BOOK REVIEW : SIHIR ORANG MINYAK BY KHAIRUL NAIM

Nisha | 06:34:00 | 2Comments |
SIHIR ORANG MINYAK | PLOT TWIST ENDING TAK DIJANGKA!



Assalammualaikum semua.
Selama sudah lama aku menyepikan diri, akhirnya ada juga entri blog yang terbaru. Dalam beberapa harini aku agak sibuk mempromosikan bisnes. (Almaklumlah.. dah jadi dropship hehehe) Jadi, takda masa sangat nak membaca dalam masa yang lama (nak habiskan cepat-cepat).


Akan tetapi… terdapat sebuah novel yang buatkan aku bersemangat untuk membaca. Memang dah lama aku tunggu dari pihak Ninjavan datang menghantar ke rumah. Imagine, aku daripada excited tengok seller (hasanibooks) dah pos, kepada feeling rasa sendu menunggu sebab lama sangat nak sampai. Kalau siapa perasan dekat Lazada ada bagi tempoh masa menghantar. Dan cuba teka hari ke berapa mereka datang menghantar ke rumah aku? Pada tarikh yang terakhir sekali! Dahlah time tu aku takda rumah. Terus aku bersiap sedia nak jawab call dari abang ninja untuk suruh dia campak ja masuk dalam laman rumah tu. Tapi nasib baiklah saiz novel ni muat nak masuk peti surat rumah aku. Jadi abang tu tanya nak letak buku tu dalam peti surat so aku pun onz je lah. Better sikit kan. Kalau buku tebal aku rasa memang takkan muat kott huhu.

Syukurlah.. selamat sampai. Balik rumah benda first aku buat lepas buka pagar terus datang amik and peluk packaging XD. Sebab aku dah lama kempunan nak baca karya penulis Khairul Naim ni. Daripada beliau follow aku dekat Instagram sampailah beliau rajin promote karya-karya beliau di instagram story dan pos gambar baru. Ada lagi judul lain cuma aku takda rezeki nak baca lagi. Tapi aku dah siap masukkan dalam wishlist hehehe.

Baiklah.. Kalini aku nak bagi review sebuah karya oleh penulis Khairul Naim. Aku tak pasti orang ramai di luar sana dah kenal dengan penulisnya tapi aku boleh kata karya beliau boleh tahan hehe.

SIHIR ORANG MINYAK
Harga : RM20 (SM) , RM23 (SS)
Penulis : Khairul Naim (Instagram) (Facebook)
Penerbit : Penerbitan Paluan Seni/Paluan Seni Productions Sdn. Bhd.
ISBN : 9789671369241
Genre : fiksyen, thriller, penyiasatan, mistik
Bilangan muka surat : 259
Jenis cover buku : soft cover
Sinopsis :
Kita semua mati. Tiada siapa dapat elak dari mati. Nama aku Nadzmir bin Muin. Aku telah mati. Tapi aku hidup kembali. Sejak itu aku didampingi. Aku mendengar mereka. Melihat mereka. Alam ghaib mendampingi aku. Kerana itu aku menyiasat kes SIHIR ORANG MINYAK. Kes perihal roh yang disihir dan dikurung di alam ghaib. Tugas aku menyelamatkan roh itu dan menyelesaikan misteri SIHIR ORANG MINYAK. Mencari pelaku yang bertanggung jawab melakukan perbuatan terkutuk itu. Aku menyiasat kes berkaitan alam ghaib kerana ingin mengetahui kenapa aku mati tapi dihidupkan semula. Kononnya, alam ghaib mahu aku hidup kerana ada sebabnya.


  • Apa yang best
Saiz tulisan novel ni aku boleh kata, bersaiz besar. Memang best baca. Rasa puas. Kalau sebelum ni baca novel yang tulisannya saiz kecil, memang rasa kemain lama nak habis. XD Mata pun kalini rilek ja hadap hahaha. Aku jamin novel ni pembaca boleh habis baca dalam tempoh masa satu hari (disebabkan saiz tulisan yang besar).

  • Cara penyampaian
Alhamdulillah, selama aku baca penulisan oleh penulis Khairul Naim tiada rasa kekok dan boleh faham dengan mudah. Cuma ada masa typo atau perkataan bersambung (bagi aku itu normal dan takdalah sampai tahap mengelirukan). Gaya penulisan sangat simple dan rilek ja bila baca. Tak perlukan masa yang banyak untuk brain sebab ada beberapa orang penulis di luar sana yang menggunakan perkataan yang kita kena cari dalam kamus untuk cari maksud sobbs.

  • Plot cerita
Plot cerita bagi aku okey dan aku suka bila waktu pengembaraan watak utama dah bermula dalam mencari jawapan. Banyak moment akhirnya terjawab waktu dekat plot twist. Bagi aku, segala plot twist daripada penulis menjadi sebab aku tak dapat jangka apa yang akan terjadi. Segala sangkaan aku meleret. Mungkin terlalu overthinking kot haha. Waktu konflik dah mula tercetus tu memang best habis. Rasa cepat je masa berlalu tengok-tengok dah nak habis dah novelnya. Cuma ending tu aku agak terkejut beruk lepas tahu identiti watak utama. Time tu memang penulis twist habis hahaha. Ending novel ni tergantung. Memang aku dah agak sebab dekat tulang rusuk buku sudah tertulis nombor 1. Jadi aku tak sabar nak tunggu sambungannya uwu. Nak jumpa lagi Nadzmir haha. Chaiyokk penulis Khairul Naim!
  • Watak-watak
Nadzmir, watak utama. Antara watak yang sangat baik dan boleh dicontohi. Ada masa aku rasa kesian sebab dia jadi mangsa keadaan walaupun dia seorang yang baik. Huhu. Lepastu kita ada Ezad, antara rakan yang jenis setia di sisi. Memang bestfriend yang terbaiklah dia ni. Support ja kawan dia dan kuat bebel haha.

Untuk watak-watak lain, bagi aku semua okey. Cuma geram dengan beberapa watak seperti Pak Mail Rimau. Fuhh boleh tahan jugak perangai orang tua ni.

  • Komen lain
Apa yang kureng cikit pasal novel ni bagi aku ialah ada satu moment terjadi yang watak utama lakukan untuk pulihkan keadaan. Tapi bagi aku untuk part tu agak macam sedikit tak logik . Aku nak cerita lebih satgi spoiler lah pulak hahaha. Tapi itu ja lah komen aku. Untuk bahagian ni aku rasa macam kekok cikitt haha. Dah nama pun genre fiksyen iyedokk XD. Tapi takpa, aku still enjoy huehue. Lepastu moment yang waktu dah nak habis tu pun aku musykil jugak (part yang aku terkejut beruk) sebab aku nak tahu lebih mendalam lagi identiti watak utama. So takpa. Itu dimaafkan sebab aku percaya akan terjawab dalam novel yang seterusnya. Ecewahh! B)

Rate : 4.4/5

Buat yang berminat nak beli terus daripada penulis (nanti dapat tandatangan tauu! Ni pun aku nak beli daripada penulis kalau ada rezeki nanti hehehe)

Whatsapp atau call : 0172860690 

Baiklah. Itu sahaja daripada aku kalini. Sekian. Assalammualaikum. Stay safe ya semua ^^

Yang ikhlas,
Nisha

P.S. sejujurnya dah lama aku simpan entri blog ni. Tak silap aku habis baca waktu bulan September haritu tapi baru sempat edit dan  publish. huhuhu....

2 comments:

Atie Zieya said...

moga moga bisness sentiasa berjaya :)

Ujie Othman said...

Dah lama tak baca buku genre mistik.

Betul...kalau dapat buku tulisan kecik, cepat ngantuk dan bosan.

© Copyright 2020 | ALL Right Reserved to Nisha. Design With Love by Nurrul Nisha.