Setelah lama aku menyepi, akhirnya aku kembali! Ecehh haha dramatik betul. XD Apa khabar semua? Semua sihat? Aku rasa gembira sangat bila aku tengok reading list. Alhamdulillah, masih lagi ada kawan-kawan blogger yang aktif update blog. Kebanyakkan yang aku kenal dan rapat dulu blog mereka dah krik2. Termasuklah yang sedang menaip ni *eh tibe* hahaha. Er... Tapi betul lah kan? sobbs
Waduhh lama betul aku tak update blog. Asyik update waktu cuti sem je. Huhu. Takpalah, janji berupdate iye dok?
Haa.. kali ni aku nak bercerita dengan korang mengenai penulis seram kegemaran aku. Tajuk blog kali ni memang aku sendiri yang pilih sebab penulis novel seram ni sangat deserve dengan title ni. Penulis ni memang dari dulu aku minat karya dia. Karya dia semua tip top.
Penulisnya ialah...
drum roll please...
A.DARWISY !
Jeng3. Haaa ada siapa-siapa kenal penulis ni tak? Kalau tak kenal, mohon lah usha kedai buku harini sebab buku baru A.Darwisy dah keluar iaitu "Bunian".
Aku rate buku bunian ni 5/5 sebab sangat berbaloi untuk dibaca. Hampir dua hari aku cuba habiskan novel karya terbaru penulis ni. Elemen fantasi serta aksi semua memang terbaik bossku. Saspen dia tu memang buat orang tak senang duduk. Kalau boleh nak habis baca secepat yang boleh. Segala perkara yang disebut dalam novel ni pun macam betul je semua. Aku ni pulak siap jatuh cinta dengan seorang watak dalam novel ni iaitu Lang. Ending cerita A.Darwisy macam biasa, memang tak pernah menghampakan. Plot twist dia saya bagi lima bintang! *haa tepokkk XD* Serius aku kata, segala makluk atau creature bak kata orang putih, yang direka oleh penulis sendiri ni semua memang bagi aku ohsem-ohsem belaka. Semua tu macam real dan betul-betul wujud bagi aku. Jadi terbaiklah A.Darwisy *tepuk tangan*
Okey.. done dengan review buku terbaru beliau, ha mariler kite ambil tahu macam mana aku boleh start baca karya-karya A.Darwisy ni.
Aku tak ingat tahun bila start baca novel A.Darwisy. Tapi novel pertama yang aku baca ialah,
Jangan Biar Dia Masuk I dan II
[Cerita ni bakal menjadi filem-- boleh rujuk hashtag #filemjanganbiardiamasuk di instagram]
Novel tu nak dijadikan cerita, ibu aku yang punya. Aku pun time tu memang takda benda nak buat jadi, alang-alang dah ada masa terluang.. aku pun decide untuk membaca... Yup, antara amalan mulia macam kata pepatah yang selalu kita guna waktu SPM dulu ehehe.
Mula-mula baca tu memang agak susah sikit nak faham gaya penulisan A.Darwisy sebab gaya penulisan serta penggunaan bahasa beliau ni memang ada gaya tersendiri.(bagi aku) Tapi lama-kelamaan tu terus rasa selesa dan boleh follow apa yang mahu disampaikan oleh penulis.
Akan ada penggunaan bahasa melayu lama kerana ada dua timeline yang berbeza. Iaitu pada waktu sekarang dan waktu zaman dahulu. Waktu zaman dulu tu lah yang paling aku suka baca sebab feeling dia tu memang rasa betul-betul macam kat zaman jepun.
Sejujurnya, aku ingat mustahil untuk aku follow up apabila penulis menyampaikan dua zaman yang berbeza di dalam satu cerita. (plot bergerak secara parallel) Tapi penulis A.Darwisy dah buktikan dekat aku yang itu tak mustahil dengan menghasilkan karya-karya beliau yang sememangnya ohsem. Mula-mula tu ada lah rasa confuse sikit tapi lama-lama tu akan rasa biasa. Haaa jadi korang patut try baca novel A.Darwisy ni. Insya-Allah tak rugi. Dari sudut pandangan aku, banyak benda yang aku dah belajar dari novel-novel beliau.
Selain dari tu, apa yang paling aku suka dengan karya A.Darwisy ni beliau tak pernah miss selitkan doa-doa dan ayat Al Quran yang kita boleh rujuk dan baca. Memang bagus sangat-sangat. Segala apa yang ditulis penulis, aku rasa semua betul ja even aku pasti ada elemen dan unsur fiksyen yang diselitkan. Apatah lagi novel Bunian. Memang terbaik habes. Fresh betul. Sangat-sangat segar dari ladang. *amboi dah macam tagline farm fresh pulak XD*
Anyway, terdapat lagi novel seram lain karya A.Darwisy iaitu:
- Jangan biar dia masuk I
- Jangan biar dia masuk II
- Projek Seram : Lombong (Tanah rizab jin)
- Kala senja dia datang
- Amukan jembalang tanah
- Ngauman cindaku
- Projek Seram : Muzium (Kain ibu syaitan)
- Bunian (yang paling latest)
Haa so, sekali lagi pergilah ajak member ke, ahli keluarga ke, masuk popular kejap takpun MPH atau hasani bookstore. Takpun kedai-kedai buku yang lain. Usha masuk seketika untuk window shopping buku-buku novel terbaru. Dan jangan lupa dapatkan buku bunian ni. Kalau rajin, beli sekali karya lain A.Darwisy. Kalau tanya aku, novel kegemaran aku selain Bunian ialah Amukan Jembalang Tanah. Tapi semua karya penulis best-best belaka jadi dapatkan je semua hehe.
Ha... Korang pulak? pernah baca novel karya A. Darwisy? Kalau pernah, cer komen sikit pendapat korang mengenai hasil-hasil karya beliau serta apa yang korang suka dengan karya tersebut.
Jadi, itu sahaja daripada aku kali ni. Esok aku dah mula praktikal. Doakan aku ya semua.
Jadi, itu sahaja daripada aku kali ni. Esok aku dah mula praktikal. Doakan aku ya semua.
Tata titi tutu~
N.
10 ulasan:
Yup.. beliau antara penulis seram yang ohsem..
Semua buku beliau dah berjaya dibaca dan semua ada keistimewaan yang tersendiri..
Tak pernah baca lagi dari penulis ni. seram sangat tak? takut pulak nak baca ^^
kalau bab cerita seram ni ummi susah nak baca.. haha.. kalu novel suke baca buku romatik ke..hehehe. berani jugak nisha baca cerita seram... selamat berkenalan nisha ;)
@Sha Mohamed Kan2. Wahhh terbaik :D ya, betul tu ^^
@aienienka ooo. Ada part kalau seram, seram juga hehe tak perlu takut~ chill2 ja baca ehe :3
@Nur Asyiqin oooo. itulah, sama macam kawan nisha, dorang lebih prefer novel romantik. hehe. Mula-mula tak berapa nak gemar. Tapi sejak jumpa novel a.darwisy, terus rasa jatuh cinta. :3 Selamat berkenalan juga ummi ^^
tak pernah baca lagi hasil nukilan dia. Lepas ni nak try baca lah mana tahu jadi penulis kegemaran jugak :)
kita jarang sangat baca novel seram...yang kita baca Ismi Fa..tpi tu pon tk habis beli,ingtkn dh habis dh siri die..rupanya sambungan sampai 7 buku!halamak..tak terkejar....kekeke
kita banyak buku kat umah ni,tak terbaca..dah tahu tak terbaca,,pergi bantai beli lagi buku.Adoi.Penyakit2! XD
Permisi ya kak Admin ^^
ItuKasino - Agen Judi Bola - Slot - Judi Poker - IDNLive - Sicbo - Baccarat- LiveCasino
Minimal Deposit & Withdraw Rp. 25.000,- / Rp.50.000,-
- Bonus Cashback Sportsbook 5% setiap Senin
- Bonus Rollingan Live Casino 1% setiap Senin
- Bonus Rollingan IDN Live 1% Setiap Senin
- Bonus Cashback Slot Games 5% Setiap Senin
- Bonus Cashback Poker 0.3% setiap Kamis
Kontak Kami :
WhatsApp : +85593790515
Pusat Bantuan ituKasino
• https://linktr.ee/ituKasino_official
Link Alternatif ituKasino :
• http://bit.ly/jokercard01
Menerima Deposit Via Pulsa & E-Money
• Telkomsel , XL axiata
• Ovo , Gopay
Agen Taruhan Judi Teraman, Situs Taruhan Judi Teraman, Agen JudiBola, Agen Judi Bola Online, Agen Bola Online, Agen Sportsbook, Judi Casino, Agen Judi Casino, Agen Casino Online, Agen Live CasinoTerpercaya, Agen Judi Poker, Judi Poker, Agen Poker Online, Agen Judi Domino, Agen Domino Online, Agen Bandar Domino, Agen Bandar QQ, Agen Bandar Poker, Agen Bandar Ceme,
salam.
suka jugak baca novel2 seram nukilan A. Darwisy.
jangan biar dia masuk 1 & 2, amukan JT dah beli tapi belum baca lagi, ngauman cindaku.
nanti nk pi carilah novel baharu ni ^^
good luck with ur practical!
Catat Ulasan