Akhirnya, aku kembali!


Okey, assalammualaikum semua! Akhirnya Nisha telah kembali mengarang dalam dunia blogger! huhu Pertama sekali, ada banyak kisah atau cerita yang aku nak kongsikan dengan korang semua selama aku masuk universiti. Ya semua, Nisha sudahpun menjadi seorang siswi di Uitm huhu. Lupa nak bagitahu. Iyolah, busy ja memanjang. Konon-konon lepas SPM nak aktif (lagi-lagi dapat domain kan) tapi last-last tak update. Berhabuk, bersawang semua ada dekat HBJ. Sampailah nak habis semester baru duk terpikir pasal blog. Bukak-bukak, homepage tak keluar. Check dekat hosting, alamak dah expired! Macam-macam lah jadi sampai akhirnya aku pilih untuk kembali ke blogspot.my

Insya-Allah, lepasni aku akan cuba kongsikan pengalaman-pengalaman yang berguna bagi bakal siswi atau siswa kelak. Secara jujurnya aku nak sangat update blog dalam bahasa inggeris. Tapi fikir, lebih baik dalam bahasa melayu. Mudah nak buat lawak hahaha Tengoklah macam mana. Kalau sempat aku update dalam bahasa inggeris. Bukan nak menunjuk kayyy tapi nak praktis. Bak kata pepatah inggeris, “practice makes perfect” kan? Hehe ^^

Jadi, tunggu post-post akan datang! Aku mungkin akan kenalkan macam mana aku handle kos atau course library management di Uitm atau lebih dikenali sebagai IM120. (Fokus dekat diploma semester satu sahaja sebab aku pun baru habis sem 1 hahaha) Anyway, ni semua based dekat pengalaman yaaaa. Mungkin lain orang lain pengalaman dan cara.

Orite, itu sahaja aku rasa. Apa-apa lagi aku update lain. Chowwww!

Comments

Sha Mohamed said…
Wah.. Nisha amik course library ye.. Share.. share..
Akak kerja dalam bidang library tapi tak belajar pun pasal library.. Teruja nak tahu Nisha belajar apa..
Carly Fifie said…
Hye.. welcome back. saya pun baru aktif dalam dunia blog untuk tahun ni.
Hope dapat keep writing..~

Follow done. #846

Selamat berhujung minggu http://www.imaginasiklasik.com/2019/01/bila-kita-mahu-lupakan.html

Popular posts from this blog

Pengalaman ambil kos Pengurusan Perpustakaan / Library Management (Dip sem 1)

Pengalaman ambil kos Pengurusan Perpustakaan / Library Management (Dip sem 4) + Nasihat + Kesimpulan + Throwback