Selamat datang!
Hadiah Bintang Jatuh, blog yang diwujudkan oleh seorang gadis manis (ecehhh manis lah sangat hahaha) yang mempunyai hobi mengarang serta seorang alumni library student. Insya-Allah, saya akan menceritakan pengalaman, tips, nasihat, giveaway entry dan lain-lain. So, enjoy your visit here! Jangan lupa tinggalkan jejak dalam CBOX. Nanti bolehlah saya blogwalking semula (;
NAK TAHU LEBIH LANJUT?
Klik sini
  • 1
    BELAJAR
    Pengalaman belajar diploma & degree saya dalam bidang pengurusan perpustakaan ♡
    Klik sini
  • 2
    ULASAN
    Antara review buku yang saya dah baca ♡
    Klik sini
  • 3
    PERKONGSIAN
    Pengalaman saya pergi ke tempat-tempat menarik seperti ke pesta buku ♡
    Klik sini

Youtuber animasi comel Malaysia : Sumie Azil, Wanmars & Wan Animation! #AniMY




Assalammualaikum semua.
Halluuuuuu~~ hehe aku kembali lagi dengan entri baru. Bukan apa… nak kurangkan sikit stress ni dari terus buat assignment hehe. Aku pasti ramai dekat luar sana dah tak sabar nak tunggu esokkan? Hehe.  *suara Upin Ipin* Esok raya! .  Semua dah siap masak dan kemas rumah ke tuu hehehe. Tapi itulah, sedih kerana Ramadhan akan meninggalkan kita. Kita tak pasti sama ada tahun depan kita bakal ketemu lagi dengan Ramadhan atau tidak. Hm… *termenung seketika* 

Okay. Kembali lagi aku dengan entri terbaru aku. Kalini aku nak cerita mengenai tiga youtuber animasi Malaysia kegemaran aku. Iaitu Sumie Azil, Wanmars dan Wan Animation! Haaa aku pasti antara korang dah familiar dengan tiga channel Youtube ni hehe. Iyela, sejak-sejak PKP dan PKPB ni semua dah semakin rajin berjalan-jalan dekat media sosial XD. And of course, antaranya ialah YouTube! ^^

Aku tahu.. bila dengar tajuk kali ni mesti macam.. 

Eh. Animasi? Kartun? Alaaa macam budak-budak lah… ape ni.. 

Okey. Aku admit aku suka tengok kartun dan animasi even umur dah almost 20 tahun. Actually.. animasi sekarang dah gempak tauu. Aku bangga sangat tengok industri animasi Malaysia kita sekarang ni. Tengok sajalah Les Copaque, Animonsta Studios dan Wau Animation. Hebat betul karya dorang dalam membangunkan industri animasi kita dan menaikkan nama Malaysia di seluruh negara. Boboiboy dan Ejen Ali antara bukti yang bukan hanya kanak-kanak tonton tetapi orang dewasa serta remaja juga. Aku akan sentiasa support mereka dan harap-harap bertambah lagi animasi baru di masa akan datang. 

Oh ya. Aku ada terjumpa satu tweet haritu. Kalau terma Anime kita guna untuk animasi Jepun. Jadi, kalau animasi Malaysia, kita gunakan terma AniMY. Haaa jadi lepasni bolehlah guna terma AniMY. Kalau aku sebut perkataan ni dengan sebutan ‘aeni-mai’. Tak pastilah betul ke tak huhu. Okey-okey. Aku nak terus straight to the point. 


Aku first time tengok animasi Sumie ni, memang terhibur sangat-sangat. Jalan cerita sentiasa best dan lukisan sungguh comel dan kemas. Setiap episod akan ada cerita tersendiri. Korang semua memang patut tengok video-video Sumie sebab video semua nice gila. Antara video kegemaran aku ialah video pengalaman kerja di restauran pizza. Aku tak berhenti gelak dengan beberapa scene yang ditunjukkan. Banyak juga video serta pengalaman yang dikongsikan oleh Sumie aku boleh relate. Jadi.. korang kena pergi layan video-video Sumie sekarang. Okey? hehe


Seterusnya ialah Wan Animation. Animasi dia semua comel-comel belaka dan lawak. Aku first time tengok video Wan mengenai Drama Pukul 7. Time tu memang aku terus hilang stress sebab setiap apa yang dikatakan oleh Wan semua buat aku geli hati. Memang best sangat-sangat. Aku agak terkejut bila dapat tahu yang Wan ni part time self-taught animator. Memang gempaklah kalau macam tu kan. Banyak kali tengok pun tak jemu video-video Wan Animation ni. Hehehe Jadi korang kena pergi channel Wan Animation untuk tonton segala video yang telah dikongsikan oleh Wan.


Last sekali ialah Wanmars. Wanmars ni aku masih baru tengok video animasi dia. Dan omaiGod. Bila dengar ja loghat Sabah, terus teringat dekat kawan lama. Anyway, Wanmars punya style sangat simple dan menghiburkan. (Aku first follow Wanmars ni dari instagram. Tapi taktahu pulak ada YouTube channel. Jadi, terima kasih kepada kawan aku kerana recommend dekat aku mengenai channel Wanmars.) Semua video sangat menghiburkan. Lagi-lagi video kisah seram. Memang effort Wanmars dalam nak sampaikan aura seram tu aku tabik. Sampai guys aura seramnya. Tak tipu. Banyak lagi video yang menarik dan best. Jalan cerita sentiasa menarik serta dari permulaan channel kebanyakkannya dari kisah pengalaman. Jadi kena cepat-cepat usya dan layan channel Wanmars ni tau! Hehe. Oh ya aku baru dapat tahu yang laptop Wanmars rosak dalam video terbarunya jadi aku doakan agar mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan Wanmars dan dimurahkan rezeki selalu.



Baiklah, itu merupakan sedikit komen aku mengenai ketiga-tiga youtuber. Masing-masing mempunyai kelebihan dan keunikan tersendiri. Tapi yang aku tahu, sememangnya ketiga-tiga youtuber ni mempunya idea serta jalan cerita yang padat. Aku tak pernah rasa tak terhibur tengok video dorang tiga ni. Aku memang sokong ketiga-tiga channel ni. Harap-harap lepas ni dengan adanya ketiga youtuber ni, makin ramailah orang buat perkara sama. Lagi-lagi yang berbakat di luar sana dan telah mendapat inspirasi serta ilham dari mereka bertiga.

Aku harap korang suka dengan entri aku kali ni. Jangan lupa sokong mereka bertiga ni serta animator Malaysia yang lain di luar sana!

Sebelum aku tinggalkan korang, aku nak berkongsi dua video animasi yang sangat lawa serta mempunyai kisah yang sungguh bermakna daripada Brainy Bones Studios, iaitu KRING dan  Cerita Anif - Cahaya Aidilfitri daripada Wau Animation dengan kerjasama USM! Aku terus jatuh cinta dengan animasi daripada mereka ni. T^T




Dan buat kali kedua, aku nak mengucapkan,

Selamat Hari Raya Aidilfitri!
Maaf Zahir & Batin!


Yang ikhlas,
Nisha

Ulasan

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  2. kagum dengan orang yang buat anime ni.. sb diorang kreatif nak buat dialog bagai..hehe

    BalasPadam
  3. akak ada lagi 2 ke 3 penulis kartun lg yg akak suka... wan mars tu akak suka cuma kadang dia suka bt kisah seram... kadnag mmg seram bebeno

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum... Done follow. Apa pun, SS pun tengok katun2 mcm tu.. lebih santai...

    BalasPadam
  5. saya pun minat diorg jgk. hehe. best sgt2. sy pun try animasi jgk tp untuk frontliner MY. jemput tonton para frontlines ye. jgn stress. search youtube Fauzi MC. - tajuk biasa2 je huhu. Animasi Parody Covid19 Malaysia

    BalasPadam
  6. hai...wahhh awk hebat...best jd blogger cam ni...ade bahan untuk d tonton....untuk santai2 jalan la ke blog saya ya... tp bnyak gmbar dah hilang sbb file tu crack...saya cuma amatur shj...

    https://hanaxafyra.blogspot.com

    BalasPadam
  7. tak sanka wanmars pon ada Youtube..baru tahu...kene tengok ni

    BalasPadam

Catat Ulasan

Halu orang di situ~ Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di entri blog ni ^^ nah mini love kita bagi *letak emoji mini love*