • The Lord Of The Rings
  • The Hobbit
  • Dracula Untold
  • Maleficent

Yang ada elemen berperang. Ya, aku akui hafalan & ingatan Sirah & kisah-kisah nabi aku dah ingat-ingat lupa sekarang huhu. Jadi bila baca karya perang/pertempuran di dalam satu situasi berlainan dengan movie Hollywood (iaitu Islamik), (seperti sirah peperangan Nabi Muhammad S.A.W.) terus aku rasa jakun dan terharu. (Aku jarang baca novel kisah Nabi Muhammad & para sahabat berperang *yang selalu orang buat dalam bentuk novel & sejarah+fiksyen tuuu*)

Memang buatkan aku teringat akan perjuangan Baginda serta para sahabat. Ditambah dengan nama pahlawan Islam dahulu & nama-nama agung dalam Islam yang turut digunakan di dalam trilogi Takdir membuatkan lagi aku rasa terharu/overwhelmed. Seperti seakan-akan melihat perjuangan mereka di depan mata (dalam kepala). Aku banyak sebak ketika baca bahagian mereka sedang bertempur. Segala penat lelah turut dapat dirasai. Jadi tahniah lagi sekali buat penulis Hilal Asyraf.


Antara watak kegemaran aku ialah Puteri Maisarah. Iyalah, dah kita pun perempuan hehe. Rasa admire sangat dengan dia. Lemah lembut, baik & sopan. Bahkan seorang yang berani, bijak dan hebat bertarung.

Ya. Tak dinafikan, dalam trilogi Takdir ni banyak aksi bertarung, bertempur dan berperang. Yang aku perasan antara cara untuk berlawan yang kerap digunakan oleh mereka dalam peperangan ialah , memanah, bertempur menggunakan tombak serta pedang. Bila difikirkan, memang amat penting untuk kita belajar seni mempertahankan diri.

Untuk pengetahuan semua, waktu aku study diploma (yang baru habis ni) aku ada masuk satu persatuan seni silat  jadi alhamdulillah ada buah-buah yang aku telah belajar untuk dipraktikkan dan digunakan. Habis sahaja baca Trilogi takdir, terus aku rasa sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk belajar ilmu pertahankan diri yang iyela... mana tahu, diperlukan oleh diri aku di masa akan datang. Aku berharap generasi muda sekarang ni dapat belajar seni mempertahankan diri. Tak kisahlah silat ke, taekwando ke, karate ke. Belajar. Boleh digunakan untuk melindungi diri, ahli keluarga, negara serta agama ketika saat yang memerlukan. Nanti bila terkejut tergempak ke at least tahu nak selamatkan nyawa sendiri. Kan?

Diikuti Ruh Faizan (Ayahanda Puteri Maisarah) yang boleh aku katakan banyak bagi impak terhadap sudut pandangan aku. Manakala watak yang paling aku benci ialah Ubay Wakeel. Aku kalau dapat dia dah lama dia direjam dengan selipar terompah jepun tu huhu. Sakit hati sangat-sangat dengan watak dia.

Sebenarnya semua watak yang baik aku suka dan sayang ketat-ketat (amboii haha) seperti Angkasa Sakti (watak utama) dan rakan-rakan (yang aku taknak reveal dekat sini sebab spoiler. Geng yang dah habis baca, kita boleh borak dekat komen okey, jangan lupa letak *SPOILER* XD Geng yang tak baca lagi jangan baca komen orang yang dah baca takut ada spoiler haha). Tapi itulahh... kalau kena pilih top 2 aku akan pilih yang telah aku sebutkan tadi.

  • Kata akhir :
Alhamdulillah, aku boleh kata yang novel trilogi takdir telah banyak memberi persepsi baru serta pemahaman baru kepada diri aku. Tahniah sekali lagi buat penulis Hilal Asyraf. Memang tak rugi aku membeli karya trilogi ni. Sambil membaca, sambil berilmu. Tak sabar nak explore karya lain oleh penulis Hilal Asyraf.

Aku harap yang sedang membaca ni boleh cuba baca preview karya trilogi takdir dahulu oleh penulis Hilal Asyraf. Nanti boleh lihat sama ada diri pembaca kena atau tidak dengan gaya penyampaian oleh penulis. Tapi bagi aku tersangatlah rugi kepada yang melepaskan peluang untuk tidak membaca karya ni. Sebab karya ni tersangatlah epik. Apatah lagi berunsurkan Islamik.

Preview di Wattpad Hilal Asyraf : https://my.w.tt/JQljBhTbB8

Untuk buat pembelian boleh beli di website Hilal Store https://hilalasyraf.com/index.php?route=product/category&path=59

Itu sahaja daripada aku. Sekian. Assalammualaikum.

Yang ikhlas,
Nisha

p.s. Aku agak sedih & sedikit terkilan kerana terlepas peluang untuk mendapatkan set kotak eksklusif Trilogi Takdir. Aku boleh kata yang aku agak terlewat dalam kenal penulis Hilal Asyraf & karya-karya beliau sebelum ni. *sendu kejap* Ini dia set eksklusif Takdir yang sememangnya best dan awesome; siap dapat free novel terbaru tau! Huhu. Takpalah. Aku reda.. Aku ada dengar ada set kotak eksklusif bagi Saga HERO (Kalau tak silap) akan datang. Mungkin aku akan cuba dapatkan nanti jika ada rezeki. Doakan ya semua. Aku nak sangat-sangat. Next reading list ialah Hikayat Satria-Satria Sejati hehe.




  • Unboxing set kotak eksklusif trilogi takdir daripada Youtuber Aman Wan,

  • Antara review lain mengenai trilogi takdir (versi baru) di YouTube oleh Simple Studio,




Ulasan

  1. Wah, ulasan yang amat terperinci.
    Terima kasih banyak Cik.

    Seronok saya membaca ulasan ini.

    Moga ada ulasan untuk karya-karya saya yang lain pula kelak.

    Terima kasih sekali lagi!

    BalasPadam
  2. Unik karya yang dihasilkan.
    Boleh buat orang untuk baca sejarah Islam.

    BalasPadam
  3. tak pernah lagi baca karya Hilal...mungkin bukan genre yang saya minat..tapi siapa tahu di akan datang saya akan membaca juga arya beliau..ehehe

    BalasPadam
  4. Dah lama tak baca novel, selalunya e-book saja skrg ni..
    but boleh la try baca this one.. nmpk menarik sngt

    BalasPadam
  5. Macam menarik jea novel² nie, sebab saya suka jugak dwngan fiksyen dan mmg x ramai penulis yang menulis cerita fiksyen selain Ramlee Awang Murshid.. tahniah pd penulis Hilal Asyraf..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Halu orang di situ~ Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di entri blog ni ^^ nah mini love kita bagi *letak emoji mini love*