Selamat datang!
Hadiah Bintang Jatuh, blog yang diwujudkan oleh seorang gadis manis (ecehhh manis lah sangat hahaha) yang mempunyai hobi mengarang serta seorang alumni library student. Insya-Allah, saya akan menceritakan pengalaman, tips, nasihat, giveaway entry dan lain-lain. So, enjoy your visit here! Jangan lupa tinggalkan jejak dalam CBOX. Nanti bolehlah saya blogwalking semula (;
NAK TAHU LEBIH LANJUT?
Klik sini
  • 1
    BELAJAR
    Pengalaman belajar diploma & degree saya dalam bidang pengurusan perpustakaan ♡
    Klik sini
  • 2
    ULASAN
    Antara review buku yang saya dah baca ♡
    Klik sini
  • 3
    PERKONGSIAN
    Pengalaman saya pergi ke tempat-tempat menarik seperti ke pesta buku ♡
    Klik sini

Tips Blogwalking 2017 | Newbie & Otai

Assalammualaikum, okey. Harini Nisha nak sambung share tips macam mana nak blogwalking. Sejujurnya entry ni dedicated untuk para newbie. Tapi takpalah. Kepada blogger otai yang masih berbisa tu nak baca pun bolehh. boleh bah kalau kau ^_- Okey. Soalan yang paling femes pasal BW ni ialah,

Apa itu BW? Kereta ke? Orang datang blog aku asyik komen kata BW . Apa eh tu? :O


BW tu ialah singkatan kepada Blogwalking. Blogwalking adalah aktiviti blogger berkunjung ke blog-blog lain. -www.bloggerlelaki.com

Aktiviti ni hanya berlaku bila para blogger ada masa yang terluang dan nak cari blog baru yang comey2 belaka hihi. To be honestlah. BW ni nampak je senang tapi susah sebenarnya. Satu, internet kena laju. Dua, kita akan rasa penat dan letih. Tiga, banyak masa akan digunakan. Itu sebab Nisha kata, aktiviti ni hanya akan dibuat oleh para bloggers bila dorang tgh free. ((;


  • Antara tujuan BW pulak ialah,


  1. Promosi blog kita kepada blogger lain.
  2. Salah satu cara untuk dapatkan backlink.
  3. Mengenali dan mengeratkan hubungan sesama blogger.
  4. Baca dan menambah ilmu pengetahuan baru daripada rakan blogger yang lain.

(via www.bloggerlelaki.com)

Ada rasa excited tak nak BW sekarang ni? Hehe Jom kita tengok tips macam mana nak BW!


  • Melalui Komen dan Tinggalkan komen
First, korang kenalah komen entri terbaru blog tu. TAPI! kenalah baca dahulu. Lepas baca barulah komen. Komen pun, korang kena mulakan dengan perkara yg ada kena mengena dgn entry dorang tu. Pastu, baru lah mention korang BW ke situ. 100% ini akan berkesan sebab ni akan buatkan tuan blog itu rasa gembira bila dapat tahu ada orang baca entry dia. Yang penting sekali, jangan spam sudah lah.. cer fikir sikit perasaan tuan blog.  haa mesti marah en? Kang tak pasal-pasal dia blacklist nama korang baru padan muka hahaha

# Another advice, kepada newbie sila pastikan buang word verification. mahu tak jenuh orang yang tengah rajin BW tetiba sampai ke blog korang yang ada word verification. hamek kau. Dahtu dia ni jenis yang tak putus asa nak cuba dan cuba jawab benda alah tu. Iyelaaa demi mengeratkan silaturrahim katanya.  last2 semua salah. terus tak jadi dia nak BW haha.




  • Shotbox atau Cbox
Kay, yang ni paling ramai orang suka buat. Sebab? Ringkas dan tersangatlah cepat. Taruk nama, link blog, text 'bw sini <3' tekan send. dah siap! senang en? Selalunya orang buat ni bila dah rasa malas nak komen dekat entry ATAU blog tu lama gila bapak nak loading haha. iyela. dah lah lama loading pastu bila nak tekan follow asyik tak dapat. Iklan pula duk asyik pop out. Jenuh orang tu nak tekan klik pangkah sana sini. Jadi. pandai2 lah korang kemas kini semula blog tu. DAN! Jangan lupa cek berat blog korang tu yaa. tengok berapa lama ambil masa untuk blog korang tu nak dipaparkan. Bukan apa, ini semua untuk memudahkan lagi orang nak BW ke blog korang.




  • Facebook Group Blogger
Nisha pasti ramai yang dah join group blogger dkt FB. So, Nisha cadangkan korang share atau ping link entry korang dekat situ. Bagi ramai lagi bloggers dapat tengok blog dan entry korang tu. Selain dapat naikkan trafik blog, korang dapat new commenters dan followers. Iyela.. imagine korang ada join 30 Group. Satu group ada beribu-ribu ahli. haaa cepat! amik calculator! Kira jangan tak kira! haha gurau2. Sekarang sudah paham?? Search ja dekat search bar facebook. konfem banyak group keluar punya ehehe




  • Bloglist
Bloglist ni actually salah satu tempat untuk kita BW ke blog org lain since kita dapat tengok new entry yang telah dipaparkan. Bila korang ke blog dorang... pergilah tengok bloglist dorang pulak. Dari situ kita boleh BW ke banyak blog dan berjumpa dengan ramai bloger lain yang awesome2 belaka , termasuklah saya hehe B)

# Another advice,


Jadilah pengomen tegar di blog-blog pilihan anda. Lebih bagus jika blog itu ada widgets top commentators. Sebab itu juga akan jadi cara untuk kita promosikan blog kita secara percuma di blog popular. -www.bloggerlelaki.com




  • Klik link blogger di bahagian komen entry
Singgah balas di blog blogger2 yang tinggalkan komen di blog kita. Atau, semasa membaca entry di blog lain, lihat juga di bahagian komen dan klik link2 blogger yang dah tinggalkan komen di entry yang sama.





  • Reading list
Ini ialah blog-blog yang kita dah follow. So, kita boleh tengok update mereka dari sini walaupun tak masukkan ke bloglist. Ni sesuai untuk kepada blogger otai since dorang dah banyak follow blog orang. ^__^ 





  • Segmen dan Giveaway
Kebanyakkan Segmen dan Giveaway akan sediakan senarai peserta. Jadi, dari situ korang boleh tengok satu per satu blog yang korang dah pergi dan belum pergi. Yang belum pergi lagi tu lah yang perlu korang kunjung. hehe Lepastu, buat balik macam yang kat atas tu. Komen/Chat . Okey? hehe

Baca jugak CARA PALING CEPAT BLOGWALKING





Haaa itu ja dari Nisha. Harap-harap soalan korang tu dah terjawab dengan apa yang Nisha kongsikan harini. Terima kasih kerana sudi membaca ya! InshaAllah Nisha akan buat Tips kedua pasal Blogwalking lagi. Entry tu Nisha akan dalami lagi dengan huraian2 lengkap. Ecehh macam KBAT pulak XD . Alright, bye semua!! Jaga diri cuti ni dan stay beautiful! *lambai tangan*

Yang Ikhlas,
NISHA


p.s. antara rujukan yang Nisha ambil ialah dari wacanaku2009.blogspot.my , www.bloggerlelaki.com , http://www.aeinnamusa.com/ dan maaf jika ada typo di mana-mana!

Ulasan

  1. Nice tips Nisha... BW ni salah satu nak dapat komen, kebanyakkan komen dari blogger lain... jarang benar pengunjung tanpa blog nak komen sebab malas nak login gmail atau akaun lain...

    BalasPadam
  2. Tips yg bagus utk bloggers baru. BW tuh cara yg sy amalkan sampai sekarang.

    BalasPadam
  3. Nice tips Nisha..jemput singgah www.hakimramli.com

    BalasPadam
  4. JM suka join ikuti segmen @ giveaway, sebab mudah nak BW...

    BalasPadam
  5. Salam kak Nisha. GV adalah follower akak yang ke 805. hihi. Info blogwalking yang cukup lengkap dan padu untuk dijadikan panduan blogwalking bagi blogger baru. Terbaik kak Nisha. :D

    BalasPadam
  6. It was really amazing.. for kids. they will loved your website..

    Here you go one of the best application for you..


    http://androidpcapps.com/superlivepro-download-app-pc-android-mac/

    BalasPadam

Catat Ulasan

Halu orang di situ~ Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di entri blog ni ^^ nah mini love kita bagi *letak emoji mini love*