Facebook

Pengalaman masuk PSSCM di Uitm Kedah

Nisha | 00:14:00 | 13Comments |
          Assalammualaikum, annyeonghaseyo dan salam sejahtera! =D Fuhh, dah masuk bulan februari harini. Cepat betul masa berlalu ~ Okey, semua apa khabar? Kepada yang kurang sihat tu jangan lupa makan ubat yaaa hehe. Orite, kembali lagi aku dengan entry baru pasal pengalaman aku juga. Tapi kali ni boleh kata pengalaman lain pula lah. Kalau sebelum ni pasal pengalaman dari segi (aku boleh kata) akademik. [Pengalaman ambil kos pengurusan perpustakaan] Kali ni aku nak tumpu pada persatuan pula. Aku tahu semua pelajar kat luar sana tahu pasal club fair, join kelab and persatuan lepastu nak aktif, timba pengalaman, nak asah soft skills tu semua. Ha, so kiranya aku pun salah seorang pelajar yang tergolong dalam tu. Jadi, aku pun ada benda nak berkongsi dengan semua yang tengah membaca ni.

          Pertama sekali, semua ni pengalaman aku sendiri ya. Tak semua ahli PSSCM ada pengalaman sama macam aku. Mungkin ada pengalaman yang lebih gempak hahaha Aku punya biasa-biasa ja lol. Kedua, maaf kalau ada kekurangan. Yang baik tu semua dari Allah SWT dan yang buruk pula dari aku sendiri. Okey, itu ja kott. Kepada ahli PSSCM yang tengah baca ni, cer komen sikit kat bawah macam mana boleh join PSSCM. Guna via anonymous pun boleh bagi identiti tu rahsia sikit haha.

Kepada yang suka stalk-stalk tuuu nah stalk
 website rasmi PSSCM : SINI =P

Dan dikesempatan ini aku nak promote sekali instagram rasmi
PSSCM Uitm Kedah. Nah, jangan lupa stalk account ni sekali hehehe >SINI<


Jom mulakan. Kita sempoi-sempoi ja kali ni nahh? Hehehe


  • Club Fair 2018
          Time mula-mula jadi siswi dekat Uitm Kedah memang aku boleh admit sangat teruja nak masuk kelab. Kelab teater lah, kelab badminton lah itulah inilah. Iyela, nak aktif. Lagi-lagi lepas tengok Monster University tu kann tak pon Pitch Perfect. Kiranya kena pengaruh movie jugalah ni hagagaga Tapi memang aku ada tanam niat nak masuk silat dari lepas dapat keputusan SPM lagi. (Antara sebab lain sebab nak ambil pengalaman untuk menulis. Iyolah, time tu tengah rajin menulis dekat Wattpad.) Jadi, dapat ja tahu pasal Club Fair terus cari kelab-kelab yang aku nak masuk. Antaranya Teater (minat dan nak menulis skrip), Badminton (semangat gila siap bawa raket kauuu), PEERS (kelab kesukarelawanan), dan akhir sekali kelab silat. Penat lah pusing satu dewan perdana. Last-last daftar tiga kelab ja haritu. Teater, PEERS dan Silat Cekak.

          Okey, dah nama pun pengalaman masuk Silat Cekak kan, jadi kita tumpu ja terus macam mana aku boleh daftar nama dekat PSSCM. Time tu tengah pusing-pusing dekat Club Fair. Adalah seorang lelaki senior (yang memang aku dah kenal sekarang tapi takpalah, tak perlu mention siapa kan haha) datang, bagi satu kertas kecil. Aku tengok tertulis, “Silat Cekak.” Nah aku belanja gambar. Nampak lama ennn aku pun tak sangka boleh lagi still simpan lol. Back to the story, aku tawaf lagi sekali dewan and finally, jumpalah club booth Silat Cekak Uitm Kedah.



          Aku tanyalah PSSCM ni apa, rupanya PSSCM ni stands for “Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia”. Memang happening weh booth dia. Lawa pun lawa. And aku tak terkejut pun dorang boleh menang booth paling lawa time club fair haritu. Semua ketawa, happy, siap ada yang promosi chocorice. Time tu memang tergoda habis tengok chocorice dia. Almaklumlah, hantu cokelat. Tapi aku padamkan niat lepas dapat penerangan dari seorang senior perempuan (lagi satu sebab aku nak diet sebenarnya ecehhh). Semua senior baik and tried their best nak bagi aku masuk persatuan ni. Ada dua orang senior lelaki pada mulanya nak tunjuk gerakan/demo sikit (tak silap aku lah --- ingat-ingat lupa) tapi at the end dorang tarik TV. Aku tengok sekejap ja dalam 1-2 minit. And at last, aku tulis nama. Tak perlu bayar duit pun time bagi nama.

Okey end dekat bahagian macam mana boleh bagi nama. Kita teruskan dengan,


  • Hari Penerangan

          Tak lama lepas dari daftar nama, aku dapat satu notification kata aku di’add’ dalam group PSSCM Uitm Kedah. Ramai gila kott. (Tapi lama-lama tu dalam 36 orang ja tinggal sobbs but thats okay) Ingat lagi malam Selasa. Aku, dengan tiga lagi siswi. Sampai-sampai ja kitorang lambat dalam 10 minit. Duduk ja terus dengar penerangan. Ramai gila time tu. Both Siswa and Siswi. Senior-senior pun ada bagi details pasal kelas latihan. Kelas latihan hanya akan diadakan dua kali setiap seminggu. Malam Ahad dan Selasa. Dari pukul 8.30-10.30 malam. Tempat kitorang jumpa pun time tu dekat Courtfutsal. Haaaa ni ada satu cerita lawak aku nak kongsi. Tengah-tengah bercerita tu ada lah seorang siswa ni. Aku ingat sampai sekarang. Sumpah lawak. Okey, first, memang kitorang semua baru lagi. Iyela sem satu kauuu mana tahu apa-apa. Lagi-lagi yang tak pernah ambil tahu pasal silat then baru nak masuk. Jadi al kisah senior-senior PSSCM duk asyik sebut ‘buah’ silat time beri penerangan. Jadi siapa yang tak familiar dengan terma tu memang boleh lost lah.

          Termasuklah yang tengah menaip ni hagagaga. Secara jujurnya aku pun hairan jugak apa ke benda lah abang dua orang ni duk asyik cerita pasal buah silat. Sampailah ada seorang hamba Allah ni pi tanya senior kitorang, “buah tu apa?” then senior tu balas, “Haaaaa korang rasa buah tu apa?” then cepat-cepat ada yang balas, “Fruit!” . HAHAHAHA serius wehh! Siswa semua time tu dah bantai gelak hahaha Aku yang dengar pun ikut terhibur sekali XD Lama-lama tu baru kitorang dapat tahu buah tu nama lain bagi pergerakan dalam silat/martial arts.

          Selain daripada tu details lain yang kena tahu bila nak masuk persatuan ni ialah yuran dia. Actually kalau nak diikutkan yuran dekat luar lagi mahal berbanding dalam sekolah/pengajian. Tapi boleh bayar secara ansur. Dalam kelab ni pun ada ahli jawatan kuasa jugak ya so kena take note semua tu. Bermula dari YDP sampailah ketua penerangan, ketua protocol dan lain-lain. Memang malam tu dorang semua ada kenalkan diri. Siapa YDP (Yang Di Pertua/ President Kelab), NYDP (Naib YDP) tu semua. So kalau ada apa-apa masalah, ada soalan boleh refer dorang. Pasal yuran ka. Pasal silat cekak --- kalau ada apa-apa korang nak tanya lagi pasal silat cekak tu semua boleh tanya. So yeah, berakhir sudah pasal hari penerangan.


  • Kelas Latihan


           Kita sambung mengenai kelas latihan pulak, amboiii ni memang berkongsi sungguh. Detail semua tak tinggal haha. Rasa-rasa kalau tulis ni dalam karangan SPM dapat A+ tak? XP Okeyyy done merapu. Hahaha. Kita continue pasal hari kelas latihan. Ada banyak benda sebenarnya yang berlaku. Dari aku tak familiar, sampailah dah familiar. Pada asalnya ada lima orang yang akan join bertolak pi kelas latihan (termasuk aku) tapi percaya atau tidak, at the end tinggal dua orang ja. Itupun ada kawan-kawan lain (ahli psscm yang masih bertahan) join sebab kolej dekat bila nak pi kelas latihan.

          Yang lain banyak tarik diri and taknak join dah. Alasan paling familiar aku dengar dari dorang iyalah, “nak study”. Takpalah kann it’s up to them. Cuma sedih lah tengok ramai yang dah tak join. Tu belum tambah dengan yang ‘terlebih’ rajin datang kelas. Memang boleh nampak perubahan jumlah dari first-first kelas latihan diadakan sampailah nak habis sem. Tapi hujung-hujung sem tu boleh dimaafkanlah sebab ramai ada test & exam so yeah huhu Oriteee hashtag done membawang hahaha.

          Ada beberapa perkara basic yang kena tahu bila dah jadi ahli silat cekak. First, akan ada orang luar yang datang and dorang ni boleh dikira sebagai cikgu yang nak mengajar. Tapi kitorang tak panggil cikgu, instead kita panggil as TP. Stands for “Tenaga Pengajar”. And dorang ni lah yang akan tegur kalau kita ada buat silap. Ada juga ahli tamat yang datang nak tolong (tolong apa-apa yang patut takpun jadi model) . Haaa ingat dewa remaja ja ka ada model? Hahaha tapi yang nak jadi model ni pun kena tough jugak aku perhati sebab TP akan panggil dorang untuk bagi buah so yeah haha. Kepada gegirl, jangan risau. Ada ja TP and ahli tamat perempuan so nanti apa-apa doranglah (TP) yang akan tegur kalau-kalau kita ada buat silap time berlatih. Mula belajar dari kaedah sampailah dapat buah.

          But mannnn ingat habis sem satu ni dapat habiskan peringkat asas tapi tak dapat pulak huhu. Memang antara perkara yang Silat Cekak ajar ialah sabar. Jadi sabarlah ya wahai diri haha kena tunggu sem dua baru boleh habiskan peringkat asas huhu~. Okey actually ada beberapa peringkat bila belajar silat cekak ni. Asas, Jatuh, Potong dan Tamat. Haa bila dah tamat tu kalau boleh kena ambil USR, Ujian Sijil Rendah. Memang khas untuk ahli peringkat yang dah tamat.


  • Majlis Ijazah
(Video pendek yang aku sempat rakam time nak on the way ke Perlis dari dalam bas Uitm kat IG. Abaikan ja username tu lol)

          Majlis Ijazah ni bukanlah dapat ijazah macam kita biasa tengok abang2 kakak2 kita tu. Tapi dalam silat cekak, sebagai seorang murid, kita kenalah jumpa guru sebab ilmu silat cekak ni daripada guru kita sendiri. So, nak dapat berkat guru kenalah jumpa then lepas guru dah terima kita sebagai anak murid baru kita boleh secara rasminya jadi ahli psscm. Kitorang dulu buat majlis ijazah dekat Perlis. Tak silap ada Uitm Kedah dengan UUM ja. Aku pun sempat lah berkenalan dengan seorang dua siswi. Siap tukar no sekali. Bukan apa, sebab masing-masing minat group kpop yang sama haha tu kemain syok bercerita pasal kpop hagagaga. (Bisik : Monsta X!! XD) Memang best sangat majlis ijazah. Kitorang bertolak naik bas Uitm dari pukul 5 petang and balik ke Uitm tiba dalam pukul nak ke 2 pagi macam tu. Dengan time tu tengah cuti mid sem hamek kau memang krik3 ja lah blok kolej tu hahaha. Tapi jangan risau, kitorang ramai-ramai berjemaah balik ke kolej masing-masing. Alang-alang dah cuti tu, memang dapat makan angin sekejap ler dekat Perlis even beberapa jam ja hahaha.

Okey, ni mungkin yang terakhir. Iyeee tahuuu dan penat nak baca hahaha jadi gagahkan dirilah ye sebab lepas ni ada tiga lagi benda aku nak ulas haha. Ermmm serius ni eh hahaha.

  • Hari Interaksi PSSCM 4.0


          Okey Hari Interaksi ni kata lain macam Family Day jugaklah. Cuma bezanya part kitorang kena buat family day dekat dalam kawasan Uni sebab cuaca tak menentu. Thats okay sebab aktiviti-aktiviti semua still tip top and we had so much fun! Sumpah weh tak tipu. Dari segi pakaian pun dah macam ‘mak aiiiii kena bawa kain batik kauuuu! hengkau hadooo’ Sampai-sampai ja pagi tu terus kena pakai kain batik. Bukan pakai eh dia macam kena ikat kat pingang tu hah. Macam ni,

Haaa comelkan adik-adik and akak-akak manis PSSCM hehehe

          So memang aku boleh tepuk tanganlah dekat senior-senior yang menjayakan program ni. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Dari berkumpul main (warm up) game, zumba (lagu momoland wehhh!) sampailah sesi ice breaking and pembahagian ahli kumpulan. Ahli tamat dan TP yang free pun boleh join sekali. Lepastu ada 4 LDK (Latihan Dalam Kumpulan). Macam-macam game kitorang bersaing. Dari game yang main air, game kena tutup mata, (out door) lepastu game bawang putih bawang merah and ada lagi satu tak ingat lol (indoor). Lama-lama tu baru dapat rehat and makan tengah hari sama-sama.

          Time ni dah indoor, ada dalam Unit Sukan. Time outdoor, dekat courtfutsal, kitorang dapat minum air oren (yang disediakan oleh senior-senior yang tercinta ecehh haha) dan makan donut cokelat nutella dari seorang TP kitorang yang memang baik hati and pandai bake. Sedap woooo… nutella tuuu sapa ja yang tak suka nutella en enn hahaha. sampailah malam, ada acara majlis perasmian, penyampaian hadiah (team aku dapat tempat terakhir huhu) dan penutup. Malam tu pun ada sesi perkongsian juga dengan salah seorang TP kitorang dan dapat makan malam free sekali sebelum balik kolej hehe


  • Program USR Peringkat Zon Utara 2018


          Orite, sebagai salah seorang yang for the first time masuk PSSCM, tak sangka tiba-tiba boleh jadi diantara orang yang diamanahkan untuk handle program sebesar ni. Imagine, satu zon utara wehhh siapa tak excited kann. Aku pun at first bila dengar terkejut. Aku pasti semua ahli PSSCM tahu pasal USR jadi aku decide nak tolong dalam jaga bahagian makanan. Ya kawan-kawan, saya jadi AJK makanan hahaha. Pada mulanya jaga makanan yang untuk peserta. Tapi time hujung-hujung tu akak senior kitorang minta tolong jagakan area VIP. Means nanti kenalah hidang makanan untuk para tetamu VIP.

          Nak jadikan cerita, majoriti yang handle ni semua budak asas (baru) so memang taktahu sangat macam mana nak layan tetamu. Lagi-lagi VIP. Memang cuak jugak tapi redha ja lah hahaha. Ada dalam empat orang yang patutnya kena handle pada mulanya tapi time hari berkenaan ada beberapa orang kawan kitorang join sekali nak tolong. Ada yang serve air (Kopi dan teh --- breakfast), ada yang get ready tepi meja kalau nak apa-apa and else. Iyelah mana tahu tiba-tiba nak air kosong. Kan jenuh nak panggil. Baik tunggu ja dekat-dekat dengan meja tu. Haaa ni ada part yang best. Ada satu cerita lawak ni yang aku nak kongsikan time kitorang tengah serve tu.

          Okey. Ingat balik ya semua yang tetamu kitorang kena serve tu VIP. Jadi bila VIP, memang kena tahu cara nak panggil mereka ni. Al kisah, tiba-tiba ada sorang member aku ni (yang tukang bagi air) terlepas cakap nak tanya, “pakcik nak teh ke kopi?” HAHAHA Weh sumpah wehhh terkejut aku dibuatnya. At first tak perasan tapi tiba-tiba ja dengar tetamu semua ketawa terbahak-bahak, siap kata ‘Pakcik?? Hahahaha’ Aku pun naik hairan. Then datanglah senior kami cerita. “Lah, awat pi panggil depa pakcikkkk” Ya Tuhannn memang time tu aku nak guling-guling ketawa. Nasiblah semua tetamu tak kisah. Gelak ja. Aku ada tanya juga kat member-member yang jaga bahagian makanan. “Haaa ngaku cepat siapa yang panggil dorang pakcik tadi?” Masing-masing tak ngaku pada mulanya.

         Iyelaa gila kauu. Masing-masing yang tengah duk makan tu mungkin dah ada title tapi pi panggil pakcik. Memang menempah maut tu namanya hahaha Tapi, ada sekali tu time tengah basuh pinggan ada seorang hamba Allah ni akhirnya mengaku dengan muka yang bersalah. “Weh… sebenarnya aku nak mengaku. Akulah yang panggil pakcik tadi…” Pada mulanya memang nak gelakkan tapi tengok muka dah sedih semacam aku just bagi nasihat ja. Lain kali kena hati-hati and dia pun angguk hahaha. Adehh, lawak betul! Sampai ke harini aku ingat kejadian tu. Memang semua tetamu VIP haritu sporting. Adehhh.. *lap air mata* hahaha Yupp tu ja.

Pasal lagi dua perkara tu, aku gabungkan jadi pendek. Almaklumlah, tengah terlebih rajin nak menaip hagagaga.


  • Sudut pandangan aku pasal PSSCM + perkara lain

          Jangan risau. Dua perenggan ja. Hoho Okey. First sekali, PSSCM ni sumpah best. Bagi aku, memang tak sia-sia masuk. Semua ahli friendly, baik dan sangat prihatin. Dan aku bersyukur juga kebanyakan ahli silat cekak ni ahli akademik. Jadi bila dah dikelilingi orang akademik ni memang menambahkan lagi semangat aku nak belajar. Ni ikhlas dari hati, aku nampak ahli-ahli silat cekak semua sayang antara satu sama lain macam keluarga sendiri. Macam aku, aku akui yang aku anak tunggal. Jadi bila dah jumpa PSSCM boleh aku kata aku dah jumpa keluarga kedua aku and aku juga boleh katakan yang keluarga kedua aku dah jaga aku dengan baik sekali dekat sini. Lagi-lagi TP-TP yang sanggup datang ke kelas, even tak dapat elaun pun (yes, dorang keluarkan duit sendiri untuk mengajar & berkongsi ilmu pertahankan diri dengan ahli-ahli baru. Aku tabik dekat dorang semua ni. Masing-masing ada tanggungjawab but still datang ke kelas latihan). Lepastu senior-senior yang asyik pujuk kitorang misalnya ada sesetengah dari kami nak keluar dari psscm. Semua senior dah jaga kitorang dengan baik. Aku perasan time majlis ijazah memang dorang tolong guide and lead kitorang. Ada apa-apa hal boleh tanya dorang ibarat macam dorang ni lah abang and kakak sendiri. Dan juga kawan-kawan lain. Ramai dari kos lain so bila dah kenal masing-masing memang bertambahlah kenalan. Sekali dengan senior. Haaa tambah sekali dengan TP-TP yang orang luar. And yeah, semua tu ahli keluarga baru aku. Bukan dorang ni ja tapi satu Malaysia sekali. Dah nama pun Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia kannnn hahaha.

(Nah bukti aku buat book review hehehe)

          Okey. Perenggan last haha. Ada banyak benda yang aku dah belajar dari psscm. Termasuklah displinkan diri. Memang aku boleh kata sejak masuk PSSCM aku dah banyak berubah (ke arah yang baiklah ya haha). Belajar pun alhamdulillah makin baik berbanding dulu time first-first masuk sem. Dah pandai bahagi masa nak study bila tu semua. Ingat lagi first-first masuk tiga kelab ja. Last-last aktif satu ja bukan sebab takda masa tapi sebab bagi aku masuk psscm ni je pun dah cukup. Tak buang masa pun masuk. Memang ada lah rasa penat lepas berlatih (keesokan pagi tu --- lagi-lagi aku ni selalu kelas pukul 8 pagi sobbs) but always rasa segar badan ni. Ibarat macam exercise jugalah. Berat pun banyak turun haha #Jujur hagagaga. Secara jujurnya masuk PSSCM ni sangat membantu bila kau takda idea nak present tak pun role play sesuatu topik dalam kuliah ELC/Bahasa Inggeris. Ingat lagi sehari sebelum majlis ijazah aku role play pasal silat cekak dekat depan kelas. And alhamdulillah, dapat markah yang lebih baik berbanding sebelum ni. Tak percaya, tanya classmate aku. IM1201B. Tanya depa semua. haha Sir kitorang tersengih-sengih ja dengar aku duk bercerita. Nasib tak terkeluar bahasa melayu sebab iyelah tengah syok speaking kan. Kang keluar bahasa melayu tak pasal-pasal kena tolak markah Lol. Selain daritu diri aku lebih dekat nak ketahui sejarah melayu. Ada satu assignment IML105 yang aku actually kena review dua buah buku (folio kena dalam BI) memang aku ambil langkah agak berisiko dengan pilih satu buku BM. (Nak kena translate dalam BI) Dahtu boleh pulak buku tu pasal JIN . Iye, Jin syaitan iblis tu hah. Bukan Jin BTS ehh hahaha memang lawak betul. Satu buku lagi aku pilih BI tapi pasal ‘Keris and other malay weapons’. Memang semangat ja time buat assignment ni. Banyak jugak informasi pasal keris aku tahu lepas baca buku tu. So yeah itu ja kott nak kongsi.



          Akhir sekali, aku nak ucapkan ribuan terima kasih dekat senior-senior yang dah banyak tolong kitorang, TP-TP yang selalu datang ke kelas latihan, ahli-ahli tamat, dan juga rakan-rakan psscm lain-lain. Kepada TP-TP dan ahli-ahli tamat kat luar sana terima kasih kerana masih berjuang demi anak bangsa melayu. Aku doakan yang terbaik buat semua. Terima kasih kerana baca blog yang tak seberapa ni. Panjang ja lebih haha tak tambah lagi dengan merapu tu semua hagagaga like serius ni haha Orite. Sedih pulak nak habiskan entry kali ni. Kepada semua ahli psscm, aku sayang korang semua ketat-ketat! *buat mini love ehhh haha* Jaga diri semua. Kepada yang nak tanya soalan pasal silat cekak, bolehlah pi stalk website silat cekak dulu sebelum bertanya. >SINI< hehe. Apa-apapun aku nak habiskan entry kali ni dengan tagline silat cekak, “Silat Cekak Warisan Mutlak” “Silat Cekak Silat Akademik” Tataaaaa~~ *lambai tangan* haaa jangan lupa tinggalkan komen! muehehehe.


  • EXTRA : Gambar aku dengan family psscm cawangan Kedah pada 12/1/2019. Pertandingan bowling ni pada asalnya hanya untuk cawangan Uitm Kedah . Tapi last-last tukar kepada cawangan kedah. Memang meriah habis lah jawabnya! hahaha Tarikh ni pun bagi aku memang tarikh paling perfect sebab sehari sebelum tu (11/1) ialah hari last paper aku. Kiranya memang hari merdeka time ni hahaha XP

Pandai-pandailah cari saya kat dalam tu yeee hagagaga

-N.

p.s. terima kasih juga kepada senior-senior dan TP-TP yang tolong semakkan semula draft entri ni sebelum entri ni dipublish hihi makasihhh naaa❤❤❤❤❤

#RezekiDiKongsiBersama Giveaway By Mrs Pip

Nisha | 06:54:00 | 5Comments |
Klik banner kalau nak join nahhh! ^^

Assalammualaikum~ Hehehe Sekali lagi aku kembali dengan entri GA . Meh join sekali! Tak rugi pun nanti boleh tambah kenalan bila blogwalking dengan peserta-peserta lain hehe ^^

Syarat-syarat:


  • 1/ kena share banner atas kat blog masing masing, dan seperti biasa perlu backlink kan kat entry ni (DONE! ^^)



  • 2/ follow lah blog mrs pip(DONE! ^^)



  • 3/ kalau boleh, followlah juga akaun IG, Twitter dan FB Page mrs pip ... ala, kat sidebar tu ada button social media account mrs pip, korang klik dan follow ya (thanks)(DONE! ^^)



 


  • 4/ buat tajuk #RezekiDiKongsiBersama Giveaway By Mrs Pip kat entry blog korang (DONE! ^^)

Info lain yang kena tahu :
  • 5/ Giveaway ni berlangsung sepanjang bulan Febuari 2019 , dan hari terakhir ialah pada 28/02/2019 jam 8 malam

  • 6/ Hadiah akan diumumkan kemudian (tunggu hadiah dah siap, nanti mrs pip info kat korang apa hadiah untuk giveaway ni)

  • 8/ dan bonus extra hadiah kepada mereka yang boleh meneka Tarikh Lahir (DD/MM/YY) mrs pip dengan TEPAT . Tekaan perlu dibuat bermula entry ini dipublish sehingga 10 Febuari 2019, sesiapa yang meneka selepas 10 Febuari, maka entry utk meneka tarikh lahir mrs pip dikira batal ok. (Done!^^)
18 Februari 1979 ? Betul takkk XD
  • 9/ mrs pip sediakan hadiah untuk lebih dari seorang pemenang giveaway ni + extra pemenang untuk mereka yang meneka tarikh lahir mrs pip dengan TEPAT. korang teka kat ruang komen pun boleh, tulis kat dalam entry korang pun ok juga.

  • 10/ sila nyatakan salah satu entry di blog mrs pip yang korang suka T_T dan dah korang suka entry tu, sila sila komen entry tu tau, kot kot korang komen sedap mrs pip baca, manatau dapat surprise gift sempena PENGKOMEN YANG BEST.


Bagi Nisha, Nisha suka entri ni >Terima hadiah daripada rakan blogger || LZ LadyInRedPlanner dan Nasuha Syifa< sebab Mrs Pip share dengan pembaca mengenai hadiah yang Mrs Pip menang. Paling tertarik sekali dekat gambar perfume tu so memang Nisha komen pasal perfume ja hahaha X)

Baiklah. Itu sahaja entri buat malam ni. Apa-apa aku update nah. Jaga diri semua ^^ Jangan lupa join tau GA ni~!

GIVEAWAY DOMAIN BARU BY OMBAKBERGIGI.COM

Nisha | 06:26:00 | 2Comments |
(Nak join klik banner nahhh! ^^ Tak pun pi >SINI< hehe)

Assalammualaikum kawan-kawan~ Haha okey since malam ni aku takda nak buat apa, aku decide nak join giveaway. Rindu juga nak buat entri GA tu semua. Dulu kemain aktif. Menang macam-macam hadiah. Nak dekat 2 tahun juga HBJ menyepi dan berhabuk sebab tuan blog terlebih rajin hagagaga jadi, mai ler meriahkan GA daripada Ombak Bergigi ni~! Lagi ramai lagi meriahh hehe ^_^ Oh ya, maaf lambat wish huhu Tahniah ya untuk domain OM! Dulu pun Nisha pernah dapat domain ada orang sponsor tapi sayang sangat time tu takda masa nak update busy dengan uni life ))=

Syarat-syarat yang perlu dipenuhi :


  • 1. Follow blog ombakbergigi - (click here) *wajib (DONE! ^^)



  • 2. Follow Ig & FB - @ombakbergigi | Shuhada Herman *wajib (DONE!^^)



  • 3.Copy banner dan buat satu entry bertajuk GIVEAWAY DOMAIN BARU BY OMBAKBERGIGI.COM *(please backlink to this post) *wajib (DONE! ^^)



  • 4. Dalam entry penyertaan boleh komen mengenai blog I ; kekurangan blog I / apa yang perlu ditambah atau dibuang! & kalau korang rajin lagi bolehlah komen di entry entry lama I hehehe *takwajib


Okey, part ni Nisha baru ja habis tawaf blog OM kita. Blog dia comel sangat. Tengok icon comel blog dia pun boleh tahu dah hahaha Blog simple sangat tapi nice. White+pink. Header paling menarik sekali. Kehadiran header dan footer tu nampak memeriahkan lagi blog OM. Font pun mudah dibaca. Senang nak copy-paste. Iyela, setengah orang dia disable nak copy. Tu yang payah sikit kadang-kadang tu bila kita nak copy syarat2 GA tak pun segmen. *ehh haha* CBOX pun ada senang nak communicate kalau ada apa-apa nak roger lol Kebetulan pink salah satu warna kegemaran Nisha so memang best ja bila stalk blog ni cuz everything looks sweet to me hehe. Kekurangan ya? Takda kott. blog pun cepat ja loading huhu. Jangan risau, semua okey hehe ^^


  • Hadiah :


 
Sebuah BUBBLE MAKER x 2 orangSatu Unit IT'S MY CLEANSING FOAM x 1 orang


  • CARA PEMILIHAN PEMENANG ;

Random by OM, nanti OM buat cabut guna kertas okay! Andai penyertaan melebihi 35 orang, in syaa Allah OM akan tambah hadiah ye.


  • TARIKH GIVEAWAY 

BERMULA 22 JANUARI 2019 - 22 FEBRUARI 2019

Itu sahaja, bertemu lagi dalam entri akan datang ^___^

© Copyright 2013 | ALL Right Reserved to Owner. Design With Love by Nurrul.