Khamis, 9 Mac 2023

Pengalaman ambil degree Pengurusan Perpustakaan (Sem 6) + Nasihat

Assalammualaikum dan halu semua! Semua apa khabar? Dah makan ke tuu? Hehehe. Alhamdulillah, kembali lagi aku dengan entri baru. *kelip mata* Kali ni aku nak kongsikan pengalaman semester akhir (semester 6) aku bagi program IM244 Bachelor of Information Science (Hons.) Library Management / Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Perpustakaan di UiTM Puncak Perdana.  Cuma semester kali ni macam janggal sikit sebab fakulti kami tukar nama daripada Faculty of information management kepada School of Information Science, College of Computing, Informatics & Media sebab dah bergabung dengan fakulti lain. 

SEM 3 | SEM 4 | SEM 5 (DEGREE)

SEM 1  SEM 2  SEM 3 SEM 4 + THROWBACK (DIPLOMA)

[Kemungkinan aku dah mula start praktikal / Latihan Industri (LI) ketika aku publish entri ni. Jadi, doakan aku ya guys semoga LI aku berjalan lancar untuk selama 5 bulan ni <3] 

Apa-apa pun mesti korang curious kan kami belajar apa semester ni? Hehehe. Jom kita mulakan! ^0^ 

Bismillahirrahmanirrahim... 

Peringatan : Segala yang baik itu datangnya daripada Allah manakala yang buruk itu datangnya daripada diri ini. Saya mohon maaf jika terdapat apa-apa yang mengguris hati. Kemungkinan saya salah pilih terma yang sesuai. Tujuan entri ini ditulis hanya untuk berkongsi pengalaman. 

    Alhamdulillah semester kalini kami berpeluang pergi kuliah secara fizikal. Dan ada rezeki aku untuk merasai pengalaman duduk kolej. Aku dapat duduk Jasmine 4. Satu rumah tu patutnya ada 6 orang tapi untuk kami, 5 orang ja hehe. (Perbezaan ketara ketika aku diploma di UiTM Merbok dulu dengan degree di Pundana, sini takda mesin air macam dekat sana dan kena buang sendiri dekat rumah sampah).

    Gigihla aku angkat barang ke tingkat 3. Dulu waktu diploma aku duduk level bawah tak terasa sangat. Kalini memang fuhh penat bethol. Lagi-lagi hujung minggu week 1 tu aku positif covid. Lepas habis kuarantin dekat rumah, memang rasa berbeza sebab simptom post-covid tu huhuhu. Aku nak ingatkan dekat junior-junior yang akan masuk ke kolej tak lama lagi, supaya sentiasa pakai mask dekat luar dan bawa sanitizer bersama. Jangan jadi macam aku, confident kebal, terus tak pakai mask & bawa sanitizer pergi jalan sampai ke kandang (ala-ala foodcourt). Sekali hamek kauus positif. Huhu.

    Satu lagi, malam-malam or pagi-pagi tu jangan dekat dengan pokok tau sebab ada nyamuk. Ni terjadi dekat aku sendiri bila pagi-pagi pergi jalan beli nasi lemak dekat acik luar pagar court (berdiri dekat dalam kawasan UiTM cuma bayar dan ambil tu hulur tangan keluar pagar). Tengah leka menunggu tu aku terperasan ada nyamuk besar hinggap. Terbeliak mata aku bila perasan badannya berbelang hitam putih. Aku sempat tampar & alhamdulillah semuanya baik-baik lepastu. Jangan lupa bawa sekali sembur nyamuk sebab kerap kali aku perasan dorang sembur asap dekat kolej sini. Lipas pun ada tauu so kerap buang sampah. 

Ha jom kita gerak ke topik akademik pula. Antara nasihat yang aku dapat dari senior bila dah masuk semester akhir ni: 

  • Better ambil course elektif yang takda final exam (ni paling penting sebab kita nak focus dekat final exam yang core)
  • Ambil course yang ringan dan tak berat sebab nak naikkan pointer (boleh refer senior yang pernah ambil)
  • Cuba tengok dulu pensyarah yang mengajar tu siapa and cara dia mengajar macam mana (untuk elektif - boleh tanya senior) 

Ini pula kursus-kursus yang aku ambil untuk semester ni. 

KURSUS KEPERLUAN UNIVERSITI *WAJIB*

  • EET699 - English Exit Test

KURSUS TERAS FAKULTI (CORE) *WAJIB*

  • IMC651 - Evaluation of Information Services
  • IML651 - Digital Libraries
  • IML655 - Organization of Information: Computerized Cataloging
  • IML656 - Planning and Design of Libraries and Information Centers

KURSUS ELEKTIF  (ELECTIVE )*WAJIB & IKUT PILIHAN PELAJAR*

  • IMS657 - Legal and Ethical Aspects of Information Systems
  • IMR659 - Management of Manuscripts and Personal Papers 

  • EET699

Untuk course ni dia macam MUET tapi lebih kepada working environment. Korang boleh beli buku EET dekat Shopee UiTM (sini) siap-siap. Bagi aku memang berguna sangat buku ni untuk korang dapatkan. EET ni takda kelas tau. Ibarat study sendiri. Ada 2 test iaitu Listening Test dan Writing Test. Pelajar boleh cek sendiri jadual untuk tahu bila EET ni berlangsung. Kalau kami, test berlangsung pada hujung² semester macam tu. Jadi, awal semester tu memang aku tak teringat langsung pasal EET. Untuk EET Listening Test kami, berlangsung waktu study week. Memang terkejut gila bila dapat tahu. Selalunya aku study seminggu sebelum tapi kes listening test ni, malam sebelum test baru aku study XD. Listening test ni nanti kena bercakap dengan computer. Untuk writing test pula, korang kena tulis essay. Ada la format yang buku EET tu bagi nanti korang follow ja dalam tu hehe. Boleh tengok video sini yang listening test: 

Yang aku paling tak boleh move on sekali, boleh pulak waktu listening test aku terlepas cakap "apa" dua kali... adudu sabo je la XD yang member aku pulak duk "ermmm ermmm" je memanjang hahaha. Sila banyakkan tengok movie/series dan baca buku english sebagai persediaan okiee X). 

Apa-apa pun, nasihat aku, korang kena datang ke makmal komputer (listening test) atau dewan (writing test) satu jam atau setengah jam awal sebab nak tahu tempat duduk korang dekat mana. Jangan datang lambat!! Nanti korang akan duduk ikut kelas. Kesian pensyarah kena susun korang. 

Jangan lupa bawa:

  • kad IC
  • salinan slip peperiksaan
  • kad matrik/salinan kad matrik 


  • IMC651

Untuk course ni, korang kena buat research proposal macam EWC dulu tu. Cuma kes kami, kami buat sampai chapter 3 ja so tak perlu collect data tu semua. Tapi pensyarah kami ada la cerita kemungkinan akan datang para pelajar kena buat semua chapter sebab senior kami dulu ada problem waktu buat research. Bagi aku course ni paling berat sebab terma-terma dia tu fuhh. Jenis-jenis la itu la ini la. Memang mendalam apa yang akan dipelajari nanti. 

Tapiii aku paling enjoy sekali bila kelas IMC ni dilakukan dalam kelas Smart classroom (ada pensyarah jemputan dari universiti lain) sebab kelas tu ada banyak TV yang buatkan kita tak perlu tertoleh-toleh nak tengok depan. Also kelas tu sejuk gila heee. 


(Bersama team aku hehe)

  • IML651

Ini pun antara course yang susah bagi aku. Senang cerita segala 651 susahlah bagi aku lol. Assignment ni kami kena buat prototaip gunakan Greenstone software. Kena buat: 

  • Prototaip
  • Proposal
  • Interim report
  • Users manual
  • Developer manual
  • Presentation
  • Minute meeting 

Nanti pelajar kena buat group dalam 8 orang dan akan ada:

  • Project manager
  • Project manager assistant
  • Administration department
  • Digital department
  • System department 

Setiap minggu kena update progress group dekat pensyarah. Minggu 14 kena submit prototaip ni. 


  • IML656

Aku paling suka sekali course ni sebab dapat belajar cara-cara nak design library (bak kata aku waktu diploma >dulu<, pantang larang nak design library hahaha). Selalunya pelajar bebas untuk pilih jenis perpustakaan untuk group assignment. Tapi kes kami, pensyarah tetapkan kepada perpustakaan masjid. Jadi kami kena study sikit la jenis bahan-bahan yang akan dimasukkan. Oh ya, ada satu assignment yang 10% tu, kami kena buat essay. Tapi pensyarah ada kata yang sebelum PKP, 10% tu actually markah untuk pelajar yang pergi rombongan melawat library dekat luar. Takda rezeki kami nak jalan-jalan lagi. So nanti pelajar yang akan datang la akan dapat merasa keluar pergi library tu~ 

(Ketika kelas sedang berlangsung)

  • IML655

Haa yang ni course paling penting untuk kami since kami pelajar library. Kalini belajar pasal MARC (MAchine-Readable Cataloging) & RDA (Resource Description and Access). RDA tu belajar last sekali sebab taknak confuse dengan MARC. Kena hafal tagging, indicator dan subfields. Ni nanti korang akan beli manual MARC. Wakil kelas (classrep) akan pergi ke kedai untuk fotostat copy lecturer untuk diberikan kepada rakan sekelas nanti (ini kes kami laa). Manual ni boleh tahan berat la juga hahaha. Buku berat dan pelajar library berpisah tiada ekekeke. Pensyarah kami juga ada ajar basic cara gunakan KOHA. Kami semua bawa laptop masing-masing dan ikut steps yang ditunjukkan oleh pensyarah dekat depan. 


  • IMS657

Ni elektif kedua aku pilih sebab taknak clash dengan yang core. Alhamdulillah, kelas elektif ni paling aku enjoy gila sebab pensyarah best mengajar. Ni nanti akan belajar pasal law. Assignment pun mudah. Individual buat essay dan group buat campaign. 


(Tengah buat transliterasi manuskrip hehe)

  • IMR659

Elektif ni yang paling aku look forward sebab nak belajar pasal manuskrip. Pensyarah pun best sangat, suka berkongsi pengalaman dan bercerita. Aku paling suka sekali bila pensyarah cerita pasal sejarah dan trivia cerita rakyat. Lepastu ada buat transliterasi manuskrip lama. Ni pun mencabar. Huge shout out kepada housemates aku sebab banyak tolong aku waktu aku struggle nak siapkan tugasan ni XD. Apa-apa pun, untuk group assignment, kami kena pergi muzium untuk buat report lawatan. Untuk group aku, kami pergi ke Islamic Arts Museum Malaysia dekat KL. Memang best sangat. Besar dan macam-macam ada, baju perang la, kiswah kaabah la. Waktu kami sampai tu ada pameran keris. Oh ya, aku nak ingatkan makanan dalam muzium ni mahal huhu memang not student friendly lah. Tapi korang boleh jalan ke luar dan ke bawah sikit, untuk makan dekat cafe di tepi masjid negara. Alhamdulillah makanan situ murah.  Cuma aku agak terkejutlah bila kami dapat tahu yang kami batch last untuk IMR659 ni. Lepasni dah takda IMR659 sebab digantikan dengan kursus baru (yang seakan sama tapi lebih kepada Islamik kalau tak silap) sobbs. 


Lain-lain yang semester akhir IM244 wajib sertai:

  • Scival Lab (Scival Certification Programme measuring research performance - level 1) di PTAR UiTM Puncak Alam.

Program ni berlangsung selama 3 hari. Jadi kami ulang alik naik van dan bas setiap hari. Kami belajar dengan Mr. Alex yang sangat supporting orangnya. Hari ketiga tu kami kena buat presentation. Dahlah first time present secara fizikal. Kena speaking betul-betul pulak tu haa memang nerves habess! Hahaha. Nasiblah kalau jadi macam dalam Oh My English tu ekekeke. Alhamdulillah, banyak yang kami dah belajar melalui program ni. 


  • Talk 1, Talk 2 & Sharing/Taklimat daripada pensyarah di dewan seminar untuk Latihan Industri (LI).

Pelajar akan pergi praktikal pada semester hadapan, semester 7, selama 5 bulan. Kes kami, talk 1 & talk 2 buat online. Talk 1 lebih kepada introduction LI dan proses nak hantar dokumen (yang kita dah buat dulu ketika Finishing School >sini< kepada organisasi. 

Antara syarat basic nak pergi praktikal / LI, make sure:

  • organisasi tu ada librarian gred S41 ke atas.
  • 3 kokurikulum dah ambil, 3 level third language dah settle dan 8 elektif dah ambil. 

Talk 2 lebih kepada briefing pasal perkara apa yang perlu dilakukan ketika intern, format report dan lain-lain.  Yang sharing tu pula pensyarah kongsi perkara asas yang pelajar kena tahu contoh pasal cuti, kalau ada kes kematian, pinjaman / tabung pelajar, bencana alam or accident etc. Ada juga nasihat yang berguna pensyarah akan share.

Nasihat lain:

  1. Jangan ingat semester akhir ni tak banyak kursus berbanding semester lepas, korang boleh rilek!  Kena banyakkan prepare mental sebab akan ada banyak perkara last minute berlaku lol.
  2. Pensyarah juga akan ada high expectation dekat kita since kita dah semester terakhir so kena buat sehabis baik.
  3. Kalau ada apa-apa masalah berlaku, jangan cepat melatah atau nak marah. Just keep calm. Lagipun kita nak end our chapter dengan baik. Ala-ala happy ending dalam fairytale tu... hehe So please ingat tauu! Just hang in there! Pejam celik dah habis dah sem tu nanti ^_-

Kesimpulan / overview untuk program IM244 pada pandangan aku: 

    Bagi aku, degree kalini lebih mendalam bila nak dibandingkan dengan diploma IM120 dulu (tapi kini dikenali sebagai IM144). Lagi-lagi untuk kursus cataloging. Tugasan assignment pun semakin mencabar seperti kena buat prototaip, event, dan research. Ditambah dengan kewujudan elektif lagi ha lagi bertambah cabaran tu hahaha. Tapi setakat ni elektif yang aku ambil semua best belaka dan membantu alhamdulillah. Juga bila masuk degree ni aku timba banyak ilmu daripada perkongsian pengalaman daripada pensyarah disamping belajar mengikut silibus. Pensyarah kami banyak berkongsi nasihat buat kami, lagi-lagi dalam bidang perpustakaan dan pengurusan maklumat.

    Ada yang paling aku ingat sekali, satu perkongsian daripada pensyarah kami bila doktor tengah nak buat surgery, call pustakawan rujukan untuk confirmkan pasal something since pustakawan tu familiar dan pro dengan terma serta subjek medik. 

    Apa-apa pun, yang paling penting sekali, ambil program IM244 bukan bermaksud habis belajar akan kerja sebagai pustakawan. Tapi boleh kerja di bidang lain yang ada kaitan dengan pengurusan maklumat itu sendiri.

    Ini pun ada dibincangkan dalam beberapa kelas aku sebelum ni serta ketika Miss Emily (Presiden ALA American Librarian Association) datang. Bak kata presiden PPM, Dr. Ghazali, "widen your horizon" apabila kami bicara mengenai kerisauan dalam mendapatkan pekerjaan sebagai pustakawan kelak. Aku pun agak terkejut bila dapat tahu presiden ALA nak mai turun UiTM kami. Memang cepat-cepat aku daftar sebab aku tahu peluang macam ni takkan datang bergolek lagi. Terima kasih kepada PPM juga kerana turut hadir ke kampus kami ♡♡ Asyik ketawa ja dengar apa yang presiden PPM sampaikan haritu :">

    Also aku ingat lagi apa yang Miss Emily jawab bila kami tanya soalan pasal library dah tak relevant. Ayatnya seakan berbunyi seperti ni, "Betul ke library fizikal dah tak relevan? Dekat mana kamu nak dapatkan tempat yang ada free aircond dengan cuaca yang panas dan ke mana kamu akan pergi untuk dapatkan bilik air yang selesa?" Ada lagi yang kami borakkan cuma aku paling ingat moment yang ini la hehe.

    Dan..... itu sahaja untuk kalini hehe. Kalau korang perasan, nada tulisan aku agak lain sedikit berbanding sebelum ni sebab aku taip ni betul-betul selepas beberapa hari kematian kucing aku. Harap nanti waktu LI aku kembali bersemangatlah, aamiin. Doakan aku ya guys. :"> 

    Ini pula aku kongsikan video tiktok dari classmate aku kepada yang nak tahu kursus apa paling susah bagi kami dalam bidang sains perpustakaan ni hehe.

(credit video: classmate aku, wa ♡)

Dah sampai hujung sem ni haa meh aku throwback selama semester akhir ni ^^. 

Bersama housemates tercinta. *mini love*

Bersama roommate, dia datang jauh dari Sarawak tauu hehe ^0^

Momen di Islamic Arts Museum Malaysia dengan berbaju kurung sebab kami pi waktu hari Isnin XD

Bersama pensyarah IML651 yang belanja makan domino pizza siap dengan dessert sekali hehe. Thank you sir belanja kamii! T^T

 Bersama pensyarah IML655 :> Sila abaikan awning tudung yang senget tu djskklsjkj

Bersama pensyarah IML656 yang paling supporting <3

Senior Night. Ni khas untuk pelajar semester terakhir. Akan ada tema. Macam kami, batik jawa dan raja sehari. Ada jamuan makan-makan dan penyampaian anugerah kecemerlangan. Mereka akan sebut TOP 3 students dari setiap program dan setiap semester. Cuma seorang sahaja yang akan naik pentas (pointer paling tinggi) bagi setiap sem tu. Ikutkan kami akan naik bas sebab event buat luar. Tapi disebabkan tak ramai join, kami buat dalam kawasan kolej je sobbs. 

IM2446A bergambar di hadapan "faculty of information" dan banggunan UiTM Puncak Perdana. Juga dekat bawah sekali tu ialah group kecil sahabat-sahabat degree aku. Segala kesukaran kami hadapi bersama selama 6 semester ni hehe. Love you guys ketat-ketat mwahh <3

IM2446A farewell event di Restoran Aroma Ikan Bakar, Pantai Jeram.
 

  Kami makan seafood bersama, buat exchange gift (secret santa) dan tulis first impression. Tengok la first impression mereka dekat aku apa dalam list tu hehe. 

 'Welcoming American Library Association (ALA) Delegation & Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM)' di smart classroom UiTM Puncak Perdana. Untuk ice breaking, Miss Emily tanya macam mana kami boleh join program library. Antara kami ada yang jawab "library yang pilih kami" XD Tapi aku memang setia dengan library ecehh haha. Siap wakil PPM kata aku ni "rare species" ekekeke XD 

.

(Kalau ada gambar lagi nanti aku up kat sini heeee)

.


    Apa-apa pun, alhamdulillah sebab semester kalini semuanya berjalan lancar.

    Aku nak berterima kasih kepada para pensyarah yang telah mengajar kami, coursemates, classmates, groupmates, housemates, dan kepada yang telah membantu aku secara langsung atau tidak langsung. Banyak aku dah pelajari selama aku sertai program IM244. Dari kuliah atas talian sampailah ke fizikal. Aku juga nak ambil peluang untuk meminta maaf jika aku ada buat apa-apa kesalahan tanpa aku sedar selama ni. 

    Juga, terima kasih kepada yang sentiasa tertunggu entri baru daripada aku. Insya-Allah nanti aku akan post apa-apa update terbaru. Wish me luck untuk LI nanti! Okie, tata semua! Insya-Allah kita jumpa di entri akan datang <3 

 

Yang ikhlas,

Nisha

-TAMAT-

Khamis, 22 September 2022

Pengalaman ambil degree Pengurusan Perpustakaan (Sem 5) + Nasihat


 Assalammualaikum semua! ^^ 

Yay aku kembali dengan entri baru! Hehe kemain lama betul aku nak update blog huhu. Maaflah guys. Cuti semester kalini memang aku betul2 gunakan untuk bercuti sebab insya-Allah next cuti semester dah start praktikal dekat perpustakaan hehehe. Takpa, bila-bila free nanti aku akan cuba usahakan untuk update blog.


Sebelum tu, korang ada perasan tak design blog aku dah berubah? Hehe siap ada gambar aku berkonvo lagi hihi alhamdulillah, 18/9 haritu aku sudah selamat digelar sebagai alumni UiTM. Sebak woo waktu pengumuman ni. Waktu nyanyi lagi UiTM Di Hatiku tu aku memang feeling habis nyanyi sambil dongak atas sebab taknak air mata mengalir jatuh.  Makeup kena jaga lagi sebab nak ambil gambar dengan classmate & dekat studio XP. Yang nak tengok aku tu, pandai-pandailah skip dekat diploma pengurusan perpustakaan kat sini hehe:

So, macam biasa, dah nak masuk semester baru ni, aku akan berkongsi pengalaman semester semasa aku (dalam mengambil program IM244 (Bachelor of Information Science (Hons) Library Management) atau dalam Bahasa Melayunya, Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Perpustakaan di UiTM cawangan Puncak Perdana) iaitu kalini semester 5. Haaa yang tak faham apa aku duk celoteh ni boleh baca pengalaman aku mula2 nak ambil degree di >sini< okiee ♡  Kalau nak baca pengalaman diploma pengurusan perpustakaan aku pula boleh ke >sini<.

SEM 3 | SEM 4 | SEM 5 | SEM 6 (DEGREE)

SEM 1  SEM 2  SEM 3 |  SEM 4 (DIPLOMA)

Bismillahirrahmanirrahim...


Peringatan : Segala yang baik itu datangnya daripada Allah manakala yang buruk itu datangnya daripada diri ini. Saya mohon maaf jika terdapat apa-apa yang mengguris hati. Kemungkinan saya salah pilih terma yang sesuai. Tujuan entri ini ditulis hanya untuk berkongsi pengalaman.


Semester kalini kami masih lagi ODL. Ni akan datang semester 6 baru kami akan duduk dekat kolej. Nervous juga nak masuk kampus setelah lama ada di rumah. Harap semuanya berjalan lancarlah nanti ketika pendaftaran kolej aamiin. (Minta tolong doakan classmate aku semua juga guys agar dapat kolej atau rumah sewa ♡). Teringat pula zaman diploma dulu dekat Merbok. Untuk degree ni aku sempat pergi UiTM Puncak Perdana kejap aje haritu sebab ada urusan presentation untuk group assignment IML606. 


Baiklah, ini senarai kursus yang aku ambil untuk semester lima.


KURSUS KEPERLUAN UNIVERSITI *WAJIB*

  • EWC663 - ENGLISH FOR MEETINGS AND DISCUSSIONS
  • TAC501 - INTRODUCTORY ARABIC (LEVEL III)


KURSUS TERAS FAKULTI *WAJIB*

  • IML601 - PUBLICATION AND PRODUCTION OF INFORMATION MATERIALS
  • IML605 - ORGANIZATION OF INFORMATION: ABSTRACTING AND INDEXING
  • IML606 - CHILDREN'S LIBRARIANSHIP


KURSUS ELEKTIF *WAJIB & IKUT PILIHAN PELAJAR*

  • IMR454 - MANAGEMENT OF RECORDS REPOSITORY
  • IMS457 - MULTIMEDIA FOR INFORMATION PROFESSIONALS


LAIN-LAIN

  • FST - FINISHING SCHOOL TALK (Wajib untuk semua pelajar semester 5)



Jom kita mulakan ! <3

  • EWC63

Kalini punya ewc memang korang akan fokus pada cara berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Jadi korang kena banyakkan berlatih sebutan dan basic grammar kena study semula, kot korang dah lupa. Macam kami dulu, madam bagi soalan untuk kami jawab apa nama tense itu dan ini. Hihi. Oh ya, ada juga buku teks yang pensyarah akan suruh beli tapi tak wajib beli.


Korang akan belajar 2 cara meeting. Pertama ialah informal meeting dan kedua ialah formal meeting. 


Pertama sekali, korang kena create satu group & kena pilih satu company untuk berlakon jadi staff kat situ. Sorang akan jadi boss, lagi sorang jadi setiausaha & yang lain akan mewakili setiap department. Macam group aku dulu, kami pilih POPULAR. Yeshh kedai buku tu hehe. Fe-feeling ada kedai buku sendiri, apa salahnya huehue.

Untuk informal meeting, korang tak perlu risau sangat. Yang ini agak mudahlah sebab korang kena saling bertanya & jawab. Janji jangan senyap. Yang ketua / boss pula akan lead conversation tu & bagi idea sikit2. Setiausaha pun jangan senyap, kena bagi idea juga. Nak berlawak ke ha saat ni boleh. Cuma pastikan ada agenda etc. Nanti korang kena practice dengan record video dalam 2 kali dan upload kat youtube video2 tu (ini kes kami la). Waktu kuliah nanti haaa pensyarah akan pilih satu video untuk tengok depan kelas. Classmate lain akan disuruh bagi feedback tang mana tak okey & pensyarah akan bagitahu apa yang perlu improve.

Bila dah siap practice, korang kena buat informal meeting ni secara betul2 pula (yang ada markah) dalam google meet dengan pensyarah. Nanti akan dapat scenario secara spontan & ada masa 10 minit je nak discuss sebelum start meeting.

Yang formal meeting pun sama cuma kena serius. Ala2 korang nak bermeeting di syarikat Megah Holding dalam drama TV3 tuu XD. Korang kena buat practice 2 kali then google meet dengan pensyarah. Cuma formal meeting agak payah sikit sebab ada prosedur yang kita kena ikut. Jadi korang kena fokus dan ingat ayat wajib untuk dipakai dan flow formal meeting tu macam mana. Oh dan korang juga akan belajar tulis minute meeting tau! Pastikan hafal format dan ayat-ayat asas sebab ni semua korang akan gunakan untuk final test. Nanti dekat paper akan dapat soalan & arahan serta nama² staff. Ibarat kita akan jadi setiausaha yang menulis minit meeting gituu. Jadi kena tengok nama setiausaha dalam soalan tu. Jangan korang letak nama sendiri sudah ekekeke.

Nasihat lain untuk ewc663, korang kena buka camera setiap kali kuliah sebab pensyarah akan ambil markah dari segi reaksi muka & bila pensyarah tanya, korang jawab ke tak. Eye contact la, grammar korang waktu speaking la haa itu semua diambil kira. Yang hebat & suka sangat speaking tu, time ni la korang boleh dapat markah free & kalau nak grab the spotlight hehe.


Okey jom kita ke kursus kegemaran aku pulak.

  • IML601

Yang ulat buku dan nak jadi penulis atau kerja dekat kedai buku ke haa confirm akan jatuh cinta dengan kursus ni sebab korang akan belajar pasal dunia penerbitan buku. Korang juga akan belajar pasal penerbitan bahan akademik. Haa ingat sama ke proses nak terbit buku akademik ni? Lain tauu! Make sure fokus nanti dalam kelas okiee. Untuk assignment, korang kena tulis cerita, jadi editor & hasilkan sebuah buku (yang group assignment). Amacam? Best kan? :> Waktu kami dulu, kami satu kelas kena buat pengalaman hari raya. Yang pandai melukis ke ha memang bonus la untuk part menulis tu nanti. Boleh lukis doodle atau mini komik ke. Ala2 diary of wimpy kid gituu. Tapi kena tengok juga pensyarah nak korang tulis pasal apa & style buku macam mana. Macam kami, kena buat dalam style coffee table book.


Nasihat lain:

1. Minta rubric sesiap daripada pensyarah waktu nak hasilkan cerita sendiri atau edit cerita kawan atau nak compile/create buku .

2. Waktu nak buat buku tu nanti, alert dengan muka surat buku kita. Refer pada buku sebenar macam aku, refer pada novel Bookiut (sebab takda coffee table book). First page tu selalunya belah kanan, then second page yang belah kiri tu akan kosong. Next page ialah title page. Then next verso page pula. Kena refer ayat verso dalam buku/novel. Dan lain2. Ni nanti tanya pensyarah korang macam mana nak buat kalau tak faham.

3. Boleh refer ke AMAZON KDP >sini< untuk measurement cover buku (untuk buat design cover buku yang termasuk spine dekat tengah tu). 


Okey next!

  • IML605 

Macam diploma IM120 dulu, korang kena buat index. Bezanya kalini korang kena buat abstrak sekali. Ada 3 jenis abstrak yang kita akan fokus iaitu indicative, informative & critical. Korang kena fokus pada cara menulis abstrak (BM & BI) dan kena tahu keyword dalam teks abstract untuk tahu teks itu jenis abstrak apa. (Boleh rujuk EQPS tengok paper macam mana kot confuse dengan apa aku cuba sampaikan). Assignment ni nanti korang kena cari artikel dan ada juga kena buat infografik. Group assignment pula kena cari satu bahan (contoh: e-book nonfiction yang takda index lagi) yang bersesuaian dan selepas itu, buat index macam biasa iaitu BOBI (Back of the book index).



  • IML606

Dan seterusnya ialah IML606. Kursus ni antara yang paling aku look forward semester ni sebab dapat belajar pasal kanak-kanak dan bahan bacaan kanak-kanak. Al maklumlah, aku suka baca novel cerita kanak² & siap pasang angan2 lagi nak jadi penulis middle grade fiction. Ala2 Hanna Alkaf dan Tunku Halim gituu takpun yang paling femes tu J.K. Rowling. Hihi. Jadi segala perkara yang kami belajar tu aku hadam betul2. Iyela manalah tahu, boleh diguna pakai untuk menulis nanti hehe. (Doakan aku ya guys! ^_^) Okeyy untuk assignment pula, yang individual kami kena tulis informative article. Yang group assignment, kami kena buat bahan bacaan untuk kanak-kanak takpun bina mini model perpustakaan kanak-kanak kalau tak silap. Nanti adalah pensyarah bagi list untuk korang pilih. Group aku pilih yang option kena sediakan bahan-bahan untuk buat Book Tasting.


Bukan itu ja tauu, nanti korang kena buat program/event kelas sekali. Yang ini satu kelas terlibat. Ala2 iml553 dulu tuu. Disebabkan sem ni kelas kami ada yang dah balik kampus, kami decide untuk bahagi 2 kumpulan. Kumpulan 1 terdiri dari yang ada di rumah, jadi kami kena buat program online. Kumpulan 2 pula terdiri daripada yang ada di kampus, jadi mereka akan menjalankan program secara fizikal bersama kanak2. Untuk kes kelas aku, mereka pergi ke tadika & pensyarah pun ikut sekali lihat aktiviti yang mereka lakukan di sana. Sambil2 pantau, sambil2 bagi markah hehe. Waktu online program aku tu pun pensyarah join dan stay tengok sampai habis google meet kami. Nak tengok, menjadi ke tak program kami tu.


Alhamdulillah, semester ni aku diberi peluang untuk menjadi ketua program untuk kumpulan 1 kelas aku. Dan aku boleh kata yang agak mencabar nak buat event dengan kanak2 secara atas talian. Tapi alhamdulillah, kami dapat capai target jumlah audience kami. Tips aku ialah korang kena promote dekat group2 FB atau tag penerbit atau orang2 dalam bidang buku macam penulis takpun bookstagrammer. Insya-Allah sekali dorang dah share atau retweet/like, nanti ada la kenalan dorang yang lain akan share pasal ni juga. Sebab program kami ni ada kaitan dengan amalan membaca & menulis buku. Macam dalam entri aku sebelum ni, aku applykan elemen cabutan bertuah untuk tarik crowd dengan menghadiahkan buku penulis.

Dan alhamdulillah, memang kebetulan sangat penceramah kami, Puan Sabrina ada datang ke Pesta Buku PBAKL untuk sesi ramah mesra di booth PTS. Aku pun apa lagi, grab la buku (diskaun kaw2 okehh!!) untuk para pemenang & minta tandatangan. Sambil2 tu aku rakam video waktu Puan Sabrina tengah sign buku. Video ni boleh promote dekat FB page. Boleh tengok postingnya di sini:

Jadi di kesempatan ini aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Puan Sabrina Ismail (penulis Bookiut Boba Girl, Elite Bunian, Beyblaze Girl, Miss Baker dan macam-macam lagilah karya beliau XD) kerana sudi menjadi penceramah jemputan kami. ^^ Memang Puan Sabrina sangat professional orangnya dan banyak membantu aku. Untuk pengetahuan semua, nama program kami tu, Puan Sabrina la yang suggestkan. Hehe. Terima kasih lagi sekali Puan Sabrina ♡♡♡ Jangan lupa beli buku beliau okiee! Aku recommend Boba Girl & kalau nak ada feeling dekat dengan hati, boleh cuba Miss Baker sebab latar masa ceritanya ketika pandemik berlaku di negara kita. ^^

Wokey, tambahan maklumat mengenai honorarium dari entri sebelum >ini<, kalau korang nak jemput penceramah freelancer atau penceramah tu orang luar UiTM untuk event online, korang kena dapatkan semua ni untuk claim honorarium (dana) tau. Make sure juga korang dah collab dengan persatuan akademik kalau nak claim. Okiee. Jangan lupa untuk tanya staff HEP/HEA atau kawan persatuan pasal ni untuk double check. Tau2.


Before program:

  • Proposal (dalam word)
  • Slide proposal (dalam pdf - untuk present & explain dekat pensyarah korang)
  • CV/resume penceramah (dalam pdf)
  • Borang C dalam word


After program

  • Laporan program
  • CV/resume penceramah
  • Borang C
  • Surat kelulusan program
  • Surat jemputan program
  • Borang honorarium
  • Borang senarai semak honorarium
  • Salinan IC penceramah
  • Salinan penyata akaun muka depan penceramah


Nasihat lain:

1. Kalau korang still boleh/kena buat online event, make sure ketua program atau penolong ketua program atau setiausaha ada yang boleh turun datang ke fakulti untuk present idea program korang tu nanti. Also untuk hantar hardcopy. Macam kes aku, aku kena turun sebab aku ketua program dan alhamdulillah aku dapat pergi ke fakulti masa tu. Kalau tak boleh, kena hantar wakil.

2. Since korang kena buat program kanak-kanak, ayat dalam tentatif tu nanti korang kena buat dengan cara friendly tau and jangan terlalu formal macam iml553 dulu. Ni contoh kami buat sebelum ni. Korang boleh tengok perbezaan tentatif untuk audience umum vs audience kanak2. Lagi satu, nanti korang gunakan terma "aturcara" tau. Idokler formal sangat.

3. Nanti yang incharge untuk OBS (FB Live), memang kena ada internet kuat. Kalau takda siapa yang internetnya kuat, better korang fokus buat dekat google meet atau zoom ja sebab kes kami timing dekat FB live dengan Google Meet terlalu jauh gap. End up yang dekat FB pun masuk Google Meet sekali huhu.


Manakala ni  bahan promosi untuk program online kami. A huge shout out to our Biro Teknikal ^^.


  • Countdown poster

*waktu kami dah blast poster ni lah baru perasan sepatutnya 5 DAYS TO GO
kena tukar ke 5 HARI LAGI. Nampak tak konsisten dari penggunaan bahasa XD.
So make sure nanti korang tak buat kesilapan yang sama tau!*


  • Poster


  • Aturcara

>FB PAGE<


Chaiyok okeyh!! ^^


Okey, jom kita ke arabic language pula.

  • TAC501

Okey untuk third language / bahasa ketiga, bagi aku bahasa arab kalini agak mencabar dan best sebab kita akan belajar lagi mendalam. Macam2 lah kami belajar. Siap kena bina ayat lagi (yup, ni antara jenis soalan yang terbaru mereka masukkan dalam writing test. Sebelum ni takda pun kena bina ayat). Like usual, kena beli buku teks. Harga still maintain macam semester lepas. Waktu kami dulu, pensyarah kami suruh guna Microsoft Teams. Agak jakun juga la nak install & pakai. Lama2 best pula guna MT ni hahaha siap boleh turn in. So boleh lah kot korang install siap2 microsoft teams ni. Takpun boleh juga tunggu pensyarah korang dulu. * Lupa nak mention assignment. Macam biasa, korang kena buat video roleplay partner & secara group :>


Moh kita ke elektif pulak. Elektif kalini aku pilih IMR454 & IMS457

  • IMR454

Macam aku pernah share di entri sebelum ni, untuk kursus elektif rekod, flownya sepatutnya IMR451 (record management) > IMR454 (record center) > IMR455 (archive). Jadi kalini lebih fokus pada record center. Bagi aku IMR454 ni boleh tahan juga payah sebab banyak perkara baru yang kami belajar. Apa yang aku ingat macam measurement untuk shelve, kotak, jenis kotak, jenis-jenis staff dll. Tapi! Semua tu akan membantu untuk korang faham konsep sebuah record center. Mula2 tu macam pening lalat sikit nak faham tapi lama2 tu insya-Allah boleh catch up sebab pensyarah kami banyak tanya kami dalam kelas apa yang tak faham. Lepastu ada quiz lagi ha memang kena fahamkan lah sebelum nak jawab tu. Individual assignment nanti korang kena buat article review (macam biasa) cuma nanti tolong cari secepat yang mungkin sebab artikel pasal record center ni agak terhad berbanding record management & archive. Tau tau!! Cepat-cepat cop 2 artikel tu nanti. Also group assignment korang akan kena cipta commercial records center & buat proposal. Kena buat promotion materials sekali. [ Jangan lupa untuk jawab weekly questions dekat I-Discuss tau! Setiap dari tu ada markah! ]

  • IMS457 

Last sekali ialah elektif system. Untuk kursus ni, korang akan belajar banyak pasal multimedia lagi-lagi yang pasal linear & non-linear multimedia. Group assignment korang kena buat multimedia project. Kalau individu, kena buat article review dan jufa buat e-resume guna power point. [ Jangan lupa untuk jawab weekly questions dekat I-Discuss tau! Setiap dari tu ada markah! ]

FINISHING SCHOOL TALK

Selain dari tu, untuk semester 5 ni kami ada Finishing School Talk. Mesti pelik apa benda la FST ni kan? Ini memang khas untuk semua student sem 5. Nanti akan ada tetamu yang datang bagi talk macam kami dulu, Ketua Pustakawan Perpustakaan Kuala Lumpur. Ini hari pertama. Nanti hari kedua yang FINISHING SCHOOL LDK, korang akan dengar talk daripada pensyarah kita pula mengenai persediaan untuk ke alam pekerjaan mengikut group masing-masing. Macam cara berpakaian dll. Kalau ada apa2 nak tanya nanti, korang tanya ja pensyarah korang tu. Lepastu,  korang kena sediakan resume, cover letter & video e-resume sebelum hari FST ni. Nanti waktu hari FST LDK tu, lepas habis talk, pensyarah akan cari mana2 video, resume atau cover letter dan share dengan group korang. Bukan tu ja, semua bahan2 ni juga korang boleh gunakan waktu nak apply latihan industri cuti sem 6 nanti. So, boleh buat cantik2 hehe.

Wokeyy itu sahaja entri untuk kalini! Maaf lambat update. Sebab selalunya lepas dapat result final exams aku akan terus update blog. Kalini tak jadi sebab aku duk prepare nak berkonvo. Nervous woo! Hahaha nak practice jalan pakai heels lagi kekeke. Harap entri kalini bergunalah ya untuk yang bakal memasuki semester 5. Yang baik itu semua datangnya daripada Allah. Dan yang buruk itu datangnya daripada yang sedang menaip ini.


Sekian.


Yang ikhlas,

Nisha


p.s. insya-Allah aku akan cuba tulis entri pengalaman berkonvo pula di masa akan datang. Harap membantu la sedikit bagi yang nak berkonvo bulan 12 nanti hehe.