Facebook

Wattpad : Cinta Sixth Sense

Nisha | 01:05:00 | 2Comments |

Assalammualaikum semua!
Okay pada harini, Nisha nak promote sikit cerita Nisha di Wattpad. Kepada yang suka membaca cerita hantu/seram/seram-lawak , korang bolehlah baca cerita Nisha ni ya!

Tajuknya ialah >CINTA SIXTH SENSE<

Cerita ini mengisahkan seorang lelaki macho yang bernama Jack atau nama penuhnya Muhammad Putera Syah bin Iskandar. Jack mempunyai deria keenam (sixth sense) . Jack ni kacukan. Ayahnya berasal dari Australia manakala ibunya pula berasal dari Malaysia. Nama panggilan Jack diberikan oleh rakan-rakannya disebabkan oleh paras rupanya yang seperti mat salleh/orang inggeris. Ketika dia berumur 14 tahun, dia menjadi semakin popular di sekolah disebabkan rupanya sama seperti watak Jack Frost di dalam movie Rise Of The Guardians. Jack seorang yang pendiam dan suka bergaul dengan kawan-kawan hantunya. Dia seorang kidal dan pandai melukis. Berumur 17 tahun dan bekerja part time sebagai pelukis hantu. Pada suatu hari, kedatangan seorang gadis bernama Liyana telah mengubah dirinya dari seorang pendiam menjadi seorang yang lebih mudah bergaul. Dia mula suka akan gadis itu. Sejak gadis itu berpindah dan satu sekolah dengannya, dia mula berbuat berbagai-bagai cara untuk menambat hati gadis itu. Tetapi, ada sesuatu yang bakal berlaku diantara mereka berdua. Apakah yang akan terjadi? Haa baca! Jangan tak baca! Pelbagai kisah seram dan lawak-poyo-seram terkandung dalam cerita ini! 

Korang buka laman web atau aplikasi Wattpad. Lepastu search cerita Nisha. ataupun tekan je link kat atas tu. bila dah baca satu bab tu, jangan lupa vote dan tinggalkan komen! hehe Baiklah itu sahaja, tata korang! dan selamat bercuti korang!
Sincerely,
Nisha
© Copyright 2013 | ALL Right Reserved to Owner. Design With Love by Nurrul.