Facebook

Kisah mula berblogging dulu~

Nisha | 07:14:00 | 3Comments |
(cr)

Assalammualaikum semua!
Ya Allah, setelah lama aku tak update blog, akhirnya aku kembali dengan entri baru! Yang aku ingat.. last aku update waktu tu.. aku nak masuk intern. Kan? kan? Aku pun dah ingat-ingat lupa daa…

Haaa alang-alang aku dah ada ni, semua blogger di luar sana apa khabar? Sihat? Tak lama lagi kita dah nak menyambut bulan Syawal. Cepat betul masa berlalu. Aku rasa bulan Ramadhan kalini memang betul-betul rasa singkat. Al-maklumlah.. dengan assignment berlambak.. sobbs.. Anyway aku ada terjumpa satu lirik lagu yang telah diubah kepada versi pelajar hehe,

“Quiz dan muih beraneka macam,
Studylah jangan hanya dipandang,
Articles lecture, notes sila nikmati kawan,
Penat menghadap malam ke pagi.
Task dan assignment,
Jangan lupakan buat,
Warisan student zaman berzaman,
Asyik bersembang siswa dan siswi,
Hai due date tak lama lah lagi.”

Adeh… Sedih bebenor bila dinyanyikan semula. *geleng kepala*
Aku harap semua pembaca yang tengah membaca sekarang ni berada di dalam keadaan yang baik-baik selalu. Oh ya. Lupa pulak tujuan aku nak update blog kalini kenapa. Nak dijadikan cerita, tadi petang tengah aku melayan perasaan memikirkan masa depan.. ecehh.. dramatik betul XD  (padahal termenung disebabkan semua assignment menimbun then tiba-tiba datang pulak satu lagi assignment baru) huhu.

Aku teringat kembali waktu aku kecil-kecil dulu. Dari kecil lagi aku ni suka baca buku. Kebetulan dulu dekat dengan rumah aku tu ada sebuah perpustakaan desa kecil. Waktu tu memang aku rajin sangat pinjam buku. Bila first time datang tu, bau buku-buku dekat situ lah yang buatkan aku teruja. Alaa pernah dengarkan orang yang suka bau buku-buku tu~ haa aku ni diantara yang tergolong dalam geng tu.

Antara buku yang paling aku rindu nak baca dan memang kenangan paling best aku takkan lupa ialah siri novel Usahawan Cilik.
Aku tak pastilah korang pernah tahu ke tak pasal novel ni. Tapi kalau pernah baca.. kita geng! Hehehe. Buku pertama dari siri Usahawan Cilik yang sampai ke harini aku ingat ialah Biskut Ajaib. Ya Allah… memang buku tu ajaib sangat-sangat! Waktu aku baca buku tu dulu memang terasa diri ni sama membuat biskut, makan biskut dan menjual biskut. Yang paling best tu bila ada bahagian mengulas bau biskut. Serius guys aku tak tipu. Daya imaginasi aku ni sampai tahap boleh bau biskut yang dorang buat dalam cerita tu haha. Aduhh. Pelik-pelik… Lepas je aku dah baca buku tu, aku terus tertarik nak baca buku yang sama macam tu.


Jadi… keesokan harinya, aku pergi ke rak yang sama dan level yang sama untuk cari. And… time tulah aku jumpa novel Usahawan Cilik yang lain. Dari cerita pasal donut, roti canai, 3R, homestay, tukang gunting rambut, muffin, sampailah ke kedai burger. Banyak lagi novel Usahawan Cilik yang aku baca. Tiap kali aku habis satu novel, aku ingat ada beberapa buah novel ni aku akan ajuk balik apa yang dorang buat. Macam nak feeling feeling gituu.

Tapi… ada sebuah buku yang aku takkan pernah lupakan…. bertajuk,


‘Si Blogger Kampung’
Karya Zamri Mohamad dan Hafizul Hilmi.

Aku berterima kasih sangat-sangat kepada penulis-penulis buku ni kerana disebabkan merekalah aku mula menceburi bidang blogging ni. Dari tahun 2011. Waktu tu aku berumur 11 tahun, darjah lima kauuuu. Hahaha. Waktu darjah enam aku start pakai cermin mata. Time tu semua kemain ingat aku rajin ulangkaji sampai lewat malam untuk UPSR sampai kena pakai cermin mata. Padahal sebab sebenarnya ialah aku belajar untuk berblogging. Cara nak edit, dan cara nak tulis post. Antara beberapa blogger yang aku ingat sampai harini, yang telah banyak berjasa dalam mengajar aku untuk menjadi seorang blogger ialah…



Mungkin ada lagi tapi aku dah tak ingat. Mereka ni lah yang banyak mengajar aku mengenai coding-coding nak mengedit blog dulu. Lepastu siap ajar cara nak edit guna Photoshop, Photoscape dan GIMP. Ya Allah… rindunya waktu tu.. Memang kenangan yang memang tidak boleh dilupakan! T^T Kepada blogger dulu-dulu yang rajin buat tutorial dan bagi freebies serta tips, terima kasih sangat-sangat. Aku pasti dulu aku pernah blogwalking ke blog korang tapi aku lupa nama blog korang huhu. Segala tutorial dan tips berkaitan blog semua tersangatlah membantu aku sampai ke harini. 

Nak dijadikan cerita, untuk semester terakhir diploma aku, aku kena create personal web (individual) dan corporate web (group project). Waktu ni aku belajar apa itu sebenarnya HTML dan CSS. Memang jauh beza betul. Dulu duk copy paste ja masuk ke HTML/Javascript. XD sekarang baru aku tahu fungsi semua ni. Photoshop pun aku ada belajar jugak waktu semester kedua. Siap kena buat online magazine kauuu. Hahaha. Kena guna Adobe Indesign. Jenuh toqqq. Hahaha tapi asal korang fokus and faham konsep macam mana nak buat, aku boleh gurantee korang boleh buat.

Okeylah.. itu sahaja.. Sekian dari aku untuk kali ni.
Dan kepada semua pembaca HBJ serta pengikut HBJ dari dulu sampai sekarang, aku doakan korang semua berada dalam keadaan baik-baik selalu serta dilindungi oleh Allah S.W.T. Aku memohon maaf selama aku berblogging dekat sini. Iyela, kot-kot aku ni pernah terguris hati korang ke. Huhu. Dan terakhir sekali, Selamat menyambut bulan Syawal serta Selamat Hari Raya Aidilfitri! Maaf Zahir dan Batin! ^_^

Yang ikhlas,
Nisha

3 comments:

Silah Hassy said...

waaa 11 tahun dah start ber blog ye.. moga dipermudahkan habiskan pengajian.. =)

salam aidilfitri untuk lusa nanti.

LYSSA FAIZUREEN said...

Wahhh itu la pengalaman kita masa mula2 berblogging kan. Rasa best sgt! Mcm tu la perasan kak lyssa awal2 berblog... Mmg best sgt masa tu.. Bila dah mahir siket, mula ajar org lain pula, bagi tips2.. Rindu moment tu.. Tapi skrg ni, ramai org dh pandai.. Semua dh boleh buat sndiri.. Apa2 pun, goodluck for your future ;) dan teruskan berblogging! :*

Cuya said...

best blogging ni...hhehehe

© Copyright 2013 | ALL Right Reserved to Owner. Design With Love by Nurrul.