Selamat datang!
Hadiah Bintang Jatuh, blog yang diwujudkan oleh seorang gadis manis (ecehhh manis lah sangat hahaha) yang mempunyai hobi mengarang serta seorang alumni library student. Insya-Allah, saya akan menceritakan pengalaman, tips, nasihat, giveaway entry dan lain-lain. So, enjoy your visit here! Jangan lupa tinggalkan jejak dalam CBOX. Nanti bolehlah saya blogwalking semula (;
NAK TAHU LEBIH LANJUT?
Klik sini
  • 1
    BELAJAR
    Pengalaman belajar diploma & degree saya dalam bidang pengurusan perpustakaan ♡
    Klik sini
  • 2
    ULASAN
    Antara review buku yang saya dah baca ♡
    Klik sini
  • 3
    PERKONGSIAN
    Pengalaman saya pergi ke tempat-tempat menarik seperti ke pesta buku ♡
    Klik sini

REVIEW BUKU : Hello, My Twin! karya Sharina Elisa (NO SPOILER!)



Assalamualaikum semua,
Dah makan ke tuu hehe. Aku harap semua baik-baik selalu. Alhamdulillah, aku khabar baik kepada yang tertanya-tanya^^ Anyway, cuba korang baca balik tajuk entri kali ni.....

Hehe yup! kita akan review sebuah lagi buku baru!  Iaitu...


Hello, My Twin! karya Sharina Elisa!

Penerbit : BOOKIUT
ISBN : 9789673695560
Bilangan muka surat : 136
Harga : RM10 (SM) | RM12 (SS)

Haaa kalini punya buku, terbitan daripada Bookiut (PTS) tau! Kalau tengok gambar kat atas tu pun korang dah dapat agak kenapa nama penerbit kalini ialah Bookiut. Ya, betul tu! Sebab cover buku depa semua comel2 dan cute belaka! Termasuklah cover buku Hello, My Twin! ni. (kepada yang tak perasan lagi, perkataan Bookiut diambil daripada Book+cute= Buku comel). Aku tengok ja dah fall in love sebab warna tema & ilustrasi gambar yang sangat cantik menawan. Cover untuk karya ni memang aku bagi 100% iaitu A+! *letak emoji mata bintang*

Amboi, bukan kemain lagi bagi markah dan grade bagai!

Eh betul lah, bukan saja je tau nak mention tu sebab jalan cerita Hello, My Twin! ni ada kena mengena dengan markah! Haa menarik kan?

And the best part is, buku ni baru sangat diterbitkan tau korang! Yang minat dengan buku terbitan Bookiut tu, pi cepat dapatkan! WAJIB ditambah ke dalam koleksi korang sebab cerita kalini memang... *chef kiss*

Fuhh, kemain excited aku kalini. Hihi. X) Okay, jom kita mulakan!


  • Hello My, Twin ni cerita pasal apa?

Cerita ni mengisahkan Hana (watak utama) yang menghadapi kesukaran untuk memahami apa yang dia belajar. Tahap sukar dia ni sampai bila baca buku teks memang tak faham langsung!

Masalah tersebut secara langsung effect keputusan peperiksaan Hana. Ya, Hana SENTIASA GAGAL! Setiap mata pelajaran tau! Bukan satu, dua je. SEMUA! Kecuali matapelajaran Matematik. Haa, Hana memang in-love dengan kira-kira ni.

Ditemani dengan kakak kembarnya yang tak seiras iaitu Risya, yang sangatlah berbeza dengan Hana. Risya merupakan antara TOP STUDENT di sekolah manakala Hana di kelas hujung (disebabkan masalah yang dihadapi beliau). Walaupun depa ni kembar, personaliti masing-masing lain.

Nak dijadikan cerita lagi, ramai kat sekolah tak tahu mereka berdua ni adik beradik. Jadi yang kelas depan (kelas kakak dia ni) macam "ehh dah kenapa kau bergaul dengan dia?" dan siap mengutuk lagi. Acah-acah bagus dan terlebih pandai gituw. Ish3. Yup, persekitaran yang sering "memandang rendah" terhadap orang ni banyak berlaku dalam buku ni.

Risya, seorang kakak yang sangat penyayang dan prihatin akan adiknya, terus menerus berusaha untuk membantu adiknya, Hana.

Mampukah Hana berjaya lulus peperiksaannya? Atau tiada lagi harapan baginya? Jeng jeng jeng...

Ha, kalau nak tahu apa yang berlaku, cepat dapatkan sekarang di :


Versi EBOOK : >E-SENTRAL<  >GOOGLE PLAYBOOK

Selesai dengan sinopsis, jom kita pergi ke sebab kenapa korang kena beli buku ni  <3


Apa yang best pasal buku ni?

  • Bacaan ringan
Yang nak baca cepat habis tu ha korang boleh dapatkan buku ni. Aku dapat habiskan dalam masa sehari je hehe. Oh ya, lupa nak share. Buku terbitan Bookiut semua novela tau, iaitu karya yang lebih pendek berbanding novel (fiskyen) biasa.

  • Cara penyampaian penulis yang... *chef kiss*
Ini karya pertama penulis Sharina Elisa aku baca dan aaaa! Suka sangat dengan gaya penulisan beliau! Sangat simple dan tak terlalu formal. Serius lepasni rasa nak beli karya beliau yang lain!

  • Jalan cerita yang fresh!  *chef kiss lagi sekali*
Ingat lagi tak watak utama ni ialah Hana? Ha, dalam cerita ni bukan dia seorang sahaja tau yang menghadapi konflik. Watak lain pun ada tau! Sebelum ni aku pernah baca karya Bookiut yang lain dan kat situ penulis lebih tumpu pada watak utama. Kalau nak tahu apa yang berlaku kat watak lain tu haa cepat beli hokeyy ((;


  • Ada beberapa ilustrasi di dalam!
Haa kalau dah ada lukisan ni memang tak boring sangat nak baca, kann?  Ha meh aku belanja sikit. Tapi tak HD sangat lah ya. Hehe

  • Penuh dengan motivasi
Banyak aku jumpa kata-kata nasihat atau motivasi yang deep. Sampai tanda dengan label tag. Bagi aku, buku ni sangat sesuai untuk:
  • Adik-adik yang masih bersekolah menengah,
  • Warga pendidik,
  • Ibu bapa pun sangat digalakkan. 

Salah satu quote kegemaran aku daripada buku ni ialah :

"Kita pandai dalam pelajaran tu sebenarnya satu bonus. Ilmu tu bukannya apa yang kamu pelajari di sekolah. Semua di muka bumi ini adalah ilmu." - Puan Alia

  • Kaya dengan pengajaran & nilai kasih sayang
Antara sebab kenapa aku suka sangat dengan Bookiut ni, karya mereka penuh dengan nilai pengajaran.
Yang aku paling suka sekali ialah keakraban & kasih sayang antara Hana & Risya. They will always be there for each other. Sampai aku yang anak tunggal ni pun terus rasa macam "bestnya kalau ada kembar" ehh XD. Detik dorang bersama ibu dorang pun sangat touching. Memang dapat rasa sayangnya beliau dengan mereka berdua. Si Ibu yang selalu beri kata-kata semangat buat Hana. Aaa comelnya dorang satu keluarga <3

  • Ikut peredaran masa
Yang ini mungkin bagi aku je kot sebab aku tak pernah lagi jumpa karya yang ada mention pasal perkhidmatan penghantaran makanan. (Yang sememangnya sudah menjadi perkara biasa buat kita sekarang). Ditambah dengan telitinya penulis menulis babak si Ibu melihat keputusan Hana dan Risya. :"D


Pengakhiran Hello, My Twin! pula?

Haaa, ending dia memang padu habis! *chef kiss entah berapa kali dah XD* Part ending tu memang aku rasa puas hati sangat sebab akhirnya semua dapat impak daripada apa yang berlaku. Hehe haa kalau dah tertanya-tanya nak tahu apa berlaku dalam novel ni, cepat beli dekat website atau shopee PTS okeyy! 


Kesimpulan review Hello, My Twin!

Banyak juga aku belajar daripada kisah Hana dan Risya. Masing-masing ada peranan tersendiri dan saling melengkapi. Manakala pengajaran yang aku rasa penulis nak sampaikan ialah,

"Jangan sesekali kita memandang rendah terhadap seseorang"
Seeloknya kita bantu jika mereka memerlukan pertolongan dan support untuk mereka teruskan.


Kepada adik-adik yang stress belajar tu, ini aku nak kongsi satu quote yang sampai harini aku ingat daripada Paksu aku yang berbunyi,
"Kawan kita pandai cara dia, kita pandai cara kita."

Haaa amacam, deep tak? Hehe. Sampai ke SPM aku pegang ayat ni. Termasuklah bila dah masuk Uni. Semoga segala ilmu yang kita terima dapat dimanfaatkan sebaik mungkin nanti :"D


Akhir sekali, terima kasih lagi sekali buat pihak Bookiut (PTS) kerana sudi menghantar novel Hello, My Twin! kepada diri empunya blog untuk memberi review. Semoga jualan Bookiut terus-menerus laris sampai tak menang tangan hehe <3


Alang-alang dah nak habis ni, haaa meh aku share video unboxing Packaging daripada Bookiut!


Itu sahaja untuk kalini. Jaga diri tau semua! Stay safe always ^^ Yang dah baca Hello, My Twin! tu, jom share pendapat korang kat bawah! <3

Yang ikhlas,
Nisha

Ulasan

  1. Ok kakak dia tidak abaikan adik kembar. Hehe selalu ada kakak kembar jahat.
    Itulah kasihan kalau susah faham.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Halu orang di situ~ Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di entri blog ni ^^ nah mini love kita bagi *letak emoji mini love*