Monday, 20 July 2020

Blog HBJ kini berwarna pink! & kisah menang domain dulu


Assalammualaikum semuaaaa! Hehehe masih ada yang baca entry aku ka? Al-maklumlah, dah menyepi buat beberapa bulan. Tak silap, last aku update waktu dah habis praktikal. Kan kan? Ha betul lah tu. Anyway, semua apa khabar? Sihat? Kepada yang kurang sihat tu, jangan lupa makan ubat dan banyakkan berehat okayy. Jangan push diri sangat.

Kembali lagi aku dengan entri baru di Blog HBJ. Kalini nak bercerita mengenai design baru yang bertemakan pink, floral dan kucing. Ha cepat! Siapa suka kucing angkat tangan! Aku nak tepuk tangan secara alam maya haha *letak emoji tapak tangan hi-5 kat sini*. Actually aku dah lama nak design blog cuma tak sempat. Dan akhirnya, setelah berperang dengan html *ehh betul ke terma tu?* siap juga design blog ni. Takdalah banyak sangat aku ubah. Yang antara benda aku staykan ialah style border atau kotak blog ni. Well, aku taktahu terma apa yang digunakan jadi, aku guna terma design kotak je lah ya huhu.

Aku ingat lagi waktu aku menang giveaway Pokucu. Tahun 2017 tak silap time tu hadiahnya ialah dapat domain serta design blog sepenuhnya. Jadi aku tukarkan ke nishanisrina.com . Untuk design, aku dah tetapkan ciri-ciri atau kriteria yang aku nakkan tu. Cuma daripada pihak pereka design blog tanya sama ada nak staykan gaya kotak blog aku ni atau buat macam style design blog yang lain. Yang macam takda custom background blog (macam aku) kalau bukak terus terpapar header dan isi kandungan terus. Jadi, aku jawab nak jenis kotak border ni. Sebab bagi aku, blog ni antara kenangan yang terindah bagi aku semasa waktu aku mula berbloging dan belajar mengenali dunia alam maya. *perghh ayat!* *proceed nyanyi korus lagu Yang Terindah by Achey*.

Jadi.. inilah sebab kenapa aku stay dengan gaya macam ni. Kepada yang kata ni trend lama dan gaya aku agak old-school, aku terima ja huhu. Sambung balik pasal domain tu, nak dijadikan cerita.. aku takda rezeki nak mengupdate blog selama domain blog aku tu available. (tempoh setahun) . Gilakan? Lepastu aku tak renew atau bayar pada tarikh yang ditetapkan. Lama-lama tu, bila sampai ilham nak update blog, aku check balik blog aku terus jadi error. Jadi aku contact NetKL tanya kenapa. Dan pihak mereka kata, domain aku dah expired. Aku ni pulak time tu confident bayar dengan jumlah yang biasa siap bagi bukti dan mereka telah terima. Akhirnya pihak NetKL memberitahu yang akibat aku tak bayar pada hari yang telah ditetapkan, harga renew domain aku tu semakin meningkat. Almost RM1k!

Jadi sekarang ni total kena bayar almost RM1k! Hamek kau. Time tu nak menangis bila dapat tahu. Sebab time tu dah memang dapat ilham nak update blog dengan guna domain tu. Jadi mereka beri option sama ada nak teruskan dengan domain lama aku tu dan bayar RM1k lebih atau nak teruskan dengan hadiahbintangjatuh.blogspot.com (Dan mereka akan paparkan semula blog aku tu). Last-last terpaksa tukar ke blogspot balik. Ish..Ish… Kisah yang sungguh menyedihkan.. Kepada yang tertanya kenapa selama setahun aku tak update tu, aku pun tak pasti. Tapi yang aku ingat, waktu pengumuman pemenang aku dah dekat dengan SPM2017. Jadi.. tempoh setahun tu actually tahun bebas aku nak mengupdate. (Aku start masuk interim untuk diploma pada bulan 7) Tapi nak dijadikan cerita… anggap sahajalah aku takda rezeki atau peluang nak update sebab time tu takda ilham serta ada masalah peribadi… *tamat*

Okeyyyy. Habis dengan cerita tu. Kita proceed ke wajah blog HBJ yang sebelum dan terkini. Ini dia…

Sebelum - Biru + laut + bintang

(Maaf ya sebenarnya gambar untuk sebelum ni tak banyak sangat sebab waktu nak tukar rupa blog aku terlebih excited sampai terlupa nak snap yang lama)

 

Selepas - Pink + Floral + kucing

  • Favicon - gambar kucing  berlatarbelakangkan warna pink
  • Header - Ada bunga, bunga, nama blog, deskripsi blog *ala-ala komik gitu* & gambar aku waktu study. Yang lukisan tu aku menang Giveaway Monbebe (peminat kumpulan Monsta X) di Twitter. Monbebe Artist daripada Indonesia yang lukis hehe
  • Background - Floral juga

  • Banner - Kucing dan bunga serta nama blog dan effect sparkling hehe
  • Menu Button - Ini aku main taram je edit. Janji nampak berkenan dekat mata aku huhu
  • New page “Exchange Link” (Mister Linky - sebelum ni pernah guna tapi tak ingat kenapa dah remove dari terus letak) *Sila tinggalkan link blog anda di sini jadi saya boleh Blogwalking semula okeyyy (;*
  • Instagram Widget *Aku ubah username ke second account huhu*
  • Lagu YouTube - Lagu Hello by Andi Bernardee & Ismail Izzani (piano ver)
  • Divider Sidebar - Sebelum ni aku letak dash so kalini letak divider kucing hehe
  • Gambar kucing di Sidebar - Sebab mereka comel-comel belaka
  • Top Button - Ini pun aku tambah letak kucing dekat belakang perkataan Top tu
  • Scalloped edges - Ini aku try hard edit dan guna coding lama aku. Hairan yang first try cuma belah kiri je muncul yang belah kanan tak muncul-muncul. Waktu dah nak giveup tu baru tahu sebab kenapa *kena adjust width*
  • Cursor - Bintang
  • Icon tepi tarikh - Sebelum ni icon daun tapi aku tukar ke kucing
  • Icon Home, Next & Back - Sebelum ni warna biru so sekarang dah berwarna pink
  • Buang floating follow & dashboard button - Ini entah kenapa rasa macam semak semacam jadi aku terus buang XD
  • Font blog - Aku baru tahu boleh guna Google Font. Ingatkan blogger yang ada domain ja boleh guna sebelum ni. *sobbs*
  • Last sekali ialah gambar aku *Yeshhh. Ni first time aku letak gambar. Well. Takdalah first time mana. Pernah je letak tapi sekejap je pastu tukar letak gambar kucing XD*

Orait. Itu sahaja.

Jadi? Apa pendapat korang? Bagi aku.. Ini kira okeylah sebab dah lama sangat wajah HBJ berwarna biru. Nak tukar warna lain. Jangan ingat warna kegemaran aku pink pulak. hahaha. Awok suke warna pink gitu gitu jeee hehe. Warna kegemaran kalau at this moment ialah brown. Tapi ada masa tukar-tukar dan tak tetap huhu. Wokey. Itu sahaja entri kalini. Nantikan entri-entri baru yang akan datang ya. Aku akan cuba buat draft dulu nanti senang copy paste masuk terus hehe. Jangan lupa tinggalkan komen, tinggalkan jejak di shoutbox, dan tinggalkan link di Exchange Link. Tau tauu.

Jaga diri semua dan stay safe. Peace yo.
Assalammualaikum.

Yang ikhlas,
Nisha.


p.s. Pihak KLNet turut pulangkan duit aku semula selepas aku bersetuju nak semula link blog yang terkini. Adeh, terlupa pula nak mention dekat atas tadi T.T

4 comments:

norhidana said...

comel, nampak sweet je pink tu

NA said...

Saya pun tidak tukar rekabentuk blog. Setia pada yang lama.
Terima kasih. Dah follow balik #894.

Nisha said...

@norhidana Alhamdulillah, terima kasih diatas pendapat yang diberikan ^^

Nisha said...

@NA Wahh ^^ Terima kasih kerana sudi datang melawat HBJ :"D