Memperkenalkan, brand Alqata!

Nisha | 05:34:00 | 1Comments |
Bismillahhirrahmannirrahim, Assalammualaikum semua. Apa khabar? Alhamdulillah, aku baik ^^ *sambung minum teh*. And yeay new entry! Hehe. Harini aku nak bercerita sikit mengenai brand produk yang aku dah join team mereka sebagai salah seorang dropship. Yeshh. Mula menjinakkan diri dalam bidang bisnes gituu hehe. Nama brand ni ialah Alqata. Aku tak pasti ramai yang dah tahu tapi kepada yang dah terfikir, “Alqata? Tak pernah dengar punn” lepastu, “Jual apa ja brand Alqata ni?” Haaa meh sini aku kenalkan korang dengan brand kegemaran aku iaitu Alqata.

Alqata ni bisnes tempatan yang dimulakan oleh Cik Norsyaza Binti Khattab. A.K.A. boss aku (yang dalam gambar ni) dan beliau sangat peramah dan cantik ya orangnya hehe.  HQ terletak di Sungai Petani, Kedah. Haaa jadi geng-geng blogger utara tu boleh cepat-cepat pi serbu HQ okey? Jangan lupa mention nama Nisha dan blog HBJ sekali haha.

Alamat : No 21, Unit 2, Jalan Dewa, Taman Pekan Baru, 08000 Sungai Petani, Kedah
No tel : 010-397 4074
Email : alqataperfumehq@gmail.com
Instagram Official : https://instagram.com/alqata_hq

Wokey sambung balik. Jadi, Alqata ni pada mulanya menjual minyak wangi dan kini, terdapat pelbagai produk lain yang Alqata sediakan untuk para customer mereka. Apatah lagi customer setia. *aku lah tu* Sebelum tu, aku dengan rendah dirinya nak promote account instagram serta facebook page Alqata aku. Nanti jemput follow dan like lah ya? Aku akan followback korang Insya-Allah. Dan jangan lupa order dekat adik blogger korang yang tercinta ni jika berminat nak order apa-apa produk okeyy *kelip-kelipkan mata*


Facebook Page @alqatawithnisha
Whatsapp untuk order : 019-8445947
AlqatawithNisha atau dalam terjemahan bahasa melayunya, Alqata bersama Nisha. Eceeewah! Hehe. Sedapkan nama username ni? Aku sendiri yang pilih tauuu*bangga jap*

Antara produk yang Alqata jual ialah :
  • Perfume
  • Air Freshener
  • Fabric Freshener
  • Lipmatte
  • Handsanitizer

Haaa. Waktu first-first aku jatuh cinta dengan produk ni, ialah ketika aku berada di semester 3. Time ni aku dah start duduk rumah sewa dan al kisah nak dijadikan cerita… rumah sewa aku ni dekat dengan pasar malam. *best wooo haha* Setiap hari aku duk lalu depan booth Alqata ni. Satu malam tu, agent Alqata datang ke arah aku dan minta izin nak sembur dekat pergelangan tangan dengan perfume mereka dan aku pun okey jalah. Sambil on the way nak balik tu, aku terus cium bau perfume tadi dan OMAIGOD WANGI GILA GUYS PERFUMENYA. Ha pastu apa lagi, aku cepat-cepat patah balik nak try bau perfume yang lain… Gituu. Dan sampai ke harini aku melekat dengan brand ni. Haha. Hebat betul penangan wangian mereka. Bau sangat lain daripada yang lain dan rasa eksklusif tau lepas pakai. Serius tak tipu. Sebab tu aku ambil keputusan untuk menjadi salah seorang team mereka. Aku nak semua orang tahu brand ni dan alami apa yang aku rasa dengan brand ni. Hehehe. 

Menarikkan? Haaa actually ada banyak sebab kenapa korang patut try Perfume Alqata ni. Antaranya ialah ia halal dan mesra wuduk. So, no worries in wearing them, okay? ^^ Jadi, apa lagi yang nak ditunggukan? Mari kita serbu order hehe. Kepada yang suka minyak wangi dan kumpul minyak wangi, lagilah aku syorkan hampa try brand Alqata ni. Local brand kita tauu. Jom kita support local hehe.

“Tahan lama tak perfume Alqata ni?” Uishh. Bau longlasting tau dan dah terbukti (feedback customer -- termasuk diri aku ni). Aku pakai perfume Alqata waktu praktikal cuti semester 3 dulu dan serius tahan. Lepas basuh pun still ada lagi dan boleh bau perfumenya. “Wah, menarik! Harga macam mana pulak?” Yang tu, korang jangan risau. Harga perfume Alqata sangat mampu milik dan ditambah dengan mesra travel. Mudah nak dibawa ke mana-mana. Diri pun selesa bila sentiasa wangi iyedokk. Haa moh kita serbu order dekat blogger manis yang sedang menaip ni hehe. Kalau korang still rasa was-was nak try, boleh cuba sample dahulu. Sample untuk perfume RM2 sahaja. *kelip mata*

Terdapat 3 jenis saiz untuk perfume Alqata. Boleh rujuk gambar di bawah ni. Kalau data lambat, takpa, jangan risau, aku listkan harganya hehe.

  • Roll-on (6ml) : RM10
  • Spray (12ML): RM25
  • Spray (25ML) : RM40
  • **Sample bagi setiap perfume : RM2

Ini list perfume signature wanita dan lelaki oleh Alqata

       Wanita
  • Zenia *TOP SELLING* 
  • Layla
  • Yalina
  • Adara *TOP SELLING* 

       Lelaki
  • Wassim *TOP SELLING* 
  • Awuf *TOP SELLING* 
  • Qafeel
  • Rayhan
Setiap nama perfume Alqata ni mempunyai maksud tersendiri dan setiap perfume juga mempunyai bau yang tersendiri.

       Wanita :
  • Zenia : Maksud Zenia adalah Sejenis Bunga mengikut Islam. Bau ini adalah bau manis yang senderhana dengan campuran bunga jasmin. Bauan di wangian ini membuatkan bau Zenia menjadi manis dan sedap. Wangian ini majoriti disukai ramai, bersesuaian untuk lelaki & wanita. Sederhana dan menonjolkan ciri-ciri kemanisan & mesra alam. Wangian ini tidak pernah mengecewakan penggunanya!

  • Layla : Maksud Layla adalah kerinduan mengikut Islam. Bau ini adalah bau bunga yang kuat dengan bau yang romantik. Gabungan bau-bau di wangian ini membuatkan bauan menjadi kuat & haruman bungan, pada mula awal pemakaian, selepas itu wangian mekar mula sebati dengan pengguna, menonjolkan ciri-ciri feminin & kekal lasak. Namun wangian ini perlu mengikut kesesuaian hidung kerana tidak semua orang sesuai dengan bauan yang kuat.

  • Yalina : Maksud Yalina adalah sutera syurga, sangat lembut mengikut Islam. Bau ini adalah bau manis, lembut, dan tidak menusuk wangian yang sangat digemari wanita. Bau di wangian ini membuatkan wangian menjadi lebih beraromatik & ia juga memberikan kelembutan yang luar biasa! Wangian ini adalah wangian yang digemari wanita kerana ia lebih menonjolkan ciri-ciri kewanitaan, bersih dan kemanisan. Wangian ini ia adalah sangat mesra pengguna dan majoriti lelaki dan wanita suka akan bau ini disebabkan selesa dengan kemanisannya & kelembutan yang tiada tandingan.

  • Adara : Bermaksud Perawan. Bauan ini sangat lembut dan feminin. Bauan ini terdiri dari gabungan bunga jasmind dan rose lembut yang refreshing. Adara sangat sesuai untuk wanita yang sukakan bauan mewah dan tampak maskulin disebalik imej kewanitaannya. Bauan ini juga untuk wanita bekerjaya dan suka travel jauh.

       Lelaki :

  • Wassim : Bermaksud Rupawan. Bauan ini sangat fresh, bersih dan maskulin.. sangat sesuai dipakai di semua musim dan acara. Campuran bau sitrus dengan note oren, lemon dan disatukan dengan penyejuk pudina. Sangat digemari oleh semua golongan umur.

  • Awuf : Maksud Awuf adalah Yang Wangi di dalam Islam. Bau ini adalah bau kayu yang kuat ditambah dengan bau aromatik. Gabungan kedua-dua bau ini membuatkan bau ini menjadi sangat kuat pada awal pemakaian. Selepas beberapa saat, bayu kayu akan sebati & sesuai untuk menonjolkan ciri-ciri berani. Namun perlu diingatkan tidak semua orang sesuai dengan bau ini.

  • Qafeel : Maksud Qafeel adalah Penjamin mengikut Islam. Bau ini adalah bau lembut yang sederhana dengan penuh romantik. Bauan di wangian ini membuatkan bau romantik menjadikan suasana &mood yang tenang. Wangian ini majoriti disukai ramai. Bersesuaian untuk lelaki bau yang romantik dan menonjolkan ciri-ciri sederhana, dan romantik. Jangan terperanjat! Jika pengguna Qafeel ada juga dikalangan wanita! Wangian ini disenangi ramai dan mesra pengguna!

  • Rayhan : Maksud Rayhan adalah bunga syurga , tumbuhan yang harum mengikut Islam. Bau ini adalah bau honeydew yang digabung dengan apple. Gabungan bau-bau di wangian ini membuatkan wangian menjadi lebih beraromatik, fresh dan lebih manis ketika memakaianya, wangian ini adalah wangian yang sederhana tidak kuat dan tidak juga lembut sangat sesuai untuk mereka yang menggemari wangian fruity terutama honeydew, ia menonjolkan ciri-ciri yang mesra alam & kemanisan! Wangian ini sangat sesuai dengan environment yang berhawa dingin kerana bau yang sederhana lebih selesa di tempat yang sejuk.

Kalau korang tanya aku, aku suka bau Yalina. Kalau tanya mak aku pulak, mak aku suka Zenia dan dah selamat dihadiahkan perfume Zenia dekat geng-geng kelas ketika hari reunion mereka haritu. Ini antara feedback kawan mak aku,




*Sila abaikan gelaran yang kawan-kawan mak aku bagi dekat aku XD*
Haa. Jom kita try Perfume brand Alqata ni hehe.

Cop! Katakanlah korang dah pernah try atau lepas dah try terus jatuh cinta dengan wangian perfume Alqata ni.. Dan rasa, diri nak sentiasa dikelilingi wangian kegemaran korang tu.. Well, good news! Korang boleh beli Fabric Freshener Alqata! Hehe. Yesh. Penyegar fabrik.

Fabric Freshener Alqata ni wangiannya sama dengan perfume Alqata so boleh pilih wangian kegemaran korang tu. Jadi boleh beli untuk spray dekat rumah hehe. Bertambah wangi lah nanti hehe. Fabric Freshener Alqata ni korang jangan risau. Bau melekat tahan lama. Harga pula murah dan sangat berbaloi. Penyegar fabrik Alqata juga merupakan halal produk bumiputera. Anti bakteria for sure.  Selain daripada itu, ia sangat berkesan hilangkan bau busuk/ hapak/ kepam/ rokok/ hancing/ muntah/ masakan/ stokin dan lain-lain. Kepada yang terfikir nanti ada kesan ke tak lepas spray, jangan risau! Alqata Fabric Freshener ni tidak meninggalkan kesan atau warna malah tidak melunturkan warna fabrik. Yang paling penting sekali, tiada bahan kimia yang berbahaya. 

Haa. Tamat dengan sebab kenapa nak kena beli, aku teruskan dengan harga serta berapa ML. Harga sebotol ialah RM14 pada 100ML. ^^

Seterusnya.. kita pergi ke Alqata Air Freshener atau A.K.A. Penyegar udara. Aku pasti ada yang suka letak wangian dekat rumah, dekat bilik, dan dekat kereta. Haa.. jadi… korang boleh try air freshener daripada Alqata sendiri. “Hm.. Apa yang best sangat penyegar udara Alqata ni?”. Haaa. Ini part paling best. Terdapat 16 jenis Air Freshener Alqata keseluruhannya. Yesh! Banyakkan?? Aku pun terkejut waktu dapat tahu. Kalau dah banyak jenis wangian, lagi banyak pilihan lah nak boleh pilih, kan? *_*

16 jenis wangian air freshener Alqata :

Lemon*TOP*, Sky, Ice, Coffee, Sakura, Strawberry, Lovespell, Apple*TOP*, Honeydew*TOP*, Vanilla*TOP*, Sayara, Cool Air, Lavendar*TOP*, Fruity, Grape & Lychee.

Haaa. Bestnyaa. Kalau geng yang suka bau coffee, korang boleh terus order yang coffee tu. Hehe. Letak dalam office. Confirm segar nak buat kerja hehe. Dan good news juga! Alqata Air Freshener kini berwajah baru! Blink-blink tau guys! Pastu lepas beli nanti boleh show-off dekat kawan-kawan Haha.

Terdapat 4 jenis warna yang boleh dimiliki bagi New Edition Alqata Air Freshener ni antaranya : Hitam, Pink, Kelabu & Gold. Kalau tanya aku, memang aku pergi dengan warna Gold lah. Haha baru rasa eksklusif gituuww. B) So, cepat-cepat grab okay? Harga jangan risau! Harga sangat berbaloi iaitu :

  • RM10 (10ml).
  • **Sample juga available iaitu RM2 setiap satu
  • Air Freshener ni boleh tahan sehingga 38 hari tau korang. ^^

Antara reason lain yang korang patut tahu pasal AFA (Air Freshener Alqata -- yang kami gelarkan) ialah Pure PATI kerana wangian Alqata Air Freshener diimport dari SWITZERLAND. Memang berkualiti tinggi & tahan lama. Selain daripada tu, ia memudahkan pengguna kerana di bahagian tepi terdapat ruang untuk melihat kuantiti perfume yang masih berbaki. Yang paling penting sekali, AFA ni tidak mengandungi sebarang bahan merbahaya seperti DRM yang boleh menyebabkan mengantuk.

Jom try AFA pulak ^^




Haa.. Sudah dengan perfume, fabric dan air freshener, kita bergerak ke produk seterusnya iaitu… Lipmatte! Antara kegemaran para wanita dan gegirls di luar sana hehe. *lagi sekali, aku la tu* Lipmatte by Alqata ni ada nama specific dia tau iaitu DARA. Wahhh sedap betul namanya. Dara Lipmatte by Alqata ni ada 3 jenis warna yang boleh korang pilih. Iyela kot-kot nak bagi insan yang tercinta hehe. Takpun, nak hadiahkan dekat anak dara dekat rumah tu. Takpun, nak bagi hadiah suprise hehe.

  • Azalea
  • Camelia
  • Adelia

Yaa. Ini dia ketiga-tiga warnanya. Aku paling suka warna Camelia sebab warna merah pekat ala-ala darah gituu hehe. Ini muka aku waktu pakai Camelia *sambil berjinak mengenakan style shawl baru haha* :
 
Wuuuuu okeykan? Hehehe. Aku dah beli dan try ketiga-tiga warna. Semua warna okey dan kena dengan aku sebab warna yang telah dipilih oleh Alqata ni bagi aku sesuai dengan semua jenis warna kulit. Mak aku pakai pun kena dengan kulit bagi kesemua warna hehe. Jadi.. jom kita tengok berapa harganya,

RM20 sahaja untuk satu Lipmatte! *emoji mata love*

Berbaloi kan?
Antara sebab lain kenapa kena try Lipmatte brand Dara by Alqata ni ialah :

  • Tahan lama
  • Tak mudah tanggal
  • Warna yang cantik
  • Tak pedihkan bibir

So.. jom serbu berjemaah untuk order hehe.

Produk last sekali ialah handsanitizer. Ini gel ya guys but tak melekit bila pakai. 75% Alcohol dan mengikut piawaian KKM. 100ml dan berharga RM10 hehe. Handsanitizer ni bersaiz poket jadi mudah nak letak dalam handbag atau poket korang. ^^ Diingatkan lagi sekali untuk kerap memakai handsanitizer dan memakai mask ketika keluar. #KitaJagaKita ^^

Oh ya. Terdapat juga minyak wangi dan perfume lain yang Alqata sediakan (Inspire). Ini dia aku bagi list. Ini pun ada sample kalau nak try bau dulu. Nanti kami akan sediakan. Kalau berminat untuk order, terus Whatsapp 0198445947 (Nisha -myself), okey? ^^

For her (Exclusive by Alqata) :
1.Wonderstuck by Taylor Swift
2.Sunset Heat by Escada
3.Gucci Flora by Gucci
4.Midnight | Fantasy - Britney Spears
5.Bombshell - Victoria Secret
6.Endless Euphoria - CK
7.Daisy Dream - Marc Jacobs
8.La Vle Est Belle - Lancome
9.Apple Blossom - Bodyshop
10.Romance - Ralph Lauren
11.Channel NO 5 - Chanel
12.Love - Story Chloe

 
For Him (Exclusive by Alqata)
1.Eros - Versace
2.Dunhil Red - Dunhill
3.Legend - Mont Blanc
4.1 Million - Paco Rabanne
5.Black XS - Paco Rabanne
6.Blue Jeans - Versace
7.Allure Sport Men - Chanel
8.Polo Sport - Ralph Lauren
9.Sauvage - Christian Dior
10.Starwalker - Mont Blanc
Baiklah. Itu sahaja segala maklumat yang boleh aku berikan untuk entry kalini. Kepada yang berminat nak buat side-income bersama Alqata, anda semua dialu-alukan hehe. Lagi besar ahli family Alqata, lagi meriah, iyedok. Aku dapat berita dalam beberapa hari yang lalu mengenai ahli kami membeli gelang emas hasil berniaga bersama Alqata. Fuhh. Best betul bila dengarkan? Haaa jom! Sertai kami hehe. Kalau nak join boleh bagi nama dekat aku atau terus direct pm HQ Alqata di Facebook atau Whatsapp hehe.

Sekian daripada aku. Dan jangan lupa whatsapp tau bila dapat rasa macam nak beli. *mata bersinar-sinar dengan penuh harapan*

Yang ikhlas,
Nisha

1 comment:

NA said...

Ada bau kopi itu yang buat tertarik.

© Copyright 2020 | ALL Right Reserved to Nisha. Design With Love by Nurrul Nisha.