SEGMEN ZAMAN SEKOLAH

Nisha | 14:53:00 | 1Comments |
klik banner atau >SINI< untuk join! ^^

Nisha dapat tahu segmen ni daripada : http://akhalilah.blogspot.my/2016/06/segmen-zaman-sekolah.html

Kenangan lawak time zaman sekolah rendah :

Ada satu hari tu, (time ni Nisha darjah tiga tak silap) Nisha nak pergi ke tandas. kebetulan time tu tengah periksa. Nisha takut nak bangun. Tapi time saat-saat dah emergency tu, Nisha terpaksa bangun dan cepat-cepat angkat tangan . Cikgu pun benarkan pergi.
Time tengah nak duk cepat-cepat keluar dari kelas tu, betul-betul time nak corner keluar kelas, kaki Nisha tergelincir menyebabkan Nisha hilang kawalan dan jatuh tersembam dekat atas lantai (betul-betul depan kelas). Kawan-kawan dari kelas lain yang kebetulan nampak Nisha jatuh terus gelakkan Nisha.
Tapi tu bukan lawak dia. Time Nisha jatuh, ada satu bunyi gedebuk! (Ala-ala macam buah nangka jatuh) Cikgu Nisha boleh pula terjerit, "Allah!" kuat-kuat sebab terkejut punya pasal. Bertambah lah lagi dorang ketawa. ada yang ketawa sampai terbaring atas lantai. huhu
Nisha pun tak sangka akan terjadi macam tu sebenarnya. kurang hajor betul budak yang bertugas haritu. kalau ye pun nak sapu kelas, janganlah sapu sehingga licin dekat depan kelas. bahaya woii orang nak keluar masuk kelas lol

Nisha tag #

1 comment:

_numigx said...

Hahahahahaha funny!!best baca :)

© Copyright 2013 | ALL Right Reserved to Owner. Design With Love by Nurrul.