Facebook

Tips Kepada Blogger Newbie: Terasa

Nisha | 07:47:00 | 0Comments |

// Entry  Copy Paste\\ 

Assalamualaikum.
Entri tips blogging.
Aku ada mengunjungi beberapa buah blog yang membicarakan pasal mengkritik blog dan perilaku blogger.

Terasa dan merasa 

Aku ada terasa juga la. Tapi fikir positif la. Dia ada cara dia yang tak mungkin aku ikut dan aku ada cara aku tersendiri dalam dunia blogging ni. Selagi aku tak kutuk orang tu depan-depan yang membabitkan nama atau URL blog seseorang, itu dah cukup bagus.

Aku nak menjawab pertuduhan dia (aku dah lupa siapakah blogger tersebut). Dia kata ada orang newbie yang terasa dengan kritikan blogger yang agak lama berada dalam dunia blog ni.

1. Belajar dari mereka yang makan garam dahulu 

Pada aku la kan, kalau dah tau diri tu blogger baru, kena la belajar apa yang blogger yang lama ajarkan. Tak nak dengar? Ah, lantak ko la. Kalau dah sesat, kembali ke pangkal jalan ye.

2. Tabah 

Satu lagi, kalau ko nak terasa pe hal? Ko, kalau nak jadi blogger kena la tabah sikit. Kat dunia blogger ni, lagi macam-macam yang ko akan jumpa. Kalau kena tegur sikit dah nak nangis, pergh… aku malas nak sambung. Korang sambung la sendiri. Lu fikirla sendiri! Haha~

3. Abaikan saja 

Minta maaf la kalau aku kasar. Kalau ko tak nak terasa apa-apa, jangan la baca teguran panas tu. Dan aku rasa blogger yang tulis tu belum tentu tuju khas pada ko. Mungkin dia main tuju-tuju jer. Yang ko nak terasa lebih-lebih pe hal?

Kalau tak nak terasa, pejam mata jer. Aku pun selalu buat macam ni masa aku mula-mula dulu. Lantak la blogger otai nak tulis apa pun, aku tak kisah sangat. Baca dan diam-diam sudah. Sebab aku tak tau apa yang aku akan tempuhi dan rasa bila aku di tempat mereka.

Kalau aku rasa dah bersedia, baru aku buat. Untuk makluman, aku tak pernah masuk dalam apa-apa review blog sebab aku tak yakin aku dapat terima apa yang orang lain akan kata padaku. Dulu la.. Sekarang ni aku rasa nak juga tau apa yang orang lain rasa bila buka dan baca blog aku ni. Tapi, ada ke orang nak kritik?

Komen korang? Apa kata survey? Teringat pula cerita Family Ceria yang famous dahulu. Hihi~

Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels! Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.

|cr Owner |

XoXo N!$H@

No comments:

© Copyright 2013 | ALL Right Reserved to Owner. Design With Love by Nurrul.