Selamat Hari Guru!

Nisha | 03:56:00 | 2Comments |

Selamat hari guru ! Yeay yeay ~ :D Tadi Nisha ada bagi dua hadiah kepada dua orang guru tercinta di sekolah. Korang ada bagi tak? Atau tak sempat? Walaupun kitorang ada ujian tadi but still Nisha gah kan diri untuk bagi hadiah ni. Study pun cukup-cukup makan huhu. Nasib baiklah kedua-dua guru ada di bilik guru. Jadi, senanglah Nisha cari mereka tadi.


Sejak dari darjah satu sampailah form 5. Banyak guru yang dah ajar Nisha. Start from mengeja, mengira sampailah sekarang. Buat karangan, kira itu ini *lagi2 add maths*. Haa semua tu jasa guru tau. Imagine kalau takda guru yang ajar kita eja dan kira. hamek kau. sampai sekarang buta huruf, buta nombor. Ada ja lagi orang macam tu. Jadi, kita perlulah syukur dengan apa yang kita ada dan peroleh sekarang iaitu ilmu.



Ada banyak style guru dalam dunia ni. Ada yang gempak gila *suka bagi kelas bising sebab sporting habess*, ada yang tegas kemain, ada yang pendiam, ada yang mengajar tip top dan berbagai lagi. Tapi yang kita semua tahu mereka ini mempunyai satu tanggungjawab yang sama. Tak kisah lah professor ke, cikgu biasa ke, cikgu praktikal ke.. SEMUANYA akan mendidik dan mencurahkan ilmu kepada anak-anak murid mereka selagi mereka mampu DEMI melihat anak murid mereka berjaya. Sekolah rendah, menengah, agama, kebangsaan dll. Semuanya sama. Amat besar tanggungjawab guru dan juga jasa mereka semua.


So, Nisha ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh guru di Malaysia dan seluruh dunia yang telah berjasa kepada kami semua. You guys are the best! Thank you for everything! tanpa korang, takdalah kami di sini, mendapat kerja yang bagus, mendapat keputusan cemerlang dan seterusnya berjaya.


Nisha akan cuba sedaya upaya untuk dapatkan hasil keputusan SPM yang cemerlang atau sekurang-kurangnya bagus demi membalas jasa guru-guru Nisha yang selama ni dah mengajar Nisha di sekolah.


Susah woo jadi guru. Ingat senang ka? Nak kena hadap murid setiap hari yang TERLAMPAU banyak karenah. Itu satu hal. Lagi satu hal yang paling MENYAKITKAN  nak kena layan dengan pelajar perangai macam syaitonn. Alah, setiap sekolah mesti ada nya pelajar gini. Setiap hari datang lewat, langgar peraturan sekolah, ponteng dan banyak lagi. Imagine jadi guru disiplin. Mahu tak sakit jantung / darah tinggi / stress tengok dorang semua ni? Haaa. Jadi.. hargailah jasa guru kita ya. Sentiasa hormati guru. Ingat naaaa. Baiklah. Itu ja kot. Apa-apa lagi Nisha sambung post. Itupun kalau ada masa laaa haha XD

Sincerely,
Nisha

P.S. Jangan lupa juga untuk baca entri terbaru Nisha iaitu True Horror Story ^____^

2 comments:

Intan Saffyna said...

hi, kak fyna datang follow sini.. salam kenal :)

Husniey Husain said...

Betul tu, jadi guru bukan senang 😊

© Copyright 2013 | ALL Right Reserved to Owner. Design With Love by Nurrul.