Selamat datang!
Hadiah Bintang Jatuh, blog yang diwujudkan oleh seorang gadis manis (ecehhh manis lah sangat hahaha) yang mempunyai hobi mengarang serta seorang alumni library student. Insya-Allah, saya akan menceritakan pengalaman, tips, nasihat, giveaway entry dan lain-lain. So, enjoy your visit here! Jangan lupa tinggalkan jejak dalam CBOX. Nanti bolehlah saya blogwalking semula (;
NAK TAHU LEBIH LANJUT?
Klik sini
  • 1
    BELAJAR
    Pengalaman belajar diploma & degree saya dalam bidang pengurusan perpustakaan ♡
    Klik sini
  • 2
    ULASAN
    Antara review buku yang saya dah baca ♡
    Klik sini
  • 3
    PERKONGSIAN
    Pengalaman saya pergi ke tempat-tempat menarik seperti ke pesta buku ♡
    Klik sini

Yay, dah pre-order Nirnama! (Novel jawi fiksyen klasik Islamik!)

*Ya aku dah order awal haritu tapi  aku still nak share harini XP*

Assalammualaikum semua, apa khabar? Aku harap semua baik-baik selalu insya-Allah.

Lawak betul aku ni. Dalam setahun berapa entry je post dekat blog haha. Anyway amacam, lawa tak wajah baru HBJ? Aku baru je edit tauu hehe. Anyway sebelum aku teruskan entry kalini, aku nak share yang alhamdulillah, aku ada rezeki sambung degree untuk IM244 - Bachelor of Information Science (Hons) - Library Management. Alhamdulillah, memang rasa bersyukur sangat dapat sambung. Ni pun aku dah berapa hari habis final paper so kiranya sekarang dah bebaslah untuk semester ni haha. Insya-Allah aku akan sambung buat entry pengalaman aku setiap semester untuk degree IM244 ni. (Macam aku buat untuk diploma aku >SINI<)


Okeyy, jom kita sambung dengan entry kali ni iaitu PRE-ORDER NOVEL NIRNAMA oleh Hilal Asyraf! Ha, siapa yang ada baca entry aku sebelum-sebelum ni memang tahu aku antara peminat karya Hilal Asyraf. Majoriti karya fiksyen HA ni epik Islamik. Memang superb guys!


Boleh check out entry aku mengenai REVIEW NOVEL beliau :


Ini pula social media penulis :


*Antara watak-watak dalam novel Nirnama*

Nak dijadikan cerita, penulis tengah mengadakan pra-tempah untuk karya novel terbaru fiksyen beliau iaitu NIRNAMA! Dan alhamdulillah, ada rezeki aku untuk sertai pra-tempah kalini. Memang penulis dah remind awal-awal dulu pasal Nirnama ni harga akan cecah RM90 sebab novel ni akan dalam jawi. Memang kumpul duit lah jawabnya haha. And guess what guys! Novel kalini punya story memang best habis!


Berlatarkan klasik. Disulam dengan cerita rakyat dan mitos masyhur masyarakat nusantara, di samping mengekalkan tunjang ajaran Islam yang benar! 


Haa nanti ada watak cendana, nadim, dan macam-macam lagi! Kami turut dikejutkan lagi apabila dapat tahu yang dengan RM90 ni, bukan sekadar dapat novel jawi je, tapi novel rumi sekali! Dengan merch best-best lagi! Fuhh Memang seronok habis kami XD. Alhamdulillah, semoga murah rezeki penulis di masa akan datang. Ada yang berminat nak dapatkan novel Nirnama tak? Tadi aku dapat info terbaru penulis buat sampai 10 000 unit je tau untuk dapat harga RM90 (Kelompok pertama). Kalau kelompok kedua kena bayar RM110. Boleh refer sini :


Berminat? Boleh tekan sini >PRE-ORDER NIRNAMA SEKARANG<


Ini aku copy-paste balik info pasal Nirnama daripada penulis punya social media


  • Sinopsis Nirnama

Seorang pendekar tanpa nama telah menjadi buah mulut ramai. Sikapnya yang ringan tulang membantu masyarakat di serata Tanah Semenanjung, dan berani menentang kezaliman orang-orang Jagat Suci, membuatkan dirinya menjadi bualan rakyat. Tiada siapa tahu akan namanya. Lantas orang ramai mula menggelarnya Nirnama - Tanpa Nama. Hasil campur tangan Nirnama yang terbaru, Wilayah Ujong jajahan Kerajaan Indera Kayangan jatuh ke tangan Kerajaan Semutar Putih, membuatkan Jagat Suci, pemerintah Kerajaan Indera Kayangan, penguasa Tanah Semenanjung, semakin sangsi dengan hakikat insan bergelar Nirnama. Apakah Nirnama akan memberi ancaman kepadanya? Apa kaitan Nirnama dan Kerajaan Semutar Putih? Siapakah sebenarnya Nirnama?

 

  • Novel tebal & berkulit keras!
  • Terdapat ilustrasi-ilustrasi menarik!
  • Cenderamata best-best!
  • Pengeposan bermula pada HUJUNG OKTOBER NI!

Ini apa yang korang akan dapat kalau pra-tempah sekarang *emoji tangan tunjuk bawah*

Wuu bestkan bila tengok macam-macam akan korang dapat bila pre-order nanti! :"D Aku cuma harap dapat tergolong dalam pembaca yang dapat tandatangan penulis. Haha ni golongan yang pre-order 1000-2000 unit dulu. Antara yang terawal. Doa-doakan lah aku guyss. Hehe. Antara sebab aku share pasal pre-order ni ialah aku nak sangat tengok perancangan penulis menjadi realiti insya-Allah. Penulis ada kongsikan perancangan beliau di sini :


Ada komik, game & even animasi! Semua ni berlatarkan alam nusantara kita dan yang paling penting sekali bertunjangkan agama Islam. Aku harap sangat perancangan penulis dapat menjadi kenyataan satu hari nanti. Antara cara nak jadikan semua tu realiti ialah dengan membeli Nirnama, karya terbaru penulis. Haa moh kita berjemaah order Nirnama. Tak rugi pun guys, macam-macam korang akan dapat nanti. Insya-Allah berbaloi. Kalau nak baca 5 BAB AWAL NIRNAMA boleh ke >SINI<. 


ANIMASI NIRNAMA 1 MINIT :


*Terbaik betul!! T^T*


Baiklah, itu sahaja daripada aku. Selamat pagi semua dan jaga diri selalu.  ((=


Yang ikhlas,

Nisha