Assalammualaikum semua!
Wahh ada yang dah perasan ke tu hihi. Alhamdulillah HBJ kembali berwajah baru. Punyalah gigih aku nak mengedit from zero. Last-last aku decide beli je template. Haa senang. Tak payah stress-stress nak edit coding banyak sangat hahaha. Apa-apa pun, selamat datang kepada yang dah pernah blogwalking ke blog aku. Kepada yang dah lupa aku ni siapa (iyela sebab aku rajin sangat update blog XP) sebelum ni aku banyak publish entri pasal pengalaman belajar aku. Entri terbaru aku:
Pengalaman ambil degree Pengurusan Perpustakaan (Tips Nasihat untuk special project latihan industri dan viva)
https://hadiahbintangjatuh.blogspot.com/2023/09/pengalaman-ambil-degree-pengurusan.html
Lepas dah habis je degree, aku termenung kejap. Taktahu nak update apa dah dekat blog ni hahaha. Then aku terfikir nak fokus pada ulasan buku serta perkongsian, ala2 macam jalan-jalan ke tempat menarik tu. Jadi, aku akan mulakan dengan throwback aku pergi ke pesta buku 2023!
Haaa ada yang sempat singgah PBAKL / KLIBF 2023 ke haritu? Aku rasa pesta buku kalini lagi banyak manusia berbanding tahun lepas. Ni tahun depan aku tak pastilah macam mana huhuhu. Apa-apa pun, jom kita mulakan ^^.
- (27.5.2023) 7:43 a.m. - Residential College 3 UiTM Sungai Buloh
Al kisah aku tengah praktikal waktu PBAKL ni berlangsung. Aku dan kawan-kawan aku stay dekat kolej sebab senang nak ulang-alik ke library. Jadi.. tepat pukul 7 pagi tu kami dah standby dekat bawah menunggu abang grab datang ambil.
Kiri tu aku, tengah tu Aliya, kanan tu Aina. Aina tukang navigator, yang Aliya pula jadi photographer aku untuk haritu (sebab dia sorang je pakai iphone XP).
Shout out kepada boyfriend Aina sebab tolong buatkan pdf panduan perjalanan untuk kami pergi ke pesta buku haritu. Sampai ke KTM Sungai Buloh, kami topup IC masing-masing. Then pergilah naik ke atas dan menunggu. Aku ingat lagi, dekat dalam tren tu memang aku banyak tengok Twitter dan Instagram sebab nak tengok lokasi booth penerbit dan cek timing sesi ramah mesra penulis yang datang haritu. Lama-lama tu kami pun turun untuk tukar tren. Dekat sini la aku dengan kawan-kawan aku tersesat. Aina kemain lama cek panduan tu tapi masih sesat. Penat kami berpusing. Lepastu ada seorang pakcik tegur kami.
“Ni kamu semua nak ke pesta buku ke?” Kami pun jawab, “Ha’ah, iye pakcik tapi kami sesat.” Pakcik tu jawab lagi, “Ha, naik atas sana kot.” Kami pun ke hulur ke hilir ikut pakcik tu hahaha. Member aku sorang tu siap kata, “Mari sesat bersama-sama.” LOL
Alhamdulillah jumpa juga tren yang sepatutnya tu. Dah sampai dekat stesen PWTC, aku punya semangat tu terus rasa lain macam. Perjalanan jauh tu memang tak terasa langsung. Laju je aku berjalan. Memang antara kami bertiga tu aku je la yang sorang jalan terkedepan XD.
Terpacak je dekat depan PWTC tu, aku pelik asal la ramai orang dekat depan pintu ni. Tak buka lagi ke? Sekali tengok jam dekat tangan, nohhh baru 9.18 pagi! Belum pukul 10 pun lagi. Tak lama kemudian baru pintu buka and nampak la perlahan-lahan pengunjung masuk. Aku pun apa lagi, dengan lajunya masuk meninggalkan kawan-kawan aku dekat belakang XD.
Kebanyakan booth time tu tak buka lagi jadi aku pun pusing-pusing je la. Sampai dekat tempat amik gambar Tiktok ni, kami pun berposing. Lepastu rehat kejap dekat tempat duduk depan pentas utama tu. Time ni dah ramai masuk ke dalam. Majoritinya rombongan sekolah la. Tangan aku pula memang tak lepas dari pegang fon. Asyik tengok update penerbit dengan penulis. Ikutkan aku dah senaraikan dah booth nak pergi, penulis nak jumpa dan buku aku nak beli. Tapi memang lautan manusia kalini tu fuhh. Aku dapat jumpa beberapa penulis & pergi beberapa booth ja huhu.
- 9:52am : Beli novela Bookiut
Mula-mula tu aku pergi beli novel Bookiut dekat booth PTS yang dekat bahagian luar. Dari dulu aku memang suka baca novel remaja disebabkan Ain Maisarah. Time ni tak ramai orang lagi. Nak dekat pukul 10 pagi tu, aku gerak masuk ke dalam untuk cari tempat sesi ramah mesra bersama penulis Bookiut.
- 10:00am : Booth PTS: Sesi Ramah Mesra bersama Sabrina Ismail dan Naadhira Zahari
Korang boleh baca entri aku >SINI< di mana aku buat collab dengan Kak Sab untuk program kelas kami. Kak Sab kemain terkejut tengok aku sampai awal hahaha.
Then Kak Sab tanya lah, “kenal tak ni siapa?” (sambil tunjuk dekat Naadhira) Aku macam blur, ‘penulis la kan?’ Then Kak Sab cerita, “last year Naadhira ni editor tapi this year dia terbitkan buku sekali.” Aku macam, “ohh ye lah! Baru ingat!” Sah aku nyanyuk boleh pulak lupa padahal last year baru je jumpa XD. Aku pun macam, “Wahh!! bestnya!” memang aku pun ikut gembira sekali time tu.
Ada lagi yang kami borakkan. Also aku dapat goodie bag daripada PTS sebab early bird hehe. Mula-mula aku je bergambar dengan mereka berdua. Lepastu Kak Sab panggil kawan-kawan aku sekali. Bagi nampak meriah sikit hehehe.
- 10:25 am : Booth Hilal Asyraf Resources
Dah ke booth PTS, aku pergi cari booth penulis kegemaran aku pulak, iaitu Hilal Asyraf. Jenuh aku pusing dekat level tu memang tak jumpa. Dua kali pusing baru jumpa sebab boothnya dekat belakang, macam tersembunyi. Time ni alhamdulillah tak ramai orang sangat jadi bolehlah borak sikit. Last year waktu aku datang tu banyak betul orang. Ingatkan tuan Hilal takda, rupanya tengah dikerumuni rakan pembaca dekat tepi booth hahaha.
Target aku kalini nak bergambar dekat standee Satria-satria sejati. Nak posing sebelah fav character aku, Mikail, si abang jendul haha. #RuniharaSilaJanganMarahXD. Sempat juga aku berposing dengan pendekar terhebat, Nirnama. Kan best kalau ada Cendana sekali kat sebelah *_*
Aku beli dua poster, totebag sang kelembai dan cendana, novel Sumpahan Legenda (versi ada ilustrasi) dan Amru Rebellion. Ada rezeki aku dapat woven bag limited edition Nirnama tu. Segala merch aku suruh tuan Hilal sign XD. Cuma aku agak sedih sebab standee Saga Hero aku tak sempat nak bergambar sebab tiba-tiba ramai pengunjung datang ke booth sobbs. Oh ya, lupa pula aku nak mention dekat atas tadi. Dekat tren tadi, last minute member aku, Aten, dekat Alor Setar suruh tolong belikan novel Nirnama. Ibarat aku jadi personal shopper (PS) sekali la. Aku siap tanya, nak video ucapan HA sekali tak? Dia kata nak, so aku pun tanya tuan Hilal boleh tak beri ucapan untuk member aku ni. Alhamdulillah, tuan Hilal supporting sangat orangnya.
Al kisah disebabkan aku first time jadi personal shopper, terlupa pula aku nak suruh tuan Hilal sign tulis nama member aku. Jadi member aku tu dapat novel Nirnama dengan sign + nama aku. Huhu sorry noh Aten. Lain kali aku akan jadi lebih alert huhu. Also aku berjaya menghasut Aina beli nirnama. Bukan nirnama je, sekali nirnama HHTS dia amik hahaha. Tak sia-sia aku asyik bercerita pasal nirnama dekat dia sebelum ni (kami berdua roommate dekat kolej).
- 12:00pm : Booth POPULAR: Sesi ramah mesra bersama Anuar Darwisy
Selepas berjaya melepasi lautan manusia, kami decide untuk pergi makan dekat luar. Aku makan nasi kukus ayam dengan air jagung cincau. Biasalah, mahal sikit harganya huhu. Then, aku dengan Aliya pergi ke booth POPULAR untuk jumpa penulis seram kegemaran aku pulak iaitu A. Darwisy. Time ni penulisnya baru keluarkan buku baru ‘Rumah Kabilah Jin’ (RKJ). Sampai-sampai je, nohhh memasing dah beratur. Aku pun pergila amik novel dekat rak then baru teringat, ‘eh kena bayar dulu ni.’ Boleh pula terlupa untuk prepare beli novel ni awal-awal huhu. So lepas dah bayar, aku ikut beratur. Time ni penulisnya, Tok, (panggilan para pembaca kepada A. Darwisy) tengah jawab soalan. Then tak lama tu baru start sesi ramah mesra.
Sampai ja turn aku, Tok tanya nama aku. Aku pun jawab, “nisha” lepastu boleh pulak Tok jawab, “nisrina” then proceed kata beliau memang suka ingat nama orang. Yang pelik-pelik tu lagi la beliau ingat hahaha.
Ada la kami borak sikit lepastu Tok bagi merch RKJ.
Sebelum aku jumpa Tok, waktu aku tengah menunggu tu, aku borak sekejap dengan pembaca yang tengah beratur. Nama beliau Kak Ima. Sekali lahhh, Kak Ima ni kawan kepada A. Darwisy & rupanya editor serta penulis! Terus kak Ima bagi kadnya dekat aku dan Aliya. Banyak la kami borakkan. Aku banyak bertanya pasal masalah penulisan aku. Alhamdulillah, banyak juga persoalan aku terjawab dan dapat banyak kata-kata semangat daripada kak Ima. Siap jemput aku join bengkel beliau lagi T^T.
- 2:00pm : Booth PTS: Sesi ramah mesra bersama Haninay
Kami sambung menunggu untuk sesi ramah mesra bersama Haninay, a.k.a. junior library aku heee. Kita datang support <3. Selama ni asyik jumpa dekat social media ja, finally jumpa juga dekat depan-depan hehe.
Waktu aku datang dekat adik Hani tu, dia macam, “macam kenal je… akak nisha eh?”
Aku sengih dan angguk ja, lepastu dia pula yang excited jumpa kita XD. Adik Hani ada bagi merch, dua enamel pin, dua sticker & paper quote. Comel-comel semuanya, macam tuan dia hehe. Aku tak sempat lagi nak baca novela-novela dia. Insya-Allah aku cuba baca & bagi review dekat HBJ nanti ^^ Anyway, all the best ya adik Hani in your studies! Semoga terus dapat keputusan cemerlang aamiin. ^^
- 2:30pm : Sunway Putra Mall
Then kami pergi mall sebelah tu untuk rehat & solat. (Waktu kami dah dekat sini la baru tahu PM mai datang nak rasmi hahaha. Patutlah ada red carpet & wartawan bagai LOL). Aku belanja Aliya air boba Black Whale. Boleh tahan sedap la airnya. Also aku makan Hot&Roll bagi alas perut sebelum nak jumpa penulis seterusnya hehe. Ni Aina snap gambar kami berdua dari jauh. Dah macam paparazzi pulak hahaha.
- 4:00pm : Booth PTS: Sesi ramah mesra bersama Mira Ishak
Next kami tunggu sesi ramah mesra bersama penulis kak Mira Ishak. Dulu aku pernah beli KPOP GIRL yang monbebe dan memang best ya guys! Aku siap letak dekat fancafe Monsta X under (international board) lagi hahaha. Tapi kalini kak Mira tulis buku IGOT7 pula. Jadi aku pun datang sebab dari dulu nak jumpa kak Mira ni hehe.
Entah macam mana waktu menunggu kak Mira tu boleh pula aku nampak penulis Aman Wan. Dulu Aman Wan pernah datang ke sekolah aku dan aku pun ada layan channel YouTube beliau. Aku pun macam, ‘ehh macam kenal je’ haha. Memang terus aku datang tegur nak bergambar. Beliau pun friendly sangat. Sebelah tu aku letak sekali gambar kak Ain Maisarah. Tak sempat nak bergambar dengan beliau, amik gambar dari jauh je la huhu. Then kami gerak semula ke mall sebelah untuk rehat dan solat.
- 6.00pm : Karaoke Manekineko @ Sunway Putra Mall
Time ni memang paling happening la sebab masing-masing feeling menyanyi lagu pilihan masing2 XD Lagu jiwang, dangdut, mat salleh, korea, semua ada haha. Dengan alat muzik sekali tu kami main. Memang betul-betul macam konsert. Nak masuk part chorus je, “OKEY, SAMA-SAMA!!” hahahaha. Tak silap dekat luar tempat menunggu tu boleh dengar suara kami nyanyi. Entah apa la reaksi dorang dengar kami nyanyi XD Also aku syak bilik kitorang yang paling bising sebab berapa kali staff dorang lalu depan bilik kitorang sambil tengok dalam XD. Lepas karok dan solat tu, kami pi cari makan sebab time tu dah lapar. Kami pergi makan dekat kedai mamak. Masing-masing order nasi goreng. Aku order nasi goreng tomyam. Alhamdulillah sedap hehe.
Ni Aliya ada share yang haritu kami berjalan nak dekat 12 ribu langkah. Nasib baik aku pakai kasut sukan siap-siap hahaha XD Malam tu memang masing-masing tidur awal. Aku je yang lambat sikit tidur sebab masih rasa macam bermimpi sebab ada rezeki dapat pergi ke pesta buku lagi haha. Esok pagi tu memang aku terus edit segala gambar dan video untuk post dekat media sosial. Keesokannya pulak, Isnin, aku bawa tote bag Sang Kelembai pergi library. Haaa abang sado Kelembai pun gigih ikut belajar sekali nak jadi librarian, kau hadooo XP
Dan itu sahajalah yang aku boleh share kalini hehe. Thank you to Aina & Aliya sebab sudi teman aku pi pesta buku! <3 Aku harap tahun depan ada lagi rezeki aku untuk datang PBAKL. Kalini aku nak berjumpa & bergambar dengan lebih ramai lagi penulis. Sebab aku perasan, tahun ni aku macam bergambar dengan penulis yang aku nak jumpa je. Ada masa sesi ramah mesra tu turut dihadiri penulis lain. Boleh je aku bergambar dengan mereka sekali tapi aku tak buat huhu. So, next year aku akan make sure amik tahu pasal buku terbaru mereka & bergambar dengan mereka sekali. *_* Mesti ramai pengunjung kan tahun depan? Entahlah nakk. Kita hadap je laa. Janji pakai kasut sukan hehe.
Terima kasih kepada yang sudi baca sampai habis ^^. Lepasni memang segala memori aku atau waktu degree haritu aku nak share dekat blog. Ala2 throwback gituw. Dulu tak sempat aku nak update sebab fokus belajar (cehhh) eh betul la alasan munasabah kan? XD
Hehehe okie guys. Semoga kita jumpa lagi di entri yang akan datang ^^
Yang ikhlas,
Nisha
Welcome back! lamanya tk updateee
BalasPadamwahh peminat ain maisarah jugak ya? geng!
Saya belum pernah berpeluang utk pergi pesta buku tu, doakan saya dpt ke sana satu hari nanti!
Antara ramai² penulis tu cuma kenal Hilal Asyraf je..sbb dulu dia pun blogger jg (zmn belajar)...
Padam@Cuya thank you! Kann lama betul tak update XD Heee *highfive* Insya-Allah. Pesta buku best sangat walaupun kena hadap lautan manusia hahaha
Padam@nohas ooo. Aah, dulu Hilal Asyraf ada blog Langit Ilahi kalau tak silap.
BalasPadamcantik template baru ni...
BalasPadamdekat mana button follow blog eh..hahaha...
x jumpa la pulak...
@Nieyla Nadia alhamdulillah, terima kasih kak Nieyl. ^^ Followers widget ada dekat bawah tu kak Nieyl XD Nanti nisha ubah letak tepi pulak bagi nampak XD
Padambestnyaaaa... antara wishlist sy nak pergi pesta buku cuma belum ada rezeki lgi.. kat area johor tak tau ada pesta buku atau tak...
BalasPadamSaya paliiiing suka kalo ada pesta buku seperti ini. Tapi tak banyak diadakan di jakarta, palingan cuma big bad wolf, itupun tak ada jumpa dengan penulis kan.
BalasPadamApapun, tetep suka Krn banyak buku yg bisa dibeli dengan harga miring 😍❤️❤️