REVIEW : Asia's Next top Model Cycle 5

Nisha | 01:26:00 | 1Comments |

Assalammualaikum semua. Okey, seperti yang Nisha janji haritu.. Nisha nak publish satu entry yang menarik. Harap-harap menariklah entry kali ni yaa hehe. Oh ya. Sebelum kita mula, korang semua apa khabar? Nisha baru sahaja habis ujian PI. Boleh tahan KBAT lah soalan dia haha memang taram habis lol lol. Majority classmate Nisha tak dapat jawab dengan sempurna. Ada geng lah kali ni kah3




Okey-okey. To be honest Nisha tak tahu nak start dari mana. Rancangan Asia's Next Top Model ni memang dari dulu popular lagi. But Cycle 5 is my fav the most hihi. Dalam rancangan ni akan ada dalam berbelas model yang join dan akan berlawan untuk jadi juara. Semuanya datang dari berlainan negara. Ada dari Thailand, Indonesia, Singapura, Malaysia *Yup! pun ada! B)* and others! 


Para judgers dia pun bagi kritikan yang bagus. Tapi kalau yang kutuk kaw-kaw pun ada! Who else kalau bukan Yu Tsai! haha since America's Next Top Model Nisha dah follow dia ni. Mulut dia laser habess! Kadang-kadang kesian juga dengan models yang kena ngan dia lol. But it's okay. Dia jenis yang cakap terus terang. "I dont't like it" "Nope. Not for me" Beberapa ayat dia yang Nisha ingat. But seriously tho, kalau boleh nak jumpa dengan dia ni. Tak silap lah, dia ni photographer.  Itu sebab dia pandai kritik gambar. >3<

Semua cantik-cantik kali ni. -My mom

Okay. Yang ni memang betul. Kalau nak dibanding dengan dulu, kali ni lagi lawa. Eh, yang dulu pun lawa cuma kali ni lebih BANYAK yang lawa.. Haa gituu. Jangan salah anggap kayy? XD First time tengok dorang semua secara LIVE dekat TV memang nampak biasa. Ada ja muka yang macam kita ni. Tapi bila dah makeup, dah tukar gaya rambut.. Haa Cantik gilos! Paling suka bila tengok hasil gambar photoshoot dorang. Sumpah wehh semua photogenic habes! So, jangan kita buang masa... Nisha nak kongsikan,

My Top 5 Models <3


1) Dorothy
Dorothy ni jenis yang suka happy. I love her style so muchh! Gigi dia pun lawa. Dia pernah menang yang Colgate and terus jadi model untuk Colgate (Kalau korang ada perasan iklan dia laa)


2) Shikin
Okay. Shikin ni banyak idea dalam kepala dia. Suka tengok cara dia beri idea kat kawan-kawan dia. Seorang yang sangat kreatif! Dan juga pandai bergaya and seorang yang konfiden.



3) Alicia
Alicia seorang yang sangatttt baik. Haritu ada follow dia kat IG and oh my gawddd she's so friendly! Gambar-gambar dia pun cantik bila dia posing. Paling suka bila dia gaya the new hairstyle *_*



4) Nametha
Nametha~! Rambut blonde dia memang kena gila dengan muka dia. Dia ni jenis yang banyak cakap sikit and sometimes suka mencarut lol And Nisha ada perasan buat masa ni Nametha yang banyak keluar kalau ada-ada apa yang berlaku kat ASNT5. Dia lah yang akan beri respon dengan confess depan kamera untuk menaikkan lagi aura ASNTM 5 (Harap korang faham ayat Nisha XP)



5) Valerie
Last but not least, one of the twins! Yes, dia ada kembar. Sometimes sakit hati sebab tengok result muka sama. T_____T Nasib baik dorang dah tukar hairstyle so agak senang nak bezakan. Kembar seiras, gila kau. Suara pun sama. Nak beza cam mana. haa cer bagi tips sikit kepada sesiapa yang pernah melalui situasi yang sama macam ni XD Back to the story, Valerie ni suka sangat tersenyum. Taktahulah dia kena jangkit dengan siapa tapi yang Nisha perasan dia ni banyak tersenyum. Maybe sebab tu Nisha suka dia ni. Mudah sangat nak senyum hehe


Wokay, itu je kot hoho. Harap korang suka dengan entry kali ni. Tak sabar rasanya nak tengok siapa yang akan jadi nombor 1 dalam ranking photo nanti. Oh ya, rancangan ni setiap hari rabu start pukul 9 malam tau. Dekat channel Star World. Yang Channel HD 722. Alright, Nisha akan sambung post nanti! InshaAllah malam ni ataupun esok sebab esok cuti! hihi Bhoi bhoi~!! ^3^

Sincerely,
NISHA

1 comment:

Lenne Zulkiflly said...

lenne pun suka tengok dorothy! even dia one of the evil girls dlm tu haha but i believe dia baik and happy go lucky ^^

© Copyright 2013 | ALL Right Reserved to Owner. Design With Love by Nurrul.