Selamat datang!
Hadiah Bintang Jatuh, blog yang diwujudkan oleh seorang gadis manis (ecehhh manis lah sangat hahaha) yang mempunyai hobi mengarang serta seorang alumni library student. Insya-Allah, saya akan menceritakan pengalaman, tips, nasihat, giveaway entry dan lain-lain. So, enjoy your visit here! Jangan lupa tinggalkan jejak dalam CBOX. Nanti bolehlah saya blogwalking semula (;
NAK TAHU LEBIH LANJUT?
Klik sini
  • 1
    BELAJAR
    Pengalaman belajar diploma & degree saya dalam bidang pengurusan perpustakaan ♡
    Klik sini
  • 2
    ULASAN
    Antara review buku yang saya dah baca ♡
    Klik sini
  • 3
    PERKONGSIAN
    Pengalaman saya pergi ke tempat-tempat menarik seperti ke pesta buku ♡
    Klik sini

UNBOXING NOVEL SEBENARNYA ILUSI - PAKSA TULIS

Assalammualaikum semua! Jeng3 kemain lama ya, nak dekat hujung bulan baru aku nak update blog hahaha. Takpa, janji aku mengupdate jugak XP Entri aku kalini pendek ja sebab nak kongsi gambar-gambar aku unboxing. Alhamdulillah, terima kasih kepada penulis Paksa Tulis kerana sudi menghantar karya beliau kepada aku. *mini love*

Impian Seth adalah untuk mewakili Malaysia ke Sukan SEA. Demi taekwondo, dia sanggup lakukan apa sahaja.
Orked cuma mahu perjalanan PHD-nya tamat. Kerana hanya dengan sijil itu, segala bebannya akan berakhir.
Namun mencapai impian dan merealisasikan harapan ternyata tidak mudah. PTSD & DEPRESI merantai waras fikir kedua-duanya.
Seth & Orked, takdir menemukan mereka dalam situasi tidak terjangkau akal.
Antara bantu atau buang waktu, Orked terikat hutan budi.
SEBENARNYA ILUSI adalah kisah tentang perjuangan melawan diri sendiri.
Ianya cerita perdamaianmu dengan suratan takdir.
Kau, antara indah ilusi dan pahit realiti, mana satu yang engkau pilih?

P3RH@T1@N!!!

P3RH@T1@N!!!

P3RH@T1@N!!!

Karya terbaru penulis: KOYAK !

Boleh pre-order di Shopee >SINI<
SINOPSIS
Hackers Malaya. Masyarakat menganggap mereka sekadar kumpulan anak muda yang punya banyak waktu berpeleseran di dunia maya. Ada yang menyokong. Tidak kurang yang mengecam. Tapi H dan rakan-rakan tidak peduli. Ada misi baru yang menanti. Ada rahsia pempengaruh selebriti yang perlu dibongkar; pendakwah songsang, usahawan penipu, pengarah setan.
Walau dirancang dengan teliti, setiap tindakan Hackers Malaya cekap ditangkas musuh. Target mereka ternyata bukan calang-calang. Antara pengaruh dengan khabar angin, yang mana lebih dipercayai? Tatkala kebenaran disuakan, masih ada rahsia yang tersimpan rapi. Adakah H digula-gulakan rakan-rakan sendiri? 
Persoalannya sekarang, “Siapa pula yang patut kita koyakkan lepas ni?”


Jangan lupa support karya2 penulis okiee ^^ Kepada yang tertanya macam mana penulis boleh beri aku SI, al kisah haritu aku buat Giveaway novel seram (karya penulis kegemaran aku) dekat twitter:

                            Jangan lupa beli karya terbaru Anuar Darwisy, Rumah Kabilah Jin okiee! Lah menyempatt XD


Ada 3 pemenang dan penulis ialah salah seorang pemenangnya. Lepas aku settle pos novel para pemenang, beliau kata nak beri novel SI (Sebenarnya Ilusi) dekat aku. Aku pun dengan happynya bagi butiran2 aku heee. Alhamdulillah, dah selamat sampai bukunya.






Loveee sangat packaging dia tauu siap dapat lollipop 2 & freebies lagi wuuu <3 Many2 kamsahamnida authornim! Semoga murah rezeki selalu aamiin. Dah baca nanti kita review *tangan love*


Alang2 tu, aku nak selit sekali, baru semalam novel-novel TBR (To-Be-Read) aku memanggil. Jadi aku tengah mula baca novel yang nipis2 dulu. Bagi warm up ha gituwww sebelum nak baca novel SI ni sebab novelnya tebal hehe.

So far aku tengah baca Kudeta Puspa 2 oleh Hasif Rayyan. Nak dekat setahun ye aku hold baca. Padah ambil masa lama sangat nak baca, terus nyanyuk jalan cerita & world building dalam buku pertama tu XD Dah tak pasal2 aku DM penulis nak tengok pemahaman aku ni betul ke tidak sebab buku first tu takda dengan aku sekarang. Nasib penulis supporting T^T.


Ni antara novel2 TBR yang aku nak fokus baca dalam masa terdekat ni. Majoriti novela Bookiut sebenarnya, yang ringan2 XD 

Ni semua aku grab waktu PBAKL last year and this year. (KuPu 2 je aku grab dengan author & Miss Princess Hanbok dapat dari event Bookiut dulu)

1.Kudeta Puspa 2

2.Miss Miracle

3.Miss Prodigy

4.K-Pop Girl Ahgase

5.Miss Princess Hanbok

6.The school of thieves

7.Silat Warrior

8.Penjejak Kristal


Then aku akan baca:

1.Sebenarnya Ilusi

2.Hikayat Suwarga

(Insya-Allah lepas baca tu aku update review dekat blog. Bagi HBJ nampak aktif heee)

Jarang2 ni semangat 'nak habiskan bacaan TBR' datang. Sebelum ni aku duk layan siri The Last Kids On Earth je XD Selalunya aku baca sebelum tidur. Iyela, graphic novel kann, ala2 bedtime story gituw XD. Ni semalam aku dah start baca lepas Isyak. Harap lepasni aku baca laju la, lagipun novel ringan semuanya. Style aku sebelum pukul 11 tu dah stop baca dan sambung esok pulak. Dengan segala pesta buku: Selangor, Festival Seram Buku Prima, PBAKL 2024 nak mai datang ni, baik aku cepat habiskan bacaan TBR ni. Kalau takkk, menimbun sampai kesudah. Doakan la aku berjaya habiskan bacaan ni. Baru tak rasa bersalah nak beli novel baru *ehhh*

Wokay guys, itu ja. Laahhh panjang pulak entrinya ingatkan pendek je XD Semoga kita berjumpa lagi di entri akan datang.

Tataa!

Yang ikhlas,

Nisha

Ulasan

  1. ohmyy this is strange but I feel good while reading. Bestnyaaa authornim noticed reader. Novel pun macam menarik je. Dah lama jugak, lama sangat tak baca novel. Nak pula lately duk fikir-fikir kalau my old novels worth for preloved. Just a thought. Hehe

    BalasPadam
  2. lamanya sis tak baca novel.. teringin tp ada anak ni menganggu. huhu. semoga berjaya habiskan bacaan buku2 ni

    BalasPadam

Catat Ulasan

Halu orang di situ~ Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di entri blog ni ^^ nah mini love kita bagi *letak emoji mini love*